Thursday, August 13, 2009

QURAN, HADIS DAN LAIN


BERITA KEBURUKAN

Sesungguhnya mereka yang berminat menyebarkan berita keburukan yang keji (orang lain) kepada orang ramai yang beriman; bagi mereka azab yang pedih (dari Allah) di dunia dan akhirat – An Nur:19

Komen: Tindakan seperti yang dilakukan oleh Muhyiddin Yassin dan koncu – koncunya menyebarkan keburukan Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat negara, adalah termasuk dalam hikmah firman Allah di atas ini. Sesiapa yang menyokong beliau, tunggulah azab dari Allah yang akan tiba pada bila -bila ketika sahaja.

Mengapa mengikut nafsu politik kapitalis,nantu anak dan isteri menderita kerana azab dari Allah disebabkan dosa anda.

HADIS

UNDANGAN

Nabi agung Muhammad s.a.w. Telah bersabda: Jika orang mengundang saja ke jamuan kaki kambing, saya aakan hadir. Orang menghadiahkan saya lengan (kambing) saya akan terima.

Perawi: Imam Bukhari.

PETUA

TERNAK KAMBING

Perusahaan dalam bidang pertanian yang paling baik, ialah menternak kambing. Nabi Muhammad s.a.w. pada usia remaja, Allah mentakdirkan Junjungan menjadi gembala kambing.

Kambing dan manusia sama keragamannya. Sepuak kambing dilepas ke hadapan, merayau entak ke mana, di tinggal di belakang, meragas dan melapak entah di mana. Manusia dan kambing memerlukan pemimpin dan gembala yang jujur, amanah dan berima kepada Allah.

TAHUKAH?

Kekukuhan dan kebahagiaan cinta antara lelaki dengan perempuan sementara masing – masing dalam kesenangan, tetapi apabila berada dalam kesusahan dan penderitaan hidup, centa itu menjadi seperti api neraka.Hanya cianta manusia kepada Allah yang menjamin kebahagian hidup di dunia dan akhirat.





No comments: