YANG DIPERTUAN AGONG
Ampun Tuanku,
Siang Jumaat, dalam Masjid Putra,
kami mengaminkan sebuah doa,
moga Allah berkahi Paduka Baginda,
Maharaja Negara Malaysia,
sekelurga atas takhta sanggahsana.
Ampun Tuankiu,
Amanah Paduka amanah Allah,
Amanah kami kerana Allah,
Kita pikul amanah bersama,
kerana negara kita demi agama kita.
Siapa kita sebenarnya?
Ampun Tuanku,
Benarkan Paduka, negara bertuah ini,
negara Islam sejati,
amal benar Quran dan sunnah nabi?
Atau sebagai lukisan di dinding cuma,
kita bersama menatap tapi hati hampa.
Ampun Tuanku,
Allah perintah ummah bersatu,
tapi kita gagal di tengah jalan,
laksana penjaja patah kandar,
ingkar kita kepada Allah,
Islam kita abai, daya kita ibadah cuma.
Ampun Tuanku,
amanah Tuanku belum tertunai,
Kami rakya memikul sama,
jalan panjang jauh ke hadapan,
dibiarkan sahajakah Melayu berpcah,
Ampun Tuanku,
Setiap kali keranda melintasi hamba,
terasa di dalamnya, adalah kita,
manusia alpakan amanah Allah,
dik mewah kita dik kuasa kita,
'Nerakaku menunggu kalian,' firman Allah.
Ampun Tuanku,
sekadar berpesan hamba terdaya,
ibarat belatuk dengan paruhnya,
kayu ditebuk haram tak jejas,
paruh patah belatuk kecundang,
kata orang; tidak ukur badan.
Ampun Tuanku,
sungguh arif hamba; Paduka beriman,
tawakal takwa siang malam,
kerana Raja umat Islam,
doa patik kepada Allah,
Kerajaan Paduka diberkati - Nya.
Masjid Putra …............Mokhtar Petah
No comments:
Post a Comment