MEREKA YANG BERIMAN
Hai hamba – Ku, pada hari ini kalian tidak berasa ketakutan dan tidak berdukacita.
(iaitu) mereka yang beriman kepada keterangan - keterangan (segala pernyataan Allah dalam Quran) Kami dan tunduk menyerahkan diri (kepada Allah).
Masuklah kalian dan isteri – isteri kalian ke dalam syaurga dengan perasaan beruntung. - Az Zukhruf: 68 - 70
HADIS
SYURGA DAN NERAKA
Raulullah s.a.w. Telah bersabda: Api neraka diliputi oleh berbagai keinginan shahwat – hawa nafsu -, sedangkan syurga diliputi oleh segala yang tidak digemari oleh syahwat - hawa nafsu.
- Perawi:Imam Bukhalriu dan Imam Muslim.
PETUA
PEMIMPIN
Jika pemimpin datang ke sesuatu kampung orang miskin dengan menaiki kereta mewah, berpakain mewah dan lagaknya berbeza daripada masa dia belum menjadi pemimpin sahulu, tak usah percaya kepadanya, kerana, dia sebenaarnya adalah seorang badot bodoh dan tidak beramanah.
TAHUKAH?
Pada ketika bercakap dengan seorang penulis di Taiping Perak, pada tahun 70 – an, Tun Abdul Razak tidak berharap atau tidak mahu seorang pun dari anak – anak lelakinya memegang jawatan seperti yang beliau pegang, kerana beliau takut mereka itu tidak dapat diterima oleh orang ramai, tidak amanah dan tidak berjaya menunaikan amanah Allah kepada mereka.
Saksi: 1 - Menteri Besar Perak, Dato' Sri Haji Kamaruddin Mat Isa.
2 - Setiausaha Keerajan Perak, Dato' Ishak bin Tadin.
No comments:
Post a Comment