Sunday, June 7, 2009

QURAN


MELAMPAU BATASAN


Katakan: hai hamba – hambaku yang melampai

batasan yang mencelakaakan diri mereka sendiri.

Janganlah kalian putus harapan dari rahmat Allah

. Sesungguhnya Allah itu mengampuni segenap dosa.

Sesaungguhnya Dia Maha Pengampun dan Penyayang.

-Az Zumar: 53


HADIS


BERJUANG


Rasulullah Muhammad s.a.w. Telah bersabda: Sesiapa yang

menyediakan keperluan bagi orang yang akan berjuang pada jalan

Allah, bererti dia telah berjuang (pada jalan Allah). Dan siapa yang

menjaga dengan baik hak milik orang yang berjuang pada jalan Allah,

bererti dia telah ikut berjuang (pada jalan Allah).

- Perawi: Imam Bukhari dan Imam Muslim


PETUA


IBU DAN BAPA MERTUA


Ibu dan bapa mertua anda adalah seperti ibu bapa anda sendiri, maka jadilah orang yang baik, menjaga hati dan berbuat baik kepada ibu dan bapa mertua anda. Jika anda menyakiti hati ibu dan bapa mertua anda, samalah dengan anda tidak cintakan isteri atau suami anda. Anda orang yang paling hina.


*** ***


TAHUIKAH?


HUTANG


Sekitar tahun 1940 – an dan 50 – an, kebanyakan peniapakaian yang terdiri dari orang India Muslim di Pulau Pinang untuk berkahwin dengan gadis – gadis Melayu, mereka memperdaya – beri hutang pakaian – kepada ibu bapa gadis – gadis Melayu, bila hutang telah banyak dan tidak terdaya melangsainkannya, maka anak gadis mereka dikahwinkan dengan peniaga tersebut.


MUSLIM TEGAR


Kira – kira 49% dari semua ahli PAS tidak sangat faham akan politik Islam, tetapi Iman mereka kepada Allah kuat tegar tegar. Berjuang kerana Allah. Mereka tidak mementingkan kekayaan atau hidup senang lenang. Mereka yakin; kerana Allah, ulat dalam batu dapat makan.Mereka itulah yang menjadikan PAS kuat dan bertambah kuat.


BELATUK


Peribahasa Melayu: Punggur rebak belatuk tumpang mati. Kini berlaku; orang – orang yang bergantung kepada seseorang pemimpi, apabila pemimpin itu jatuh atau berhenti, mereka menjadi seperti belatuk.


AIR WANGI


Air wangi lelaki tidak dibuat dari jebat (air sawat) rusa, kayu dan kulit kayu kemudian diproses menjadia wangi. Sebab itulah air wangi yang maha harganya tidak boleh dipakai untuk sembahyang, kerana najis bangkai. Bukan kerana alkohol.

No comments: