Tuesday, July 31, 2012
TERKENANG
PARTI KOMUNIS MALAYA
Pada 1945. Dua
orang perempuan Cina masih muda kader Parti Komunis Malaya (PKM), iaitu Che Som
dan Che Bee telah menjadi penyebar fahaman komunis di kalangan kaum ibu Melayu
di kawasan Kuala Kangsar telah tiga kali datang ke kami.
Mereka telah meminta bapaku, supaya memujuk seorang perempuan muda yang
cantik, isteri orang, di kampung Changkat Duku supaya menjadi kader Parti
Komunis Malaya (PKM) seperti mereka. Tetapi bapaku telah menolak pemintaan
mereka itu.
Pada satu hari, dalam satu
perjumpaan antara Jawatankuasa Parti Komunis Malaya (PKM) dengan orang-orang
kampungku, telah tercetus pertengkaran antara bapaku dengan beberapa orang ahli
Jawatankuasa Parti Komunis Malaya (PKM) kawasan Kuala Kangsar dan Hulu Pera.
Pertengkaran itu terjadi setelah bapaku menentang pendapat mereka yang mengatakan
komunisme sama dengan Islam.
”Kalau nak ajak kami masuk komunis,
kami tak nak, kami orang Islam,... kami boleh bekerjasama kerana melawan
Jepun,...tapi kalau ajak kami jadi kafir kami tak boleh,” kata bapaku kepada
mereka.
Pertengkaran
itu telah dapat diredakan setelah Baharuddin ’topi mengkuang’ menyokong
pendapat bapaku. Dia memberitahu, fahaman komunis tidak boleh diterima oleh
orang-orang Islam. Orang-orang Melayu boleh bekerjasama dengan orang-orang
komunis kerana sebab-sebab tertentu, seperti menentang penjajah. Walau pun
pertengkaran itu menjadi reda dan masing-masing telah faham, tetapi beberapa orang lelaki China telah
menyimpan perasaan marah kepada bapaku.
CINA SEBERANG LAUT
Sebenarnya di kalangan Parti Komunis Malaya
(PKM) ada di antara orang-orang Cina – sama dengan orang-orang China dalam
parti-parti politik mereka sekarang - , yang berhasrat hendak menjadikan Tanah
Melayu sebuah negara Cina baru atau Cina seberang laut (nan yang) - negara komunis dan semua orang Melayu menganut komunis.
Singapura yang dulunya sebuah negeri
Melayu, tetapi kerana cita-cita kalangan orang-orang Cina seperti yang aku
utarakan di atas ini, maka kini pulau itu Temasik itu telah menjuadi sebuah
republik yang dikuasai oleh orang-orang China seberang laut.
Sebagai seorang yang telah dewasa
dengan pergolakan politik tanah air dan dunia, aku mendapati penjajah yang
dilakukan dengan senjata dan politik sama bahasanya dengan penjajahan ekonomi
seperti yang wujud di negara kita sekarang ini.
Kejayaan penjajahan ekonomi oleh
penghijrah-penghijrah (immigrants)
dalam sesebuah negara, akan menjadikan penduduk-penduduk asal negara itu lemah
dalam semua bidang. Mereka terkapai-kapai ke sana kemari dalam keadaan ’menang
sorak kampung tergadai. Anak-anak muda mereka, walaupun berpendidikan tinggi,
tetapi tidak lebih dari jadi buruh dalam negara sendiri, sama ada buruh kasar
atau pun buruh berkolar putih.
PERGERAKAN PARANG PANJANG
Tiga malam kemudian, kira-kira tujuh orang lelaki China
telah datang ke dangau kami. Mereka telah mengajak bapaku mengikut mereka ke
dalam kebun getah tidak jauh dari belakang dangau kami kerana hendak berunding.
Tetapi apa bila tiba dalam kebun getah itu mereka telah menangkap bapaku dan
mengikatnya pada sebatang pokok getah di situ.
Mereka memberi kata dua kepada
bapaku; kalau bapaku mengaku akan
bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya (PKM), mereka tidak akan
membunuh bapaku, tetapi kalau bapaku tidak mahu bekerjasama dengan mereka, maka
mereka akan membunuhnya.
Menurut bapaku, setelah dia mengaku
akan bekerjasama dengan Parti Komunis Malaya (PKM) dan tidak akan menyebelahi
Jepun, maka mereka telah melepaskan bapaku dan mereka telah meminta maaf
kepadanya.
Semenjak dari malam itu, bapaku
telah berpura-pura bekerjasama dengan orang-orang Parti Komunis Malaya (PKM).
Secara sulit dia telah berhubung dengan dua orang sheikh ’Pergerakan Parang
Panjang’, iaitu Sheikh Othman di Kampung Baiyan, Taiping dan Kiyai Salleh, Batu
Pahat, Johor.
KAMI MEMBACA QURAN
Kerana bapa dan ibuku mementang pelajaran aku dan adikku,
lebih-lebih lagi kerana di huma kami tiada guru untuk mengajar kami membaca
Quran, maka mereka mengambil keputusan berpindah dari huma itu ke kampung kami.
Setelah kami berpindah ke kampung,
tidak ramai orang Parti Komunis Malaya (PKM) yang datang ke rumah kami. Hanya
Wang Seng dan Baharuddin topi mengkuang yang sering datang secara
bersembunyi-sembunyi.
Pada tiap-tiap malam gurila-gurila
Parti Komunis Malaya (PMK) sentiasa berkeliaran di sekitar kebun getah dan
belukar di pinggir kampung kami. Mereka juga telah menyebarkan surat-surat
khabar Parti komunis Malaya (PKM) di kampung kami dan kampung-kampung lain. Di
antara surat-surat khabar dalam bahasa Melayu menggunakan tulisan Rumi dan
Jawi, ialah Bintang Merah, Berita Benar, Suara Rakyat dan Bintang Timur.
Perigi tempat kami mengambil air
mandi terletak di bawah bukit, kira-kira 300 ela dari rumah kami. Kira-kira
seminggu sekali aku mendapati surat-surat khabar itu diletak di pinggir telaga
itu dan ditutup dengan daun pisang.
SURAT KHABAR LAMA
Sama ada di rumah datukku mahupun di rumah bapaku tidak
ada tersimpan surat-surat khabar lama. Datuk dan bapaku seperti kebanyakan
orang kampung Melayu di hulu-hulu negeri dan di pendalaman pada masa itu amat
jarang membaca surat khabar.
Pada masa itu hanya surat-surat khabar Parti Komunis Malaya (PKM) itu sahaja
yang ada. Media itu telah menjadi bahan bacaanku dan sumber ilmu pengetahuan
am(general knowlege)ku, terutama
mengenai media hal ehwal dunia.
Aku masih ingat, iaitu pada muka dua
surat khabar Bintang Merah ada sebuah artikel tiga kolum. Dalam artikel itu ada
tulisan lebih kurang begini ’...British, Amerika dan mereka yang beragama
Kristian tidak akan henti-henti untuk memusnahkan umat Islam. Mereka
mempengaruhi umat Islam dengan kemewahan hidup, budaya alat mereka yang
berlawanan dengan Islam dan bahasa Inggeris, kerana bahasa itu menjadi bahasa
dunia’.
Walaupun aku masih belajar dalam
darjah tiga di sekolah Melayu, tetapi kerana aku rajin membaca surat khabar
Jawi dan buku-buku agama bertulisan jawi juga, maka aku telah mempunyai
pengetahuan am yang agak baik berbanding dengan murid-murid sedarjah denganku,
di sekolah Melayu tempat aku belajar.
PANDAI MENULIS RENCANA
Walaupun aku masih kanak-kanak, tetapi aku telah
mengetahui kerja dan peranan pemberita dan wartawan. Pada usia begitu aku telah
mempunyai cita-cita untuk menjadi wartawan seperti Wang Seng anggota Parti
Komunis Malaya(PKM) atau macam abang saudaraku, Abdullah Kuak yang pandai
menulis rencana-rencana untuk majalah-majalah agama di Pulau Pinang dan
Singapura.
Aku mulai mengetahui tugas dan
peranan wartawan ialah dari Baharuddin (topi mengkuang) dan Wang Seng. Manakala
Wang Seng telah mengajarku mengenai surat-surat khabar di negara China dan negara-negara lain.
Aku masih ingat akan kata-kata Wang
Seng, ”...orang baca surat khabar dapat banyak ilmu, orang tak baca surat
khabar fikirannya jadi lemah.”
Wang Seng juga orang yang pertama
telah mengajar ilmu kewartawanan kepadaku. Walaupun dia tidak mengajarku
bagaiamana menulis berita, rencana dan sebagainya, tetapi dia telah memberitahu
kepadaku, di mana surat khabar di terbitkan, bagaimana berita-berita,
rencana-rencana dan gambar-gambar didapati oleh surat-surat khabar di seluruh
dunia. Dia juga memberitahu, orang-orang China memandang wartawan sebagai ’Raja
yang tidak bermahkota’.
KERJA SEBAGAI WARTAWAN
Dengan menggunakan surat khabar ’Bintang Merah’, Wang
Seng telah mengajarku mengenai kepala berita (head line), berita dalam negeri, berita luar negeri dan beberapa
pengetahuan mengenai persurat khabaran.
Wang Seng telah menasihatkan aku,
apabila aku telah tamat belajar nanti, pekerjaan yang baik bagiku ialah bekerja
sebagai wartawan. Katanya, bekeraja sebagai wartawan boleh memusing dan
mencorakkan dunia ini. Menurutnya guru hanya mengajar murid-muridnya di
sekolah, tetapi wartawan mengajar semua manusia, walaupun mereka itu raja,
presiden, pegawai kerajaan, pedagang, buruh kasar atau para petani di
kampung-kampung.
Sementara Baharuddin ’topi
mengkuang’, telah memberitahu ramalannya kepada bapa dan ibuku, iaitu apabila
aku telah besar dan dewasa nanti, aku akan menjadi orang yang berilmu
pengetahuan dan terkenal atau tersohor. Manakala adikku, Ghazali, akan menjadi
seorang yang berilmu pengetahuan, tetapai tidak terkenal atau tidak tersohor
seperti aku.
Perkataan dan ramal Baharuddin ’topi
mengkuang’ itu telah merangsang semangatku untuk menjadi seorang pemberita atau
wartawan.
(Aku telah membuktikan kemahuanku, iaitu pada masa aku belajar dalam darjah
empat, aku telah
menulis
karangan pendek dan ringkas pada kertas kosong dan aku memberi kepada
kawan-kawanku
untuk
membacanya. Di antara artikel-artikel aku itu, ialah mengenai orang-orang
kampung
menangkap ikan
terbul dan pucuk pisang yang beribu-ribu ekor dari tasik cenderoh yang masuk
membuang telur
ke dalam Sungai Air Tukul’ di belakang kampungku. kerana bertelur atau
pada malam hujan lebat. )
Kerana cita-cita itulah agaknya,
aku telah menjadi seorang kanak-kanak yang rajin membaca. Ingin mengetahui
sesuatu yang wujud di alam ini. Di sekolahku, aku pernah dimarah oleh dua tiga
orang guruku, kerana aku telah banyak bertanya kepada mereka akan
perkara-perkara yang mereka tidak dapat menjawabnya atau sengaja tidak mahu
menjawab.
Aku masih ingat, pada masa itu
kebanyakan guru tidak suka murid-murid mereka lebih pandai dari mereka. Mereka
itu masih kuat memegang pada fahaman ’guru makan garam dulu dari murid’.
Aku sering mendengar dua orang kader
Parti Komnunis Malaya (PKM) itu bercakap dengan bapaku, bahawa orang-orang
komunis yang menentang Jepun bertujuan untuk membela orang-orang Melayu,
membela agama Islam dan menolong mereka menuntut kemerdekaan. Tetapi, walaupun
aku masih kecil, aku tidak percaya kepada percakapan mereka itu. Aku sering
diberitahu oleh ustaz Mohd.Amin Farid dan ustaz Mohd. Khir Nawawi yang mengajar
aku mengaji Quran, iaitu orang-orang komunis tidak percayakan Allah dan musuh
agama Islam.*
* Dari manuskrip buku,
Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh,
m(belum terbit), oleh: Mokhtar Petah.
BERITA DALAM 'SINAR HARIAN', PADA HARI INI
FUAD ZARKASI JURIKLAN ANWAR IBRAHIM
Ahli Majlis Tertinggi Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi mendakwa Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam keputusan Datuk Seri Lajim Ukin mengumumkan peletakan jawatan sebagai Anggota Majlis Tertinggi Umno dan Ketua Umno Bahagian Beaufort, Sabtu lalu.
Beliau berkata, Lajim mengambil keputusan itu kerana mengikut nasihat Anwar yang didakwa berkemungkinan menawarkan wang kepada Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan itu.
“Tidak mustahil pendekatan kewangan telah digunakan oleh Anwar yang menasihati Lajim untuk meletakkan jawatannya setelah melihat kata duanya tidak didengari Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
-----------------------------------
Pada masa sekitar tahun 1953 - 1957, saya telah memberi ucapan - pidato- dan penerangan tentang UMNO kepada orang Melayu di Pulau Pinang, Perak, Kedah, Selangor, Johor dan Melaka, kerana amalan saya member perangan berlandaskan ilmun nafs atau ilmu jiwa atau saikilogi, saya tidak silap menerangkan mengenai UMNO kepada orang Melayu.
Tetapi setalah negara merdeka, saya nampak, banyuak penerangan saya itu telah silap, kerana, saya mengikut pemimpin UMNO, yang mahu saya memberi penerangan ikutnya.
Tunku Abdul Rahman telah brkata kepada saya: " Mokhtar, hang pi beghi peneghangan kepada oghang - oghang Melayu ..., apabila negagha kita telah capai merdeheka, kita bentukan negagha Islam ...". Saya silap beri penerangan, kerana hingga sekarang, negara kita masih negara yang tidak sama dengan yang saya telah teramngkan.
Kali ini saya terbaca dalam surat khabar ini, mengenai Ahli Majlis Teretinggi UMNO, Dr. Mohd. Fuad Zarkasi (mungkin tidak menggunakan ilmun nafs - saikologi - penerangan atau ucapan, beliau telah menjadi juru iklan Anwar Ibrahim, iaitu mengiklankan Anwar Ibrahim berjaya 'ajak makan pulut durian' kepada tokoh UMNO Sabah, Datuk Seri Lajim Ukim.
Beliau mengakui, tentu semua orang UMNO akui juga, bahawa Anwar Ibrahim telah ada 'pengaruh yang kuat ' di Sabah.
Orang ramai yakin akan ikloan Fuad Zarkasi, bahawa Anwar Ibrahim ada pengaruh dan mereka yakin pengaruhnya dterima oleh Lajim Ukim, kerana beliau orang betul dan benar akan membela rakyat Sabah dan tidak membolot 'harta Qaru' di negeri tersebut.
Saya berharap, Menteri Penerangan, Datuk Seri Rais Yatim dapat menjaga kedudukan UMNO dan memberi kursus 'sayarahak politik dan penerangan parti' kepada semua orang muda UMNO, agar mereka tidak tersasul pada waktu berucap.
Datuk Fuad Hassan patut bei nasihat kepada para pemidato UMNO.
FALSAFAH AL QURAN DAN AL
HADIS
AKTA
KESELAMATAN DALAM NEGARA
Pada hari ini, kita sedang
menghadapi Pilihan Raya Umum ke - 13 yang sedang hampir kepada kita, maka, saya
kira agak baik, saya mengemukakan perkara lama, dijalankan lama dan mereka yang
dipaksa telah lama didera penderitaan badan dan jiwa. Iaitu Akta Keselamatan
Dalam Negeri (Internal Security act - Isa).
Mendahului
tulisan ini, saya yakin para pemimpin dan manusia - manusia dalam parti politik
yang memerintah negara terbeban dengan dosa yang tidak diampun Allah Subhanahu
wa Taala.
Allah tidak
mengampunkan dosa mereka, selagi mereka tidak memohon ampun dari yang mereka siksakan
dan yang tersiksa mengampunkan mereka.
Saya
menekankan tentang dosa dan menderaan, ialah, berdasar dan berpandukan firman
Allah dalam Quranul karim yang maksudnya di bawah ini:
‘Hai (Nabi Daud alaihis salam), sesungguhnya Kamu
(Allah) menjadikan kamu khalifah (ketua pemerintah) di muka bumi. Oleh itu,
putuskan perkara di antara umat manusia dengan kebenaran, dan jangan kamu
menurut kemahuan (nafsu kerana
berkuasa), nanti kamu akan disesatkannya
dari jalan Allah. Sesungguhnya, orang - orang yang tersesat dari jalan Allah
itu, akan memperoleh (didera) siksaan
yang sangat (keras), disebabkan mereka lupa akan hari perhitungan.’
- Shah:26
Akta
Keselamatan Dalam Negeri - ISA - , adalah satu ikatan kuasa penjajah Inggeris
yang berpegang kepada agama Kristian (lain dari yang dibawah Nabi Isa alaihis salam) dan Yahudi (lain dsari
dijalan oleh Nabi Musa alaihis salam
dan para nabi). Akta ini dilaksan dan dilakukan kezaliman ke atas manusia tanpa
bicara dalam mahkamah, pada masa penjajah Inggeris mengistiharkan dan mengusakan akta itu dalam Undang _ undang
darurat pada 1948.
Walaupun
Persekutuan Tanah Melayu yang telah mencapai kemerdekaan pada 1957, dipimpin oleh
orang - orang Islam, tetapi mereka membelakangi amaran Allah dan mereka telah
mengguna pakai ISA untuk mengekang rakyat yang tidak sefahaman, tidak sebulu
atau membantah sistem kerajaan mereka.
Pemimpin - pemimpin negara ini yang terbeban atau didera oleh dosa
(bersarakan firman Allah di atas), ialah:
1 - Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman Putra (Kedah), 2 -
Perdana Menteri kedua, Tun Abdul Razak Hussein (Pahang), 3 - Perdana Menteri
ketiga,Tun Hussein Onn (Johor), Perdana Menteri keempat, Tun Dr Mahathir
Mohamad (Kedah), Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badari (Pulau
Pinang) dan Dato’ Mohd. NajibTun Razak.
Pandangan saya ini, mungkin ditolak oleh para mufti di Negara ini, tetapi
saya berpegang kepada firman Allah di atas, bahawa para pemimpin kita itu
berdosa dan mereka sedang didera beban dosa di dunia akanakan didera Allah di
akhirat.
Saya meneliti sepanajang perjalanan para pemimpin di atas yang terpaksa
dilakukan kerana kehendak para ahli
parti politik yang menjadi gunung batu menguatkan mereka (para ahli
tersebut didera dosa yang sama oleh Allah, di dunia dan di akhirat nanti), maka
mereka itu, dapat saya jangkatkan beban dosa mereka mengikut sebanyak mana
manusia rakyat Negara ini yang telah mereka siksakan dalam tahan.
a . Tunku Abdul Rahman Putra kurang dari Tun Abdul
Razak Hussein.
b. Tun Razak Hussein lebih banyak
dari Tun Abdul Rahman
Putra.
c. Tun Hussein Onn hampir sama banyak
dengan berasnya,
Tun Razak Hussein.
d. Tun Dr Mahathir Mohamad, adalah paling banyak atau
terbanyak diebabakan dengan
maksud firman Allah di
atas, iaitu dosa melakukan
tidak adil ke atas umat
manusia.
e. Tun Abdullah Ahmad Badawi yang
berpelajaran agama
Islam (diakui oleh Universiti
Malaya), dibebankan
demikian juga, tetapi, kurang
dari para Perdana Menteri
terdahlu.
f. Dato’ Seri Mohad. Najib Tun
tidak dapat lari dari beban
ini, tetapi beliau akan
berkuarangan (mengiikut ketentuan
Allah), kerana pada masa
beliau, Akta Keslamatan Dalam
Negara - ISA, ditukar bulunya.
Menurut
beberapa orang ulama mursyid dan yang berijtihad, bahawa manusia yang dibeban
dosa menyiksa umat manusia, dideritai di dunia sebelum mereka meninggal dunia
dan dideritakan di neraka setelah mereka meninggal dunia.
Orang - orang yang didera dosa
kerana menyiksa umat manusia (termasuk membunuh), dapat dilihat: 1 - Wajahnya
sentiasa kelihatan diselubung kesedihan, kerana cahaya hatinya sedih. 2 -
Bercakap, sering celupar, takbur, menuduh dan mengutuk manuia dan sebagainya.
Tulisan ini berpandu kepada firman
Allah dalam surah Shah:26. Saya tidak tidak memandai - mandai menentukan hokum dan
saya tidak menetaspkan dosa. Semua itu kuasa Allah. Saya, mengulangi lagi, saya
hanya berpandu kepada falsafa atau ajaran Quran di atas.
- Mokhtar
Petah.
MUNAFIK
“Jangan kalian
mengucapkan ‘sayyid’ (iaitu, tuan) bagi seseorang yang munafik, sebab, sesungguhnya, jika orang itu
benar - benar sayyid - tinggi mertabatnya di atas orang lain, yakni jadi
pemimpin, maka kalian (orang mukmin dan mukminah) benar - benar melakukan (menyebab) kemurkaan Allah Azza wa
Jalla (kepada kalian),” - Rasul Allah, Muhammad sallallahu alaihi wa sallam.
(Perawi: Abu
Daud.
Monday, July 30, 2012
TERKENANG
JENIS ISTERI RAMAI
Aku dilahirkan pada 3 Julai 1934, dalam sebuah rumah atau dangau yang beratapkan dedaun rumbia kering, dinding tepas dari buluh pelang, lantai dari buluh minyak, kerangka rumah; tiang, rabung atau tulang bumbung, jerejak, bendul, gelegar hingga ke peha dan anak tangga adalah kayu bulat dari rimba.
Bapaku berasal dari kampung Durian Pipit (kampung itu telah tenggelam dalam tasik Chenderoh) dalam daerah kecil Lenggong. Datukku Yusof bin Ishak dari Batu Kurau, Larut, keturunan orang Pattani (dikatakan ada campur darah orang Batu Bara Indonesia). Moyangku telah berhijrah dari Pattani ke negeri Perak seperti yang aku telah ceritakan di atas.
Menurut cerita orang-orang yang kenal akan datukknya; dia seorang ‘the hero’. Berani.. Pandai silat gayung. Mahir bermain senjata. Gemar beristeri ramai. Empat orang isterinya. Dia menceraikan seorang dari isteri-isterinya dan kahwin dengan seorang perempuan lain sebagai gantinya. Menurut cerita lisan orang-orang tua di kampungku; semua isteri-isteri datukku terdiri dari anak dara belaka. Dia tidak mahu berkahwin dengan janda kerana dia pantang mengutip ’sisa’ orang.
Nenekku, Anjang Shari’ah binti Ishak berdarah campuran Perak dan Pattani juga. Dia berasal dari kampung Beng, Durian Pipit – sebuah kampung di kaki gunung, di seberang sungai Perak-, kini dalam daerah kecil Lenggong.
Menurut cerita lisan orang tua-tua, bahawa ada di antara penduduk-penduduk Kampung Beng yang berasal dari Negeri Pahang. Mereka itu pahlawan-pahlawan dari daerah Raub dan Lipis telah datang membantu orang-orang negeri Perak berperang dengan musuh Siam sekitar tahun 1820. Ada di antara mereka tidak kembali ke Pahang kerana telah berkahwin dengan gadis-gadis atau perempuan-perempuan di sana.
Percakapan orang-orang Kampung Beng, sama ada rentak, gaya dan dialeknya seperti percakapan orang-orang negeri Pahang dalam kawasan Raub dan Lipis.
Bapaku mempunyai adik beradik sebapa dan berlainan ibu, iaitu Long Hafsah dan Yahya. Hafsah telah berkahwin dengan Othman dari kaum kerabat ibuku. Yahya telah terpaksa menjadi buruh paksa Jepun, membina Jambatan Sungai Quay Burma –Thalind. Dia telah berjaya melarikan diri ke dalam kampung dalam kawasan Siam dekat sempadan Burma. Di sana dia telah menjadi anak angkat kepada sepasang suami isteri yang telah tua. Setelah bapa angkatnya meningal dunia, ibu angkatnya telah memeluk agama Islam. Kerana ibu angkatnya tidak ada orang tempat menumpang dan kerana budi baiknya, maka bapa saudaraku telah berkawin dengan ibu angkatnya. Tidak lama kemudian mereka telah berpindah ke kampung Teluk Ayam, dalam kawasan Betong, dekat sempadan antara Selatan Siam dengan Malaysia. Yahya telah meninggal dunia di sana, pada tahun 1970.
Adik beradik seibu dengan bapaku, ialah Long Rajmah tinggal di kampung Changkat Duku dekat kampungku, Mohd. Yunus dan Rabe’ah tinggal di kampung Batu Reng, dekat Kampung Beng. Long Rajmah dan Mohd. Yunus telah meninggal dunia kira-kira sepuluh tahun yang lalu..
Manakala adik beradik seibu sebapa dengan ibuku, ialah, Allahyarham Haji Ahmad bin Haji Jaafar. Dia telah meninggal dunia di rumah anak perempuannya, Norilah, peserta FELDA, di Kota Gelenggi, Pahang. Kakak ibuku sebapa, ialah Fatimah, di kampung Kenayat, Grik, Ulu Perak (telah meninggal dunia). Adik beradik seibu dengan ibuku, ialah Long Fatimah, Ngah Raja’ah, Teh Umi Kalthum, Haji Abdul Majid, dan Rokiah.
Bapaku telah belajar ilmu agama Islam selama kira-kira dua tahun di institusi pondok Haji Omar, kampung Latar Papan, dalam daerah kecil Lenggong. Kemudian dia berpindah belajar di pondok Lebai Salleh (saudara pupu kepada nenekku), di kampung Ngor. Selain daripada mereka, bapaku telah berguru kepada lebih lima orang ulama, di antaranya, Sheikh Haji Nawawi dan Haji Arshad Karai, Haji Asa’aya dan Fakeh Haji Ghazali dan seorang ulama dari Kedah, Haji Ibrahim, Gajah Mati.
Oleh kerana bapaku dari keluarga miskin, maka dia terpaksa belajar sambil bekerja. Dia menjadi penoreh getah di kebun gurunya, di kampung Ngor juga.
Mungkin bapaku telah pernah melihat ibuku - anak dara cantik-, maka dia telah tertarik hati kepadanya. Dengan runding muafakat antara Lebai Salleh dengan datukku, maka bapaku berkahwin dengan ibuku dengan bercinta dari jauh - tidak seperti remja-remaja pada zaman sekarang - , pada pertengahan tahun 1933.
Menurut cerita nenekku; perkahwinan ibu dan bapaku di adakan secara sederhana, iaitu nenek dan datukku telah menyembelih seekor kerbau, tiga ekor kambing jantan, memotong lebih dua puluh ekor ayam kampung, lebih dua puluh batang umbut bayas yang telah diambil dari rimba dan dibuat kerabu.
Kenduri itu telah dihadiri oleh anggota-anggota keluarga, kaum kerabat dan sahabat handai, orang-orang kampung dan para undangan dari luar kampung itu.
Pengantin baru Mohd Petah bin Yusuf dan Jahara binti Haji Ja’afar tidak bersanding. Guru-guru agama di kampungku – mereka guru kepada bapaku -, Haji Umar, Haji Nawawi dan Lebai Salleh telah mengeluarkan fatwa, bahawa bersanding itu haram – haram kerana tasyabbuh atau syubhat - , kerana mengikut cara atau istiadat orang-orang yang beragama Hindu.
Kira-kira sebulan selapas ibu dan bapaku berkahwin, maka mereka telah berpindah ke sebuah rumah (dangau) yang telah didirikan oleh bapaku dan dengan bantuan orang-orang kampung. Rumah itu seperti yang aku telah ceritakan sebelum ini, tidak jauh dari rumah datukku.
Sebagai seorang suami, ayahku telah menjalankan berbagai-bagai pekerjaan cara orang kampung untuk mencari nafkah. Di antaranya menoreh getah, menjadi nelayan di tasik Chenderoh, bekerja sawah, di sawah nenekku dan berkebun - terpaksa meneroka rimba - , atas tanah lima ekar yang didapati dari kerajaan Negeri Perak, di Paya Pak Banun , kira-kira lima kilometer dari kampung ibuku.
Untuk pergi bekerja meneroka rimba dan berkebun atas tanah lima ekar itu, bapaku terpaksa menggunakan rakit buluh pelang untuk menyeberangi tasik Chenderoh yang airnya dalam kira-kira tiga puluh meter.
Kira-kira setahun lepas ibu dan bapaku berkahwin, maka Allah telah mengurniakan kepada mereka cahaya mata, iaitu aku: Mohd. Mokhtar bin Mohd. Petah pada 3 Julai 1934. Kira-kira setahun kemudian, adikku: Ahmad Ghazali bin Mohd Petah telah lahir. Beberapa tahun kemudian kami mendapat dua orang adik lelaki. Adik kami yang pertama bernama Yusof dan yang kedua belum sempat diberi nama. Mereka telah meninggal dunia kira-kira seminggu setelah mereka lahir ke dunia.
Aku dan adikku, Ghazali telah menjadi tetamu dunia ini dalam keadaan ibu dan bapaku dalam rahang kemiskinan. Kami telah minum susu dari payu dara ibu. Tidak pernah memakan makanan- makanan bayi yang mengandungi zat seperti sekarang. Kami makan pisang awak yang masa dan telah dibakar. Kuah sayur-sayuran dari huma, seperti bayam, pucuk salang, pucuk ubi, kangkung dan sayur-sayuran lain,
Kami telah membesar dengan subur dengan bantuan makanan yang begitu. Tetapi aku kini percaya makanan-makanan yang telah disuap oleh ibu dan bapaku ke mulut aku dan adikku adalah makanan ’halalan tayyiban’ – ’ keadaan halal dan baik’.
Aku masih ingat akan kata-kata ayaku kepadaku pada masa aku berusia sepuluh tahun, iaitu, ” ...lepas mu lahir, ...takdir Allah, ...Allah beri rezeki kepada ayah, emak ..., sekeping tanah dalam hutan.”
”...ayah nak..., bila mu dah besar, jadi orang pandai, bijak ...,tak usah kira kita orang susah, ...mengaji rajin-rajin, jadi orang berani, ...pandai tulis kitab...,” kata ayahku.
”...kalau kita susah tak ada orang nak tolong kita, ...kawan ketawa ramai, kawan menangis tak ada...,” kata ayahku lagi.
” ...selalu ingatkan Allah..., minta tolong kepada Allah, ... tak usah tinggal sembahyang..., sembahyang tiang agama...,” tambah ayahku.
Oleh kerana tidak ada orang yang mengasuh kami, maka pada waktu-waktu mereka bekerja di sawah dekat rumah kami, maka aku yang telah boleh merangkak ditinggalkan oleh ibu dan ayahku di atas dangau dalam sawah. Adikku tidur dalam buaian atas dangau itu juga. Menurut ibuku, pada masa aku masih bayi hingga berusia tepat lima tahun, aku tidak nakal seperti kanak-kanak lain. Nenekku – ibu kepada bapaku -, menggelarku ’Mokhtar Laji Lamin’ .
Pada zaman itu siapa yang berduit, dia telah dapat memilik-gunakan sampan batang (dibuat dari batang kayu bulat) atau sampan dayung berdiri - sampan dibuat dari papan dan menggunakan dua dayung di kiri kanan sampan itu - , untuk digunakan sebagai pengangkutan atas tasik Chenderoh. Siapa yang tidak mempunyai duit, terpaksalah menggunakan rakit buluh betung atau buluh pelang. Bapaku telah membuat rakit dari buluh pelang. Rakit itu panjangnya kira-kira sepuluh meter dan lebarnya lebih kurang lima meter. Rakit itulah digunakan oleh bapaku untuk membawa ibuku, aku dan adikku untuk berulang alik di tasik Chenderoh dari panngkalan Kampung Lama, ke pangkalan di Takung Murah atau Tualang Bengok.
Jarak dari rumah kami ke pangkalan rakit, di kampung Lama, kira-kira satu setengah kilometer dan dari pangkalan rakit Takung Murah atau Tualang Bengok ke ladang kami kira-kira dua kilometer. Bapaku membawa aku dan adikku pergi dan balik dari rumah ke pangkalan-pangkalan itu dan ke ladang dengan mengandar kami dalam dua helai kain pelekat - kain sarung - , sehelai kain sarung disangkut seperti buaian pada pangkal pengandar kayu dan sehelai lagi di sangkut pada hujung pengandar itu. Aku dimasukkan dalam kain sarung di hujung pengandar, iaitu di bahagian belakang bapaku dan adikku dalam kain sarung di pangkal pengandar, iaitu dibahagian depan bapaku. Sementara ibuku mengikuti bapaku dengan membawa barang-barang keperluan kami.
Di ladang tempat ibu dan bapaku bekerja, kami telah ditinggalkan di atas dangau yang jarak lantainya dari bumi kira-kira dua meter.
Pada tiap-tiap hari Jumaat bapaku tidak pergi ke ladang kerana dia terpaksa menggayuh basikal sejauh lima kilometer untuk sembahyang Jumaat di masjid, di Pekan Sauk. Pada masa itu di kampung Ngor tidak ada masjid. Pada sebelah petangnya bapaku memancing atau menjala ikan dalam tasik Chenderoh.
Ikan-ikan yang telah ditangkap oleh bapaku dari tasik Chenderoh, selain dari untuk dimakan, iaitu bakar, gulai lemak, gulai tempoyak, goreng dan sebagainya, diberikan kepada nenek kakak-kakak ibuku, telah membuat pekasam.
Bapaku telah memuga atau meneroka rimba di tengah rimba banat. Dia sendiri telah menebang pokok-pokok besar. Apabila semua pokok besar bersama reranting dan dedaunya telah kering, bapaku telah membakar atau memerunnya.Dua tiga hari kemudian – selepas hujan-, bapakku telah menabur biji-biji bayam, maman, cili api atau cabai burung dan bijirin lain.
Apabila semua kawasan huma itu telah mereka bersihkan, maka mereka menajuk benih padi huma, di antaranya padi pasang kurau - nasinya berbau harum. Di samping itu bapaku telah menanam anak-anak pisang dalam kawasan ladang itu.. Anak-anak pisang yang ditanam itu, ialah jenis emas, rastali, berangan, embun atau bunga dan pisang kapal (pokok rendah).
Sementara itu, ibuku telah menanam tanaman kontan, seperti terung, peria, labu, mentimun, kacang, kacang bendi, kacang parang, ubi sengkuang, ubi kemili dan sebagainya.
Apabila tananam-tanaman itu seperti pisang, jagung, labu, mentimun dan sebagainya telah besar dan berbuah, bapa dan ibuku terpaksa tinggal dalam di huma itu. Begitulah bapa dan ibuku telah dihanyutkan oleh kehidupan yang sukar selama beberapa bulan sementara menanti tananam-tanaman mengeluarkan hasil. Apabila tanaman-tanaman seperti pisang dan sayur-sayuran telah mengeluarkan hasil, barulah keadaan kehidupan mereka berkeadaan lega sedikit dari kesempitan.
Pada masa usiaku tujuh tahun, bapaku telah memberitahu kepada aku dan adikku, bahawa pada masa kami masih bayi bapaku telah memandikan kami dengan air yang telah direndamkan batu halilintar atau batu dari petir yang berbentuk seperti mata kapak dan telah serpih hujungnya atau telah rosak.
Menurut ibuku pula, sebelum kami dimandikan, bapaku telah membaca basmalah dan ayat-ayat suci al Quran. Tujuan bapaku berbuat begitu, ialah memohon kepada Allah, supaya kulit tubuh kami tahan besi (sedikit kebal dengan izin Allah), jauh dari penyakit ganjil dan tidak dikacau oleh hantu syaitan, jembalang dan sihir manusia. *
* Dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap Bertongkatkan Paruh, (belum terbit), oleh: Mokhtar Petah.
Saturday, July 28, 2012
KISAH DARI NOVEL
SYARIFAH DARI BATANG BERJUNTAI
Pada Subuh itu, Namlatun Sa’adiah masih nyenyak tidur dalam biliknya. Ibunya telah keluar dari apartment itu dengan berpakaian hanya sehelai sepinggang. Baju sutera ketat sendat membungkus tubuhnya. Kain nipis dedah betis. Potongan badannya boleh menarik perasaan setiap lelaki yang memandangnya.
Sharifah Sakinah mangsa cinta tidak bersambut. Ibarat bertepuk sebelah tangan. Otak dan hatinya menjadi lemah kerana bergelut dengan perasaan sedih. Sayu. Kecewa. Merana. Sesiapa sahaja yang melihatnya, tentulah menyangka, dia tidak siuman . Sewel.
Sharifah Sakinah telah berjalan mengikut ibu jari kakinya. Di sepanjang bahu jalan raya hingga ke Marylebone Road dan ke Telekom Tower, mulutnya mengomel. Merasau seperti orang perempuan gila meryan.
“…Encik Mustafa sayang..., kita kahwin..., kahwin..., kahwiiin.”
“Encik Mustafa buah hati Ina..., kahwin dengan Ina, jangan kahwin dengan Atun...”
“…Encik Mustafaaa, kita kawiiin...”
“…Encik Mustafa, di manaaa? Mari kahwin, ...win, ...win, ...wiiiin!”
Dua puntung kaki Sharifah Sakinah mulai lemah. Diheretnya lagi dua puntung kakinya dengan payah hingga ke Drummond Street, dekat Regent’s Park.Kawasaan itu sunyi seperti kawasan perkuburan.
Saharifah Sakinah berjalan terhuyung hayangn. Tiba di sebatang tiang lampu. Dia memeluk tiang itu.Llaungan dan jeritannya nyaring memanggil Mustafa. Tiang lampu itu dipeluk dan diciumnya berkali-kali.Sewel dan sasaunya menjadi-jadi.
Sebuah kereta besar. Panjang. Berwarna hitam. Buruk seperti kereta rasmi Presiden John F. Kennedy telah tiba di situ. Kereta itu berhenti dekat Sharifah Sakinah yang sedang memeluk tiang
lampu. Dalam kereta itu ada empat orang lelaki kulit hitam, Jusgro termasuk pemandunya. Lelaki yang duduk di sebelah pemandu telah turun menghampiri Sharifah Sakinah. Sambil memgang lenganan kanan Sharifah Sakinah, dia berkata sesuatu kepadanya.Sementara rakan-rakanya dalam kereta itu ketawa dan menjerit-jerit.
Lelaki itu telah memeluk tubuh Sharifah Sakinah lalu memimpinnya masuk ke tempat duduk bahagian belakang kereta itu. Sharifah Sakinah duduk di antara dua lelaki yang berbadan besar dan sasa. Lelaki yang memimpin Sharifah Sakinah duduk semula di sebelah pemandunya.
Sharifah Sakinah yang telah sewel itu rasa seronok bersama lelaki-lelaki itu.Dua tubuh lelaki Jusgro yang sasa mengihimpit tubuhnya.Darahnya mulai dibhakar nafsunya.Dia ketawa terkekeh-kekeh. Dibiarkan dua pungtung tangan liar milik dua lelaki itu memeluk, meraba, memicit dan meramas-ramas tubuhnya.
Pemandu memecut kereta atas dada jalan raya.Kereta membawa mereka ke suatu tempat bernama Cadi. Tempat itu dipisahkan oleh teluk tajam dengan kawasan Beristol. Setibanya mereka sebuah kedai minuman di Cadi, mereka turun dari kereta. Mereka memimpin Sharifah Sakinat masuk ke dalam kedai minuman itu.
Sepereti biasa, pelayan kedai minuman itu menghidangkan beberapa botol arak kepada mereka. Sharifah Sakinah tidak pernah meneguk arak. Di kedai minuman itulah pertama kali dia meneguk minuman itu. Dua tiga gelas air mabuk itu dituangkan ke dalam mulutnya. Ususnya menjadi lubuk arak.
“Minum lagi…,”seorang Jusgro berkata kepada Sharifah Sakinah.
“Minum, darling...,”mereka berkata. Ketawa.
Dua lelaki membantu Sharifah Sakinah menuangkan arak ke dalam gelasnya.Air dalam gelas itu terluah lagi ke dalam ususnya pula. Dia telah mabuk.Dua biji matanya kuyu. Mulutnya membarai. Perkataan-perkataan lucah dalam bahasa Melayu terluah dari mulutnya.
Lelaki yang memimpin ke dalam kereta tadi, memasukkan sejenis serbuk- adam (Menthylenedioxymethamphetmine – mdma) ke dalam minuman ke dalam gelas Sharifah Sakinah. Arak bercampur serbuk mengkhayalkan itu dituangkan ke dalam mulutnya. Air itu mengalir ke dalam lubuk ususnya.
Sharifah Sakinah telah khayal. Mabuk. Tubuhnya longlai atas kerusi di situ.Mulutnya masih menyebut kata-kata kotor.
“...aku ingat dia ini perempuan Thai... ,”kata seorang lelaki sambil mencubit pipi kiri Sharifah Sakinah.
“Entah, aku tidak tahu..., yang pasti dia perempuan dari Asia...,”sambut seorang rakannya.
“Tak apa, yang penting dia telah menjadi milik kita...,”kata pemandu kereta..
Mereka metawa terbahak-bahak.
“Bawak dia ke tempat kita,”pemandu kereta berkata.
“OK...,”suara rakan-rakannya menjadi satu.
Dua lelaki memimpin Sharifah Sakinah keluar dari kedai minuman itu. Di luar kedai itu pemandu kereta merimpung tubuhnya, lalu dimasukkan ke tempat duduk bahagian belakang kereta itu.
“...mau pergi ke manan?” Sharifah Sakinah bertanya dalam bahasanya.
Semua lelaki itu ketawa. Mereka tidak faham pertanyaan Sharifah Sakinan.Kereta bergerak meninggalakan kedai minuman itu. Dua lelaki bersama Sharifah Sakinah bergilir-gilir memeluk tubuhnya. Perangai mereka seperti dua ekor babi menyelungkar tanah lumpur. Berkali-kali mereka mencium dan mengucupnya.
. Kereta mereka menuju ke sebuah kawasan menghadap ke Pas de Calais - Selat Dover . Kawasan itu gelap. Kedengaran bunyi ombak menguak kesunyian malam itu.Di sekitar kawasan itu bergelimpangan bangkai-bangkai kereta, perahu, besi-besi dan kayu buruk.
Dalam kawasan itu tersegam sebuah banglo tua. Kereta Jusgro itu berhenti di hadapan banglo itu. Tubuh Sharifah Sakinah dirimpung oleh seorang lelaki dan dibawa keluar dari kereta tersebut.Tubuh Sharifah Sakinah disambut oleh rakan-rakan lelaki itu. Mereka membawanya ke tingkat atas banglo itu. Tubuhnya dibaringkan atas katil dalam sebuah bilik besar. Perut bilik itu diterangi oleh cahaya lampu yang suram.
“...this is Asian lamb chop skillet..,”seorang lelaki berkata.
“Ye, not Madras curry...,’sambut rakanya.
Mereka ketawa. Bunyi tawa mereka seperti akan mengopak dinding bilik itu.
“You first...,Jonh,”kata lelaki besar dan sasa kepada lelaki berbadan kecil.
“Yes...,”sahut John.
Mereka ketawa lagi.
“Asian lamb chop...,” kata John.
“...he, apa ketawa..., Encik Mustafaaa..., sayang...?” Sharifah Sakinah berkata dalam bahasanya.
Semua lelaki itu tidak faham akan perkataan Sharifah Sakinah. Mereka ketawa.Tawa orang-orang mabuk. Bunyi tawa mereka terluah keluar dari banglo itu.
“John, harry up ..., lamb chop...,” seorang lelaki berkata kepada John.
“OK...,”sahutg John.
Mereka ketawa. Bunyi tawa mereka seperti bunyi tawa sekumpulan algojo.Mereka meninggalkan John bersama Sharifah Sakkinah dalam bilik.
John melabuhkan punggungnya atas katil di sisi Sharifah Sakinah.Laksana buaya lapar dengan bangkai, dia memeluk, mencium, dan menggomol Sharifah Sakinah.Dalam kedaan mabuk, tubuhnya lemah longlai, dia mmenyerah kepada lelaki itu. Mustafa tidak wujud dalam ingatannya lagi.
John meninggalkan bilik itu. Seorang lepas seorang lelaki-lelakimabuk itu masuk ke bilik Saharifah Salmah. Mereka seperti gagak-gagak mencaing dan melahap bangkai.Sharifah yang terlalu mabuk itu telah tidak khabar dirinya.
Kira-kira setengah jam kemudian, Sharifah Sakinan telah sedar semula. Tetapi dia masih sasau. Sewel. Mulutnya barai.Sebaik-baik sahaja dia menyedari tubuhnya terdedah. Tidak ada seurat benag pun menutup tubuhnya. Dia ketawa terkekeh-kekeh.Menejerit. Meraung.
Sharifah Sakinah bengun. Dicapai kainnya lalu disarungkan kepada tubuhnya.Dua biji matanya merenung kesekitar bilik itu.Sambil ketawa terkekeh-kekek dia turun dari kail. Diheret duds puntung kakinya yang lemah ke pintu bilik itu. Pintu telah dikunci.Lelaki-lelaki Jusgro itu telah mengurungnya dalam bilik itu.
“…baik, kau orang kurung aku, tak apa..., aku perempuan..., perempuan, perempuan…, aku tak takut jantanlaaa...,”pekik Sharifah Sakinah.
Dari pintu itu, Sharifah Sakinah mengheret dua puntungn kakinya yang lemah ke hadapan cermin tempat bersolek. Dua biji matanya merenung tubuhnya yang separuh bogel dalam cermin itu. Ketawanya menjadi-jadi.Sebentar kemjudian dia merebahkan tubuhnya semula atas katil itu.
Senja merangkak tiba.Seluruh kawasan tepi Selat Pas de Calais itu disekup kegelapan. Bunyi ombak mengocah kesepian senja itu. Bilik yang mengepung Sharifah Sakina sepi.Laksana bilik mayat. Sharifah Sakinah bangun. Menggeliat. Kain yang membalut separuh tubuhnya ditanggalkan. Tubuhnya terdedah dalam cahaya lampu yang suram.
Empat orang Jusgro itu belum kembali ke banglo itu.Mereka telah pergi ke tengah Selat Pas de Clais.Mereka itu bergiat dalam bidang penyeludupan sejata dan dadah di sekitar perairan Northern Island, Republic of Ireland dan Wales di England. Selain dari mereka mahir membuat berbagia-bagai jenis bom, mereka juga menyertai pergerakan penentang Kerajaan monarki Inggeris.
Mereka itu sedang menunggu arahan dari ‘pemerintah langit’ untuk mengebom keretapi bawah tanah dan kenderaan awam di Bandar raya London dan seluruh England.Keganasan mereka itu bertujuan seperti serampang dua mata. Umat manusia di seluruh dunia akan menuding jari kepada orang-orang Islam.Menuduh mereka penjahat. Manakala umat Kristian akan menerima akibat dari tipu helah mereka ke atas umat Yahudi.
“...orang atas kita ada rancangan baik, macam yang telah berlaku di New York..., kita bom tube, bas..., semua milik Orang Kristian...,”seorang dari mereka berkata.
“Ia, orang ramai akan menuduh orang Islam..., mereka akan menuduh orang-orang Islam pengganas...,”sambut seorang rakannya.
Seorang dari mereka berkata, “...tentu, tentu sumua manusia akan membinasakan pertubuhan orang Islam..., mereka pengganas...”
“Penggtanas, Orang Islam pengganas...,”laung mereka.
Mereka ketawa.
Hampir tengah malam empat orang lelaki Jusgro itu pulang ke Banglo itu. Mereka dalam keadaan mabuk.Seorang lepas seorang mereka melakukan seperti beruang dengan nagka bubur masak ke atas Sharifah Sakinah. Walaupun janda sasau itu dalam keadaan lemah, tetapi dia merelakan keempat-empat lelaki itu melakukan apa sahaja ke atasnya.
Mereka itu seperti kelakuan orang-orang dari kaum Nabi Loth.Tubuh masing-masing telah menjadi sarang virus HIV. Virus yang berasal dari Sodom dan Gomorrah. Dua buah bandar tua peninggalan kaum Nabi Loth di Palestin.
Semenjak malam itu Sharifah Sakinah telah tinggal bersama empat orang lelaki itu. Otaknya tidak sewel dan sasau lagi. Keadaannya seperti orang sakit baru dipulihkan bomoh. Dia telqh dapat ingat semula akan Namlatun Sa’adiah. Mustafa.Rumahnya di UK Perdana. Bandar raya Kuala Lumpur. Kampungnya di Batang Berjuntai. Segala-galanya telah kembali dalam ingatannya.
“...Encik Mustafa, Atun...,” hati Sharifah Sakinah menyebut dua nama dua orang yang dikasihinya.
“Encik Mustafa, Ina sayang..., Ina sayangkan Encik Mustafa...,” hatinya bersuara lagi.
“...maafkan emak, Atun, ....emak tak nak Atum rampas Encik Mustafa dari emak..., emak tak rela...,” Sharifah Sakinah berbisik.
Sharifah Sakinah memejamkan kedua-dua matanya. Nekadnya; dia tidak akan kembali kepada anaknya lagi.Mustafa dilupakan. Mereka tidak memnberi guna kepadanya.Apa sahaja yang akan berlaku ke atas dirinya, akan diterimanya.
“...aku jadi perempuan..., tak guna..., baik aku jadi betina...,”pekik Sharifah Sakinah.
“Betinaaa...!”pekiknya lagi.
Hari berganti minggu. Meminggu bertukar bulan.Telah hampir dua bulan Sharifah Sakinah tinggal bersama empat orang lelaki Jusgro di banglo itu. Walaupun dia telah dijadikan hamba nafsu mereka, tetapi seronok tinggal bersama mereka. Kerana mengikut perasaan, dia terdorong ke hujung hidupnya sedemikian.
Tubuh Sharifah Sakinah telah lemah. Seluruh sendinya terasa berbisa. Sengal-sengal. Selera makannya telah berkuarangan.Tubuhnya telah menjadi sarang kuman HIV. Kuman pemusnah keturunan umat manusia.
Lelaki-lelaki Jusgro itu melihat Sharifah Sakinah seperti bangkai bernyawa. Mereka tidak dapat menggunakan tubuhnya lagi. Membiarkan dia di Banglo rahsia mereka sama dengan menyimpan bangkai. Perempuan itu mesti di buang ke dalam laut. Akan dimakan oleh jerung-jerung ganas. Ikan-ikan yang gemar makan daging manusia dan haiwan.
Tubuh Sharifah Sakinah kurus. Cenkung. Dua biji matanya seperti akan tersembul keluar.Dadanya berpapan.Tulang-tulang rusuk seperti kerangka-kerangka usang.Di merata tubuhnya tumbuh kudis-kudis bernanah.Busuk. Hanyir.
Pada malam terakhir Sharifah Sakinah di banglo itu, lelaki-lelaki Jusgro itu telah memasukkan tubuhnya ke dalam guni. Tubuh yang telah lemah itu tidak bergerak lagi dalam guni itu. Bunyui jeritnya amat lemah. Mereka membawanya ke pantai laut dekat banglo itu. Dengan sebuah bot laju itu mereka membawa Sharifah Sakinah ke permukaan selat ke arah Isles of Scilly.Bot berhenti di sana dalam cahaya beribu bintang di dada langit.
Laut berombak kencang. Bergelombang. Mereka mengeluarkan Sharifah Sakinah dari guni.Tubuh yang lemah itu dibaringkan atas lantai bot itu.Seperti askar-askar Yahudi yang tidak berperasaan belas kasihan, mereka memotong dan mencincang tubuh Sharifah Sakinah. Daging, tulang, urat saraf, kulit dan darahnya bekecai dan membasahi lantai bot itu.
Lelaki-lelaki Jusgro itu ketawa terbahak-bahak.Mereka menuangkan air arak dari botol-botol ke dalam mulut masing-masing. Mereka gembira melihat daging dan darah Sharifah Sakinah.
“...pengganas, perempuan Muslim ini pengganas,” mereka melaungkan kata-kata itu.
“Orang Islam pengganas..., perempuan ini pengganas...,pengganas...,”mereka melaung lagi.
Laungan dan tawa mereka tenggelam dalam bunyi ombak
Sambil ketawa dan melaung-laung kata-kata menghina umat Islam, mereka mencampakkan daging-daging Saharifah Salmah yang berbaur darah itu ke atas permukaan laut di situ. Jerung dan berbagai jenis ikan berebut-rebut menyambar dan menelan daging, daging dan belulang perempuan Melayu dari Batang berjuntai itu. *
* Dari manuskrip novel, Kelip - Kelip di Kota London, (belum
terbit), oleh: Mokhtar Petah.
FALSAFAH ISLAM
SHARI'AT
Bagi tiap - tiap umat, kami adakan satu syari'at (peraturan atau undang - undang) yang tertentu untuk mereka ikut dan jalankan, dan jangnlah ahli - ahli syairi'at yang lain membantah kamu dalam urusan syaari'at kamu. Dan serulah (Muhammad s.a.w.) umat manusia kepada agama Tuhan kamu, kerana sesaungguhnya kamu adalah berada atas jalan yanbg lurus.
Dan kalau mereka mengemukakan bantahan kepada kamu, maka katakan" Allah amat mengetahui apa (undang - undang atau sistem kerajaan) yang kalian lakukan. *
- Al Haj: 67, 68.
* Semua negara dan semua syari'at perlembagaan dan undang -
undang yang mengikut sietem nasuionalis, kapitalis dan lain,
adalah bukan negara Islam dan negara itu tidak mendapat
keredaan Allah, bahkan swentiasa dalam keadaan susah, banyak
tentang rakyat, banyak pemborosan dan banyak hutang.
Negara demikian, seperti bapa menanggung anak - anak jahil
yang suka berfoya - foya. Orang ramai nampak mereka
bahagian, tetapi sebenanya sang bapa itu menanggung beban
hutang. Lakwana 'tidur malam tidak lena, jaga siang tak selesa'.
Negara Islam ialah yang syari'atnya berdasarkan Quran dan
Sunnah. Para mufti, kadi (hakim) dan ulamatnya jujur dan
ikhlas.
MELEBIH - LEBIHKAN PERKARA
Rasul Allah, Muhammad s.a.w. memaklumkan:
Rosak binasalah orang - orang (termasuk orang - orang Asia dan bangsa Melayu) yang suka melebihkan perkara - dari kadar kemampuan diri sendiri. (Junjungan bersabda tiga kali. Boleh diertikan, untujk individu, masyarakat dan negara).
- Perawi: Imam Muslim.
Friday, July 27, 2012
PERAWI HADIS DAN PENULIS
Pada zaman Rasul Allah, Muahmmad, para ahli atau perawi Hadis adalah dari golongan penyampai 'anba' ' (berita). Mereka itu seperti penulis. Mereka menulis hadis dan menyampaikan kepda orang ramai dengan berani. Mereka menampakkan wajah mereka dan mereka sentiasa di tengah orang ramai.
Pada zaman ini para wartawan dan penulis mestilah bernai, boleh guna bama samaran, tetapi wajah tidak boleh disembunyikan. Begitu juga para penulis dalam lapan fb, blogs dan lain, mesti berani, jangan sembunyi wajah, seperti guna bunga, daun, kujcing dan sebagainya.
Orang yang tidak berani, dihitung orang penakut. Orang penakut tidak boleh diikut dan tidak boleh diterima fikirannya.
Beranikan diri mengkritik, walaupun Perdana Menteri dan Sultan, tetapi jangan menghina, memerli, memperlekeh, mengutuk dan lain.
Orang mengritik termasuk orang yang mengikut asat Quran, sura al Asr. tetapi menghina, memerli, memperlekeh, mengutuk dan lain adalah ikut nafsu dan syaitan.
TERKENANG
PENULIS:
”Kalau hang pandai
sangat...”
Seorang penulis
dan bekas Setiausaha Persatuan Penualis Nasional (PENA), Allahyarham Zakari
Abadi, dari Pajak Song, Kepala Batas, Pulau Pinang, sekitar tahun 1986 aktif
menulis buku-buku politik. Dia sering merujuk kepadaku mengenai satu-satu yang
berhubung dengan sejarah perjuangan orang Melayu menuntut kemerdekaan tanahair
mereka.
Pada satu hari, kami telah berbahas mengenai dua tokok politikus dalam UMNO
di Pulau Pinang. Dia berpendapat Anwar Ibrahim satu-satunya tokoh politik di
negeri itu akan melonjak naik hingga memegang jawatan Perdana Menteri Malaysia,
tetapi aku tidak setuju dengan pendapatnya dan aku bertegak dengan pandanganku,
iaitu Abdullah Badawi mempunyai peluang yang cerah untuk menduduki kerusi
keramat itu.
”Walaupun Abdullah telah di tolak oleh rakan-rakannya, tetapi mengikut
firasat aku dia adalah bakal menggantikan
Dr Mahathir Mohamad,”kataku.
”...Anwar Ibrahim sukar naik ke atas, dia gelojoh dalam perjuangan, tetapi
entahlah, sesuatu itu boleh berlaku dengan kehendak Allah,”kataku.
Zakari Abadi telah menggunakan penanya untuk menyokong Anwar Ibrahim dengan
harapan Abdullah Badawi terus tersisih dari parti politiknya dan tidak akan
berjaya memanjat ke puncak.
TITIK DAN KOMA SEJARAH
Kemudian Zakari
Abadi telah mengajak aku menyertai Persatuan Penulis Nasional (PENA), ”kalau
hang pandai sangat, mari masuk PENA, tak guna duk diluak, ...dalam PENA hang
boleh keluarkan fikiran hang,”katanya.
Aku telah menyertai PENA dengan
angka 79 dari 124 orang ahli seumur hidup
PENA dan 262 dari seramai 431 ahli persatuan penulis tersebut.
Bagi melengkapkan buku ini dan untuk menjadi kenanganku menyertai Bakar
Hamid PENA, maka berikut ini aku rakaman nama sebilangan ahli seumur hidup
persatuan penulis tersebut, iaitu:
1. A. Bakar
Hamid , 2. A. Ghafar Ibrahim, 3. A. Ghani Abdullah 4. A. Ghani Samaruddin, 5. A. Karim Hj. Abdullah
- Allahyarham , 6. A. Rahim Abdullah, 7. A. Wahab Muhammad
8. Abd. Aziz Hussain, 9. Abdullah Hussain (SN Dato'),
10. Abdullah Majid (Dato'), 11. Abdullah Nawi,12. Abdullah Tahir - Allahyarham,
13. Abu Bakar Hj. Fathil, 14. Abu Hassan Mahd Sham (Prof. Dato' Dr.) , 15. Adam Abdul Kadir
(Dato'), 16. Ahmad Fadzil Yassin 17. Ahmad Juhari Main
(Prof. Dato' Dr.), 18. Ahmad Kamal Abdullah (Dato' Dr.), 19. Ahmad Razali
Yusaf(Dr.), 20. Ahmad Sebi Bakar (Dato'), 21.
Ahmad Zaki Abu Bakar.
22. Aishah Ghani
(Tan Sri Hajah), 23. Alias Talib, 24. Amdun Husain, 25. Amiruddin Md Ali
Hanafiah, 26.
Anwar Ridhwan (Dato' Dr.), 27. Arbak Othman, 28. Aripin Said, 29. Asari
Ismail, 30.
Ashaari Muhammad (Allahyarham), 31. Awang Had Salleh (Tan Sri, Dato'
Dr) , 32. Ayab Yamin, 33. Azran Abdul Rahman, 34. Baharuddin Zainal
(Dato'), 35. Bhag Singh,36. Che Shamsuddin Othman 37. Barhan Md Zain, 38. Fadzilah Jaafar.
39. Firdaus Abdullah (Prof. Dato'
Dr.), 40: Fizal Md. Hashim
41. Gah Hin San, 42. Hafifi Hafiz, 43. Hamzah Hamdani, 44. Hashim Amir
Hamzah, 45. Hashim Yaacab (Prof. Dato' Dr.), 46. Hasrom Harun ., 47. Hassan Ahmad (Datuk, Hj.), 48.
Hassan Ibrahim (Datuk)-Allahyarham, 49. Hassan Mohd Ali, 50. Hussain Jamil, 51.
Ibrahim Kassim.
52. Ishak Harun (Praf. Dato' Dr.), 53.
Ismail Dahaman, 54.Ismail Hussein (Tan Sri Prof. Emeritus Datuk Dr. Pendeta Hj.)
55. Jalal Ahmad Abdullah, 56. Jamudin Idris, 57. Jazamuddin Baharuddin, 58.
Jahan Jaaffar (Datuk), 59. KamaruzzamanAbdul Kadir(Dato')-Allahyarham , 60.
Kassim Ahmad, 61. Lufti Abas(Prof. Dr.)
Sebagai
kenangan dari titik dan koma sejarah hidup aku dan Zakari Abadi, aku merakamkan
di sini kejadian payah yang telah menimpanya. Dia telah bersahabat rapat dengan
ahli Dewan Undangan Negeri Perak, dari DAP, Encik Fadzlan Yahya. Persahabatan
mereka itu kemudiannya telah bertukar kepada permusuhan. Fadzlan Yahya telah
melaporkan kepada pihak polis yang Zakari Abadi telah memeras ugutnya.
JENAYAH PERAS
UGUT
Pada satu hari dengan tidak diketahui
oleh Zakari Abadi, Fadzlan mengajak Zakari Abadi minum di coffee house di sebuah hotel, di Jalan Ampang dalam Bandaraya Kuala
Lumpur. Setelah mereka duduk sejenak menghadapi meja dalam coffee house itu, Zakari
Abadi telah meninggalkan Fadzlan Yahya kerana masuk ke bilik air. Sebaik-baik
Zakari Abadi keluar dari bilik air dan duduk semula atas kerusi di hadapan
Fadhlan Yahya, tiba-tiba beberapa orang anggota polis telah datang
menangkapnya. Anggota-anggota polis itu telah menemui sejumlah wang di bawah
buku-buku di atas meja. Wang itu kononnya diberi oleh Fadzlan
kepada Zakari Abadi kerana dia telah diperas ugut.
Kerana
Zakari Abadi menggunakan seorang peguam India yang tidak berpengalaman membela
orang yang dituduh dalam kes jenayah peras ugut, maka aku yang telah menjadi saksi
utama dalam perbicaraan di Mahkamah Rendah Kuala Lumpur bagi membantu peguam
itu.
Aku
telah menulis sebuah artikel pendek mengenai fakta kes itu dan aku telah
meminta peguam itu menghafalnya untuk dijadikan bahannya membela Zakari Abadi.
Allah Maha Kuasa, disebabkan keteranganku sebagai saksi dalam mahkamah dan
peguam telah berhujah dengan pendakwa mengikut artikelku itu, maka Zakari Abadi
telah dibebaskan. Mahkamah telah memutuskan dia tidak bersalah.
Pada
waktu aku mengiringi Zakari Abadi keluar dari Mahkamah Rendah Kuala Lumpur, di
Jalan Duta, aku telah teringat akan kata-kata Abdullah Badawi, “…Allah
ada,..apa depa kata, kata pilah…”, kepadaku pada ketika dia membaca buku yang
ditulis oleh Zakari Abadi mengenai Anwar Ibrahim dan dirinya.*
* Dari manuskrip buku, Memoir, Patah Sayap
Bertongkatkan Paruh,
(belum terbit), oleh: Mokhtar Petah.
FALSAFAH ISLAM
SYAITAN BERSIFAT
(Nabi Ibrahim alaihis salam berkata): Hai, ayahku, jangan ayah menyebah syaitan (menyembah berhala bermakna menyebah syaitan, mengikut hukum - hukum orang menyembah syaitan dan menduakan Allah, bererti mengikut syaitan), sesaungguhnya, sayitan itu menderhaka kepada Allah yang melimpah - limbah rahmatNya.
Hai ayahku, sesungguhnya aku bimbang yang ayah akan kena azab dari (Allah) Ar Rahman disebabkan Allah menyembah yang lain, maka dengan itu, maka, jadilah ayah rakan bagi syaitan dalam neraka. *
- Mayam:44,45.
zaman ini, dalam politik, anak mengajak ayah mengikut jalan
Allah dan mengikut dan perkuatkan hukum Allah serta tegakkan
Negara Islam di bumi pesaka Melayu ini.
Besarkan keterangan - kegterangan Allah dalam Quran,ada dua
jenis syaitan: 1 - Syaitan yang dijadikan dari api, 2 - Syaitan
bersifat dijadikan dari tanah (asal), kemujdian air mani.
KEHINAAN
Rasul Allah, Muhammad s.a.w. memaklumkan:
Cukuplah bagi seseorang itu ( menangung bebas ) kehinaan (mengikut faklsafah Islam), apabila dia menghina (mencerca, menuduh jahat dan mengutuk) saudaranya sama Islam.*
- Perawi: Imam Muslim.* Pada masa ini, perbuatan seperti di atas seolah - olah menajdi
halal bagi kebanyakan orang Islam.
RASA SEPERTI DI MAKKAH
Pada malam tadi, saya, isteri,Sitti Haisha dan anak bungsu, Petah Ibnu Khakdoon telah menyertai semaah sembahyang Tarawikh di Masjid Putera, Putrajaya.Seluruh kawasan medan masjid dipenuhi beribu buah kereta dan orang Islam, lelaki dan perempuan amat ramai. Saya terkenang pada malam - malam sembayang semaah tarawikh dalam Masjid Haram Makkah; saya rasa seperti di Makkah.
Saya mengajar diri saya:1 - Puteraja bukan bandar Negara Islam.
2 - Masjid Putraja, masih dalam pusat negara Nasionalis.
3 - Umat Islam yang mnenganu berbagai parti politik, bersatu
padu.
4 - Menatap kalauan dan cemelang cahaya lampu - lampu letrik, di
sekitar masjid berkat dan tasik sepi, saya teringat:
HUTANG NEGARA DI TAHAP rm247 BILLION PADA
2007 DAN PADA 2011 RM421 BILLION.
Subscribe to:
Posts (Atom)