MENYOMBONG
Maka Kami kirimkan kepada mereka: Banjir, belalang (yang banyak) kutu, katak (kodok) dan darah, akan menjadi keterangan – kegterangan yanhg jelas, tetapi mereka masih menyombongkan diri dan mereka itu adalah kaum yang bersalah. - Al A'razf:133
HADIS
LOKEK ILMU
Muhammad Rasul Allah s.a.w. telah bersabda: Sesiapa (yang ada ilmu oengetahuan Islam) yang ditanya suatu ilmu agama Islam, lalu dia menyembunyikan (lokek), maka akan dikancing (atau dirobek) mulutnya dengan api neraka.
- Perawi: Abu Hurairah.
PETUA
MENGELUARKAN FATWA
Setiap orang yang diamanahkan duduk dalam Majlis Fatwa dalam sesebuah negara, tidak boleh sewenang - wenang membuat dan mengeluarkan fatwa sebelum melakukan penyiasatan, penyelidikan dan menemui sesiapa yang terlibat dengan sesuatu sehingga memerlukan dikeluarkan fatwa. Dia juga tidak boleh berat sebelah dalam menimbang dan mengeluarkan fatwa. Perbuatan tidak menyiasat, tidak menyelidik dan sebagainya, sama dengan orang buta disuruh mencari permata dalam pasir. Ertinya fasik dan zalim.
TAHUKAH?
PEREMPUAN
Setiap perempuan yang ada suami, bila dia keluar dari rumah menghiaskan badannya dengsan pakaian yang seksi, mendedahkan aurat atau tidak menutupbahagian buah dadanya dengan selendangnya, maka dia itu sedang mengalami sakit jiwa, kerana tidak mendapat kepuasan seks dengan suaminya dan hatinya cenderung kepadal melacurfkan dirinya.
No comments:
Post a Comment