KURANGKAN MAKAN LEMAK
Apa Itu Lemak?
Lemak membekalkan tenaga dan membantu penyerapan vitamin A, D, E dan K. Walau bagaimanapun ia juga boleh memberi kesan kepada kesihatan sekiranya mengambil secara berlebihan.
Jenis – Jenis
Lemak Tepu
Sejenis lemak yang akan menjadi beku dan keras dalam suhu bilik. Makanan yang kaya dengan lemak tepu boleh meningkatkan paras kolestrol dalam darah.
Contoh: Daging berlemak, kulit ayam, santan, keju, minyak sapi dan aiskrim.
Lemak Tak Bertepu
Sejenis lemak yang lembut an cair pada suhu yang rendah. Lemak ini tidak akan meningkatkan kandungan kolestrol dalam darah.
Terdapat dua jenis lemak tak tepu:
1.Lemak mono tak tepu
- kebanyakan kekacang
- minyak zaitun
- minyak kanola
- minyak biji bunga matahari
- minyak bijan
2. Lemakpoli tak tepu
- miyak kacang soya
- minyak bijan
- minyak jagung
- Beberapa jenis ikan seperti solmon atau tuna
Kesan Lemak Terhadap Kesihatan
Pengambilan lemak tepu yang berlebihan boleh menyebabkan:
i)brlebihan berat badan
ii)meningkatkan para kolestrol dalam darah
iii) meningkatkan risiko:
- Penyakit jantung
- Diabetes
- Beberapa jenis p0enyakit kanser
Tips mengurangkan pengambilan lemak
Kurangkan pengambilan makanan berminyak dan bergoreng.
Gunakan minyak masak dalam kuantiti yang sedikit
dalam masakan. Pilihlah minyak yang berasaskan
sayur – sayuran.
Kurangkan penggunaan santan. Gantikan dengan susu
rendah lemak.
Pilih bahagian daging atau ayam tanpa lemak dan
Buang lemak yang ada sebelum memasak.
Hadkan penggunaan lemak seperti marjerin, mentega,
minyak salad, mayonis dn krim.
Pilih kaedahmemasak yanbg lebih sihat seperti
Membakar, merebus, mengukus, atau memanggang
Daripada menggoreng.
Serap minyak yang berlebihan dengan menggunakan
Kertas penyerap minyak.
Contoh Kandungan Lemak Dalam makanan
Satu keping roti = 10 gram lemak
Sekeping roti naam = 7.6 gramlemak.
Sekeping roti telur = 13.5 gram lemak
Satu keping karipap = 10 gram lemak
Satu burger daging = 30 gram lemak
Satu ketul ayam goreng = 20 gram lemak
Satu pinggan mee goreng = 20 gram lemak
Satu pinggan nasi beriani = 15 gram lemak
Satu bungkus kentang goreng = 15 gram lemak
10 cucuk sate = 19.6 gram lemak
Sepinggan nasi goreng 25.1 gram lemak.
Berapa banyak lemak perlu diambil?
Bagi dewasa normal, keperluan harian pengambilan lemak yang terdapat atau ditambah dalam makanan adalah sebanyak 9 – 13 sudu teh sehari.
Panduan pemilihan makanan yang kurang lemah
Kuarang Pilih
Daging berlemak Daging tanpa lemak/ ayam
Tanpa kulit
Susu berkrim dan Susu rendh lemak
berlemak
Makanan goreng Masakan kukus,
panggang
Snek berlemak: Snek sihat:
Kerepek, kek, biskut, jagung kukus,
Kacang, kuih bersantan buah – buahan segar.
makan secara sihat
1 Mengurangkan gula
2 Mengurangkan garam
3 Mengurang minyak
4 Melebihkan buah – buahan
5 Melebihkan sayur – sayuran.
(Dari pomplet siaran:Babahagian Pendidikan Kesihatan Dengan Kerjasama Bahagian Pemakanan Kementerian Kesihatan Malaysia)
No comments:
Post a Comment