KISAH MEREKA YANG BERDOSA
(II)
Oleh: Mokhtar PetahDOSA
Kisah ini adalah kisah benar dan menjadi teladan, hasil dari penyelidikan ke atas lima belas orang wanita yang menderita kerana didera penyaki barah (kanser) payu darah; ada yang berkepala botak, dogol dan dada berpapan tanpa buah dada, kerana telah dipotong.
Mereka itu terdiri 15 orang wanita.13 orang beragama Islam dan seorang daripada mereka keturunan India Islam dan ibunya Melayu. Seorang wanita beragama Hindu dan seorang lagi wanita Cina menganut agama Majusi.
Semua wanita yang menerima dosa tunai di dunia dari Allah itu berusia antara 25 hingga 48 tahun, iaitu telah masuk usia yang lanjut atau tua.
Pengakuan semua wanita itu kepada saya dalam keadaan mereka sedar. Masing – asing berada dalam gaung duka yang laksana neraka dunia bagi mereka. Mereka mengizinkan saya menyiarkan kisah mereka itu dalam media, tetapi kerana sebab – sebab menasabah dan tertentu, mereka meminta saya tidak menggunakan nama batang tubuh mereka yang sebenar.
3 - Kalthum, 44 tahun. Berasal dari Perak tengah. Sebaik – baiki sahaja dia mendirikan rumah tangga dengan suaminya, seorang pemuda bekerja sebagai buruh keretapi. Dia telah belajar berbagai ilmu (bersifat khurafat) untuk melengkapkan dirinya sebagai seorang isteri. Dua dari semua ilmu itu, ialah ilmu pemanis wajah dan ilmu nasi tangas atau nasi kangkang.
Walaupun Kalthum anak kepada seorang guru agama di kampungnya, tetapi dia tidak bermainat mengikut ajaran bapanya. Dia menganggap orang – orang yang mempelajari ilmu agama dan mengamalkannya terdiri dari mereka yang tidak berkemajuan atau kuno.
Kalthum tahu agama Islam mengharuskan lelaki beristeri lebih dari seorang wanita, tetapi dia menentang keharusan dalam Islam itu. Ilmu nasi tangas atau ilmu nasi kangkang digunakan untuk menghalang suaminya dari memadukannya, cemburu ..., saya tak mahu dia berbaik dengan perempuan ... Saya takut dia kahwin lagi ...., dia madukan saya.
... lebih kurang setahun lepas kami kahwin, saya beri dia makan nasi tangas ..., dia tak tau ..., dia makan..., sebulan dua tak menjadi ...,” Kalthum menerangkan kepada saya.
Nasi tangan atau nasi kangkang, iaitu nasi yang baru masak, masih panas, dibubuh dalam pinggan dan sebelum dihidangkan kepada suaminya, di masukkan ke dalam kain sarung yang dipakainya ditangas atau diwapkan dengan bau kemaluannya.
” ...dia makan nasi tu ..., saya buat macam tu selama tujuh hari ..., dia makan juga nasi tu..., tapi tak menjadi...
Saya rendam seluar dalam saya yang saya pakai waktu saya datang bulan ..., airnya saya campurkan dengan air nasi yang saya masak tu ..., saya hidangkan kepada Bidin dengan lauk gulai tempoyak ikan sungai ..., daging ayam masak rendang pedas ..., sambal belacan ulam buah peria katak ..., buah petai ..., tapi dia tak makan ..., dia bangkit terus masuk ke dalam bilik.
...bila tengok dia macam tu, saya takut. Saya ikut Bidin ke dalam bilik. Dia baru nak sembahyang ...,” terang Kalthum lagi.
Menurut Kalthum, tiga bulan kemudian Bidin berkahwin dengan seorang gadis, anak saudara kepada ibunya. Gadis itu bekerja jururawat di Hospital Batu Gajah. Sebulan kemudian Bidin menceriaknya dengan talak satu.
Bidin telah beritahu kepada bapa mertuanya, bahawa dia tahu Kalthum telah memberi nasi tangas kepadanya ..., kerana dia ada ilmu penghadang ilmu tersebut, dia makan juga nasi itu, tetapi setelah nasi itu dicampur oleh isterinaya dengan air seluar dalamnya, dia tidak sabar lagi. Dia mengambil keputusan mencerikan isterinya yang derhaka itu.
Kira – kira enam bulan hidup menjanda di kampungnya, Kalthum berhijrah ke Kuala Lumpur. Dia bekerja dalam sebuah kilang perabot sebagai kerani.
Hidup sebagai janda yang kecewa kerana diceraikan suaminy dan untuk menambahkan pendapatannya, Kalthum bekerja sebagai penari kelab malam.
”Kira - kira empat bulan saya duduk di Kuala Lumpur, pada satu malam saya rasa sebelah buah dada saya sakit, sengal..., seminggu kemudia saya pergi ke kelinik kerajaan ..., doktor periksa ..., saya terkejut ..., hampir menjerit ..., nak maraung, kerana doktor beritahu saya, , tanpa buah dada dan berkepala dogol.
4 - Putih, 37 tahun. Berasal dari Perlis. Dia mengaku, kerana dia jahil, tak pernah belajar ilmu agama Islam, dia telah menderhakan suaminya. Dia insaf, kerana dia menderhakakan suaminya, dia telah menderita sakit kanser payu darah. Dua buah dadanya dipotong. Dadanya seperti dada lelaki. Berbapan seperti dinding jamban.
” ...emak saya mengajar saya, bila suami nak setubuh dengan saya, saya paksa dia beri duit RM10 kepada saya ..., tak beri saya tak mau ...
Suami saya ikut kehendak saya ...,” Putih bercerita dengan wajahnya yang cengkong, tidak berdarah, muram durja.
”Putih lawan laki Putih ..., putih pernah pukul kepala dia dengasn senduk nasi ..., dengan batang tebu ..., dengan kayu ..., dia tak melawan ...,” cerita Putih lagi.
Kira – kira setahun kemudian, suami Putih yang bekerja sebagai tukang masak di sebuah restoran meninggal dunia kerana diserang angin ahmar.
”Saya menyesal ..., saya berdoa ..., lima tahun saya derita sakit barah ..., saya tak sempatg mintas maat, minta ampun kepada suami saya ..., tak taulah saya ..., di dunia ni saya derita macam ni ..., di akhirat entah macam mana Tuhan seksa saya pula ...,” Putih berkata dalam sedu sedan tangisannya.
(Bersambung esok)
No comments:
Post a Comment