Thursday, August 30, 2012


KISAH DARI NOVEL
(9)
KASIH IBUKU
HABIS MANIS SEPAHDIBUANG

Malam membungkus kampung Kembang Semangkuk dan berhiaskan cahaya bulan purnama. Bau harum bunga melati membuai masuk ke dalam bilik Mahani melalui jendela yang ternganga. Jendela berjeriji besi itu membolehkan dia merenung jauh ke puncak pohon kembang semangkuk yang sedang dipeluk oleh awan perak. Tidak jauh dari pohon kembang semangkuk itulah rumah ibu dan ayahku. Mahani tahu ayahku ada di rumahnya bersama ibuku. Dia tahu pada malam itu ayahku tidak ke tasik Chenderoh. Malam itu  malam Jumaat yang keramat.
“Abang, kalau abang  dah jadi laki Ani, abang sayangkan ani,tau,”suara Mahani berbisik seolah-olah bisikan itu hampir benar dengan copeng telinga ayahku.
“…tolonglah, abaaang, Ani dah lama hidup degihta bersama laki Ani dulu, dia nikah dengan Ani kerana harta emak, bapa Ani,…Ani jadi macam tebu,bang, habis manis sepah dibuang,” bisik Mahani lagi.
“Dia orang Bugis, bang. Dia datang ke kampung ni kerana berniaga. Lepas tu dia pujuk ayah Ani supaya jadikan Ani bininya,” Ani membisikkan kalimat-kalimat itu pada bantal panjang dalam pelukannya.
Bantal panjang itu dilepaskan dari pelukannya. Dia berbisik lagi, “…demi Allah, bang, Ani tak cintakan dia, tapi ayah, emak Ani yang paksa, Ani mangsa kahwin paksa, bang,” Ani berbisik sambil dua biji matanya merenung ke puncak pohon kembang semangkuk.
“…dulu lagi, bang, pada masa Ani anak dara Ani dah jatuh hati pada abang, tapi pada masa tu Ani seorang saja bertepuk sebelah tangan, bang,” bisikan Mahani seolah-olah dibawa angin ke puncak pokok kembang semangkuk.
Mahani berdiri dari birai katilnya. Dia berjalan ke jendela. Angin dari luar memuput masuk melalui jendela itu dan meraba tubuhnya. Rambutnya yang hitam berkilat seperti berterbangan dalam cahaya bulan yang indah.
“Abang, Ani mengaku ,bang, Ani akan serahkan seluruh tubuh dan jiwa raga Ani kepada abang,” Mahani berbisik dalam bau harum bunga melati.
Pada saat - saat bulan purnama berlindung di sebalik gunung awan, Mahani merebahkan tubuhnya yang berbungkus dalam pakaian tidur warna biru laut ke atas katilnya. Dipeluknya bantal panjang itu semula seolah-olah dia memeluk tubuh ayahku.
Pada waktu sunyi begitu, terasa dalam hati Mahani yang ayahku ada bersamanya. Lelaki idaman itu seolah-olah sedang membelai dirinya. Dia benar-benar dilambung cinta berahi terhadap ayahku.
Memang telah menjadi kebiasaan pada diri orang-orang yang bercinta atau sedang dihanyutkan dalam tasik angan-angan dan khayalan; apa jua kalimat - kalimat indah atau bersifat puitis diucapkan dalam hati atau diucapkan dengan berbisik Cuma.
DEGUP JANTUNGNYA
MENENDANG - NENDANG DINDING DADANYA
Mahani membisikkan pantun – pantun lama. Dia rasa ada nikmat cintanya kepada lelaki apabila pantun-pantun lama itu dibisikkannya.

                                        Inderagiri pasirnya lumat,
                                               pasir bercampur dengan lokan;
                                        bagai nabi kasihkan umat,
                                               begitu saya kasihkan tua.
                                        Harap- harap kelapa di puan,
                                               Tidak puan kelapa Bali;
                                        harap hati  pada tuan,
                                               tidak tuan siapa lagi.                                    

“Ya, Allah, Allah Maha Besar, tunjukkanlah kepada hambamu yang lemah ini jalan yang benar. Kau anugerahkanlah kepadaku jiwa yang tenang, hati yang sabar dan kuatkan imanku kepada-Mu. Ya, Allah jika kautakdirkan aku bersuamikan abang Razdi, kaukuatkanlah cinta kasihku kepdanya dan dia pula memberikan cinta kasihnya kepadaku.” Mahani menyembahkan doanya kepada Allah pada ketika dia mula mengantuk. 
Dengan nama Allah yang Pemurah dan Penyayang,” bisik Mahani sambil mengerengkan tubuhnya kepada bantal peluknya. Dia memeluk bantal itu dengan perasaan seorang janda muda yang ketagih kasih bapaku.

-------
“ Ani, kakak ni nak pinangmu,”ibuku berkata kepada Mahani.
Mahani tunduk dan dua biji matanya merenung kelarai - kelarai pada tikar mengkuang di hujung lututnya. Degup jantungnya menendang-nendang dinding dadanya sendiri.
“…untuk abang Radzi, suami kakak, Ani terimake, …Ani setujuke?” ibuku bertanya dengan suara yang lembut amat.
Mahani mendongakkan kepalanya. Dia merenung ibuku dengan renungan perempuan  yang jujur kepada perempuan yang ikhlas dan mengharapkan keredaan Allah. Dia senyum manis.
“…Ani terima, kak, Ani setuju,…atas nama Allah Ani terima, kak,”kata Mahani.
Dua ulas bibirnya basah bak dua ulas limau. Hatinya bermadah, “…tak cukup tapak tangan nyiru Ani tadahkan.”
“Syukur, … kakak syukur kepada Allah,”kata ibuku.
“Ani juga bersyukur kepada Allah, kak,…Ani ucapkan terima kasih kepada kak, terima kasih,kak.” Mahani menyambut kata - kata ibuku.
Peristiwa yang luar biasa dalam masyarakat yang longgar dengan pegangan agama Islam itu  berlaku pada satu petang hari Khamis. Pada sebelah malamnya, dalam satu majlis walimatul urus yang sederhana di rumah Mahani, ayahku dinikahkan dengan janda muda itu.
“…maka kahwinilah perempuan-perempuan yang kamu sukai,dua orang, tiga orang dan empat orang, tapi kalau kamu khuatir tidak dapat berlaku adil, maka hendaklah seorang  sahaja,”[1] ibuku membisikkan erti dari ayat Quran kepada ayahku sebaik-baik sahaja ayahku melakukan istiadat membatalkan air sembahyang dengan isteri barunya.
Insya Allah, Insya Allah, abang akan adil, terima kasih, Ijah,”sahut ayahku.
Ibuku berpaling kepada madunya. Pada ketika mereka berjabat tangan, ibuku berkata, “…isteri – isteri kamu itu ladang kamu, oleh itu usahakanlah ladang kamu itu sebagaimana kamu suka,”[2] ingat tu, Ani.”
Insya Allah,kak, Ani berjanji, Ani akan taatkan abang Radzi,” Mahani mengaku.
Pada malam itu, biuku merelakan hatinya dengan beralaskan keimanan kepada Allah dan kesetiaan kepada suaminya, dia meminta ayah tinggal bersama Macani selama satu minggu. Walaupun Macani bukan seorang  gadis, tetapi kerana ‘reda’ dan ‘sayangnya kepada ayah, maka itulah yang dilakukannya.
DIA RASAPUAS
SEBAGAI SEORANG ISTERI
Sebelum biuku meninggalkan rumah Macani, dia bersama ayah dan madunya, Macani, telah mencapai kata yang bulat, iaitu ayah akan melakukan giliran antara biuku dengan madunya  selama dua hari dan dua malam. Kalau ada hal-hal yang munasabah, seperti sakit, deman dan aral-aral lain, bolehlah dipendek atau dipanjangkan masa giliran itu.
Sebaik-baik tiba di rumahnya, ibuku melabuhkan punggungnya atas tikar di bilik sembahyangnya. Dia melakukan sembahyang sunat syukur kepada Allah kerana dirinya telah dianugerahkan hidayat oleh Yang Maha Agung itu dengan hati yang rela terhadap suaminya. Dia rasa puas sebagai seorang isteri kerana dapat menolong suaminya menikah seorang lagi. Dia juga rasa puas kerana dapat menghapuskan gelaran janda pada diri madunya.
“…ya, Allah, demi-Mu, Allah, aku lakukan ini kerana-Mu, ya, Allah,” ibuku menyembahkan bisiknya kepada Maha Pencipta alam semesta.
Ibuku tahu. Dia amat sedar. Kakak-kakaknya dan sebilangan besar dari orang-orang perempuan di kampung Kembang Semangkuk tidak menyebelahinya. Mereka tidak setuju atas tindakannya meminang Mahani. Mereka lebih tidak suka ibuku  merelakan ayahku memadukannya.
“…biar apa demo nak kata, aku ikut jalan Allah, aku tak akan ikut jalan syaitan,” hati ibuku bermadah tegas.
“Orang yang tentang hukum lelaki kahwin lebih dari seorang, orang jahil hukum  Islam,…ikut nafsu,…ikut syaitan, derhaka kepada Allah…,” hati ibuku bermadah lagi.
Pada ketika itu ibuku teringat akan seorang perempuan kenalannya kampung seberang. Perempuan itu telah menghalang suaminya yang hendak berkahwin dengan seorang perempuan. Dia telah menyerang bakal madunya  dengan cili tumbuk dan mencakar muka perempuan itu dengan besi tajam.
Perempuan tersebut telah menuntut cerai dari suaminya. Kerana perbuatannya, dia telah ditangkap oleh polis dan kemudian dia terpaksa meringkuk dalam penjarakan. Kira-kira satu minggu dia terkurung dalam penjara, suaminya telah menceraikannya dengan talak satu.
“ Perempuan yang menentang suami nak kahwin lagi berdosa. Lelaki takutkan isteri, ikut telunjuk isteri, takut nak kahwin lagi walaupun mampu, lelaki itu dayus. Lelaki dayus tak dapat masuk syurga,” ibuku masih ingat akan ajaran guru agama, tuan Cek Wi[3].(Allahyarham Sheikh Haji Nawawi Janggut Merah)
“Nabi Muhammad sallallahu alai wasallam telah bersabda, “Lelaki dayus tak dapat masuk syurga,[4](Hadis Nabi Muhammad s.a.w.) kata tuan Cek Wi lagi.
“ Tengoklah, pada masa akan datang ramai perempuan Islam yang tentang hukum Allah. Depa tentang poligami, depa buat macam-macam alasan kerana nak tentang hukum Allah tu. Nau zubillah,” tambah tuan Cek Wi.
 Menurut tuan Cek Wi, orang Islam yang menentang hukum Allah, tidak percayakan hukum dalam Quran, mereka menjadi kafir, mereka  orang - orang yang tidak beriman kepada Allah. *
* Dipndahkan dari novel Kasih Ibuku, oleh: Mokhtar Petah.                                      
                                     




[1]  An Nisa’: 3
[2]  Al Baqarah: 223
[3]  Allahyarham,Sheikh Haji Nawawi bin Muhammad,Perak.
[4]  Hadis Nabi Muhammad s.a.w.
FALSAFAH AL QURAN DAN AL HADIS

DUSTA TERHADAP ALLAH

Tidak kamu (Muhammad s.a.w.) perhatikan mereka yang menganggap diri mereka bersih dirinya sendiri (orang yang menyangka diri mereka sempurna, mulia dan disanjung orang ramai, tetapi dalaman mereka - hati nurani, jiwa dan sebagainya kotor dan banyak dosa), tetapi Allah membersihkan siapa (memberi petunjuuk, kesed
aran, keinsafan, kejujuran dan keimanan) yang disukaiNya, san mereka tidak dirugikan sedikitpun.*

Perhatikan, bagaimana mereka membuat kedustaan terhadap Allah, dan cukuplah perbuatan itu sebagai dosa yang besar.
- An Nisa:49, 50.

* Dua firman Allah seperti maksud di atas, amat baik dipelajari dan diamalkan oleh semua orang Islam, sama ada dia pemimpin, mahupun rakyat jelata. Kita sering berbangga yang diri kita bersih, baik, jujur dan wsegala macam agar manusia menyukai kita, tetapi kekadang kita tidak sedar yang diri kitalah paling buruk, paling buruk dan paling tidak berguna dipandang Allah.
Kerana kita hidup ditipu oleh kebendaan, kekayaan, kemewahan, kedudukan, kekuasaan, dan dtipu oleh fikiran kita sendiri, maka, kita menjadi manusia ‘ najis’ dipandang Allah.

PIAGAM MADINAH

Dengan nama Allah Maha Pemurah lagi Penyayang, inuilah Kitab (Piagam bertulis - Piagam Madinah) dari Muhammad, rasul Allah, (bagi) antara orang - orang Islam dan orang - orang beriman, dan orfang - orang yang memlukj Islam dari Quraisy dengan penduduk - penduduk Yathrib (Madinah) dan orange - orang yang bersama mereka lalu masuk ke dalam golongan mereka dan berjuang bersama - sama mereka.
(Fasal 1).
Bahawa, Piagam (Piagam Madinah) ini tidak boleh dipakai bagi melindungi orang - orang zalim dan yang bersalah; an bahawa dari saat ini sesiapoa yang berpergian dari Madinah (Yathrib) atau tinggal fi dalamnya adalaah trjamin keselamatannya, kecuali orang - orang yang zalim atau yang bersalah. Dan bahawa Allah merestuai setiap orang yang membuat kebajikan dan bertaqwa dan bahawa Muhammad hendaklah diakui rasul (pesuruh Allah). *
(Fasal:47).
* Perjanjian ini sama dengan hadis dan berada dalam sunnah.Perjanjian ini adalah untuk menyatukan semua rakyat yang berbagai agama di bawah satu pemerintahan Islam yang dipimpin oleh Nabi Muhammad.
Pada masa menubuhkan PBB, pada 1947, Piagam Madinah ini telah diambil menjadi contoh bagi perlembagaan badan dunia itu.
(Dipetik dari Kerajaan Mansuh Kekebalan Raja Melayu (1993), oleh: Mokhtar Petah.

Wednesday, August 29, 2012



KISAH DARI NOVEL
   (8)
KASIH IBUKU

BERKONGSI LELAKI BERNAMA SUAMI

Mahani juga telah jatuh hati kepada ayahku. Dia tertarik hati kepada ayahku kerana ayahku ada banyak ilmu agama Islam, baik budi bahasanya, sikap jujur dan suka menolong orang-orang kampung yang memerlukan pertolongannya.
Mahani tidak mahu bersikap telaga mencari timba. Biar timba mencari telaga. Kalau sudah tiba  masa timba mencari timba dan hati masing- masing saling cintai mencintai, Mahani akan datng menemui ibuku untuk meminta keizinan darinya.
 Bagi Mahani, hendak mengambil buah belimbing orang kena meminta kepada tuannya, inikan pula hendak mengambil suami orang; kenalah meminta izin kepada isterinya. Kalau tidak berbuat demikian akan dikata orang dirinya merampas suami orang.
Semenjak pada malam peristiwa beruk jantan mengganggunya,hati Mahani sentiasa teringatkan ayahku. Sesungguhnya dia mencintai ayahku. Dan sesungguhnya ayahku mencintai dirinya.
Pada suatu petang, Mahani telah berkunjung ke rumah ibuku. Dia datang menggonggong hajat. Dengan seketul hati  wanita yang tegas dan berani  demi cintanya kepada bapaku. Dia ibarat pahlawan sejati yang datang tanpa senjata,hanya berbekalkan budi,datang menemui pahlawan yang belum tentu akan boleh menjadi kawan atau musuhnya.
DATANG TIDAK DIUNDANG
Mahani duduk bersimpuh di hadapan ibuku. Dua biji matanya merenung wajah ibuku. Hatinya memohon ihsan dari perempuan ayang baik budi itu. Ibarat orang meminta ubat dari dukun; pertama kali meminta, harap-harap jampi serapahnya mujarab dan penyakit dalam tubuhnya segera sembuh. Dia datang tidak diundang. Datang bukan meminta makanan atau emas dan berlian, tetapi meminta sekelumit budi agar merelakan suami sendiri menjadi isteri orang lain. Rela perempuan yang bergelar madu berkongsi lelaki bernama suami dengannya.
“…kak,…Ani datang ni ada hajat,”kata Mahani kepada ibuku.
“Hajat? Ai, nak kendurike, aaa…?”ibuku bertanya sambil senyum. Mesra.
“Tak,…tapi lain,”jawab Mahani.
“Besar benarkah hajat tu, Ani?” Tanya ibuku.
“Ia,kak, besar hajat Ani ni,…a…,a…,a, Ani nak minta izin dari kakak, Ani ,nak menikah dengan abang  Radzi, suami kakak,”tegas Mahani.
Ibuku senyum. Ibuku merenung wajah janda muda di hadapannya. Hatinya ikhlas kepada perempuan itu. Berkembangan bebunga syukur kepada Allah dalam hatinya.
“…kak syukur kepada Allah, al hamdulillah kerana Ani sudi menjadi adik kakak, sudi menerima abang Radzi jadi suami Ani,”kata ibuku.
“…al hamdulillah, terima kasih kak,” kata Mahani.
Air mata jernih kerana gembira melimpah dalam dua lubuk matanya Mahani. Dia membiarkan air matanya itu luruh ke atas pahanya.
“Kakak rasa, …ialah,  nilah satu ibadat kakak kepada Allah, satu pengorbanan kepada suami kakak,abang Radzi,”kata ibuku sambil senyum.
“Ia,kak,”kata Mahani.
Ibuku memagang tangan kanan Mahani dengan kedua-dua puntung tangannya. Di pegang erat-erat dua puntung tangan berkulit lembut itu.
“Ani, abang Radzi dan beritahu kakak,…dia nak ambil Ani jadi isterinya,”kata ibuku.
“Ia,kak,”sahut Mahani.
“Kak beritahu abang Radzi, biar kakak yang pergi pinang Mahani,”kata ibuku lagi.
“Ia,kak?”Mahani bertanya.
Ibuku mengangguk. Hatinya Ikhlas.
“Ani, Allah benarkan orang  lelaki,…ialah ada isteri lebih dari satu orang, dalam Quran ada sebut, kalau kita tegahke, larangke suami kita madukan kita, berdosa kerana kita derhaka, kita buat lain dari Allah izinkan,…kita tentang hukum Allah,”kata ibuku seperti memberi ceramah agama  kepada Mahanai.
“Ia,kak,”sahut Mahani.
Sambil melepaskan dua puntung tangan Mahani dari pegangan dua puntung tangannya, ibuku berkata, “Kakak minta,…Ani dapat jadi adik kakak, kita sama-sama jaga abang Radzi, kita taat kepadanya,…dah jadi wajib bagi kita,”kata ibuku dengan suara yang lembut.
“Ia,kakak, Ani mengaku, kakak, …Ani anggap kakak ni kakak Ani dari dunia hingga ke akhirat,kak,”katanya Mahani dengan hati yang murni lagi tulus.
“Tak apa, insya Allah pada hari Isnin minggu depan, kakak akan  pinang Ani,”kata ibuku.
LELAKI YANG BAIK BUDI
Ibuku senyum. Mahani senyum. Hati ibuku gembira kerana akan dapat menunaikan hajat suaminya. Hati ibuku berbungkus dalam kegembiraan, kerana dia mempunyai suami yang sanggup membela seorang janda yang telah lama kekeringan nikmat kehidupan sebagai seorang isteri. Mahani gembira kerana ibuku sudi menerimanya sebagai madunya. Tuhan dengan kehendak-Nya, Mahani akan dapat menumpang berteduh dan berpayungkan  seorang lelaki yang  baik budi.
“…ginilah,Ani, bila Ani dah jadi isteri abang Radzi, tunaikan tanggungjawab Ani, …Ani  isteri dia. Jangan ingkar, jangan melawan,…kita ni isteri, …milik suami kita dari hujung kaki hingga hujung rambut,” ibuku berkata dengan jujur.
Mahani tunduk. Percakapan ibuku didengar dengan teliti. Akan diturut semua nasihat bakal madunya itu. Pada waktu itu Mahani seperti seorang penganut agama, di hadapan paderi dalam bilik gereja.
“Kalau ikut dalam Quran, ‘isteri-isteri kamu itu ladang kamu,oleh itu usahakanlah ladang kamu sebagaimana kamu suka’[1]. Kakak ni ladang abang Radzi, bila Ani menikah dengan dia,Ani juga ladang dia,” kata ibuku seperti seorang ustazah layaknya.
“Ia, kak,…kita ladang, kak, …demi Allah, Ani tak akan derhaka kepada abang Radzi, kak,” Mahani berkata dengan wajahnya yang serius. Ada cahaya kejujuran pada wajahnya.
“Eloklah kalau begitu,”sahut ibuku.
Percakapan mereka berdua terhenti. Suara ayahku memberi salam di kaki tangga. Degup jantung Mahani seolah-olah mengopak-ngopak dinding dadanya.*

*  Dipindahkan dari novel Kasih Ibuku, oleh: Mokhtar Petah


[1]  Al Baqarah: 223

FALSAFAH AL QURAN DAN AL HADIS

                                   SYAITAN DAN MANUSIA

Allah: (iblis / syaitan) keluarlah kamu dari sini (syurga), kerana
            sesungguhnya, kamu terkutuk.
            Sesungguhnya, kamu kena kutuk (laknat) sampai hari kiamat.
Iblis/syaitan: Tuhanku, belailah tangguh kepada aku sampai pada hari
            dibangunkan (kebangkitan).
Allah: Sesunguhnya kami termasuk orang - orang yang diberi tangguh.
            Ampai hari yang diukenal waktunya.
Iblis/syaitan: Tuhanku, kerana Engkau telah menghukum aku mnenjadi
                        orang yang sesat, maka saya akan menampakkan  (kejahatan -
                        kejahatan) di muka bumi ini, baik dalam pemandangan mereka
                      dan saya akan sesatkan mereka semuanya.
                      Selain dari hamba Engkau yang suci di antara mereka.
Allah: Inilah jalan yang lurus. Sesungguhnya hamba - hambaKu, engkau
            tidak mempunyai kekuasaan atas mereka, melainkan orang - orang
            yang mahu mengikut engkau.
            Dan sesungguhnya neraka jahannam tempat yang dijanjikan tempat
           mereka semua.
           H - al Hijr:34 - 43.
Allah: Laksana syaitan /iblis, pada ketika berkata kepada manusia, “Sangkal/
           tentanglah Allah.” Setelah manusia itu menyangkal/ menentang Allah,
           (syaitan)  berkata: “Aku berlepas tangan terhadap kamu (manusia),
            sesungguhnya aku takut kepada Allah, Pemimp0in semesta alam ini. -
           al Hasyr:16*
           Dari bahaya bisikan (syaitan) yang menghendap. Yang
           membisikkankedala hati manusia. Iaitu Jin dan manusia.
           - an Nas:4 - 6.+
           +  Syaitan manusia, dapat dilihat. Iaitu manusia yang berhati dan
               perangai syaitan.
          =  Hadiah hari kemerdekaan kepada mantan Perdana Menteri
                Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad dan Mursyidul a’m PAS dan
               Menteri Besar Kelantan, Dato’ Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat.

                                         MEMBINA JALAN
Rasul Allah, Muhammads.a.w. memaklumkan: Sesiapa yang telah menunjukkan jalan (kepada manusia), maka, baginya pahala yang sama dengan pahala orang yang membina jalan.
 - Perawi: Iman Muslim, Abu Daud dan Termizi.

Tuesday, August 28, 2012


KISAH DARI NOVEL
(7)
KASIH IBUKU

Malam itu  kampung Kembang Semangkuk kedinginan. Semenjak tengah hari lagi hujan turun mencurah-curah. Dedaun di pepohon berterbangan dibawa angin dan dibasahi oleh air dingin. Daun - daun kembang semangkuk yang selebar tapak tangan lelaki sasa dan buah-buahnya yang bersayap seperti burung layang-layang itu berterbangan dan luruh ke bumi di sekitar kampung hingga ke permukaan sawah padi di sebelah timur.
“Abang, tak usah minta mak Munah, …Ijah ada, Ijah boleh gi pinang Mahani tu,”ibku berkata kepada ayahku dengan hatinya yang tulus.
“…ia, Ijah, ia…?” tanya ayahku.
“Ia,…benar, bang,”jawab ibuku. Senyum.
“Sanggupke, Ijah?” ayahku bertanya.
“…ngapa tak sanggup? Abang ingat Ijah tak suka abang madukan Ijah?,”ibuku bertanya.
Ayahku sengeh. Hati lelakinya kembang bagaikan bunga bakawali kembang pada waktu subuh.
“Kerana abang, kerana suami, jangankan gi pinang Mahani, pinang puteri raja pun Ijah sanggup, bang,”jawab ibuku dengan ikhlas.
“Eh, sampai macam tu sekali,”kata ayahku sambil melilitkan lengan kanannya kepinggang ibuku.
Ibuku geli geleman.
“…kan Ijah dah kata, kerana abang, …kerana abang berenang dalam lautan api pun Ijah rela,bang”tegas ibuku.
Ayahku sengeh lagi. Senyumnya memanjang bagaikan pantai yang sayup mata memandang. Hatinya menari bersama perasaannya yang dibungkus kegembiran. Hatinya bertaut dengan rasa nafsu lelakinya. Hatinya berjalin dengan cinta terhadap ibuku. Hati lelaki membara cintanya kepada bakal isterinya, Mahani.
Lengan kanan ayahku bertambah erat membelit pinggang ibuku. Perempuan yang berpengalaman dalam penyerahan cinta kasih  suaminya itu arif benar akan hajat suaminya pada waktu itu. Dia juga sedang dilambung oleh gelora berahinya sendiri.
Bagai pengantin baru ibu dan ayahku berpelukan di atas tilam gebu dari kapuk kampung. Malam terlalu dingin. Hujan mencurah-curah turun. Ibukuku lemas dalam kedinginan dalam pelukan ayahku. Ayahku seorang lelaki sejati yang diwarisi dari para nabi dan datuk neneknya. Malam amat dingin. Bunyi air hujan yang mencurah turun  atas atap rumah ayah dan ibuku dan mengalir
lalu mencurah dan terjun ke bumi. Bunyi air dan atap  telah menenggelamkan segala bunyi pada waktu itu. Buah- buah kembang semangkuk yang  berterbangan dalam hujan lebat itu  menjunam ke dalam kubang dan telaga yang berkocak airnya di tengah sawah
                                     ***              ***
Mahani janda muda. Usianya baru menjengkau 24 tahun. Dia tidak mempunyai anak Hati nuraninya penuh dengan perasaan cinta dan kasih sayang yang perlu dilimpah ruahkannya kepada lelaki bakal suaminya. Dia memerlukan seorang lelaki untuk teman hidupnya.
 Suami Mahani seorang lelaki keturunan Bugis telah menghilangkan dirinya entah ke mana. Selama tiga tahun dia terkekang dalam penderitaan batin. Dia tidak mengetahui di mana belukar dan hutan lara tempat suaminya bersembunyi. Hati muda dan nafsu mudanya mendesak dia bertindak menuntut talak dari suaminya. Dia tidak sanggup memaksa dirinya dalam keadaan ‘makan hati berulam jantung’. Demi Allah dia tidak terdaya membiarkan nafsu berahi perempuan mudanya kekeringan laksana dedaun bertaburan di tengah padang pasir tandus.
Mahani seorang perempuan yang ada pengetahuan agama Islam. Dia lebih yakin bertindak mengikut syarak dapat manfaatkan dirinya sebagai seorang wanita daripada mengikut hukum adat yang sana sini ada lapuknya dan ada maksiatnya. Kerana ada catatan taklik di belakang sijil nikah dia dan suaminya,maka Mahani telah mendapat kebenaran bercerai taklik dengan suaminya dari pejabat kadi.
Kadi yang berusia hampir bersara itu berkata kepadanya, “ Orang perempuan muda macam kamu ini,tak usah membiarkan diri jadi macam buah nangka disumpah beruk, masak tidak,gugur tidak,hanya tergayut kering di dahan.”
“Saya ni tuan, kerana ada sekelumit ilmu agama,sekadar tahi udang atas kepala, nipis sangat iman kepada Allah, macam kulit bawang kering, kalau tak…, dah lama saya ikut nafsu saya entah ke mana,”balah Mahani kepada kadi itu.
 Mahani yang berlesung pipit dan dua bola matanya laksana bintang kejora, bergelar janda muda. 
 Dia menjadi guru sukarela mengajar kanak-kanak kampung Kembang Semangkuk mengaji Quran, fardu ain dan ilmu akhlak.
Ayahku kenal Mahani dan Mahani kenal ayahku. Mereka sama-sama hidup dalam sebuah kampung tradisi orang Melayu. Mereka hidup dalam rukun jiran tetangga dan gotong royong. Berat sama dipikul ringan sama dijinjing.
Sesungguhnya Allah Maha Kuasa atas segala-galanya. Pada suatu malam orang - orang tetangga menjadi gempar. Beberapa orang daripada mereka itu mendatangi ayahku di rumahnya. Mereka meminta tolong kepadanya untuk menangkap seekor beruk jantan yang sedang mengintai  janda muda, Mahani, di atas bumbung rumahnya.
Beruk jantan itu dibela oleh Lebai Manap. Dia menjadikan haiwan itu sebagai hambanya untuk memanjat pokok kelapa dan mengambil buah-buahnya., Mengambil buah petai dan mencari siput dan gondang dalam sungai. Entah bagaimana, pada petang tadi rantai besi yang  mengekang leher beruk dan di kunci pada sebatang kayu di belakang rumahnya  telah putus.
“Eh, takkanlah beruk tu tau Mahani tu janda atau tidak,” kata ayah kepada orang-orang kampung yang datang menemuinya.
“Beruk ni macam kita juga,abang,” sahut  seorang dari mereka.
“…beruk jantan pun macam kita juga, abang, tahu mana betina cantik, mana tak cantik,”kata yang seorang lagi.
Ayahku senyum.
Mereka ketawa. Bunyi tawa mereka mengocak kesunyian kampung kembang Semangkuk.
Dalam perjalanan ke rumah Mahani, hati ayahku terlontar kepada satu hari pada bulan Muharam kira – kira tiga bulan yang lalu. Mahani telah datang bertandang ke rumahnya. Dia telah makan tengah hari bersama ibu dan ayahku.
Kedatangan Mahani ke rumah ayahku kerana dia meminta ayahku menolongnya, iaitu memberi beberapa petunjuk kepadanya untuk dia menjawab soalan dalam peperiksaan mendapatkan tauliah mengajar agama Islam  di pejabat agama. Mahani telah mendapat tahu,iaitu beberapa orang agama di sekitar mukim dalam daerah kami telah berjaya mendapatkan tauliah mengajar agama Islam setelah mereka mempelajari siluk belok menjawab soalan dalam peperiksaan.
Semenjak hari itu juga ibuku terasa amat mesra dengan Mahani. Dalam hatinya  terpendam rasa kasihan kepada perempuan muda lagi jelita yang hidup tanpa suami itu. Ibuku sanggup bermadu dengan Mahani sekiranya bapaku sudi menerima janda muda untuk menjadi isterinya yang kedua.
Ibuku sering berdoa dalam hatinya kepada Allah; mudah – mudahan Allah memakbulkan doanya. Allah membuka hati suami supaya bernikah dengan Mahani. Bagi ibuku, jika dia menerima Mahani menjadi madunya, bererti dapat melakukan sejambak ibadat kepada Allah.
Sebaik-baik sahaja ayahku tiba di kaki tangga rumah Mahani, dia mendengar suara Mahani menjerit ketakutan. Sementara atas atap rumahnya – atap dari daun rumbia kering,seekor beruk jantan bertaring panjang sedang merengek-rengek dengan nafsu berahinya kepada janda muda itu.
Kerana ayahku ada kepandaian memujuk beruk, iaitu dengan membaca sepuntung ayat Quran, “Dengan nama Allah yang Pemurah dan Penyayang. Dan sesungguhnya kamu mengetahui mereka ayang melanggar aturan di antara kamu pada hari Sabtu, kerana itu kami kata kepada mereka: hendaklah kamu menjadi monyet yang dibenci orang[1]Al Baqarah: 65)”. Maka lebih kurang lima belas minit ayayhku berjaya menangkap beruk itu. Beruk tersebut diserahkan oleh ayahku kepada lebai Mana.
“Jaga baik-baik beruk ni, lebai, binatang ni macam manusia juga, tahu perempuan cantik atau tidak,”kata bapaku kepada Lebai Manap.
“…baiklah,abang,” sahut Lebai Manap lalu dirantai leher  beruknya  itu dengan rantai besi yang baru.
“Orang bela gajah kena jaga kosanya, bela beruk kena jaga rantainya,”tambah ayahku.
“Ia,abang,”sahut Lebai Manap lalu pergi dalam malam hitam.
Beberapa orang kampung itu mengelilingi ayahku.
Mahani turun ke tanah. Dia kelihatan termengah-mengah. Penat. Dia terlalu takut kepada beruk jantan itu.
“…mujur abang ada, kalau tak, tahulah Ani,bang,”kata Mahani kepada ayahku.
“Tak pa, beruk aja,Ani,”kata ayahku pula.
“Beruk jantanlah yang Ani takut…,”kata Mahani agak tersipu-sipu.
“Kalau orang agaknya Ani tak takut,”kata Wahab, bilal surau di kampung itu.
“Orang tak apa. Orang ada akal, Ani tak takut,”sahut Mahani.
Mereka sama-sama ketawa.
Semenjak peristiwa beruk jantan mengacau Mahani itulah hati ayahku terpaut kepada janda muda itu. Dia ingin berkahwin dengan Mahani. Tetapi dia perlu memaklumkan kepada ibuku.Kalau ibuku setuju dia berkahwin dengan Manani, barulah hajatnya akan dilaksanakan. Kalau ibuku tidak setuju, dia akan membatalkan niat sucinya itu.*
*  Dari novel ‘Kasih Ibuku’, oleh: Mokhtar Petah.


[1] Al Baqarah: 65

FALSAFAH AL QURAN DAN AL HADIS

                          JALAN YANG LURUS

Pimpinlah kami kepada jalan- jalan yang lurus.
Jalan - jalan yang Engkau (Allah) anugerahkan nikmat kepada mereka; bukan jalan- jalan yang dimurkai dan bukan jalan - jalan yang sesat.*
 al Fatiha: 6,7
*  Jalan yang kita umat Islam memohon kepada Allah, ialah jalan yang baik dan diredaiNya. Allah telah member tunjuk ajar itu dalam Quran. Bacalah semua ayat Quran dan perhati, teliti dan amalkan bagi mendapat jalan yang lurus atau jalan yang baik; sama ada baik pada Allah mahupun baik pada mnanusia yang beriman.
Umat manusia ada dua jalan dihadapan mereka dan mereka boleh memilih jalan yang mana yang mereka fikirkan baik dan buruk atau salah.
1 - Jalan yang lurus, ialah jalan semua jalan yang baik, berkabajikan dan jalan yang
     diredai Allah.
2 - Jalan yang tidak lurus, ialah jalan tidak diredai Allah, seperti jalan syaitan atau
     iblis dan susuk syaitan (tidak bersifat) dan manusia syaitan (bersifat), iaitu
     manusia yang membekakangi allah dan tidak mengikutiu hkum - hukum Allah.
Dalam Quran banyak firman Allah melarang umat manusia (umat Islam) mengikut syaitan dan dapat kita ertikan, sesiapa yang mengikut atau bershabat dengan syaitan, maka, dia adalah syaitan.
Rasul Allah Muhammad s.a. w.. sepanjang pemerintahan junjunan, sentiasa dipedaya oleh syaitan yang dicipta Allah dari api dan syaitan bersifa (manusia) dan sahabat syaitan, iaitu orang - orang munafik. Tetapi Junjungan tidak tunduk dan tidak terpengaruh dengan semua jenis syaitan. Junjungan mengikut Allah dan menjalankan perjuangan Islam atas lebuh raya Allah.
Pada masa ini ramai dari umat Islam yang memerinta dan berkuasa atas sesebuah Negara, mengikut telounjuk syaitan bersiafat. Mereka menolak petunjuk - poetunjuk atau sebahagian dari petunjuk - petunjuk Allah, dan mereka mengikut petunjuk - petunjuk syaitan bersifat.
Pemimpin: Aku nak ikut lebuh raya Allah.
Syaitan bersiaat: Jangan, tidak baik, tidak ada perpaduan, tidak akan senang; ikut jalan kami, nasionalisme, kapitalisme, sosiolisme, komunisme hatta atheism.
Pemimpin: Bagus, aku akan ikut.
Syaitan original: Bagus. Seumpama syaitan, pada ketika berkata (memujuk) manusia: Tolaklah Allah (jangan ikut lebuh raya Allah). Setelah manusia menolak (ikut jalannya), syaitan berkata: Aku berlepas tangan daripada kamu, sesungguhnya aku takut  kapada Allah, Pemimpin semesta alam.(al Hasyr:16).
  Kesimpulan: Sesiapa sahaja yang mengikut syaitan, maka dia adalah syaitan. Allah telah memaklumkan, bahawa syaitan itu musuh Allah yang nyata.                        


                            SYAITAN

Rasul Allah, Muhammad s.a.w. member pengajaran:
Apabila telah malam atau telah mulai malam (senja), laranglah anak - anak kalian keluar (dari rumah), sesungguhnya syaitan - syaitan berkeliaran pada waktu itu. Apa biola lewat waktu Isya, suruhlah (anak - anaik) tidur, tutuplah pintu dan sebutlan nama Allah - Bimilllahir Rahmanir Rahim - . Padamkan lampu dan sebut nama Allah. Tutupkan tempat makanan dan sebutlah nama allah, walaupun kamu letak atau tutup sesuatu atasnya. - Perawi: Jabir Radhiallahu ‘an dan Imam Bukhari.

Monday, August 27, 2012


Syaitan: Kenyataan Mahathir bahaya – Nik Aziz
Rizal Tahir,27 Ogs 2012
MACHANG: Mursyidul Am, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, mempersoalkan bekas Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad yang mengenali syaitan berbanding malaikat.

Katanya, umat Islam diperkenalkan kedua-duanya sekali, iaitu syaitan dan malaikat.

“Syaitan ni, punyalah pandai belitnya dia, sampaikan Nabi Adam yang dah duduk dalam syurgapun terpaksa dihalau keluar kerana kejayaan godaan syaitan,” ujarnya.

Beliau menyifatkan kenyataan Mahathir itu sebagai bahaya sambil mengingatkan umat Islam supaya mengenali kedua-duanya agar tidak terpesong dengan bisikan syaitan.

“Kenyataan sedemikian memang bahaya,” ujarnya ketika diminta mengulas kenyataan Mahathir yang mendakwa baik menyokong syaitan yang dikenali daripada malaikat yang tidak dikenali dua hari lalu.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas majlis meraikan pelajar Yayasan Islam Kelantan yang bakal melanjutkan pengajian masing-masing ke Timur Tengah dan Majlis Aidilfitri di Markaz Ulama PAS (Madu), dekat sini tengah hari tadi.

Sementara itu ketika diminta mengulas kes anggota Parlimen Bachok, Nasharudin Mohd Isa, beliau enggan mengulas.

Katanya, keputusan anggota Parlimen itu biar diputuskan oleh Majlis Syura Ulamak PAS.

“Saya tak mahu ulas tentang tu, biarlah Majlis Syura sendiri yang tentukan, tak boleh saya,” ujarnya.*

* Dipndahkan dari Harakah Daily, 27 Ogos 2012.

KISAH DARI NOVEL

KASIH IBUKU
MAKAN BELALANG KUNING

 “…Lamin, mu mengaji sungguh-sungguh, fasal duit tak usah mu risau, duit getah, duit nyiur, pinang kering, asam gelugur kering, sirih, kapur ada…, tak cukup emak jual kambing,” kata biuku kepada pada masa aku  belajar dalam tingkatan thani rabi’’(  Sama dengan tingkatan lima.)[1], di sekolah agama di Seberang Perai.
“…makan minum emak, ayahku tak apa, padi sawah kita menjadi, ikan keli, ruan, puyu dalam telaga sawah banyak, ayahku cari ikan di air benak (tasik Chenderoh),”kata ibu lagi.
“Emak nak mu jadi orang alim, orang pandai, orang bijak,… macam Jamaluddin Afghani, Sheikh Muhammad Abduh,  macam Hamka…, macam Dr. Burhanuddin Helmi[2] (Presiden Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) tahun 1945.)                    ,…macam ustaz Abu Bakar AL Baqir,” (Presiden parti Islam pertama di Tanah Melayu, Hizbul Muslimin, ditubuhkan di Gununhg Semanggul pada tahun 1945,iaitu beberapa bulan sebelum ditubuhkan PKMM).
[3]” tambah ibuku.
Aku diterpa oleh rasa kagum. Kagum kerana ibuku yang buta huruf Rumi tetapi boleh mengetahui nama-nama para cendekiawan terbilang.
Menurut ibuku, ayahku yang aktif dalam perjuangan orang Melayu peringkat kampungan, sering menerangkan kepadanya tentang orang-orang Islam yang bijak pandai. Hampir tiap-tiap malam pada waktu mereka hendak tidur, ayahku membaca buku-buku mengenai para cendekiawan Islam itu dan diterangkan pula kepada ibuku.
“Ayahmu kata, orang laki bini…, kalau baca buku baik-baik pada ketika nak masuk tidur…, kalau dapat anak, …anak tu jadi orang bijak,” ibuku memberitahu kepadaku seperti dia mengetahui akan kehairananku terhadap dirinya.
Insya Allah, emak, …memang Lamin nak jadi orang bijak,”aku menanamkan sepohon harapan kepada ibuku.
“Kata tuan Cek Wi, budak kecil kalau beri makan belalang kuning,boleh jadi orang bijak,” ibuku memberitahu kepadaku.
“Iake, emak?”aku bertanya.      
“Ia, tengoklah mu, adikmu bila dah besar panjang, …kami selalu beri muma[4]Kamu semua (dialet orang Pattani).makan belalang kuning,”jelas ibuku.
“Di mana emak, ayah dapat belalang tu, emak,” aku bertanya.
“Di mana lagi, di bendang kita tulah,…ayahmu tahan bubu dalam jerami padi, dalam bubu tu dia 
 sapu belacan,”jelas ibuku.
MENJADI MANUSIA SEJATI
Ibuku menternak seekor kampung betina warna hitam. Kuku kaki kiri kambing itu jadi bengkok dan capang kerana terpijak bara api. Kambing betina itu galak beranak. Anak-anak kambing itulah menjadi sumber rezeki bagi ibu dan ayahku. Wang hasil menjual anak-anak kambing itulah dapat aku gunakan untuk membeli buku-buku pelajaran pada tiap-tiap akhir tahun.
Ibuku seorang perempuan Melayu yang yakin pada dirinya. Kerana kesudahan sering menerpa dan melanada ibu dan ayahku, maka ibuku tidak takut kepada kesusahan yang mencengkam dirinya. Dia sering berkata kepadaku, iaitu kesusahan mengajar manusia menjadi manusia sejati. manusia berperikemanusiaan. Menjadikan manusia yang sentiasa hampir dengan Tuhan. Manusia bertimbang rasa kepada manusia lain.
Ingatanku terhimbau kepada suatu malam, iaitu pada ibuku berkata kepadaku, “…Lamin,Allah dekat dengan kita,… kerana Allah dekat dengan emak, tak takut susah, susah jadi ilmu pada emak,…emak tak ingat,ada dalam Quran,…firman Allah, …sesungguhnya bersama kesusahan itu, datang kesenangan[1] Al Insyirah (Lapang): )5
[5] .
Ibuku merenung wajahku. Dua bola matanya bersinar menandakan hatinya penuh keyakinan kepada Allah.
Kata ibuku, “…mudah baca sejarah, dua puluh lima rasul Allah, dari Adam sampai kepada Muhammad hidup susah,Allah cuba,Allah uji…,demo sabar,demo tawakal, iman demo kuat.”
“Demo tu susah sebab musuh,…sebab macam-macam,”kata ibuku lagi.
“…mu anak jantan, mu tak usah takut susah, mu kena sabar,kena tawakal, tak usah lupa Tuhan, orang lupa Tuhan sesat, jadi jahat, suka buat maksiat…,” tambah ibuku.
“Ia, emak, innya Allah, Lamin akan sabar, tabah, tawakal, emak,” aku menanamkan harapan pada hati ibuku.
Dia ibuku. Wanita solehah. Dia sedang duduk di hadapanku.  Pada wajahnya yang bujur sirih ada cahaya Puteri Balqis dari Saba (kini Yamma)[6] yang jatuh cinta kepada rasul Allah, Sulaiman alaihis salam, Zulaikha yang mabuk cinta kepada rasul Allah,Yusuf alaihis salam dan cahaya  Siti Khadijah, hartawanita Arab yang mencintai Nabi Muhammad sallal Lahu alaihi wa sallam. Mereka langsung berumah tanggan. Menjadi keluarga contoh kepada umat manusia. Dia ibuku yang dadanya berisi iman dan berhiaskan kesabaran.
“Emak nak cakap ni,Lamin,”kata ibuku sambil merenung kepadanya.
“Apa,emak?”aku bertanya.
“…bila mu dah tamat belajar, cepat kahwin, emak nak tengok cucu mak,…mak tak mahu kempunan nak tengok cucu emak hingga emak mati,” jawab ibuku dengan tegas.
“Baiklah,emak,…tapi,” aku berkata menyuburkan pohon harapan dalam hatinya.
“Apa,Lamin?” ibuku bertanya.
“…tapi, emak nak pilih sendiri bakal menantu emak tu, atau…?” aku bertanya pula.
“Tak, emak tak nak pilih,emak nak mu pilih sendiri, baik pada mu, eloklah pada emak,” jawab ibuku sambil senyum.
Ibuku diam sejenak. Dia senyum dan berkata, “…mu mesti baik, hormat, sayang pada isterimu,” ibuku meluahkan kata nasihatnya kepadaku.
Insya Allah, emak,”aku berkata mengandungi janji kepadanya.
“…mu ingat, kerana mu lelaki, orang jantan,…mu kena buat baik dengan orang perempuan, demo tu  sejenis dengan emak,” pesan ibuku.

Aku hampir ketawa. Aku tak faham perkataan ‘buat baik’ yang dimksudkan oleh ibuku. Tetapi aku tidak bertanya kepadanya akan maksud madahnya itu. Walau bagaimana pun, sebagai seorang anak, pesanan ibuku itu tetap aku memegangnya sekuat mungkin.
“Jangan buat tak baik dengan orang perempuan,…Tuhan marah, berdosa,”pesan ibuku lagi.
“Baik, emak,”sahutku.
“…tapi kalau mu nak nikah dua tiga, sampai empat pun mak tak larang,” kata ibuku sambil senyum.
Allahu Akbar,…macam menyuruh pula, emak,” aku berkata sambil menahan tawaku.
“…bukan emak suruh, tapi mu jangan menentang takdir,…mu kena ingat, kita hanya merancang, tapi Allah Maha Kuasa,”kata ibuku sambil senyum.
“Ia, emak, la haula wala quwwata illa billah…,” aku mengakurkan kata-kata ibuku.
Aku rasa malu mendengar kata-kata ibuku itu. Sebenarnya aku telah berazam; jika Allah meredakan, iaitu aku tidak akan memadukan isteriku.*

*  Dipindhkan dari novel’Kasih Ibuku’, oleh: Mokhtar Petah.


[1] Sama dengan tingkatan lima.
[2] Presiden Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) tahun 1945.
[3] Presiden parti Islam pertama di Tanah Melayu, Hizbul Muslimin, ditubuhkan di Gununhg Semanggul pada tahun
  1945,iaitu beberapa bulan sebelum ditubuhkan PKMM.
[4] Kamu semua (dialet orang Pattani).
[5] Al Insyirah (Lapang): 5
[6]