mokhtar petah
Kita laksana sekawan unggas di angkasa,
Masing-masing menggonggong kasih yang ada,
Seperti melata peria atas batu di huma,
Kemangi dan nilam harum baunya.
Tak kita harap musim berhujung,
Seperti bungan cempaka dan tanjung,
Perpisahan ada penyiksaan berkabung,
Sedih sendiri tidak terdaya anakmu menanggung.
Pada hari pemergianmu terakhir,
Sebak hati ini hilang daya fikir,
Menahan duka lara bermandi air mata mengalir,
Kerana pemergian ibu, aku terpinggir.
Ibuku insan mulia waris Hawa,
Seorang rakan mudah berbicara,
Di bawah tapak kakimu ada syurga,
Didikanmu demi Allah, aku ke syurga.
Kepada Allah anakmu mohon hajat,
Di syurga-Nya tempat ibu berehat,
Dipintunya bonda menungguku dan kerabat,
Kini anakmu perantau jagat.
Maha Iradat dan Qudrat Allah,
Melindungku dan kerabat dari fitnah,
Musuh Allah bernama makhluk pemusnah,
Dengan pena anakda meneruskan jihad.
Selagi darah mengalir panas dalam jasad,
Tidak nama puteramu kasad,
Jihadku ibu, cuma dengan pena - baca,
Demi Allah, amanat ibu puteramu amalkan.*
AYAHKU
Anakmu masih ingat, ayah,
Enam peluru api singgah pada dadamu,
Kebalmu bukti seorang pejuang,
Pada zaman ‘parang panjang’,
Senjata orang Melayu yang malang.
Tulang empat keratmu, ayah,
Bagai besi waja,
Ayah memerah keringat,
Tengah panas membakar,
Memungut rezeki Allah dari bumi pusaka.
Pisang bakar,
Daging unggas dan napuh liar,
Dari belukar di belakang rumah kita,
Ikan dari tasik tanpa sangkar,
Mengisi ususku untuk membesar.
Ilmu duniawi dan akhirawi,
Dari ayah kekal dalam diri ini,
Dari kenal diri sendiri,
Hingga Tuhan Maha tinggi,
Dalam diriku ada kemanusia sejati.
Kini ayah jauh di alam baqa,
Anakda masih ‘bertongkatkan paruh’ jua,
Mewarisi semangat dan wasiatmu,
Tegar imanku sang anak bertaqwa.
Ayah, tiba musim di hadapan,
Ke sana juga anakmu dicampak Tuhan,
Kita bertemu jauh dari kepalsuan,
Alam baqa dan syurga aman,
Ayah dan aku ramai warisan.*
orang Islam, di Kampung Nami, Sik, Kedah ).
No comments:
Post a Comment