Thursday, July 19, 2012



KULLIYAH AL QURAN DAN AL HADIS


                  YAHUDI DAN ILMU SYIHIR

Mereka (membelakangkan kitab - kitab Allah) mengikut ajaran - ajaran syihir yang dibacakan oleh golongan - golongan syaitan pada masa pemerintahan Nabi Sulaiman alaihis salam, padahal Nabi Sulaiman tidak mengamalkan syihir yang menyebabkan kekufuran itu, tetapi golongan - golongan syaitan itulah kafir; kerana merekalah yang mengajar manusia akan ilmnu syihir dan apa yang diturunkan kepada dua malaikat:Harut dan Marut, di negeri Babil (Babylon), sedangkan mereka berdua tidak mengajar sesiapapun , melainkan setelah mereka menasihatinya dengan berkata: "Sesungguhnya kami ini hanyalah cubaan (untuk menguji iman kamu),oleh itu janganlah kamu menjadi kafir (dengan mempelajarinya)." Dalam pada itu ada juga oleh belajar dari mereka berdua; ilmu syihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan seorang isteri,pada hal mereka tidak  dapat sama sekali memberi mudarat dengan sihir sesiapapun, melainkan dengan izin Allah. Dan sebenarnya yang meeka pelajari perkara yang hanya membahayakan mereka dan tidak membegti manfaat kepada mereka. Dan demi sesungguhnya mereka (bangsa atau kaum  Yahudi itu) telahpun mengetahui, bahawa sesiapa yang memilih ilmu itu tidaklah lagi mendap-at bahagian yang baik  di akhirat. Demi sesungguhnya, amaltlah buruknya apa yang mereka pilih untuk diri mereka, kalaulah mereka itu mengetahui.*
 - al Baqaran:102.

*  Firman Allah yang maksdu di atas ini, adalah menunjukkan 
    bangsa atau kaum Yahudi amat suka menggunakan ilmu syihir 
    untuk merosakkan manusia lain.
    Ayat Quran ini elok diamalkan setiap lepas sembahyangh Isya 
    untuk untuk mengelakkan suami isteri berswelisiah faham, 
    bergaduh hinggha membawa kepada bercerai berai.
    Boleh dibaca kepada orang perempuan yang kkadang disaru 
    syaitan hingga menjadikan mereka marah, panas abaran dan 
    sebagainya.


                          ALLAH MELAKNAT

Rasul Allah, Muhammad s.a.w. memaklumkan: Allah melaknat orang yang menyembelih haiwan tidak kerana Allah (dan tidak membaca basmalah), Allah medlaknat orang yang melindungi orang yang bersalah, Allah melaknat kepada orang yang mnenderhaka kepada dua orang tua (ibu bapa)nya, dan Allah melaknat orang yang mengubah tanda batas tanah (batu sempadan tanah orang lain disebalah tanahnya dengan tujuan untuk kepentingannya sendiri). *
- Perawi: Imam Ahmad, Imam Muslim dan Nasaai.

*  Perbuatan demikian sering berlaku dalam masyarakat manusia 
    dan orang Melayu, di luar bandar. Mereka mengubah batu 
    sempadan tanah yang ditetapkan oleh pihak kerajaan, dengan 
    tujuan untuk meluaskan kawasan tanah mereka. 


No comments: