Tuesday, March 31, 2009

HAJI ABDUL HADI AWANG PRESIDEN PAS

Image

Haji Hadi Awang

[Sambungan ucapan Haji Abdul Hadi Awang dalam Dewan Rakyat kerajaan menyokonbg usul pihak Kerajaan Malaysia untuk mamansuhkan kekebalan Raja Melayu, pada Disember4 1992 (Lihat buku, Kerajaan Mansuh Kekebalan Raja Melayu, oleh: Mokhtar Petah - 1993). Kami berharap ucapan yang menjuadi bahan sejarah ini dapat memberi manfaat kepada pembaca yang intelektual atau Ulul albab. Editor, Petah Shahrir Aidid.]

Bila anak gabanor itu kalah dalam sukan lalu dia memukul seorang Kristian Ortodok yang bukan Islak, tetapi mengikut prinsip keadilan orang yang melakukan kesalahan mesti dijatuhkan hukuman. Saidina Umar telah menjatuhkan hukuman yang tepat berdasarkan prinsif Islam dan seterusnya menyampaikan ucapannya yang masyhur kepada Gabenornya yang bermasud:

Wahai Amar, wahai Gabenor, sejak milahat kamu memperhambakan manusia? Sesungguhnya manusia itu dilahirkan oleh ibu-ibu mereka dalam keadaan bebas dan merdeka.”

Manusia tidak boleh diperhambakan. Untuk menjamin hubungan baik di antara pemerintah termasuk Raja dan rakyat, Islam mewajibkan, yang pertama mewajibkan nasihat. Sabda Rasulullah

s.a.w., addinunnasihah, yang bermaksud, “ agama itu nasihat”.

Lalu para sahabat bertanya: “Untuk siapa?” Sabda Rasulullah s.a.w.

Yang bermaksud, “Bagi Allah, bagi Rasul – Nya, bagi kitab – Nya”.

UMAT ISLAM

Yakni nasihat itu mestilah berdasarkan perkara prinsip bagi pemimpin - pemimpin umat Islam dan bagi rakyatnya. Bukan sahaja pemerintah, Raja yang memberi nasihat tetapi rakyat juga boleh memberi nasihat dalam perkara - perkara tertentu. Di antara nasihat dalam negara yang berdasarkan kepada Demokrasi Berparlimen ialah nasihat melalui Parlimen, termasuk peranan pembangkang hendaklah diberi bukan sahaja peranan kerajaan dan mereka yang membri nasihat hendaklah diberi hak.

Akhbar – akhbar juga hendaklah diberi peluang untuk membri nasihat. Sekiranya memberi nasihat ini dihalang dan disekat maka timbullah suarat - surat layang. Adanya surat - surat layang ini kerana tersekat untuk memberi nasihat dan tidak berani memberi nasihat. Kalau surat - surat layang juga disekat, kita bimbang batu pula yang akan melayang.

Yang kedua, untuk menjaga hubungan baik di antara pemimpin dan rakyat ialah menolong. Mesti berlaku tolong - menolong antara satu sama lain. Sabda Rasulullah s.a.w. (menyebut sebuah Hadis) yang bermaksud, “Tolonglah saudaramu yang zalim atau yang kena zalim”.

Lalu para sahabat bertanya, “ Wahai Rasulullah, yang kena zalim itu kami faham, dia perlu diberi pertolongan. Bagaimana memberi pertolongan kepada yang zalim?”

MEMBERI PERTOLONGAN

Sabda Rasulullah s.a.w., “Menghalangnya daripada melakukan kezaliman, itgu bermakna memberi pertolongan kepadanya.”

Yang ketiga, Islam mewajibkan adil. Sabda Rasulullah s.a.w. Yang bermaksud, “Hendaklah kamu berlaku adil walaupun hukuman itu terpaksa dikenakan ke atas diri kamu sendiri.”

Kemudian mengharamkan kezaliman. Betapa haramnya kezaliman itu sehingga Allah berfirman yang mafhumnya, ' Jangan kamu cenderung kepada orang – orang yang zalim, nanti kamu disentuh oleh api neraka.'

Dan seterusnya Hadis Qudsi, Rasullah s.a.w. Menceritakan, Allah berfirman yang bermaksud, ' Wahai hamba – hamba – Ku, sesungguhnya aku mengharapkan zalim itu kepada diri-Ku, maka janganlah kamu melakukan kezaliman.'

Tuhan mengharamkan zalim kepada diri – Nya sendiri dan mengharamkan zalik kepada hamba – hamba- Nya.

Seterusnya kelemahan – kelemahan dari saki - baki undang – undang Inggeris hendaklah dihapuskan walaupun sampai ke peringkat meminda Perlembagaan kerana Inggeris sendiri sudah meninggalkan perkara – perkara yang lapuk. Adakah kita masih hendak mengekalkan perkara yang sepatutnya dipinda berdasarkan kepada perubahan yang memerlukan kepada pindaan.

MEMECAT SULTAN

Inggeris pada zaman penjajah pernah memecat Sultan Perak, mungkin kerana kepentingan politik Inggeris dan mungkin kerana hal – hal yang lain.

Inggeris pernah memecat Sultan Terengganu selepas perang dunia II kerana hal -hal yang tidak menyenangkan dalam masa peperangan dan beberal perisitwa yang lain.

Untuk menjamin kemurnian Raja Berpelembagaan dan demokrasi Berparlimen maka Perlembagaan dan undang -undang yang ada perlu dikaji semula dan dipinda.

Mereka yang terlibat dengan penggubalan undang – undang dan melaksanakannya seperti Jemaah Menteri, para pegawai, para hakim, peguam, polis, BPR (kini: Suruhanjaya Pembasmi Rasuh Malaysia) dan sebagainya hendaklah diberi hak dan perlindungan yang sewajarnya. Mestilah diberi pembelaan menyeluruh bukan satu kes sahaja. Bukan dalam maslaah kes Gomez tetapi juga dalam kes Memali, Lubukj Merabau(anggota- keselamatan menembak mati Ibrahimn Libya dan beberapa orang ahli PAS – mp) dan lain – lain.

MENDAPATKAN PERLINDUNGAN

Kedaulatan undang – undang tidak wujud selagi masih ada orang – orang yang merasai dirinya secara langsung atau tidak langsung mengatasi undang – undang (perlembagaan). Sama ada orang yang meras dirinya secara langsung atau yang berada di sekelilingnya secara tidak langsung mersakan dirinya mendapatkan pelindung.

Mengatasi undang – undang. Selagi hal ini wujud, maka kedaulatan udang- undang – undang tidak ada. Selangi adanya orang sekeliling yang menyuap Raja dengan balak,saham, dengan tanah dan lain – lain di sampihg ada Raja - Raja yang terpengaruh dengannya.

Usul ini mestilah untuk kebaikan semua. Bukannya untuk satu pihak sahaja. Mestilah bersifat menolong semua orang yang mah melakukan kezaliman supaya jangan melaku kezalimanitu dan orang yang kena zalim supaya dibela dengan seadil – dilnya.

Rasulullah s.a.w. pernahmenyokong halful – fudhul yang dimemeterikandi zaman jahiliah berpunca daripada seorang yang menjual barang kepada seorang hartawan Mekah, tiba – tiba tidak dibayar harganya. Ini pelabor asing yang datang, kemudian tidak dibayar kepadanya dengan bayaran yang patut, lalu beberapa orang bangsawan Mekah mengadakan perjanjian Fudhul bagi membela orang yang teraniaya. Rasulullah mengatakan, “ Walaupun is dimeterikan padazaman sebelum Islam, mka aku setuju dengan perjanjian itu.”

MENERIMA ISLAM

Saya mengalu – alukan titah ucapan Sultan Kelantan yang menegaskan bahawa Etika Raja _ Raja mesti mengikut Al Quran dan As Sunnah. Kita perlu memahami apabila Merah Silu, Raja Oasai menerima Islam, namanya bertukar menjadi Malikul Saleh maka perangainyapun adil dan baik.

Oleh keana usul yang dikemukakan ini (oleh Tun Ghafar Baba) merupakan satu usul membela seorang yang dianiaya secara khusus dan berdasarkan kepada penjelasan – penjelasan, hujah – hujah, keterangan – keterangan dan perkara – peerkara sampinfgan yanhgf saya kemukan tadi.

Saya mengharap akan mendapat perhatian daripada pihak kerajaan khususnya kepada pemimpin utama Yang Amat berhormat Perdana menteri dan timbalan Perdana Menteri yang barang kali saya dapat berucap di hadapan beliau berdua akan mendapat pertimbangan dan saya mengharapkan supaya diambilkira segala perkara yang dikemukakan itu.

Oleh kerana dia mengemukakan satu cadangan dan usul untuk membela sweorangyang dianiaya, maka saya bagi pihak Parti Islam Se – Malaysia (PAS) menyatakan sokongan kamu kepada usul ini.”




























NIK AZIZ MURSYIDUL 'AM PAS

[Nik+Aziz+sidebar.jpg]

Nik Aziz

Fahaman yang ditanam oleh Inggeris melekat kuat ke dalam pemikiran umat Islam, bukan sahaja umat Islam di negara kita malah kepada umat Islam di seluruh dunia.Hasil dari idea Inggeris inilah lahirnya kalangan umat Islam yang melarang persoalan politik dibincang dalam khutbah Jumaat sebab dikatakan itu bukan urusan agama (Islam). Hal - hal politik hanya boleh diperkatakan diluar masjid. Malalui peristiwa ini maka menular penyakit yang memisahkan masjid dari politik atau disebuat politik suku (asing) agama suku (asing).
Pada zaman
Rasulullah menyebut-nyebut apa sahaja yang berkaitan dengan persoalan hidup maupun yang bersifat politik atau sebaliknya hanya dalam satu khutbah sahaja.”



BUKIT GANTANG


JIKA ZAMBRY TIDAK CERCA NIZAR

CALON BN AKAN MENANG

Oleh: Mokhtar Petah


Sejak hari penamaan calon, saya yakin Encik Ismail Safian calon Barisan Nasional bagi pilihan raya kecil Kawasan Dewan Rakyat Bukit Gantang, akan mencapai kemenangan mudah sekiranya pihak Barisan Nasional bijak melembut dan menawan hati para pengundi disana.

Ismail Saffian adalah anak tempatan, lepasan Universiti Sains Malaysia, bekas pegawai kerajaan - Setiausaha Majlis Daerah Krian, Setiausaha Majlis Perbandaran Manjong, setiasuaha Majlis Perbanaran Kuala Kangsar dan akhir sekali Pengarah Bahagian Pelupusan di Kuala Lumpur..

Manakala calon PAS - Pakatan Rakyat, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, beks jurutera, Menteri Besar Perak yang disingkir oleh Sultan Perak dan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak sekarang.

PENGUNDI MELAYU
Sama ada penyingkiran ke atas Ir. Mohamed Nizar Jamaluddin 'sah atau tidak' belum dapat ditentukan lagi kerana kes itu telah berpanjangan hingga ke Mahkamah Persekutuan, tetapi nama beliau terknal di seluruh Negeri Perak dan Malaysia, mengatasi nama calon Barisan Nasional tersebut.

Ir. Mohamed Nizar Jamaluddin tekenal di kalangan para penundi Melayu dalam kawasan Dewan Rakyat Bukit Gantang, seperti mereka mengenali buah durian dan buah – buahan tempatan di sana.

Baru - baru ini seorang ahli veteran UMNO di Bukit Gantang telah menelefon kepada saya. Selain dari beliau mengalu – alukan Ir. Mohemed Nizar Jamaluddin bertanding di sana, beliau telah berpantun:


Buah Mentimun dengan durian,

durian menggolek mentimun luka,

metimun menggolek rosak juga;

Dato Nizar dibuang Sultan,

orang ramai tertanya - tanya,

masalah itu benar siapa.



CAKAP BANYAK
Kawasan Dewan Rakyat Bukit Gantang mempunyai tiga kawasan Dewan Undangan Negeri, iaitu, Kuala Sepetang, Changkat Jering dan Trong dengan pengundi 55, 471 - 63, 4% (Melayu), 26,77 – 9.71% (Cina) dan ndia dan lain 9.71 peratus..
Apabila Dr. Zambri membidas parti - parti pembangkang – PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat, mengungkit - ungkit Ir. Mohames Nizar Jamaluddin kononnya menderhaka kepada Sultan dan mengentam beliau dalam 'cakap banyak'nya, maka keyakinan saya telah berubah, iaitu saya yakin calon PAS - Pakatan Rakyat itu akan memperolehi kemenangan yang besar.
Mungkin keyakinan saya akan meleset, sekiranya para pengundi di sana, terutama orang Melayu tertarik hati dengan cara dan percakapan Timbalan Presiden UMNO (bakal Timbalan Perdana Menteri), Tan Sri Muhyiddin Yassin yang telah berucap dan bercakap di sana dengan lemah lebut dan berhikmah.
MENGGUNAKAN DIPLOMASI
MuhyiddinYassin yang berpengalaman dengan keadaan dan kerenh pilihn raya banyak menggunakan diplomasi dan percakapannya lembut dan lunak. Berbeza dengann Dr. Zabry yang baru memegang kuasa itu; beliau kelihatant gelujuh seperti Anwar Ibrahim yang baru memegang kuasa dulu.
Saya telah berpengalaman sebagai wartawan di Negeri Perak, Semua Menteri Besar Perak ; Allahyarham Tan Sri Ghazali Jawi, Dato Shaari Shafie, Dato Haji Ahmad bin Said, Dato Haji Kamaruddin Mat Isa, Dato Sri Wan Mohamad Haji Wan Teh, Tan Sri Ramli Gnah Talib dan Dato Sri Tajol Rosli Ghazali, mereka 'bercakap ada lapiknya', bertindak tidak melanggar adat Melayu. Walaupun mereka memandang semua individu dari parti politik pembangkang adalah msuhh mereka, tetapi mereka tidak menyerang shingga hilang adat resam dan budi bahasa, kerana mereka sedar Perlembagaan Negara memberi ruang kepada mereka berjuang dalam parti – parti politik yangmembangkang Barisan Nasional..
Dr. Zambry patut sedar, bahawa para pengudin Melayu dalam kawasan Bukit Gantang, sedikit benar dari individu ahli dan penyokong UMNO dan Barisan Nasional, tetapi jumlah besar mereka terdiri dari ahli PAS, PKR dan DAP serta para penngudi tidak berparti politik dan tidak melihat UMNO dan BN sebagai parti politik yang boleh mereka 'menyangkut dagu'.
MELEMPARKAN TOHMAHAN
Saya melihat dan mendengar cara Dr.Zambry bercakap dengan melemparkan tohmahan,tuduhan dan cercaan kepada Ir. Mohamed Nizar Jamaluddin, jika Dato Seri Abdullah Ahmad badawi dan Dato Seri Najib Tun Razah melihat dan mendengar beliau bercakap, mereka pun akan rasa tidak puas hati dan tidak menyukainya juga.
Saya berpendapat, jika calon Barisan Nasional, Encik Ismail Safian kecundang dan calon PAS - Pakatan Rakyat, salah satu dari banyak sebabnya, ialah kerana Dr.Zambry bercakap banyak dan mencerca calon parti pembangkang.
Mungkin tidak ramai yang mengetahui, iaitu pada pilihan raya 2008 lalu, calon Barisan Nasional, Datok Seri Abdul Azim Mohd. Zabidi tewas di tangan calon PAS – Pakatan Rakyat,Allah yrham Roslan Shahrum dengan 18,449 - 20,015, adalah satu dari banyak sebabnya, sebilangan pengudi Melayu - tegar Islam dan ahli insitusi pondok -, yang terkilan atau rasa diketepikan setelah kerajaan tidak melayan permohonan mereka.
MEMOHON BANTUAN
Perkara ini amat diketahui oleh bekas Sepeaker Dewan Undngan negeri Perak, Dato Haji Mat Isa Ismail, kerana beliau terlibat secara langsung dalam perkara tersebut.
Sebelum pilihan raya 2008, Perdana Mentei Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melawat ke kawasan Changkat Jering (dalam kawasan Bukit Gantang), oleh wakil
Yayasan Daruk Ulum (institusi pondok) telah memohon bantuan wang lebih RM2 juta(lebih dua juta ringgit) dari beliau untuk membina sekolah dan asrama atas tanah milik yayasan tersebut.
Abdullah Ahmad Badawi telah berjanji akan menimbangkan permohonan mereka itu.Tetapi setelah lama mereka menunggu,permohonan mereka tidak mendapat sebarang kejayaan. Maka wakil mereka telah meminta saya menyampaikan permohonan susulan kepada beliau. Saya telah menyampaikanp surat permohonan yang ditanda tangani oleh Pengerusi yayasan tersebu, Mat Isa Ismail, tetapi setelah Perdana Menteri mengarahan pihak bawahan,permohonan itu tidak juga timbul kejayaan.
Mungkin calon BN akan menang dalam pilihan raya 7 April ini, kerana para pengundi rasa gembira menyambut Menteri Besar Perak yang baru, Dr.zambri Abdul Kadir dan Perdana Menteri Basru,Najib Tun Razak.
Walau bagaimanapun, patut diingat oleh semua pihak, bahawa sebilangan besar pengundi Melayu di sana masih menyanjung PAS dan Ir.Mohamed Nizar Jamaluddin dan terkilan dengan tindakan Sultan Perak memberhentikan beliau.
Manakala sebilangan dari pengundi Cina dan India telah cendurung kepada PKR, DAP dan PAS.


ABDULLAH BADAWI PERDANA MENTERI MALAYSIA

http://no2umno.wordpress.com/2008/03/13/pak-lah-harus-kekal-sebagai-perdana-menteri/

"Orang-orang Arab pada zaman kemegahan dahulu,merekalah yang menjadi kumpulan yang paling gigih berusaha untuk menimba ilmu pengetahuan orang-orang Yunani (Greek) kerana itu adalah ilmu. Ilmu geometri adalah dari orang Greek. Algebra adalah dari orang Islam, iaitu AL Jabar. Itu Islam. Banyak orang Islam tambah dan gabungkan men jadi ilmu yang diamalkan oleh orang Islam pada masa itu. Yang (ilmu itu) menjadi pembangunan Islam cukup hebat dan cemerlang.

Kehebatan Islam yang begitu cemerlang menyumbang kepada tamadun dunia (the world civilization) bukan untuk orang Islam sahaja. Ilmu Ibnu Sina (Kanun Ibnu Sina), buku itu diterjemahkan kepada bahasa Latin yang dijadikan satu teks – buku teks ilmu perubatan sampai akhir abad yang ke -18, ...di Eropah.

Mereka belajar daripada kita. Maka pada masa Islam menjadi agung dengan para cendekiawan, para ilmuwan, paderi dan abai yang belajar di Cordova (Sepanyol). Itulah ilmu yang mereka dapat daripada orang Islam. Mereka bawa balik ke Eropah dan dengan itu bermulalah satu pembangunan yang dikatakan pembangunan di Eropah.

Semenjak itu, Eropah terus meningkat maju, sehingga melebihi daripada dunia Islam yang ada pada hari ini Manakala dunia Islam selepas Cordova, Sepanyol (661 -1030 AD) terus menjunam. Kejatuhan itu disebabkan masalah dalam masyarakat Islam sendiri melemahkan mereka. Mereka tidak dapat menghadapi serangan-serangan dari orang-orang Kristian, iaitu semasa perang Salib. Kita sebenarnya guru, tetapi kita yang lemah. Mereka murid kita. Mereka maju dan hari ini kita dipermainkan oleh mereka."


QURAN


KERUGIAN

Dan ada di antara (umat) manusia yang menyembah (sEmbahyang) Allah di pinggiran sahaja (dalam keraguan), sehingga kalau dia mendapat keabikan, senanglah hatinya kerana itu, tetapi jika ditimpa cobaan (dugaan), dia berpaling ke belakang (Mmisalnya murtad); dia mendapat kerugian di dunia dan di akhirat. Itulah kerugian yang terang. - Al Haj:11


HADIS

TIDAK TERSESAT

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: Al Quan itu, hujungnya di tangan Allah dan hujung yang lain di tangan kalian semua (orang mukmin), oleh demikian, maka berpeganglah dengannya (AlQuran) agar kalian tidak tersesat, dan selamat, tidak akan binasa.

                  • Perawi: At Tabrani



PETUA


BIJAK

Pemimpin yang bijak tidak banyak bercakap, tetapi banyak berfikir dan bertindak atau bekerja. Pemimpin yang bercakap banyak, tidak dapat tidak dibenci oleh rakyat atau para pengikutnya.




Monday, March 30, 2009

DATO NOH OMAR

TOKOH POLITIK MENONGKAH OMBAKI

datok Noh Omar. Pemimpin rakyat yang naik ke atas dengan cita - cita besar dan keyakinan diri. Dari seorang anak kampung - petani - membina diri di menara gading dan berkelayakan sebagai orang peguam. Tetapi beliau meninggalkan kerjayanya laksana menongkah ombak - melepasi rintangan dan tentangan dari kawan dan lawan politiknya - , beliau telah terlonjak ke atas dan menjadi seorang tokoh politik utama di Negeri Selangor pada masa ini.
Sebagai Menteri kabinet yang memikul tanggungjawab besar terhadap kerajaan dan rakyat, beliau sentiasa mendekati rakyat, mendengar dan mengetahui keluhan mereka dan membantu mereka untuk bangun sebagai rakyat negara merdeka dan berdaulat.
Pengakuannya ikhlas amat, sebagai menteri dan ahli Majlis Tertinggi UMNO, beliau akan memberi sokongan yang tidak berbelah bahagia kepada Dato' Sri Najib Tun Razak dan bekerjasama dengan semua warga UMNO - Barisan Nasional.
Tunggu buku biografi, Dato Noh Omar. Akan terbit.(mp)

NAJIB TUN RAZAK BAKAL PM MALAYSIA


Najib Tun Razak

Najib Tun Razak

15 PERKARA JAMIN KEJAYAAN


Kalau tidak ada aral melentang; insya Allah April 2009 ini Naji Tun Razak akan menduduki takhta Perdana Menteri Malaysia.
Jika beliau amal 15 perkara, beliau akan mencapai kejayaan sebagai pemimpin negara, rakyat semua kaum dan bangsa Melayu. Jika beliau ketepikan 15 perkara, kegagalan menanti beliau dan beliau akan turun dalam keadaan menyedihkan.
SEPULUH PERKARA
1 - Kuatkan akidah dan kepentingan Islam di kalangan umat Islam di negara ini.
2 - Berikhtiar menyatu - padukan orang Melayu atau ummah.
3 - Menganjurkan UMNO bekerjasama dengan parti politik yang berideologikan Islam atau sekurang - kurangnya tidak memusuhi parti tersebut.
4 - Kukuhkan perpaduan rakyat semua kaum dan
tegas terhadap orang yang memaki hamun orang Melayu.
5 - Adakan perundingan dengan para ulama
dengan tidak mengira apa parti politik yang
mereka sertai dan yang tidak berparti politik.
6 - Elakkan dari mencerca ulama dan mempertikaikan hukum - hukum dalam Islam.
7 - Berjuang dan berkhidmat untuk negara dan
rakyat mengikut denai dan sikap seperti Tun Abdul Razak.
8 - Utamakan orang muda bersih dari rasuah untuk aktif dalam UMNO dan tidak mementingkan orang lama yang amalkan politiki wang atau rasuah.
9 - Jangan mendengar cakap orang secara buta tuli, terutama orang perempuan, jika tidak akan menjadi sepertri dengar cakap enggang makan buah belolok.
10 - Kerapkan diri menjadi imam sembahyang waktu, mengadakan tazkirah dan memahami dan nenhayati Quran dan sedikit Hadis.
11 - Hati-hati dengan kawan dan orang yang di hadapan anda manis muka, tetapi dibelakang, masam macam cuka dan pahi macam jadam.
12 - Agihkan habuan dari kerajaan kepada para peniaga dan rakyat dengan adilk dan tidak pillih kasih.
13 - Tidak amalkan rasuah dan politik wang, sentiasa waspada rakan - rakan seperjuangan dari perbuatan dilaknat Allah itu.
14 - Tidak bercakap takbur terhadap rakan dan lawan.
15 - Tidak tinggalkan sembahyang fardu dan, pada tiap malam membaca Quran; Surah At Taubah, Al Waqi'a atau Al Hasyr (faham erti dan maksud).
Pada ketika bangun pagi, baca tiga surah ada 'qul' tiga kali. Insya Allah sentiasa dalam keredaan Allah.
(mokhtar petah)



NIK AZIZ MURSYDUL 'AM PAS

Tuan Guru Nik Aziz Lancar Blog

Nik Aziz

"Sesungguhnya harta kekayaan yang dikurniakan oleh Allah SWT itu adalah satu nikmat yang terkandung di dalamnya ujian; mampukah manusia menerima ujian kesenangan dan kekayaan dunhia. Ada manusia yang sabar menerima kesusahan dan kepayahan hidup, tidak kurang juga yang gagal apabila diuji dengan kesenangan.
Orang yang bersifat bakhil dengan rezeki yang dikurniakan Allah SWT kepada mereka, adalah di antara mereka yang kecundang. Sifat kecintaannya yang keterlaluan terhadap mata benda dunia menyebabkan mereka terlalu kikir, atau genggam tak tiris.
Kekayaan ada kalanya tidak memberi erti apa - apa terhadap pemiliknya, terutama pada ketika mereka ditimpa sakit yang kronik. Selera makannya tiada walaupun dia mampu mengadakan makanan yang beraneka dan serba enak. Tambah malang lagi bila doktor mengenakan berbagai pantang larang, akhirnya, walaupun lauk pauk yang lazat - lazat terhidang di hdapananya, namun dia hanya jadi penonton sahaja, kerana hampir kesemua yang lazat itu adalah pantang buat dirinya.
Andai kata orang itu sembuh dari sakit yang dihidapinya, sedangkan sakit itu menyebabkan dia telah kehilangan berbagai nikmat hidup itu, maka sewajarlah dia bersyukur atas kurnia Allah itu. Adalah aneh jika harta yang hampir - hampir tidak dapat menyenangkan dan membahagiakan dirinya pada ketika dia sakit dulu, tiba - tiba dia tetap kikir (bakhil) dan terlalu liat untuk menghulur bantuan setelah dia sihat."

ABDULLAH BADAWI PERDANA MENTERI MALAYSIA



Abdullah Badawi

"Dalam meniti perjalanan 15 tahun ke hadapan ini, kita akan menghadapi pelbagai dugaan - pelbagai cubaan; kita mungkin memiliki pelbagai kelemahan - pelbagai ketidak- sempurnaan. Kita juga mungkin melakukan kesilapan. Kita harus mengamalkan sikap terbuka - sentiasa bersedia untuk belajar dan terus belajar; mengambil pengajaran - mengambik iktibar; membina kekuatan - mengatasi kelemahan. Kita perlu terus bersatu - padu, membina satu warga bangsa yang kukuh teguh dalam pelbagai latar belakang agama, kaum dan budaya. Kita harus mengamalkan sifat bersyukur, sifat hamba yang menyedari akan kebesaran ciptaan - Nya (Allah) ; tempat kita menyandarkan pegangan untuk membina keyakinan dalam mencapai cabaran. Hayat manusia terlalu suntuk untuk kita bersengketa; alam ciptaan Ilahi adalah untuk manusia memakmurkan kebahagian, membina perhubungan persaudaraan dan menjalin silatur rahim.( Dari buku, Abdullah Badawi Penjana Modal Insan, oleh: Mokhtrar Petah - 2006)

QURAN

PERCUBAAN

Dan sesungguhnya Kami akan memberi sedikit percubaan kepada kalian seperti ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah - buahan. Dan sampaikan berita gembira kepada mereka yang sabar, iaitu orang – orang yang apabila ditimpa cubaan diucapkan: Sesaungguhnya kami kepunyaan Allah dan kepada - Nya kami akan kembali. Merekalah orang - orang yang mendampat ampunan, kehormatan dan rahmat dari Allah dan merekalah orang - orang yang menerima pimpinan yang benar. - Al Baqarah: 155 - 157

HADIS

MULIAKAN TETAMU

Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendklah dia memuliakan tetamunya. Dan siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia menyambung silatur rahim.Dan siapa beriman kepada Allah dan hari akhirat, hendaklah dia berkata yang baik – baik atau diam (sahaja) (tidak bercakap tidak menentu).

- Perawi: Imam Bukhari dan Imam Muslim


PETUA

SAYANG

Sayangkan ibubapa; taat – taatkan, sayang kekasih atau istei; nasihat – ingatkan, sayangkan rakan; sebut – sebutkan, sayangkan negara; korban – korbankan, sayangkan Islam; ikut – ikutkan dan sayangkan Allah; hamba – hambakan diri.


Sunday, March 29, 2009

Cerpen

BATIN TUA


(Oleh: Mokhtar Petah)


“ …emak bunuh dia … sebab emak sayangkan dia …, emak suruh kamu bunuh dia …, sebab dia tak mengaku kamu anak dia …”

Rimba Tembeling pada tahun 1001.

Pada petang itu, udara nyaman bertiup dari arah gunung, lalu menerpa ke permukaan tasik di tengah rimba raya Hulu Tembeling. Air tasik itu riak berlenggang laksana penari - penarni sedang menari tarian sewang.Udara nyaman itu menyegarkan tubuh Batin Purba yang sedang didera duka lara di situ..

Bunyi siamang, ungka, beruk, lotong kakah, tupai kerawak, gagak dan murai gila berekor panjang menambahkan duka lara Batin Purba yang sedang meniti ke hujung usianya itu.Bunyi gagsakdan katak menambahkan para dukanya.

Batin Purba, bekas penghulu Orang Asli. Dia sedang dimamah usianya yang lanjut. Sepuluh tahun lagi lagi usianya menlengkau satu abad. Tubuhnya telanjangb sekadar bercawat kain secebis, berbungakan panau dan kurap. Di pinggir Tasik Kelubi itu, dia mengenang untung nasiab dirinya. dulu hidup di tengah kaumnya. Kini hidup membujang. Isteri tiada anak pun tiada juga,

Wajah tua Batin Purba muram. Kedua belah pipinya begerak - gerak dan berrdenyut - denyut kerana ditolak - tolak oleh batang - batang giginya yang bergoyang bagaikan tunggul - tunggul di tengaha tasik.

Sepasang matayna terpelanting kepada beberapa orang remaja kaumnya yang sedang mengusung seekor kijang yang masih hidup. Mereka memburu dalam rimab. Mencari makanan untuk menyambung hidup. Tidak ada orang lain yang mereka harapkan untuk menolong mereka.

Mereka itu seperti diajar; ’ ...sama ada kamu mahu atau terpaksa lahir ke alam jagat ini, kamu tidak boleh mengharapkan orang lain menolong kamu. Kamu tahu dalam diri kamu ada nyawa.Kamu hidup. Kamu ikhtiar sendiri. Cari sendiri makanan. Buru sendiri haiwan dan unggas. Tetapi jangan lelai; kerana kamu memburu, kamu juga diburu.

Kamu tahu, semua manusia diluar sana pemburu. Mereka juga diburu.’

Seketul hati tua dalam dalam gua dada Batin Purba mendera dirinya yang di mamah resah. Gelisah. Duka. Lara. Menyesal akan segala perbuatannya sendiri pada masa dia menjadi batin kaumnya dalam rimba Tembeling pada beberapa tahun lalu.

Dia terlah meninggalkan kaumnya kerana dia arif benar akan kamunya tidak sukakannya lagi. Mereka tidak suka kepadanya kerana perangai dan tindak tanduknya sendiri.Dulu dia memagang kuasa antara mereka.Mednjadi penghulu dalam rimba raya. Kuasa di tangannya. Menggunakan kuasa untuk dirinya. Suku sakatnya.

Semua gadis sunti jadi miliknya. Kesucian mereka tidak untuk orang lain. Untuknya. Kerana dia tok Batin berkuasa. Siapa sahaja yang menentangnya, kalau tidak mati kena sumpit oleh orang - orangnya, tentu akan di halau dari rimba itu dengan sumpahnya.

Sumpahnya, ’siapa derhaka menerima padah. Kata dan kehendak penghulu satu kepastian. Menolak, binasa. Mengikut, selamat. Men entang Batin sama dengan menentang penunggu rimba.’

Ramai yang tidak mengikut kehendaknya, menerima akibat. di antara mereka itu, Retam dihalau ke Bukit Bayu. Paku dihalau ke Gelinggi. Salak dibuang ke Jerantot. Kulim dihalau ke Temerloh. Saga membawa nasib ke Dungun. Reba mati kelaparan dalam pelarian ke Batu Ring.

Batin Purba mabuk kuasa dalam rimba raya.

Bunyi semua haiwan dan unggas dalam rimba yang menyumbagt ke dalam lubang telinganya, diterjemah ke dalam bahasa kaumnya. Dafahami dan dihayatinya. . Semua bunyi itu menginsafkan dirinya pada petang itu.

’ ... dulu kamu penghulu, tapi kejam, zalim ...,” leung siamang.

’Kamu, kasar, hina kaum sendiri,’ pekek ungka.

’Kamu beraja di hati ..., nafsu besar ...,’ jekah lotong kakah.

’.. tak sedar diri, bunuh anak - anak sendiri’ beruk tunggal menahan suara.

’Kaum kamu, benci kamu, sebab kamu …,’ tupai kerawak tepekik galak sawat terpaku di pelepah nibung.

’Apa nak kata, kamu dah tua..., dulu sumpit orang’ nyanyi muarai gila panjang ekor.

‘ Sedarlah orang tua, masa muda kamu bekuasa, kini kamu di hina …,’ bunyi helang hindit.

‘ …gila kuasa, macam anak jantan Nabi Adam, bunuh orang ..., ’ gagak bersuara.

‘Sesal tak sudah,’ nyanyi tiung galak.

‘Udahlah tu …, manusia begitu …,’ bunyi katak di tepi tasik.

Batin Purba marahkan pemuda bawahannya, anak Batin Piol yang mengambil alih kuasanya dalam kaum Orang Asli. Dulu Batin Piol penolongnya. Penolong setianya. Tidak pernah membantahnya. Lurus bagaikan buluh cegar.

Kerana baik Batin Piol, kaumnya mengangkat dia menjadi penghulu Orang Asli dalam rimba Tembeling.Penghulu berkuasa seperti Raja. Kononnya, Raja berdaulat negeri Kuala Tahan sekarang, berasal usul dari kaum Orang Asli di sana jua.

Seperti sekali air bah sekali pantai berubah, tak selama pelepah sulung kukuh di atas, kerana badan telah tua dan zalimnya, Batin Purba disingkir dan terssingkir. Membawa diri brsama puntung - puntung giginya yang bergoyang. Fikirannya kusut dan berhati walang.

Pemergian Batin Purba tidak dihantar dengan air mata oleh kaumnya. Tidak ada seorang belia pun yang meratap kerana sayangkannya. Mereka menjauhkan diri masing - masing dari bain tua itu seperti orang menjauhkan dari dari orang berpenyakit kusta.

Kira - kira tiga tahun Batin Purba luruh dari kuasanya, pada satu petang isterinya, Jambu Merah, telah mati dibaham harimau belang, di tepi sungai Kelubi. Sebulan kemudian, anak tunggalnya, lelaki, Perah namanya, telah mati di belakang jambaunhya. Dia mati kerana disumpit dengan bilah sumpit beracun oleh orang yang tidak diketahui.

Tidak ada seorang pun dari gadis - gadis yang pernah tidur bersama Batin Purba dan menyerahkan kesucian tubuh masiang - masing kepadanya, rela mengikutinya. Mereka tidak mencintainya. Penyerahan mererka kepdanya seperti rela dalam paksaan cuma.

Dulu, pada masa dia berkuasa, dia sering mendengar suara bisikan gadis - gadis sunti yang tidur dicelah ketiaknya.Mereka yang kehilangan mahkota diri kerana adat turun temurun kaumnya; setiap dara sunti, akan mendapat berkat jika menyerah diri kepada tok batin sebelum tubuh mereka dijamah lelaki atau pemuda yang menajdi suami mereka.

Kalau tak mengikut adat, kononya, sepanjang hidup dibelit sial. dimarah dan dikutuk penunggu. Hidup tidak selamat atau akan mati meragan.

Pagi tadi telah tiba khabar ke telinga Batin Purba, kaumnya akan mengadakan perayaan dalam rimba. Perayaan itu dengan kehendak Batin Piol yang akan meninggalkan kaumnyan kerana dia tidak mahu lama memegang kuasa. Biar orang lain dapat merasa. Biar kawannya menggantikan tempatnya.

Batin Piol tidak melupakan pesanan moyangnya, Batin Halban, ” Jangan lama berendam dalam tasik, kalau tak di makan lintah, ketam batu menyepit juga. Jangan lama panjang jering, kalauj tak digigit kerengga,semu hitam gasrang juga.”

Di tepi tasik itu, Batin meratapi dirinya yang terasing. Hidup sebatang karah. Terbuang dari kaumnya sendiri.Laaksana sebatang giginya tercabut dari gusi, Tiada siapa yang peduli.

” ...aku nak pergi, orang tak jemput ..., aku nak pergi ...,”suara hati Batin Purba.

Sambil membetulkan cawat buruknya, dia bangun dari pinggir tasik itu. Langkahnya sumbang mengikuti denai dalam rimba menuju ke jambaunya dia bawah pokok berangan babi. Sambil berjalan dia menyanyi - nyanyi kecil. Mengenang masa silamnya yang manis.

Langkah Batin Purba terhenti. Berdiri terpacak dia di situ. Di hadapannya berdiri perempuan bersama seorang pemuda. Perempuan itu bernama Bunga. Di tangan sebilah lembing dari batang ijuk tajam lunit hujungnya.

“Tok ingat saya …, saya Bunga …?” tanya perempuan itu.

”Bunga ..., eh tak ingat …,”sahut Batin Purba.

“Tak inga, sungguh tok tak tak ingat?” Bunga bertanya.

‘Ia, Tok tak ingat …,”sahut Batin Purba sambil matanya merenung lembing nibung di tangan Bunga.

“ …tok tak ingat, tok tidur dengan Bunga, tok punah dara Bunga …, tok janji nak kawin dengan Bunga …, tok mengaku anak dalam perut bunga, anak tok …” kata bunga sambil mengundurkan dirinya ke belakang.

Batin Purba menggigil. Menjerit tidak berguna lagi pada ketika itu. Dia tahu, jika perempuan marahtak berguna lagi. Macam hantu. macam pelesit.

“Sungguh, tok tak ingat …, itu anak tok, anak kita …, dia Meranti Samak, tok beri nama dia ..., anak kita ...,”kata Bunga.

”Bukan ..., aku tak kenal kamu ..., dia bukan anak aku ...,” kata Batin Purba.

Putih menyuruh anaknya melompar ke pinggir tebing sedepa dari denai itu. Pemuda itu melompat ke situ. Di pinggir tebing itu dia menghalakan muncung sumpitannya ke arah Batin Purba. Pada ketika itu dia tidk peduli siapa. Bapanya sendiri atau orang lain akan dibunuhnya. Tidak berguna menjadi anak kalau bapa sendiri tidak mengakuinya.

Bunga memberi isyarat kepada anaknya; Lelaki yang telah menjadi suaminya itu mesti dibunuh. Ibu bunuh, Anak bunuh.

Pada ketika Batin Purba menggigil ketakutan dan melutut meminta nyawa, Bunga menghunjamkan bujung lembing tajam lunit dari batang nibung ke dadanya. Sepantas kilat hujung panah beripoh dalam pembuluh sumpitan itu diuhembus oleh anak haramnya. Bila itu meluru keluar dan hjungnya yang beripoh itu terbenam ke dalam kulit dan daging lehernya.

Tubuh Batin Purba luruh atas denai di situ. Bunga meninggalkan mangsa menuju ke dakam gelap rimba. Hatinya bersuara, ” aku rela menyerah daraku kerana kamu mengaku, aku rela bunuh kamu kerana kamu tak kenal aku ..., tak mengaku anak kita ....”

Meranti Samak berdiri di sini bapak haramnya. Direnung wajah bapanya yang pucat itu dengan perasaan marah. Sambil merenung ibunya yang berjalan ke dalam gelap rimba, dia berkata, “ …aku sumpah, seratus tahun akan datang orang - orang di kuala Trembeling, akan jadi macam kami, zalim, paksa betina …, mabuk kuasa …, anak haram di mana - mana.”

Pada ketika Meranti Samak tiba dalam gelap rimba,dia melihat tubuh ibunya rebah atas bumi. Perutnya ditembusi lembing nibung. Darahnya membuak - buak keluar.Dia menikam dirinya sendiri.

“Meranti, emak bunuh bapak kamu …, sebab emak sayangkan dia …, emak suruh kamu bunuh dia …, sebab dia tak mengaku kamu anak dia …,” suara Bunga lemah meresap ke dalam lubang telinga anaknya.

NIK AZIZ MURSYIDUL AM PAS

Tuan Guru Nik Aziz Lancar Blog

"Saya terharu disebabkan khianat pemimpin Umno terhadap Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin menyebabkan orang Cina dan India turut sama menangis. Saya sendiri tengok mereka menangis selepas peristiwa rampasan kuasa berlaku Febuari lalu, Saya juga akur terhadap keputusan tersebut biar pun pada awalnya bimbang pengaruh Nizar boleh hilang apabila memegang dua jawatan penting di negeri dan pusat. Saya takut berulang seperti kes dialami Dato' Asri Muda dahulu yang juga menerajui dua jawatan. Tetapi sekarang nampaknya zaman dah berubah, jadi saya restulah keputusan tersebut. Saya juga ada telefon kepada pemimpin PAS di Kuala Lumpur dan minta kirim salam kepada Nizar, rakyat di Perak amat memahami suasana politik terkini yang berlaku di tempat mereka.

Pemimpin Umno sekarang sudah tenggelam dalam najis rasuah apabila ia diakui sendiri Lembaga Disiplin parti terbabit. Kalaulah peringkat tinggi pun dah ada rasuah, Umno di peringkat bawah akan lebih teruk lagi. Oleh itu saya rasa dah tak ada sebab orang ramai masih hendak undi Umno sekarang. PAS memberi sokongan padu terhadap calon KeADILan yang bertanding di Dun Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai di Sarawak.

DR AMAHATHIR

Kemasukan semula Dr Mahathir prerogatif parti: Abdullah

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, berkata keputusan untuk menerima permohonan bekas Perdana Menteri dan presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyertai semula Umno, adalah prerogatif parti.
"Bukan hak saya untuk menerima beliau tetapi ia adalah prerogatif parti untuk membuat keputusan kelak," katanya kepada pemberita pada hari terakhir Perhimpunan Agung Umno 2008 di sini, hari ini.
Dr Mahathir sudah menyatakan kesediaannya untuk kembali menyertai Umno.

Ditanya sama ada beliau ambil hati dengan kritikan Dr Mahathir terhadap kepimpinannya, Abdullah sambil ketawa berkata: "Siapa yang tidak kenal Dr Mahathir."

Dr Mahathir sering kali mengkritik penggantinya itu berhubung beberapa keputusan yang dibuat pentadbiran Abdullah menerusi blognya, chedet.com.
Abdullah turut ditanya mengenai cadangan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang mahu beliau dan bekas Perdana Menteri itu bertindak sebagai penasihat Umno selepas ini.

"Saya tidak menolak idea itu. Saya sentiasa boleh bekerjasama, bukan jadi masalah kepada saya, dengan Tun atau sesiapa sahaja," katanya.

Ditanya mengenai pertemuannya dengan Dr Mahathir hari ini, Abdullah berkata, mereka tidak berbual, cuma sekadar bersalaman.

(Berita Bernama 29 Mac 2009)

TEATER dINSMAN DI BP KOTA BHARU


KUALA LUMPUR, 29 Mac (Hrkh) - Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) cawangan Kota Bahru akan mengadakan pementasan teater karya terbaru Dinsman.

Karya berjudul, 'Menunggu kata dari Tuhan' itu akan dilakonkan secara sola oleh pelakon teater dan pelawak, Sabri Yunus dengan dibantu muzik secara 'live' oleh Sani Sudin.

Menurut Dinsman sewaktu menghubungi Harakahdaily sebentar tadi, karya dari Hadis ini dijangka mengambil masa selama 45 minit dan akan dipentaskan di Bangunan DBP Kota Bahru pada 31 Mac (Selasa) jam 9.00 malam.

Teater yang diarahkan oleh beliau ini, mengisahkan dilema yang dialami oleh seorang sahabat nabi, Kaab bin Malik,akibat tidak mengikuti Rasulullah s.a.w. dalam peperangan Tabuk.

"Akibatnya, Kaab diboikot oleh sahabat-sahabat selama 50 hari dan akhirnya Allah SWT menurunkan wahyu kepada baginda Rasulullah bahawa Allah menerima taubat Kaab,"jelas Dinsman.

(Berita Harakah Daily 29 Mac 2009)

PILIHAN RAYA KECIL



Rekod di Bukit Selambau, 3 penjuru di Bukit Gantang, 2 penjuru di Batang AiPilihanraya kecil di tiga kawasan serentak menyaksikan rekod berlaku di Bukit Selambau apabila 15 orang termasuk calon Barisan Nasional, S. Ganesan dan calon PKR S Manikumar menyerahkan boring pencalonan masing-masing. Manakala di Bukit Selambau pula, sehingga tempoh serah pencalonan ditutup jam 10 pagi, tiga calon menyerahkan borang pencalonan masing-masing iaitu Ismail Saffian (BN), Datuk Seri Nizar Jamaluddin (PAS) dan Kamarul Ramizi (Bebas). Batang Ai Sarawak pula menyakskan pertandingan dua penjuru antara BN dan PKR. BN diwakili oleh Malcolm Mussen dan PKR pula Jawah Gerang. (Berita Agenda Daily 29/3/2009)









ABDULLAH BADAWI PERDANA MENTERI MALAYSIA

Malaysia's Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi raises the flag ...
Abdullah Badawi (Gambar Associated Press)

“Saya percaya barisan kepimpinan (UMNO) ini, insya Allah, akan membawa perubahan sebagaimana yang diharapkan dan akan dapat menguatkan lagi parti kita. Majukan bangsa, agama (Islam) dan negara kita, insya Allah. Pesanan saya kepada ahli - ahli (UMNO) supaya pelihara perpaduan dan hidupkan semangat kekeluargaan dalam parti ini. Adalah penting, kita mahu supaaya kekuatan kekeluargaan parti akan dapat diteguhkan lagi, akan dapat ditinggikan lagi. Kita sentiasa terus menjadi penyokong yang akut bukan sahaja kepada pemimpin, tetapi juga, sebenarnya kita menyokong parti kita merlalui pemimpin kita. Kita menjadi penyokong, penyokong dan kawan setia. Kawan pada masa susah. Kawan pada masa senang. Inih ertinya setiakawan. Inilah ertinya kekeluargaan dalam parti kita. Kita ingatlah; jangan sekali - kali mengkhainati parti. Hentikan perbuatan nagatif yang merosakkan parti dan memfitnah pemimpin. Kita perlu beri segala kerjasama dan sokongan kepada pemimpin yang telah kita pilih. Ini adalah amat penting sekali dan juga kita mengharapkan bukan sahaja kita memberi sokongan kepada pemimpin, (tetapi) pemimpin juga perlu sokong kita dalam kerja - kerja yang kita laksanakan. Insya Allah.” (Amanat terakahir, pada 28 Mac 2009)