Sunday, July 22, 2012


KISAH DARI NOVEL

                                                 PEMBUNUH MANUSIA

Karbala. Buminya telah menjadi medan darah umat Islam. Sejak zaman berzaman bumi Karbala bermandi darah. Pada zaman sahabat, zaman khalifah, zaman raja-raja hingga pada zaman Presiden Sadama Hussein bumi Karbala telah menjadi bumi berdarah.
                Sadam Hussein telah ditawan oleh askar-askar kuffar. Bumi Karbala masih menyaksikan darah merah. Darah manusia -manusia mukminin dan  mukminah. Manusia-manusia Munafikin  dan kafirin.
               Karbalah bagaikan firman Tuhan dalam surah at Taubah; ‘tawa sedikit, tangis banyak’.Dara dan teruna menangis kerana kehilangan kekasih. Isteri menangis kerana kematian suami. Suami menangis kerana kehilangan isteri. Ibu menangis kerana kehilangan anak. Anak-anak menangis kerana kehilangan bapa. Semua menangis kerana kehilangan sahabat handai dan jiran tetangga.
               Pada malam tadi seorang perempuan telah membunuh tiga askar Amerika. Lima orang cedera parah. Perempuan itu berhati batu. Berani. Berani membunuh musuh. Berani mati. Perempuan itu, Ramlah Sayakir.
SEKUMPULAN SYAITAN
Pada petang sebelum kejadian itu berlaku,cahaya matahari berwarna jingga berhembus sepoi-sepoi bahasa. Satu pasukan  askar Amerika dan British berdiri dekat sebuah komboi di tepi jalan Bandaraya Karbala. Mereka bagaikan sekumpulan syaitan akan menghirup darah orang-orang Islam bermazhab Sunni dan Syiah di bandar raya itu.
                 “Aku tak tau apa-apa, kerana aku askar, aku ikut perintah,”kata seorang askar British.
                “Kita terpaksa membunuh manusia yang tidak berdosa,…di universiti aku telah mengkaji kemanusiaan sejagat, perikemanusiaan, macam-macam mengenai manusia,tetapi sekarang aku dihantar ke sini untuk menjadi pembunuh manusia,” Seorang askar yang berpangkat lebih tinggi dari askar-askar lain mengomel.
                “Kemanusiaan tidak ada erti apa-apa kalau pemimpin zalim, tidak ada perikemanusiaan, mementingkan politik,…nama,” dia mengomel lagi.
                “…entah macam mana kekasihku di Dover,…Lucy, …aku rindukan kamu,” suaranya dalam keluhan..
                   “Aku menyesal jadi askar,…aku beragama Islam, mereka memaksa aku membunuh saudara-saudara aku, …. Orang-orang Islam,”suara hati seorang askar Beritish yang beragama Islam.
                  “Lepas perang aku tidak mahu jadi askar lagi, aku mau jadi wartawan, …jadi penulis, ..aku mahu beritahu dunia, Blair, Bush dan kawan-kawannya zalim, bapak- bapak penjajah, minum darah manusia, darah orang-orang Islam,”hatinya bersuara lagi.
                Askar itu melangkah meninggal rakan-rakannya lalu masuk ke sebuah kedai menjual minuman ringan, kira-kira 30 meter dari tempat mereka berkumpul.
                “Kita ikut perintah Bush, ketua kita,…mereka suruh bunuh kita bunuh,…bantah perintahnya, kita juga yang susah,”kata seorang tentera Amerika.
               “Ia, kita kena ikut Bush, dia jaguh demokrasi dunia,…dia mahu hapuskan Islam, …kita hapuskan Islam,…Islam ajar orang-orangnya jadi pengganas,”kata seorang askar Amerika berpangkat kopral. Anak haram Kristian.
              “…ia, kita bukan pengganas, mereka yang jadi pengganas, …macam di Palestin, Afghanistan, Libya., Sudan…,”kata seorang askar peranakan Yahudi.
             “kita peduli apa, bunuh sajalah, kalau dapat peluang rogol gadis-gadis Islam, biar mereka melahirkan anak-anak kita,” katanya lalu ketawa tekekeh-kekeh.
             Pada ketika itu Ramlah Syakir berada dalam sebuah kereta jenis mewah, buatan British. Kereta itu bermuat lebih dua puluh biji labu tanah. Dari jarak kira-kira 2,000 meter  dia merenung ke arah askar-askar  muda itu. Injin kereta di hidupkan.
             Dia menghantar mesej menerusi telefon bimbitnya kepada Syamila:

 ‘Kakak, saya minta ampun, halalkan makanan dan minum kakak yang saya telah makan.Kita tidak akan berjumpa lagi. Mati sedang menanti saya sebentar lagi. Insya Allah saya akan mati. Saya cintakan Allah.Jihad.Jihad. Allahu Akbar. Ramlah Syakir.’ 
            Ramlah Syakir menghantar satu mesej lagi kepada ‘Alimin dan Tengku Intan:
 ‘Tuan adib ‘Alimin dan Sayyidah Intan yang saya kasihi. Saya meminta maaf. Permohonan maaf yang terakhir dari saya. Saya sedang menghadapi kematian. Dalam kereta saya ini sarat dengan labu tanah. Saya akan membunuh sepasukan tentera penjajah. Insya Allah saya akan mati. Tolong jangan tutup telefon…. boleh dengar labu tanah tuan dan puan meletup, meledak…, kalau dapat, dengar bagaimana nafas saya terpisah dari tubuh saya. Saya sayangkan kamu berdua. Ramlah Syakir.’ 
PEREMPUAN CANTIK
Kaki kanan Ramlah Sayakir menekan pedal minyak. Kereta bergerak perlahan ke hadapan. Kereta kian laju. Gear kereta menurun, kereta perlahan  dan menghampiri pasukan askar kuffar Amerika, British dan Zionis itu. Kereta di berhentikan seperti ada kerosakan. Ramlah Syakir mengangkat tangan dan senyum kepada askar-askar tengah biang itu. Perempuan cantik sedang memanggil. Beberapa orang askar mencampakkan tin-tin minuman keras ke dalam longkang. Masing menggatal. Nafsu berahi membakar naluri mereka. Mereka menghampiri kereta Ramlah Syakir.
            “Allahu Akbar,” ucap Ramlah Syakir. Tangan kanannya menekan punat induk semua bom labu tanah itu. Kereta yang penuh sarat dengan berpuluh biji bom labu tanah itu meletup.Menggegarkan sekitar kawasan itu. Unggas-unggas berterbangan di udara Serpihan besi-  besi menerpa dan membenam ke setiap tubuh askar-askar tersebut. Beribu-ribu serpihan besi berterbangan ke udara. Api menjulang tinggi dan membakar mereka. Asap berkepul hitam bergulung-gulung naik ke udara bagaikan asap bom atom di Heroshima.
           Mayat-mayat askar Bush dan Blair bergelimpangan atas jalan raya. Seorang askar British yang beragama Islam keluar dari kedai miuman. Di tangannya terpegang satu tin kecil minumkan ringan. Dia berdiri sejenak di tengah orang-orang yang berpusu-pusu di kaki lima kedai itu. Mereka terkejut dan merenung ke arah kereta sedang terbakar dan askar-akar bergelimpangan.
             Askar British itu berhati puas. Gembira. Sebagai seorang pemuda Islam, dia  telah melakukan sedikit jihad. Banyak bom, pistol dan peluru telah diberikan kepada  gadis Arab yang mati dalam kereta itu. Askar British tersebut lepasan sebuah sekolah menengah Islam, di Bandaraya London.
           Api  telah reda. Beberapa orang askar yang cedera menjerit-jerit. Melolong-lolong kesakitan. Kereta Ramlah Syakir hilang warna asalnya. Bertukar hitam seperti arang. Menakutkan. Masih panas membara dalam asap tebal. Bau lemak dan daging terbakar, semacam dengan bau dalam sebuah restoran makanan Orang Arab. Bau Kebab. Bau harum daging kambing bakar.Mayat Ramlah Syakir laksana ketul- ketul arang kayu bakau.Rentung. Hitam. Berkecai dalam keretanya yang tinggal kerangka di situ.
MENDAPAT SYURGA
Syamila bergegas bangun sambil mendukung anaknya.Hatinya dalam rahang sedih.Telefon bimbitnya diletakkan atas meja.Baru sahaja dia kehilangan ibu dan ayahnya, sekarang dia kehilangan rakan seperjuangnnya pula.Ramlah Syakir telah pergi meninggalkannya buat selama-lamanya.
            “Kamu pergi Ramlah Syakir dalam keadaan Iraq bergolak, …kakak kehilaganmu Ramlah…,” suara Syamila dalam keluhan.
            “Kamu mendapat syurga, Ramlah Syakir,” suara Syamila sayu.
            Syamila terkenang kepada jasa teman karibnya itu. Ramlah Syakir telah berjasa besar dalam MAFI. Pergerakan Islam Iraq telah menerima banyak sumbangan dari Ramlah Syakir.Dia boleh dianggap ‘Irion lady’ dalam perjuangan wanita Iraq.
            Telefon bimbit Syamila memancarkan isyarat. Telefon itu diangkat dan ditekapkan pada telinga kanannya.’Alimin sedang bercakap.
             “Kakak, kawan kita, … Ramlah Syakir telah tidak ada lagi,”kata ‘Alimin.
              “Ia, ‘Alimin, kakak telah tahu, Inna lillahi wa inna ilaihi raji’un,”sahut Syamila. Menangis.
             “Dia telah meletupkan keretanya”Kata ‘Alimin.
             “Ia, adikku,”sahut Syamila dalam tangisnya.
             “Dia telah menelefon saya beberapa saat sebelum dia meletupkan keretanya,” jelas ‘Alimin.
            “Ia, adikku,”sahut Syamila dalam gelombang duka.
             “…dia minta saya supaya tidak menutup telefon saya, ….saya dapat mendengar bom itu meletup, kakak…,” jelas ‘Alimin lagi.
             “Allahu Akbar,”suara Syamila dalam keluhan.
              “Insya Allah, …jihad sucinya diterima oleh Allah,”kata ‘Alimin.
             “…dia telah pergi, seorang syahidah,…dia membawa kasihnya kepada kamu,adik,”kata Syamila dalam tangisan.
             “Ia, kakak, Allah lebih sayangkan dia,”sahut ‘Alimin.
             “ Ia,…kita entah bila pula,”kata Syamila.
             “Dalam keadaan sekarang, kakak, pada bila-bila masa boleh berlaku…,”sahut ‘Alimin.
             “Allah berkuasa atas segala-gala, … inna lillah wa inna ilahi raji’un,”suara Syamila lembut. Lemah.
            “Apa khabar Umar Safwan, kakak?”Tanya ‘Alimin.
            “…baik, ini…, dia sedang tidur atas riba kakak,”kata Syamila.
              Syamila  mencium pipi kanan anaknya.Hatinya lantas teringatkan Abbas Marwan. Pada wajah anaknya ada cahaya wajah suaminya.           
             “Kakak, baiklah, kami hendak ke markas.., orang-orang kita akan mengambil mayat Ramlah Syakir…, akan dikebumikan di sana,”kata ‘Alimin.
             “Baik, …tapi, bolehkah dapat ambil?”Tanya Syamila.
             “Insya Allah,..kakak,…Lukman dan Mahmud cari jalan, …penjaga rumah mayat di sana senang berunding,”jawab ‘Alimin.
             Syamila melatakkan anaknya atas sofa.Wajah anaknya direnung penuh mesra.Wajah aruah suaminya, Abbas Marwan terbayang lagi pada wajah bayi itu. Sambil mencium pipi anaknya, dia melagukan kalimat-kalimat  Quran dalam rentak march – tentera jihad:

                                           “…hai anakku,
                                            Jangan puteraku,
                                            Jangan menyengutukan Allah,
                                            Sesunguhnya Umar Safwan,
                                            Mempersekutukan  Allah,
                                            Benar-benar zalim yang besar.
                                            Al maqla minal maqli, ya, haram!
                                            Allah telah perintahkan manusia;
                                            Berbuat baik kepada ibu bapa.
                                            Al maqla minal maqli, ya, haram!  
                                            Ibu telah hamil dalam keadaan,
                                            lemah, yang bertambah-tambah,
                                            dan menyusukannya  dua tahun.
                                            Al maqla minal maqli ya, haram!
                                            Firman Allah;
                                            bersyukurlah kepada-Ku,
                                            Dan dua ibu bapamu,
                                            Hanyalah kepada-Ku,
                                            Tempat kembali.
                                            Ya, Rabbul alamin! Ya, Rasul! *
* Dari manuskrip novel, Cinta Dan Jihad, (beloum terbit), oleh: Mokhtar Petah.
                      

No comments: