Thursday, June 4, 2009

QURAN

TOBAT

Allah hanya menerima tobat dari orang -orang yang melakukan kejahatan kerana kebodohan merekam kemudian itu mereka kembali (bertobat) dengan segera, sebab itu Allah menerima mereka kembali. Dan Allah itu Maha Tahu dan Bijaksana.
Dan tidak diterima tobat orang - orang yang mengerjakan kejahatan, apabila kematian datang kepada salah seorang dari mereka, baru mengatakan: Saya tobat sekarang, dan tidak pula - diterima tobat mereka yang meninggal dunia dalam kekafiran. Bagi mereka itu Kami telah sediakan siksaan yang pedih. - An Nisa: 17, 18.



HADIS

BACA QURAN

Siti 'Aishah binti Abu Bakar (isteri Nabi Muhammad s.a.w.) telah berkata: Nabi s.a.w. pernah membaca Quran dan kepalanya di atas ribaan saya dan saya pada ketika itu sedang haid (datang bulan).
- Perawi: Siti 'Aisyah dan Imam Bukhari.
* Dari segi kaedah Hadis dan Sunnah, cerita di atas ini tidak dihitung hadis, tetapi dihitung Sunnah, iaitu Nabi Muhammad s.a.w. tidak berkata. Junjung melakukan dengan tubuhnya.


PETUA


BACA BASMALAH
Bagi orang mukmin dan mukminah, untuk sentiada dalan selamat dan sentiasa dalam lindungan allah, bacalah basmalah 40 kali, pada ketika hendak tidur, mula keluar rumah untuk berjalan atau bekerja, hendak memndu kereta dan di mana - mana sahaja.
Sebaik -baik orang mukmin dan mukminah apabila sedang memndu kereta, pasanglah sebarang alat bagi mendengar bacaan Quran dan tidak mendengar lagu asyik maksyut atau khayalan. Mana tahu tiba - tiba berlaku kemalangan, pemandu terus meninggal. Kalau sedag mendengar bacaan ayat - ayat bererti dia dalam keadaan hampir dengan Allah, tetapi jika sedang mendengar lagu asyik maksyuk ..., wallahu a'lam.



*** ***


TUJUN BRITISH

Presiden Soekarno menentang pembentukan Malaysia oleh Tunku Abdul Rahman, kerana dia telah mengetahui, bahawa British telah menggunakan Tunku Abdul Rahman bagi menghalang penubuhan negara baru 'Republik Kalimantan Utara' yang meliputi Brunei, Sarawak dan Sabah. Dan Beritis bertujuan; Malaysia akan menyelamatkan harta benda British (misalnya perusahaan patrolium) dalam wilayah tersebut dan memberi peluang kepada orang - orang Cina Singapura mengusai pulau itu.

PERJUANGAN MELAYU

Perjuangan awal orang Melayu menuntut kemerdekaan dengan menetapkan: Satu bangsa; Bangsa Melayu, satu negara; Negara Melayu, satu bahasa; Bahasa Melayu, dan agama Islam Agama Negara (Tidak boleh orang atau parti politik beragama lain dari Islam memerintah negara). Malangnya, British dan orang - orang Melayu anak emas British menentang dan menghapuskannya.

NAWAR IBRAHIM

Anwar Ibrahim sorang penuntut Malay College Kuala Kangsar yang boleh berpidato dengan baik. Dialah penuntut kolej itu yang pertama pada tahun 1960 - an menentang polisi pembangunan negara oleh Tunku Abdul Rahman dan Tun Razak. Penentangan itu dilakukan dalam ucapan mauludir rasul nya di Kampung Beluru (pendalaman) dan Talang Dusun, dalam bandar Kuala Kangsar.

PULUT

Makanan yang dibuat dari berat atau tepung pulut lazat dan berkhasiat, tetapi bahawa bagi lelaki (jika makan banyak dan makan selalu), iaitu akan melemahkan tenaga batin mereka. Manakala bagi perempuan akan melembikkan payu daranya.



No comments: