Monday, July 23, 2012


 
BERITA DALAM 'SINAR HARIAN', PADA HARI INI.


 UMNO TIDAK MENJALIN HUBUNGAN DENGAN KOMUNIS

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menolak dakwaan kononnya Umno mempunyai hubungan dengan pihak komunis.
Beliau berkata Umno dalam sejarahnya tidak pernah menjalinkan hubungan dengan golongan fahaman komunis.
"Apa buktinya? Dalam sejarah parti Umno, parti ini anti Parti Komunis Malaya. Jangan buat cerita mengarut," katanya ketika diminta mengulas laporan portal media, Free Malaysia Today (FMT) yang mendakwa kononnya Umno menjalinkan hubungan dengan pihak komunis.
Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan, berkata demikian kepada pemberita selepas mewakili Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan ke-20 Barisan Kemajuan India SeMalaysia (IPF) di Seri Kembangan, di sini, hari ini.
------------------------------------------------

Dato Zahid Hamidi berhak menafikan yang UMNO  menjalin hubungan dengan Parti Komunis Malaya, tetapi beliau tidak boleh menafikan Kerajaan Malaysia di bawah UMNO - BN telah sedang menjalinkan hubungan dengan pemerintah di bawah Parti Komunis Cina (PKC) , yang dahulunya menjadi Pusat Politik dan Perjaungan' Parti Komunis Malaya.
Maka, menafi UMNO menjalin hubungan dengan Parti komunis atau komunis, pada zaman beliau masih keciol, memanglah beliau berjaya. Betul.
Tetapi sekarang, hubungan itu adalah menjadi jalinan persahabatan bagi negara - negara di rantau Asia.
Tidak salah menjalin persahabatan dengan orang - orang parti komunis Cina, asalkan tidak terperangkap dengan fahaman dan pegangan politik mereka.
Saya telah diberitahu oleh Tunku Abdul Rahman,iaitu pada masa beliau masih Ketua Menteri - sebelum 1957, bahawa Chin Peng selalu menghubungi beliau dan berbincang. Tetapi beliau tidak terpengaruh dengn komunisme Cin Peng dan Parti Komunis Malaya (PKM).
Ketua Menteri Singapura, Dvid Marshall, orang keturunan Yahudi, telah tahu, bahawa Tunku Abdul Rahman ada hubungan dengan Chin Peng, maka, 'Sidang Baling', beliau hadir sama. Beliau telah melakukan sesuatu hingga sidang itu gagal.(Baca Memoir Rashid Maidin).
Pada hari ini, saya ada sedikit khuatir, akan parti - parti politik yang menjadi sahabat UMNO,kalau - kalau ada orang - orang yang menganuf fahaman komunisme  di dalamnya.
Pada masa Menteri Dalam Negeri, Allahyarham Tan Sri Ghazali Shafiee , satiu tindakan menagkap dan menahan beberapa orang mahasiswa Cina di Universiti Malaya, kerana mereka berfahaman atau cefnderung kepada komunisme.
Setelah bersara, Allahyahram memberitahu saya: "Saya khuatir dalam parti ... jv dengan UMNO ada bekas - bekas mahasiswa yang kami tahan dulu, menjadi 'the men' di dalam  dalamnya.


No comments: