Friday, July 27, 2012


TERKENANG

                         PENULIS:
                         ”Kalau hang pandai sangat...”

Seorang penulis dan bekas Setiausaha Persatuan Penualis Nasional (PENA), Allahyarham Zakari Abadi, dari Pajak Song, Kepala Batas, Pulau Pinang, sekitar tahun 1986 aktif menulis buku-buku politik. Dia sering merujuk kepadaku mengenai satu-satu yang berhubung dengan sejarah perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan tanahair mereka.
Pada satu hari, kami telah berbahas mengenai dua tokok politikus dalam UMNO di Pulau Pinang. Dia berpendapat Anwar Ibrahim satu-satunya tokoh politik di negeri itu akan melonjak naik hingga memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia, tetapi aku tidak setuju dengan pendapatnya dan aku bertegak dengan pandanganku, iaitu Abdullah Badawi mempunyai peluang yang cerah untuk menduduki kerusi keramat itu.
”Walaupun Abdullah telah di tolak oleh rakan-rakannya, tetapi mengikut firasat aku dia adalah bakal menggantikan  Dr Mahathir Mohamad,”kataku.
”...Anwar Ibrahim sukar naik ke atas, dia gelojoh dalam perjuangan, tetapi entahlah, sesuatu itu boleh berlaku dengan kehendak Allah,”kataku.
Zakari Abadi telah menggunakan penanya untuk menyokong Anwar Ibrahim dengan harapan Abdullah Badawi terus tersisih dari parti politiknya dan tidak akan berjaya memanjat ke puncak.                                                    
                          TITIK DAN KOMA SEJARAH

Kemudian Zakari Abadi telah mengajak aku menyertai Persatuan Penulis Nasional (PENA), ”kalau hang pandai sangat, mari masuk PENA, tak guna duk diluak, ...dalam PENA hang boleh keluarkan fikiran hang,”katanya.
           Aku telah menyertai PENA dengan angka 79 dari 124 orang ahli seumur hidup  PENA dan 262 dari seramai 431 ahli persatuan penulis tersebut.
Bagi melengkapkan buku ini dan untuk menjadi kenanganku menyertai Bakar Hamid PENA, maka berikut ini aku rakaman nama sebilangan ahli seumur hidup persatuan penulis tersebut, iaitu:
1. A. Bakar Hamid , 2. A. Ghafar Ibrahim, 3. A. Ghani Abdullah 4.  A. Ghani Samaruddin, 5. A. Karim Hj. Abdullah - Allahyarham , 6. A. Rahim Abdullah, 7. A. Wahab Muhammad
8. Abd. Aziz Hussain, 9. Abdullah Hussain (SN Dato'), 10. Abdullah Majid (Dato'), 11. Abdullah Nawi,12. Abdullah Tahir - Allahyarham, 13. Abu Bakar Hj. Fathil, 14. Abu Hassan Mahd Sham (Prof. Dato' Dr.) , 15. Adam Abdul Kadir (Dato'), 16. Ahmad Fadzil Yassin 17. Ahmad Juhari Main (Prof. Dato' Dr.), 18. Ahmad Kamal Abdullah (Dato' Dr.), 19. Ahmad Razali Yusaf(Dr.), 20. Ahmad Sebi Bakar (Dato'), 21. Ahmad Zaki Abu Bakar.
22. Aishah Ghani (Tan Sri Hajah), 23. Alias Talib, 24. Amdun Husain, 25. Amiruddin Md Ali Hanafiah, 26. Anwar Ridhwan (Dato' Dr.), 27. Arbak Othman, 28. Aripin Said, 29. Asari Ismail, 30. Ashaari Muhammad (Allahyarham), 31. Awang Had Salleh (Tan Sri, Dato' Dr) , 32. Ayab Yamin, 33. Azran Abdul Rahman, 34. Baharuddin Zainal (Dato'), 35. Bhag Singh,36. Che Shamsuddin Othman 37. Barhan Md Zain, 38. Fadzilah Jaafar.
39. Firdaus Abdullah (Prof. Dato' Dr.), 40: Fizal Md. Hashim
41. Gah Hin San, 42. Hafifi Hafiz, 43. Hamzah Hamdani, 44. Hashim Amir Hamzah, 45. Hashim Yaacab (Prof. Dato' Dr.), 46. Hasrom Harun ., 47. Hassan Ahmad (Datuk, Hj.), 48. Hassan Ibrahim (Datuk)-Allahyarham, 49. Hassan Mohd Ali, 50. Hussain Jamil, 51. Ibrahim Kassim.
52. Ishak Harun (Praf. Dato' Dr.), 53. Ismail Dahaman, 54.Ismail Hussein (Tan Sri Prof. Emeritus Datuk Dr. Pendeta  Hj.)
55. Jalal Ahmad Abdullah, 56. Jamudin Idris, 57. Jazamuddin Baharuddin, 58. Jahan Jaaffar (Datuk), 59. KamaruzzamanAbdul Kadir(Dato')-Allahyarham , 60. Kassim Ahmad, 61. Lufti Abas(Prof. Dr.)
Sebagai kenangan dari titik dan koma sejarah hidup aku dan Zakari Abadi, aku merakamkan di sini kejadian payah yang telah menimpanya. Dia telah bersahabat rapat dengan ahli Dewan Undangan Negeri Perak, dari DAP, Encik Fadzlan Yahya. Persahabatan mereka itu kemudiannya telah bertukar kepada permusuhan. Fadzlan Yahya telah melaporkan kepada pihak polis yang Zakari Abadi telah memeras ugutnya.
                                JENAYAH PERAS UGUT
Pada satu hari dengan tidak diketahui oleh Zakari Abadi, Fadzlan mengajak Zakari Abadi minum di coffee house di sebuah hotel, di Jalan Ampang dalam Bandaraya Kuala Lumpur. Setelah mereka duduk sejenak menghadapi meja dalam coffee house itu, Zakari Abadi telah meninggalkan Fadzlan Yahya kerana masuk ke bilik air. Sebaik-baik Zakari Abadi keluar dari bilik air dan duduk semula atas kerusi di hadapan Fadhlan Yahya, tiba-tiba beberapa orang anggota polis telah datang menangkapnya. Anggota-anggota polis itu telah menemui sejumlah wang di bawah buku-buku di atas meja. Wang itu kononnya diberi oleh Fadzlan kepada Zakari Abadi kerana dia telah diperas ugut.
Kerana Zakari Abadi menggunakan seorang peguam India yang tidak berpengalaman membela orang yang dituduh dalam kes jenayah peras ugut, maka aku yang telah menjadi saksi utama dalam perbicaraan di Mahkamah Rendah Kuala Lumpur bagi membantu peguam itu.
Aku telah menulis sebuah artikel pendek mengenai fakta kes itu dan aku telah meminta peguam itu menghafalnya untuk dijadikan bahannya membela Zakari Abadi. Allah Maha Kuasa, disebabkan keteranganku sebagai saksi dalam mahkamah dan peguam telah berhujah dengan pendakwa mengikut artikelku itu, maka Zakari Abadi telah dibebaskan. Mahkamah telah memutuskan dia tidak bersalah.
Pada waktu aku mengiringi Zakari Abadi keluar dari Mahkamah Rendah Kuala Lumpur, di Jalan Duta, aku telah teringat akan kata-kata Abdullah Badawi, “…Allah ada,..apa depa kata, kata pilah…”, kepadaku pada ketika dia membaca buku yang ditulis oleh Zakari Abadi mengenai Anwar Ibrahim dan dirinya.*

*  Dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh,
   (belum terbit), oleh: Mokhtar Petah.



No comments: