Friday, August 14, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN



MENOLAK HUKUM ALLAH

Dan tidak patut bagi lelaki mukmin dan perempuan mukminah, apabila Allah dan Rasul -Nya telah menetapkan sesuatu ketetapan (hukum: suruh dan tegah dan lain), mereka adakan pilihan (yang lain seperti mengguna pakai undang – undang ciaptaan manusia beragama Kristian dari Barat) tentang urusan (pemerintahan dan sebagainya) mereka. Dan siapa yang menderhakakan Allah dan Rasul – Nya, maka sungguhlah dia telah sesat. Sesat yang nyata. Al Ahzab:36

* It is not fitting fo a believer, man andwoman, when a metter has been decided by Allah (God) dan His Messenger to have any option abaut their decision. If any one disobeys God dan His Messenger, he is indeed on a clearly wrong Path.

HADIS

DUDUK PADA KETIKA MAKAN

Sabda Rasdulullah Muhammad s.a.w. Mengenai cara duku pada ketika menikmati makanan: Saya tidak makan dalam keadaan bersandar (duduk atas sofa atau kerusi), kerana saya adalah seorang hamba yang makan sebagaimana seorang hamba yang makan dan saya duduk sebagaimana seorang hamba duduk.

- Perawi: Imam Bukhari.



PETUA

TEGAR SEMANGAT

Jika anda berada dalam sesuatu masyarakat atau negara, gunakanlah mata dan minda anda untuk mebezakan anda dengan anggota – anggota masyarakat atau negara itu. Jika perangai dan budaya mereka sesuait dengan bangsa anda dan agama Islam, maka bolehlah menyertai mereka, jika tidak, tetapikan pendirian anda sebagai seorang mukmin dan mukminah yang tegar semangat dan iman.

TAHUKAH?

Nama 'Kampung baru' dalam Bandaraya Kuala Lumpur, bukan diberi atau tentukan oleh Sultan Selangor atau para bijaksana Melayu, tetapi dinamakan oleh seorang petani Melayu - buta huruf, dari 'Kampung Baru', Parit Perak. Dia telah meneroka kawasan rimba atau belukar di tepi Sungai Baru dan mendirikan terataknya di tepi sungai tersebut.


No comments: