Monday, August 31, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN



BELANJA PADA JALAN ALLAH

Hai orang – orang yang beriman, nafkah (belanja)kan (pada jalan Allah) sebahagian dari hasil (dari) usaha kalian yang baik – baik dan sebahagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kalian. Dan janganlah kalian memilih yang buruk – buruk lalu kalian nafkahkan daripadanya, pada hal kalian sendiri tidak mahu mengambilnya kecuali dengan memicingkan mata (memandang jijik) terhadapnya. Dan ketahuilah, bahawa Allah Maha Kaya dan Maha Terpuji.

Shaitan menjanjikan (menakut – nakutkan) kalian dengan kemiskinan dan menyuruh kalian membuat kejahatan (bakhil), sedangkan Allah menjanjikan untuk kalian ampunan daripada – Nya dan kurniaan (balasan yang lebih baik), dan Allah Maha Luas kuniaan – Nya dan Maha Mengetahui.

HADIS

PERKATAAN YANG BAIK

Rasul Allah Muhammad s.a.w. telah bersabda: Jagalah diri kalian dari api neraka walaupun dengan sedekah separuh biji kurma, dan kalau tidak dapat (melakukan) sedekah demikian, maka dengan kata – kata yang baik dan kata – kata yang baik (serta lemah lembut) itu juga sebagai sedekah.

Perawi : Imam Bukhari dan Imam Muslim.

PETUA

DIGANGGU PERASAAN

Jika anda rasa diri anda tidak ada kegembiraan atau tiada mud, eloklah tidak menemui rakan – rakan anda, kerana pada ketika anda diganggu perasaan demikian, menyebabkan anda melakukan tindakan dan mengeluarkan perkataan yang menyedihkan rakan – rakan anda.

TAHUKAN ANDA

PENJAJAH

Setiap penjajah, termasuk penjajah Amerika dan Inggeris, tidak akan memebas atau memerdekaan negara dan rakyat negara tersebut selagi mereka tidak yakin sebilangan raja, pemimnpin dan rakyat negara itu tidah terpengaruh dengan budaya mereka, tidak tunduk kepada dasar dan polisi mereka dan tidak boleh diperalat dalam politik dan ekonomi mereka. Oleh yang demikian banyak negara yang telah merdeka, rakyatnya masih tidak berjiwa merdeka.

No comments: