Saturday, June 6, 2009

PAS:

NIK AZIZ SARAH AHLI PAS PERKAYA ILMU POLITIK
Intan Abdullah | Foto Nasir Sudin

SHAH ALAM, 5 Jun (Hrkh) - Setiap dari ahli PAS disaran agar memiliki pengetahuan mengenai ilmu politik dengan membaca buku.

ImageDemikian ujar Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada lebih 100 pengunjung yang hadir pada majlis pelancaran buku bertajuk 'Fenomena Politik Baru' karya Wan Ji Wan Husin dan Saifulamri M.Husin di gerai Anbakri Publika Sdn Bhd petang tadi.

"Ilmu politik tiada di sekolah, kalau kita ingin memperolehi ilmu politik, maka kita kena baca buku yang ditulis oleh orang politik,"jelasnya.

Malah ujar Menteri Besar Kelantan itu, tindakan tersebut akan dapat menjadikan diri seseorang mempunyai ilmu semasa.

Image"Ia adalah bertujuan untuk meletakkan diri sebagai orang yang memiliki ilmu berbentuk semasa(politik),"katanya.

Malah, beliau mengingatkan agar mencari ilmu yang kebiasaannya diperolehi menerusi membaca, supaya dengan ilmu tersebut dapat menjaga diri seseorang.

Turut hadir pada majlis pelancaran tersebut, Menteri Besar Perak, Dato' Seri Mohd Nizar Jamaluddin dan AJK PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa.

Pengunjung kelihatn berpusu-pusu membanjiri kawasan tersebut terutamanya golongan muda dan remaja yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.

Masing-masing mengambil kesempatan untuk mendapatkan tandatangan dan bergambar dengan Nizar.

(Berita ini dari Harakah Daily, 6 Jun 2009)

No comments: