ORANG BODOH
Jadikan diri anda orang yang memaafkan (kesalahan orang lain) dan suruhlah (orang lain) mengamalkan yang makruf serta berpaling (tidak bekerjasama) dengan orang – orang yang bodoh. - Al A'raf:199
* Orang – orang bodoh di sesi pandangan Islam, di antaranya, ialah: Tidka beriman kepada Allah, tidak melaksanakan hukum – perintah dan tegah – Allah, menuduh orang Islam lain jahat, pengkhaianat dan berbagai kejahatan dan keburukan serta mengajak orang ramai menyebelahi perbuatannya, sedangkan orang berkenaan tidak melakukan demikian.
HADIS
MULIAKAN ORANG TUA
Pasuruh Allah Muhammad s.a.w. telah meninggalkan amanat: Sesungguhnya, di antara cara – cara mengagungkan Allah, ialah memuliakan orang Islam yang telah beruban (orang tua).
- Perawi: Abu Daud
PETUA
Jika seseorang pemimpin Islam menganjurkan sesuatu demostrasi untuk memburuk - burukkan individu Islam yang lain, jangan diikut, kerana perbuatannya itu berlawanan dengan agama Islam – Allah dan rasul -Nya. Jika diikut juga, maka tunggulah balasan Allah ke atas pemimpin itu dan para pengikutnya.
TAHUKAH?
Jika berlaku pakatan antara parti - parti politik untuk menubuhkan Kerajaan Perpaduan (seperti dihasratkan makruf oleh Najib dan Hadi), maka kedudukan Muhyiddin Yassin sebagai Timbalan Perdana menteri Malaysia, belum menentu, kerana, kemungkinan besar jawatan tersebut akan dipegang oleh Hadi.
Oleh itu mereka yang fanatik kepada Muhyiddin bertindak memburuk – burukkan pihak parti pembangkang agar hasarat mulia itu menjadi gagal.
No comments:
Post a Comment