Najib Tun Razak
“Hakikatnya, Umno masih disayangi oleh orang-orang Melayu. Tidak ada sesiapa dapat menafikan hal ini. Sebab itulah, mereka mengundi untuk mengekalkan Umno sebagai parti terbesar dengan kerusi terbanyak di Dewan Rakyat walaupun dinafikan majoriti dua pertiga. Atas sebab itu, Umno wajib mengambil iktibar yang betul dari mesej yang disampaikan oleh orang Melayu. Jika tidak, perasaan sayang tapi marah ini akan bertukar pula menjadi benci dan terus tidak peduli.
ebagai orang Islam, dalam menghadapi kemelut dan pelbagai cabaran, eloklah kita kembali merujuk kepada ajaran agama. Marilah merenung tiga ayat berikut sebagai panduan dan pedoman.
Ya Allah yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada siapa yang Engkau mahu dan Engkau jua yang mencabut kerajaan dari siapa yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan siapa yang Engkau mahu dan Engkau hinakan pula sesiapa yang Engkau kehendaki. - Ar Ra'd:11
Bagi manusia ada malaikat yang berganti-ganti mengintip, di hadapan dan di belakang . Mereka itu menjaganya dari perintah Allah. Sesungguhnya, Allah tiada mengubah keadaan suatu kaum kecuali jika mereka mengubah keadaan diri mereka sendiri.
Janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Dia Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. - Az Zumar: 53
Mengambil maklum dan iktibar daripada ayat-ayat suci itu, makanya, kita berkumpul pada malam ini bukan untuk bersedih mahu pun untuk berduka lara di atas musibah yang berlaku, akan tetapi kita berhimpun sebagai sebuah parti atas satu tujuan untuk mencarta dan memeta arah tuju seterusnya kepada perjuangan Umno."
1 comment:
Betoi ke orang MELAYU yang mengundi bagi kemenangan UMNO di Dewan Rakyat tu..?
Bagaimana dengan pengundi pengundi komponen BN..???
Cuba lihat statistik PRU 12...kalau tiada pengundi MELAYU dari BUKAN UMNO bagaimana ???
MUHASABAH lah diri....dan cuba cari fakta dan PUNCA atas...
Kenapa UMNO di talkinkan di Sabah
Kenapa ramai orang orang UMNO keluar dari UMNO
Kenapa Senator Dato' Zaid Ibrahim letak jawatan nyer
Kenapa Ada ugut mengugut melalui SMS..di Terengganu kalau bukan dari UMNO sendiri...
Kenapa DSAI di nyahkan dari UMNO..
....dan banyak lagi...
Jesturu itu UMNO atau orang MELAYU perlu SEDAR dan MAKLUM atas insiden
yang merugikan UMNO/MELAYU itu sendiri...sebelum terlambat
Politik itu tidak KOTOR yang mengotorinya ialah "POLITICIAN"
Bertindaklah dengan FIKIRAN dan BUKAN dengan PERASAAN.......(atau PERASAN)
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui
Wallah Hualam
Post a Comment