Wednesday, August 19, 2009

BERITA KHAS


SULTAN SELANGOR LAWAT DAERAH

Klang - Sultan Sharafuddin Idris Shahakan berangkat 'muliakan Ramadan' ke semua daerah dalam negeri itu dalam bulan Ramadan ini, demikian sumber Istana Sultan memberitahu.

Baginda akan menemui Orang - Orang besar dan rakyat jelata, disamping menyampaikan 'habuan negeri' kepada fakair miskin, Baginda akan mendengar dan perkenankan penubuhan Jawatan Kuasa Agama dan Adat Istiadat Melayu Selangor di semua daerah.(mp)

------------------------

CALON PAS PERMATANG PASIR AKAN MENANG

Permatang Pasir - Calon PAS dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri,Permatang Pasir, Mohd. Salleh Man, 52, diramalkan menang mudah, pada 24 Ogos ini, kerana calon Barisan nasional, Rohaizat Othman, 38, dalam keadaan ' pandang serong' oleh orang ramai kerana beban dirinya yang menimbulkan kerayuan orang ramai..
Beberapa ulama dan aktib masyarakat berkata, bahawa jika calon BN itu telah melakukan perkara yang tidak baik, mengapa hendak dipilih beliau, lebih baik pilih orang bersih.
Rohaizat dikatakan bersalah seperti yang trkandung dalam berita berikut:


KUALA LUMPUR, 18 Ogos: Tak boleh ada pekung di dada, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad kepada sesiapa yang berhasrat menjadi seorang ahli politik ataupun pemimpin.

"Apabila ada sesuatu kesalahan dilakukan, tidak dapat tidak rakyat akan dapat tahu... kita tidak boleh sembunyikan.

"Sebab itu kalau hendak jadi ahli politik ataupun pemimpin, jangan terlibat dengan benda-benda yang tidak baik," katanya.

Sehari selepas kenyataan Dr Mahathir itu, muncul pula berita dalam sebuah akhbar tempatan yang melaporkan calon Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Permatang Pasir, Rohaizat Othman dipecat dari Majlis Peguam.

Prosiding pemecatannya dibuat di bawah Seksyen 103D Akta Akta Profession Guaman 1976. Seksyen tersebut melibatkan salah laku seseorang peguam.

"Kesalahan itu adalah tanggungannya sendiri dan tidak melibatkan orang lain kerana Rohaizat sendiri yang dinamakan oleh pihak pengadu dan bukan rakannya.

"Rohaizat dipecat pada 7 Mac tahun lalu dan beliau mengemukakan rayuan kepada Mahkamah Tinggi berikutan keputusan Majlis Peguam itu, di mana mahkamah juga menolak rayuannya pada 12 Ogos tahun ini," akhbar The Edge semalam melaporkan kenyataan Presiden Majlis Peguam, Ragunath Kesavan.

ImageRagunath berkata, kesalahan yang dilakukan itu melibatkan wang pemegang amanah Koperasi Pekebun Getah dan tidak ada akaun untuknya.

"Apabila lembaga menyiasat perkara ini dan perintah dibuat, tidak dipulangkan kepada pemegang amanah melibatkan wang berjumlah RM140,000.

"Walaupun anda membayarnya, tetapi kesalahan telah dilakukan dan ia merupakan kesalahan yang serius kerana ia melibatkan transaksi dengan wang pelanggan.

"Jika anda tidak bersalah, anda tidak akan didapati bersalah oleh ahli jawatankuasa disiplin dan tuduhan di bawah Seksyen 103D sama seperti salah laku jenayah," katanya lagi.

Laman web Majlis Peguam di bawah tajuk "Disciplinary Orders: January-March 2008" menyenaraikan nama Rohaizat sebagai salah seorang yang digugurkan dari majlis itu.


1 comment:

Unknown said...

salam satu malaysia...
Rohaizat tak kena hukum denda ke, masuk penjara ke... maka tak salah lah. salah kalau masuk penjara atau kena denda...