Wednesday, August 8, 2012


FALSAFAH AL QURAN DAN AL HADIS

                   BUKAN MATA BUTA TETAPI HATI

     ... berapa banyak negeri yang Kami telah binasakan, sedang mereka melakukan kesalahan, sehingga roboh atapnya an  banyak telaga yang telah ditiggalkan (kerana kering) dan istana yang tinggi (kerana penduduk -m penduduknya musnah).
Tidakkah mereka mengembara di atas muka bumi, suapaya mereka mempunyai hati, yang dapat mengerti, atau telinga yang dapat digunakan untuk mendengar? Kerana sebenarnya, bukan mata yang buta, tetapi yang buta, ialah hati di dalam dada.
Dan mereka meminta kepada kamu (Muhammad s.a.w.), supaya siksaan itu disegerakan, tetapi Alloah tidak akan memungkri janjiNya. Dan sesungguhnya, Stu hari di sisi Allah seperti seribu tahun darin perhitungan kalian.
Dan bukankah berapa banyak negeri yang Aku(Allah) telah memberi tempoh (dari kebinasaan), sedang mereka melakukan kezalima; kemudian Aku (Allah) siksakan. Dan (ingatlah) kepada Akulah (semua manusia) tempat kembali.*
 - al Haj: 45 - 48.                        
* Kita dan sesiapa sahaja yang kukuh iman kepada Allah, jika membaca maksud firman Allah ini, akan rasa takut,kecut perut dan khuatir, kalau - kaalau Allah akan menimpakah bala atau bencana ke atas negara kita dan kita sendiri, disebabkan banyak kesalahan kepada Allah Subhanhu wa Taala kerana melanggar hukum - hukumNya dalam Quran.
        Kita, dri pemimpin kita, organisasia orang Islam dan kita sendiri telah melakukan banayak kesalahan kepada Allah. Kesalahan itu perlukita hisab atau kira. Selain dari mengira wang dan harta kita, gunalah waktu terluang untuk ,mengira dosa kita.
        Di antara dosa - dosa kita: 1 - Allah memerintahkan Nabi Muhammawd s.a.w. supaya merobohkan kekuatan negeri orang kafir pada zaman Junjungan, menentang undang ketuanan Arab dan tegakkan negara Islam dan amalkkan hukum - hukumNya dalam Quran, tetapi kita, ada yang menentang dan ada yang takut melakukannya, itu mengamalkan hukum - hukum allah sepenuhnya dan menegakkan negara Islam, 2 - Allah memerintahkan umat Islam bersatu padu, tetapi kita berpecah belah, 3 - Allah melarang kita melakukan hasad atau dengaki, mengumpat dan mengeji, mengutuk dan sebagainya, tetapi kita melakukannya sebagai budaya hidup kita orang Melayu, 4 - Allah melarang kita menaalkan yang haram, di antara lrangan - larangana itu, riba, arak, judi , tetapi kita  mengeluarkan lesia dan mengamlakan dengan penuh kemewahan dan kebanggan, 5 - Allah melarang umat Islam mengambil orang kafir menjadi pemimpin, tetapi kita melakukannya. 
        Pada masa kita mencapai kemerdekaan hingga paa hari ini, siksaan Allah kepada kita telah nyata. Tetapi kerana kita ’bukan mata yang buta, tetapi yang buta, ialah hati di dalam dada’.


                         MENCELA - CELA

“Sesungguhnya, Allah membenci (boleh jadi mengutuk) seseorang yang berlebih - lebihan dalam mengeluarkan kata - kata - ketika berbicara atau berucap - , daripada kaum lelaki, iaitu mencela - cela - yakni memperbainkan lidah seperti lembu pada ketika mencela - , ertinya menggunakan lidah yang kalut dalam mencela seseorang,” Rasul Allah, Muhammad s.a.w., perawi: Abu Daud dan Tarmizi (Hadis hasan).

No comments: