Sunday, August 23, 2009

DOSA


KISAH MEREKA YANG BERDOSA


Oleh: Mokhtar Petah


Kisah ini adalah kisah benar dan menjadi teladan, hasil dari penyelidikan ke atas lima belas orang wanita yang menderita kerana didera penyaki barah (kanser) payu darah; ada yang berkepala botak, dogol dan dada berpapan tanpa buah dada, kerana telah dipotong.

Mereka itu terdiri 15 orang wanita.13 orang beragama Islam dan seorang daripada mereka keturunan India Islam dan ibunya Melayu. Seorang wanita beragama Hindu dan seorang lagi wanita Cina menganut agama Majusi.

Semua wanita yang menerima dosa tunai di dunia dari Allah itu berusia antara 25 hingga 48 tahun, iaitu telah masuk usia yang lanjut atau tua.

Pengakuan semua wanita itu kepada saya dalam keadaan mereka sedar. Masing – asing berada dalam gaung duka yang laksana neraka dunia bagi mereka. Mereka mengizinkan saya menyiarkan kisah mereka itu dalam media, tetapi kerana sebab – sebab menasabah dan tertentu, mereka meminta saya tidak menggunakan nama batang tubuh mereka yang sebenar.

1 - Badariah, 26 tahun. Lepasan universiti seberang laut.

Tubuhnya kurus – seperti hanya tinggal tulang dengan kulit. Kepalanya gogol. Tida ada seurat rambut menumpang pada kulit kepalanya. Wajahnya sembab seperti wajah orang derita kelaparan makan ubi kayu, pada zaman penjajah Jepun di Tanah Melayu dulu.

I menyesal ..., I berdosa ..., I tau, sakit kanser yang I deritakan ni ..., balasan dari Allah ..., I lawan suami I ..., I derhaka kepada dia ...

Dia lelaki baik ..., alim ..., kami kahwin di luar negeri ..., dia jadi mubaligh ..., I jatuh cinta kepada dia ..., I sendiri berjumpa dia ..., I ajak dia kawin ..., dia setuju ..., kami kahwin dalam masjid di sana ...

Ya Allah ... , I berdosa ..., lima tahun lalu kami balik ke Malaysia ..., I terlibat dengan parti politik ...., sorry, jangan tulis parti tu ...

....you taulah, jadi orang parti politik, sebok memanjang ..., sentiasa keluar rumah ..., beri ucapan ..., mesyuarat ..., tiap malam melepak di coffee house sama kawan - kawan...,lelaki ada, perempuan ada ..., I tak ambil tahu akan suami I ..., makanke dia ..., minumke dia ...

Dia tak dapat make love dengan I ..., dia ajak ..., dia minta ..., I tolak ..., dia macam kecewa ..., maklumlah ...”

Badariah menangis sambil bercerita. Wajahnya berselubung duka. Nampak arang penyesalan pada wajahnya. Tiba – tiba dia meratap. Dia terkenangkan suaminya yang telah meninggal dunia di Makkah enam bula lalu.

Badariah telah memita cerai kepada suaminya, kerana suaminya selalu mendesaknya agar mereka mendapat cahaya mata. Sebagai seorang lelaki yang tidak mahu termasauk dalam golongan manusia dayu, suami Badariah menceraikannya dengan talak satu.

Kita – kira setahun setelah bercerai dengan suaminya, Badariah diserang kanser payu dara.

2 - Hanimah, 28 tahun. Bekas Pegawai Kerajaan.

” ... saya ni dah macam bangkai ..., tengoklah tubuh saya ..., tak seperti orang lagi ..., dosa ..., dosa saya kepada suami saya ...,” kata Badariah sambil metutup kepalanya yang berkulit kering tandus tidak berambut dengan sehelai kain putih.

” ...saya lawan suami ..., saya derhaka kepada dia ..., kadang – kadang saya buat dia macam kuli saya ...,” cerita Hanimah.

Hanimah telah berkahwin dengan pemuda peon pejabatnya setelah sama – sama hanyut dalam tasik cinta selelama dua tahun.

”Pada masa tu, saya kena penyakit cinta ..., cianta buta ..., tak ada lelaki lain yang saya cinta ..., saya hanya cintakan Mail (Ismail), peon pejabat saya...,” cerita Hanimah seterusnya.

” ...Mail nak anak ..., saya tak nak anak ..., saya makan ubat perancang ..., dua tahun kemudian saya jadi mandul ...,” cerita Hanimah sambil mengesat air matanya dengan belakang tangan kirinya.

Setelah mereka berkahwin, Ismail telah belajar pada waktu malam. Dia telah berjaya mendapat Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia. Kemudian dia diberi jawatan pegawai rendah dalam jabatan kerajaan. Pejabat Ismail agak jauh dari pejabat isterinya.

Di ruma, Ismail menjadi suami dan sekali gus dia juga seorang tukang masak dan babu kepada isterinya.

Hanimah tidak memandang sebelah matapun akan khidmat suaminya. Bahkan dia amat suka Ismail melakukan kerja sebagai kulinya. Hatinya sering berkata, ” ... padan orang lelaki ...., kerana cinta jadi hamba perempuan...”

Walaupun Ismail sukar mendapat layanan seks dari isterinya, tetapi dia tidak menduakan isterinya. Dia tidak mencintai mana – mana wanita. Dia juga tidak curang kepada isterinya, seperti orang jemu makan daging ..., diam – diam memakan ikan atau kerang.

Selepas lima bulan mereka bercerai. Ismail meninggal dunia kerana diserang demam panas pada minggu dia menziarah ibunya, di kampungnya.

Kira – kira setahun kemudian, Hanimah diserang kenser payu dara.Dia menderita. Hatinya sering meratap kereana menyesal. Menyesal kerana derhakakan suaminya. Dia hendak meminta ampun kepada bekas susaminya, tetapi lelaki itu telah mengembara jauh ke alam akhirat.

Pada ketika saya menemui Hanimah, dia sentiasa membaca ayat – ayat Quran dan berwirid nama – nama Allah. Dia tahu, dosanya kepada Ismail tidak terampun keran Allah tidak mengampunkan hambanya, jika dosa hambanya bersangkut atau bertali arus dengan manusia lain.

(Bersambung esok)

No comments: