PEMIMPIN KITA
Dari perlis hingga ke sabah,
Hening ribut banjir di hati,
Siput laut tonggek ternganga,
Menggigil lotong kakah dan semua serangga,
Dik laung jerkah para pemimpin kita.
Najib, Hadi, Anwar pejuang bangsa.
Laksana pintu penjara mulut Ulama zuhud,
Ahli fatwa bukan taraf mereka,
Arif amat mereka; para pemimpin berdosa,
Laung pekek sepanjang masa,
Kukuk berderai ekor ke gelegar jua;
Biar Melayu – ummah – bersengketa.
Najib mengepung idea dalam diri,
Laksana enggang jantan mengeram telur,
Hadi moyok hadapi jihad mulia,
Laksana golf* lemah sendi,
Anwar payah di persimpangan, abimiah
Islamkah atau asobiyah ciptaan manusia?
Najib dan Hadi berdosa,
Anwar pikul dosa bersama,
Kerana abaikan amanah Allah ,
Hendarkan sengketa sesama ummah,
Berpadu kukuh bawah satu kalimah,
’Allah’ – Islam negara bertuah.
* golongan orang lemah fikir
Pasir Salak .....................................Mokhtar Petah
No comments:
Post a Comment