Monday, July 23, 2012


       

BERITA DALAM  'SINAR HARIAN', PADA HARI INI.


ULAMA MURSYID DAN ULAMA TEMBOLOK

Cadangan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya yang mahu majlis ulama Umno diwujudkan semula, mendapat reaksi amat positif daripada pimpinan pusat.
Cadangan yang sudah diusulkan sejak dua tahun lalu itu akhirnya mendapat perhatian selepas Fathul Bari mengutarakannya pada debat anjuran Sinar Harian, 'PRU13: Orang muda pilih siapa?' pada Khamis minggu lalu.
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau amat bersetuju jika Majlis Ulama atau Lembaga Penasihat yang terdiri daripada kalangan ulama ditubuhkan bagi membolehkan parti merujuk dasar dan keputusan-keputusan agar tidak bercanggah dengan ajaran Islam.
-------------------------------------------

1951, saya masih muda. Saya telah hadir dalam kongres alim ulama anjuran Jawatankuasa Agama Islam dalam UMNO yang diketuai oleh Allah yarham Haji Ahmad Fuad Hassan, di Kelab Melayu Butterworth. Yang hadir adalah para mualim dari selurtuh Tanah Melayu dan Singapura.
Beberapa orang mualim berkata dalam ucapan di kongres itu: " Hari ini telah tiba kira para ulama meninggalkan UMNO dan menubuhkan sebuah parti Islam, kerana UMNO memperalatkan kita."
Kata seorang ulama dari Kedah: "Kita tidak boleh berjuang dalam UMNO, kerana UMNO mengutamakan asobiyyah (nasional), kita mahu berjuang pada jalan Allah, menegakkan Negara Islam ..."
Kata Haji Ahmad Fuad, " ...kalau kita masiah berjuang dalam UMNO, kita akan dimurka Allah ..., kita wajib menubuhkan sebuah parti Islam."
Kongres tersebut telah menubuhkan Parti Islam Se Malaya - PAS.
Saya tidak tahu, ulam muda yang hendak menubuhkan Majlis Ulama UMNO itu mempunyai pendapat dan arah perjuangan yang sama dengan para ulama dalam UMNO sejak 1946 hingga 1951, atau berbeza.Kalau sama, Majlis ulama itu nanti bahaya kepada UMNO.Kalau tidak berbeza, akan membanyakkan orang alim 'cari makan' atau 'cari kedudukan',atau 'ulama tembolok'* yang akhirnya akan dicemuh oleh sebilangan besar orang Melayu dan umat Islam.

* Ulama tembolok, tidak berani mengeluarkan fatwa yang bercanggah dengan kerajaan, kerana 
   takut hilang periuk nasi atau kedudukan mereka dalam kerajaan.

No comments: