Thursday, July 12, 2012



KULLIYAH AL QURAN DAN AL HADIS


TOLAK KEJAHATAN

Tolak kejehahatan (segala macam yang berlawanan dengan hukum Allah) yang dilakukan kepada kamu dengan cara sebaik - baiknya. Kami (Allah) Maha Mengetahui akan segala yang mereka katakan.
Dan katakan: Ya Allah! Aku berlindung kepadaMu dari hasutan syaitan.
Dan aku berlindung kepadaMu, ya Allah! Supaya syaitan - syaitan (hatu dan seku sakatnya dan manusia yang jahat atau fasik) tidak menghampiri aku.* 
- al mu'minun:96 - 98

*  Kejahatan dalam semua bidang, termauka ekonomi dan politik.
*  Manusia yang tidak mengikut atau menolak hukum Islam atau 
    hukum Allah, boleh dianggap syaitan, kerana orang begini 
    menentang Allah dan sesiapa yang menentang Allah, tetap 
    kafir. 


                               FANATIK KEPADA KAUM

Sa'ad bin Abi Malik berkata: Saya tekah bertanya kepada Rasul Allah, Muhammad s.a.w.: "Ya Rasul Allah! Ada orang yang berjuang (berperang) kerana fanatik kepasa sesuatu kaum (atau su'ubiyyah - bangsa), adakah bahagiannya itu sama dengan bahagian yang lain (berjihad pada jalan Allah)?"  Rasul Allah, Muhammad s.a.w. menjawab: Ibu kamau susah (sedih) kerana kehilangan anak lelakinya, hai anak Ummu Sa'ad! Bukankah kalian telah diberi rezeki dan diberi kemenangan hanya kerana (berjuang membela) orang - orang kalian (yang beragama Islam).* 
 - Perawi: Imam Ahmad. 
* Perjauangan kerana pada jalan Allah, kerana agama Islam,
   menegakkan negara Islam dan membela atau mempertahankan
   umat Islam, adalah perjuangan yang diterima Allah. Perjuangan
   yang lain, di tolak atau tidak diterima.

No comments: