mokhtar petah
Saya di antara para pemuda UMNO yang menyampaikan 'pedang keramat'(simbul perjuangan bangsa) kepada Ketua Pemuda UMNO, Saadon Zubir dalam satu perbarisan pemuda UMNO, di padang Kelab Melayu Butterworth.
Sebaik-baik menerima pedang itu, Saadon Zubir telah berkata: "Jika manggis masak dan langsat masa mencampuri kita (UMNO) menuntut kemerdekaan ..., percayalah, laut Pulau Pinang ini akan menjadi darah."
Haji Ahmad Fuad dan Haji ahmad Badawi rakan rapat. Mereka berkata kepada saya: "Kami akan berjuang bersama - sama menuntut kemerdekaan. Kamai mahu Tanah Melayu menjadi negara Islam, diperintah oleh orang Islam (PAS dan UMNO)."
Dalam perahu ini, saya berfikir, " Mengapa kerana mencabut keris Ketua Pergerakan Pemuda, Hishamuddin Hussein minta maaf kepada orang Cina. Mengapa kini PAS dengan UMNO bermusuhan. Orang Islam bermusuhan dengan orang Islam dimurkai oleh Allah.
Adakah orang -orang dari dua parti politik orang Islam ini sedang mengusung kayu api untuk membakar diri mereka sendiri. (Maknanya sama - sama akan menuju ke neraka). Maaf. Saja berfikir begitu.
No comments:
Post a Comment