Sajak
IAKAH PEMIMPIN MELAYU?
Tanya pada diri,
Akukah Melayu jati,
Islam agamaku,
Allah tanpa sekutu, imanku,
Quran kitabku,
Muhammad pangkalan imanku,
Baitullah kiblatku?
Sabda Nabi Muhammad:
Allah laknat siapa saja,
andai insan jadikan sasaran,
musuh dan pantai kejian;
'pengkhianat' bangsamu,
kutukmu membakar bintang malam,
kerana tidak seharakahmu,
Tanya pada diri,
arifkah atau jahilmu,
Sayangilah siapa saja di bumi* Siapa tidak kasih sesama manusia,
tidak dikasihi makhluk di langit.**
Siapa tidak sayang sesama insas,
semu insan bencikan diri kamu.***
Dunia milik semua,
tak usah nyiru tutup bangkai gajah,
kelak dirimu ditelanjangkan,
laksana haiwan hangtu syaitan,
Tanya pada diri,
dulu laparmua dan kenyangmu,
beza berbunhgkus ketara,
laparmu berganti kenyang,
tamakmu kejar kesenangan.
diriku bernafsu kejar menang,
hentak kaki pijak kepala kawan.
Peduli apa,
kuasa di tangan,
hati waja membara,
nafsu mengkuda diri,
Allah jauh entah di mana,
fikir dan budi pudar reda,
syaitan kuasai manusia.
Tanya pada diri,
Jika pemimpin sejati,
ngapa takutkan bayang - bayang,
jika bijak bestari,
ngapa insan dimusuhkan,
Melayu ada falsafahnya,
“Jangan menganjingkan diri,
akhirnya makan najis sendiri.”
Jika insan jadi syaitan,
semua makhluk benci dan bosan,
semua takut jadikan teman,
langkahnya tidak dijejak insan,
kerana dirimu berwatak syaitan.
Tanya pada diri,
Si Loncai terjun dengan labu - labu,
Melayu kutuk Melayu,
Melayu benci Melayu,
Kepimpinan dan ketuanan Melayu
bunyi naga suara pemimpin,
laksana sedmut langkah juangnya.
Hulu Klang ..........................Mokhtar Petah
*Imam Bukhari
** Al Bahaqi
*** Imam Bukhari
No comments:
Post a Comment