Saturday, August 29, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN


ZAKAT

Sesunguhnya sedekah – sedekah (zakat) itu hanya untuk mereka yang fakir, dan mereka yang miskin, dan amil – amil yang mengurusnya, dan orang – orang mualaf (baru memeluk agama Islam) yang dijinakkan hati mereka, dan unhtuk hamba- hamba yang hendak memerdekakan diri mereka, dan mereka yang berhutang (atas perkara yang dihalalkan oleh Allah) dan (untuk dibelanjakan pada) jalan Allah , dan orang – orang musafir (yang keputusan belanja atau bekalan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan ( yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana. – At Taubah: 60.

HADIS

SIFAT TENANG

Rasul Allah Muhammad s.a.w. telah menyatakan: Siapa yang diharamkan dari sifat tenang dan lemah lembut bererti telah diharamkan daripada semua kebaikan.

Perawi: Imam Muslim.

PETUA

BERKEADAAN MUDA

Jika anda mahu sentiasa berperasaan muda, tidak takut kepada sesiapa dan rendah diri, elakkan dari perasaan sedih, runsing dan putus asa, iaitu percayakan diri sendiri.

TAHUKAH

TAKBUR DAN RIA

Kajian yang telah dibuat, iaitu lebih tinggi jumlah orang yang takbur dan ria, ialah lebai, haji dan orang alim berbanding dengan orang yang berpelajaran agama Islam tetapi tidak menampakkan kelebaian dan kealiman mereka.

No comments: