Thursday, July 5, 2012


BERITA DALAM  'SINAR HARIAN', PADA HARI INI.


    HUDUD

SENAI – Cadangan Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kemelah, Datuk Ayub Rahmat untuk menjadikan Johor sebagai negeri pertama melaksanakan hudud disokong seratus peratus oleh Pas Johor.
Pesuruhjaya Pas negeri, Datuk Dr Mahfodz Mohamed berkata, beliau berharap Ayub ikhlas dan serius untuk melaksanakan hudud di negeri ini, bukannya sekadar meraih publisiti murahan dengan menyatakan cadangannya itu untuk meningkatkan kefahaman di kalangan masyarakat.
---------------------------------------

Sepatutnya, orang - orang PAS tidak memekik dan melolong marahkan UMNO tidak mahukan HUDUD, di Johor dan di negara ini. Baca perlembagaan UMNO dan tenangkan fikiran; akan mendapai UMNO tidak boleh melakukan demikian kerana terikat dengan dasar 'nasionalisme'nya.Sejak zaman berzaman, ketuanan Melayu dan tonggak ketuanan Melayu tidak sukakan hukum - hukum Islam dijalan. Apabila Inggeris datang, mereka menyokong dan menyanjung undang - undang berdasarkan kaspitalis, ketuanan Inggeris dan nasionalisme.

Yang baiknya, orang - orang PAS terus berjuang dan tidak sering melalak. Orang melalak sentiasa tidak sedarkan kesalahan sendiri. Maka, berjuanglah, biarkan UMNO dengan falsafah ' biarkan, biarkan, si Luncai terjun dengan labu - labunya'.

No comments: