Tuesday, July 31, 2012


BERITA DALAM 'SINAR HARIAN', PADA HARI INI



 FUAD ZARKASI JURIKLAN ANWAR IBRAHIM


Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam keputusan Datuk Seri Lajim Ukin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Umno Bahagian Beaufort, Sabtu lalu.
Beliau berkata, Lajim mengambil keputusan itu kerana mengikut nasihat Anwar yang didakwa berkemungkinan menawarkan wang kepada Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu.
“Tidak mustahil pendekatan kewangan telah digunakan oleh Anwar yang menasihati Lajim untuk meletakkan jawatannya setelah melihat kata duanya tidak didengari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
-----------------------------------
Pada masa sekitar tahun 1953 - 1957, saya telah memberi ucapan - pidato- dan penerangan tentang UMNO kepada orang Melayu di Pulau Pinang, Perak, Kedah, Selangor, Johor dan Melaka, kerana amalan saya member perangan berlandaskan ilmun nafs atau ilmu jiwa atau  saikilogi, saya tidak silap menerangkan mengenai UMNO kepada orang Melayu.
Tetapi setalah negara merdeka, saya nampak, banyuak penerangan saya itu telah silap, kerana, saya mengikut pemimpin UMNO, yang mahu saya memberi penerangan ikutnya.
Tunku Abdul Rahman telah brkata kepada saya: " Mokhtar, hang pi beghi peneghangan kepada oghang - oghang Melayu ..., apabila negagha kita telah capai merdeheka, kita bentukan negagha Islam ...". Saya silap beri penerangan, kerana hingga sekarang, negara kita masih negara yang tidak sama dengan yang saya telah teramngkan.
Kali ini saya terbaca dalam surat khabar ini, mengenai Ahli Majlis Teretinggi UMNO, Dr. Mohd. Fuad Zarkasi (mungkin tidak menggunakan ilmun nafs - saikologi - penerangan atau ucapan, beliau telah menjadi juru iklan Anwar Ibrahim, iaitu mengiklankan Anwar Ibrahim berjaya 'ajak makan pulut durian' kepada tokoh  UMNO Sabah, Datuk Seri Lajim Ukim.
Beliau mengakui, tentu semua orang UMNO akui juga, bahawa Anwar Ibrahim  telah ada 'pengaruh yang kuat ' di Sabah.
Orang ramai yakin akan ikloan Fuad Zarkasi, bahawa Anwar Ibrahim ada pengaruh dan mereka yakin pengaruhnya dterima oleh Lajim Ukim, kerana beliau orang betul dan benar akan membela rakyat Sabah dan tidak membolot 'harta Qaru' di negeri tersebut.
Saya berharap, Menteri Penerangan, Datuk Seri Rais Yatim dapat menjaga kedudukan UMNO dan memberi kursus 'sayarahak politik dan penerangan parti' kepada semua orang muda UMNO, agar mereka tidak tersasul pada waktu berucap.
Datuk Fuad Hassan patut bei nasihat kepada para pemidato UMNO.

No comments: