Saturday, June 13, 2009

PELANCARAN 'DIARI CINTA 2009


ALATTAS KOCAH ORANG POLITIK

TULIS BUKU CINTA TAPI TAKUT BERCINTA


Diari.jpg

Apabila bergelar selebriti popular, sudah pasti banyak pihak yang ingin bekerjasama dengan mereka. Itulah juga yang dilalui oleh bakal pengantin baru, Mawi dan Ekin apabila muncul dengan ‘Diari Cinta 2009’ yang ditulis Syed Hassan Al Attas. Diari cinta setebal kira-kira 500 halaman ini dikatakan sesuai untuk pasangan pengantin mencatat segala memori suka-duka mereka dalam kehidupan berumah tangga.


Mawiabah 11.jpg

Mawiabah 8.jpg

Mawi dan Ekin ketika ditemui di majlis pelancaran diari tersebut memberitahu mereka berdua tertarik dengan diari tersebut kerana ianya berbeza daripada kebanyakan buku yang diterbitkan oleh kebanyakan pasangan selebriti sebelum ini.

Mawiabah 3.jpg

Mawiabah 2.jpg

"Di dalam diari ini ia bukan bercerita tentang kisah cinta kami. Sebaliknya ia mempunyai kata-kata nasihat dan falsafah cinta untuk semua pasangan suami isteri. Sebelum ini ramai yan Tanya saya untuk menerbitkan buku tentang hubungan cinta kami berdua, tetapi saya lihat diari ini agak berbeza dan itulah sebabnya kami berminat.

Mawiabah iv.jpg

Mawiabah 7.jpg

"Walaupun kami berdua tidak terlibat banyak di dalam proses penghasilan diari ini, namun kami yakin ia mampu memuaskan hati para peminat. Ini kerana di dalam diari ini turut dimuatkan gambar-gambar kami berdua dan ianya dijual dengan harga yang berpatutan," ujar Mawi sambil diakui oleh Ekin yang setia menemaninya.

Mawiabah 6.jpg

Mawiabah 10.jpg

Ditanya tidakkah dia rasa dirinya dieksploitasikan semata-mata untuk mengaut keuntungan, penyanyi yang popular dengan lagu “Aduh Saliha” tersebut segera menafikannya. Katanya dia bekerjasama atas dasar perniagaan dan tidak terasa dieksplotasikan.

Mawiabah vii.jpg

"Kami berdua tidak rasa kami dieksploitasi kerana kami berfikir ianya satu perniagaan. Malah kami melihat diari ini daripada sudut yang positif dan kami yakin ianya mampu memberikan kebaikan kepada pasangan lain," tambahnya.

Mawiabah 4.jpg

Mawiabah 5.jpg

Sementara itu Ekin atau nama sebenarnya Nora'ashikin Rahmat menganggap diari cinta yang dihasilkan oleh Syed Hassan Al Attas itu sebagai rezeki. Katanya walaupun mereka berdua terlalu sibuk dengan pelbagai persiapan menempuhi hari bahagia tidak lama lagi, namun mereka masih sempat untuk meluangkan masa hadir di dalam majlis yang penuh bersejarah itu.

Mawiabah 1.jpg

Mawiabah 9.jpg

"Kami tidak pernah bercadang untuk muncul dengan diari ini tetapi apabila ada pihak datang berbincang untuk menghasilkan diari untuk kami, kami menganggapnya sebagai satu rezeki. Benda baik, buat apa hendak menolak dan ia juga sesuatu yang boleh dikongsi bersama peminat," katanya sambil tersenyum manis.

Menurut Syed Hassan pula, dia memang telah lama meminati Mawi dan baru kini muncul peluang untuk mereka berdua bekerjsama. Katanya dia yakin diari yang dihasilkannya itu akan diterima peminat kerana ia memuatkan banyak kata-kata hikmah yang sesuai sebagai panduan pasangan suami isteri.

Mawiabah v.jpg

"Saya pilih Mawi sudah tentu sebab dia ada ramai peminat. Selain itu penerbitan diari seperti ini belum pernah dilakukan oleh orang lain. Jadi saya berharap akan mendapat sokongan semua pihak termasuklah pihak media agar diari ini akan berjaya di pasaran," katanya yang berminat untuk memasarkan diari tersebut ke luar negara termasuklah ke Singapura, Brunei dan Indonesia.

Sumber: www.gua.com.my
(Dari Shalattas.com).

















No comments: