Wednesday, August 26, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN

BERSATU

Perpegang eratlah kalian dengan tali Allah (agama Islam dan Quran) dan jangan kalian berpecah belah. Ingatlah kurniaan Allah kepada kalian, pada masa dahulu kalian bermusuh – musuhan, lalu dipersatukan (oleh Allah) hati kalian (dalam agama Islam), sehingga dengan kurniaan Allah itu, kalian menjadi bersaudara. Dan pada masa silam kalian berada di tepi lubang neraka (masih memuja berhala, dewa – dewa, khurafat dan tahyul), dan dibebaskan Allah daripadanya. Begitulah Allah menjelaskan keterangan – keterangan – Nya kepada kalian, agar kalian menurut jalan yang benar. – Ali Imran: 103.

HADIS

ASOBIAH

Ada orang bertanya kepada Rasulul Lah, Muhammad s.a.w.: Ya Rasul Allah, adakah dianggap asobiah jika seseorang itu kasih kepada kaum (atau bangsa) nya? Rasul menjawab: Tidak, sebahagian dari asobiah itu ialah orang yang menolong kaum ( atau harakah)nya berdasarkan kezaliman ( di antara kezaliman itu ialah menolak hukum – hukum Allah dalam Quran).

Perawi: Imam Ahmad.

PETUA

JIRAN

Jika anda berjiran, maka jagalah jiran anda dan anggaplah keluarganya sebagai keluarga anda. Anda tidak boleh melakukan apa jua keburukan terhadap jiran anda dan kelkuarganya. Jika anda melakukan keburukan terhadap jiran, anda adalah tidak dianggap orang Islam atau mukmin sebenarnya.

TAHUKAH?

AMARAN

Kekalahan calon Barisan Nasional dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Permatang Pasir (Pulau Punang), Rohaizat Othman, pada 25 Ogos 2009 (5,067 undi) , adalah satu amaran kepada UMNO; jika parti politik Melayu dan orang Islam itu tidak mengubah corak, iaitu mengikut petunjuk Quran, maka parti itu akan menerima akibat seperti Parti Negara pimpinan Allahyarham Dato’ Onn Jaafar.

No comments: