Sunday, August 16, 2009

CERITA DARI NOVEL


TENGKU INTAN

Tengku Intan - gadis berlesung pipit - , tubuhnya berbungkus dalam pakaian biru muda. Dua puntung kakinya terpacak atas rerumput hijau basah dalam taman mahligainya. Udara pagi Isnin yang dingin berhembus lembut meraba seluruh Bukit Chandan. Tubuh dara berdarah campuran Aceh dengan Pattani itu, menggigil dalam pelukan udara sedingin itu. Dua bola matanya yang bersinar indah merenung kuntum-kuntum mawar merah - kembang segar-, di hujung dahan-dahan berduri lembut, di hadapannya.


Sekuntum mawar merah,

diusap cahaya pagi,

bayu mengucup kelopak mawar.

Mawar merah.

Kumbang terbang tinggi,

suria kian garang,

mawar mala sendiri.

Mawar merah.”


Tengku Intan membisikkan rangkaian sajak - lerek lagu -, yang ditulis oleh sasterawan Melayu rakan karib bapanya. Bapanya, Tengku Sulong, tidak sempat menggubah - komposkan sajak itu menjadi sebuah lagu dan irama yang merdu. Tengku Intan telah memungut kertas catatan sajak tersebut atas piano dalam bilik musik bapanya, kira-kira seminggu setelah malikatul maut mendatangi seniman diraja itu.

Pada masa hayatnya,Tengku Sulung memegang jawatan penting dalam istana itu Dia seorang seniman; penggubah lagu, pemain alat-alat musik tradisi Melayu –Arab, India, dan Kemboja.

“ ’Alimin…,”suara Tengku Intan.

“ ‘Alimin…,” dia menyebut nama pemuda di kampung Sayung.

Intan ingatkan you,’Alimin.” Sayu suaranya.

Intan nak jumpa you, I miss you.” Suaranya dikulum keluhan.

Kuntum-kuntum mawar merah senyum. Bunga-bunga itu turut gembira mendengar suara dara raja membisikkan nama jejaka di seberang. Bunga-bunga juga ada perasaan cinta seperti dara raja itu.

BENGKEL LABU TANAH

Tengku Intan mencampakkan dua bola matanya yang bercahaya indah, ke puncak kampung Sayung, di seberang Sungai Perak. Dedaun kelapa dan durian, di kampung itu’ melambai-lambai dalam kabus pagi bagaikan menggamitnya ke sana lagi.

“’Alimin…” Tengku Intan membisikkan nama pemuda itu.

Intan nak ke sana,” suara Tengku Intan bagaikan membisikkan di cuping telinga pemuda tukang labu tanah di seberang.

Semalam, Tengku Intan dan rakan-rakan sekolahnya, Kalthom, Khadijah dan Zainab telah melawat ke bengkel labu tanah milik ‘Alimin, di kampung Sayung. Mereka bekas penuntut tingkatan enam atas telah lama merancang untuk melawat tempat orang-orang kampung Sayung menempa labu tanah. Mereka meminati pengetahuan sejarah, kemasyarakatan dan politik. Kampung itu telah tercatat dalam sejarah negeri Perak; sebuah kampung wujud tenaga mahir menempa labu-labu tanah. Redio mengisahkan mereka. Kaca tv sering menayangkan gambar-gambar dan cerita mereka. Tengku Intan dan rakan-rakannya mahu melihat dengan mata kepala mereka sendiri akan kemahiran orang-orang kampung menempa labu tanah - labu Sayung.

PUTERA PUTERI RAJA - RAJA

Tengku Intan dan rakan-rakannya tidak pernah menduga, di sana mereka akan bertemu dengan seorang pemuda tukang labu tanah - labu Sayung -, ‘Alimin.

Tengku Intan berhati nurani seperti putera puteri raja-raja memerintah negeri Perak pada zaman silam. Rasa rendah diri, bersopan santun, berbudi bahasa, mesra dan menyayangi orang-orang kampung.

Tengku Intan teringat akan percakapannya bapanya pada dua tahun lalu.

“…raja-raja Melayu berasal dari kampung,”kata bapanya.

Jadi raja-raja Melayu keturunan orang kampungle ayah?” Tengku Intan bertanya.

Ia, sebab tule ada kata-kata sulit dalam istana, cakap jin kerajan,”jawab Tengku Sulung.

Apa ayah?” Tengku Intan bertanya.

Cakap jin kerajan,…tak ada orang kampung tak adale raja, tak ada raja kalau tak ada orang kampung,”jawab Tengku Sulung.

Macam mana tu, ayah?” Tengku Intan bertanya. Kurang sabar.

Sabar, manja, …begini, orang-orang kampung tu raka ayat, rakyat boleh hidup walaupun tak ada raja, tapi raja tak boleh hidup kalau tak ada orang kampung, tak ada rakyat,”jelas Tengku Sulung.

Iake, ayah?”Tengku Intan bertanya lagi.

Orang kampung rakyat, raja tu sultan, raja memerintah, kalau dah tak ada rakyat, mana ada raja,.. siapa nak tanggung raja,” Tengku Sulung mengulangi percakapannya sambil ketawa.

Tengku Intan turut ketawa.

Tapi zaman silam raja susah senang bersama rakyat, tak macam sekarang ni,” tegas Tengku Sulung.

“…ngapa, ayah?” Tengku Intan ingin tau.

Iale,…tak macam dulu, raja tak ada kuasa, jadi tukang tanda tangan, cop aje,”jawab Tengku Sulung.

Tengku Intan merenung bapanya. Dia senyum.

“…tak ada immuntiy,…macam raja busut ia, ayah?” Tengku Intan bertanya. Celopar mulutnya.

“…mana ada kebal lagi, la ni rakyat lebih kebal,”jawab Tunku Sulung.

Dah macam tu, baik ada khalifah, tak payah ada raja, ayah,”sambut Tengku Intan.

Tak baik kata begitu,” suara Tengku Sulung.

“…Intan minta maaf, ayah,” Tengku Intan merayu.

Tengku Sulung senyum. Menarik nafas panjang-panjang. Hatinya memuji puterinya, gadis bijak.

Sebelum mereka pergi ke kampung Sayung, Tengku Intan meminta rakan-rakannya merahsiakan dirinya. Dia tidak mahu diperkenalkan dirinya kepada orang-orang kampung, sebagi anak raja atau nak orang besar istana. Mereka akan mengenali namanya, Intan sahaja.

DAGING TAPAK TANGAN

Mereka telah pergi ke Kampung Sayung dengan menumpang perahu dari pangkalan Bandar Kuala Kangsar. Perahu itu membawa mereka menyeberang sungai Perak ke Pangkalan Sayung Lembah. Dari sana mereka berjalan kaki ke bengkel labu tanah, di kampung Sayung.

Saya Intan,”

Darah muda ‘Alimin menyambar jantungnya pada ketika tangan kanan lembut laksana sutera milik gadis itu dijabatnya.

Saya ‘Alimin, minta maaf tangan saya berselut,” kata Alimin penuh hormat.

Jantung Tengku Intan bergegar dek darah panas dalam daging tapak tangan ‘Alimin menyambar sel-sel darah mudanya. Empat biji mata mereka menyinarkan cahaya sukma masing-masing.

Tak apa,” sambut Tengku Intan.

Wajah masing-masing berbunga senyuman.

Maklum sajalah, saya ni orang kampung,” kata Alimin merendah diri.

Tengku Intan menahan gigil tubuhnya. Terasa dua ulas bibirnya menggetar. Degup jantungnya menendang-nendang dinding dadanya.

Saya orang kampung juga.” Tengku Intan berbohong.

MENIKMATI JAMUAN RINGAN

Kalthom, Khadijah dan Zainab turut berjabat tangan dengan ‘Alimin. Jantung masing-masing berdebar dik panas darah tapak tangan pemuda itu menyambar darah mereka.

Terima kasih ajele, kerana sudi datang ke sini,””Alimin berkata.

Sama-sama,”suara mereka sekata.

Setelah menjelaskan tujuan mereka datang ke kampung itu, ‘Alimin telah memberi taklimat ringkas mengenai perusahaan labu tanah di bengkelnya. Mereka menikmati jamuan ringan di bengkal labu tanah itu.

Sepanjang hari minggu itu Tengku Intan dan rakan-rakannya menghabiskan masa mereka bersama ‘Alimin. Mereka dibawa oleh ‘Alimin melihat tanah liat di kubang-kubang bagaikan jenalik atau sira binatang liar sekitar dusun. Membelek dan menguli tanah liat. Mereka meneliti labu- labu tanah yang telah dibakar dan belum di bakar dalam bengkel itu. Kerana berminat, mereka ikut membakar labu-labu tanah bersama pekerja-pekerja di bengkel tersebut.

“…kalau datang pada musim buah-buahan, adalah buah durian, manggis, langsat,”kata ‘Alimin kepada gadis-gadis itu.

GULAI LEMAK CABAI BURUNG

Mereka sedang menikmati buah rambutan dan mangga dalam dusun ‘Alimin.

Pada hari itu mereka makan di rumah Mimi. Makanan yang mereka nikmati pada hari itu, ikan baung gulai lemak cabai burung, ikan keli bakar, sayur pucuk salang, pucuk kayu berebus dan sambal belacan. Ibu dan bapa Mimi melayan mereka dengan penuh kemesraan.

“…saya duduk di kampung Lembah Istana,” Tengku Intan memberitahu ‘Alimin, Mimi dan ibu dan bapanya.

Saya duduk di kampung Kota Lama Kiri,”kata Kalthom.

Saya di kampung Jerlun,”kata Khadijah.

Saya di Talang Dusun,”kata Zainab.

Tengku Intan terpaksa berbohong. Dia tidak mahu mereka mengenali dirinya.

Lepas makan mereka berehat di rumah ‘Alimin. Di rumah itulah Tengku Intan dan rakan-rakannya mendapat tahu ‘Alimin seorang bekas penuntut sekolah agama. Mereka telah membelek-belek beberapa buah buku berbahasa Inggeris,Arab dan Melayu atas meja tuanya.

ERTI BAHASA HATI

Pada waktu gadis-gadis itu akan berangkat pulang, ‘Alimin telah menghadiahkan kepada mereka seorang sebiji labu tanah warna hitam. Berkilat.

Kalau ingatkan saya, renung-renung labu ni,”kata ‘Alimin kepada Tengku Intan.

Insya Allah,”sahut Tengku Intan sambil menahan degup jantungnya.

Pada petang itu mereka di hantar oleh ‘Alimin dengan van tua ke Pangkalan Sayung. Pada waktu akan menaiki perahu, Tengku Intan bagaikan akan pitam, kerana waktu dia berjabat tangan dengan ‘Alimin, dia terdengar pemuda itu membisik kepadanya, “…selamat jalan, saya tak lupakan Intan.”

Saya…,” suara lembut terluah dari dua bibir Tengku Intan.

Darah di tapak tangan alimin menyambar jantung Tengku Intan. Empat biji mata mereka menyatakan erti bahasa hati masing-masing.

TITIK – TITIK INDAH

Cahaya matahari mencubit pipi Tengku Intan. Fikirannya yang telah melayang jauh ke sebrang Suangi Perak telah kambeli semula kepadanya. Senyuman memanjang. Semalam dia telah mencatatkan titik-titik indah dalam sejarah hidupnya.

“…saya tak lupa Intan,” ucapan ‘Alimin manis dan mengasyikkan hati tengku Intan,.

Baiknya dia, handsom..,I miss you,” suaranya lembu bersama angin pagi.

Pada detik-detik begitu hati Tengku Intan menjerit dan meraung merindukan pemuda yang baik budi di seberang sana.

Mawar merah masih berlenggang-lenggang di hujung dahan. Beberapa ekor burung merbah hinggap pada pepohon dalam taman. Tengku Intan berdebar dari pokok-pokok mawar itu. Hatinya yang merindukan pemuda penempa labu tanah mengocah dirinya.

BIBIT – BIBIT CINTA

Pada waktu Tengku Intan berjengket-jengket meninggalkan taman itu, suaranya lembut dan mendu – dayu nyanyikan pantun orang Kedah tua:

Jauh sungguh pergi mandi,

maksud hati hendak bertapa;

berat sungguh menanggung budi,

seribu tahun memang tak lupa.


Tengku Intan akan mengajak rakan-rakannya pergi ke kampung Sayung pada hari Sabtu akan datang. Dia akan berjumpa dengan ‘Alimin. Wajah pemuda itu akan ditatap puas-puas. Biar rindunya terubat. Biar bibit-bibit cinta dalam dirinya berakar dan berumbi.

*** ***

Pada suatu petang, guru agam, Ustaz Adham yang baru pulang dari Brunei telah menziarahi ‘Alimin di bengkelnya. ‘Alimin pernah belajar ilmu tauhid, hadis dan tasawuf pada ustaz itu. Pada masa itu dia mengajar di sekolah agama rakyat di kampung Sayung.

Ustaz Adham bekas ahli Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pimpinan Dr. Burhanuddin Helmi dan Ishak Haji Muhmmad. Bersama beratus-ratus orang anggota parti itu dan parti Hizbul Muslimin (parti orang-orang Islam) dia telah ditangkap dan ditahan oleh penjajah Inggeris, di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri. Rashid Maidin dan Ustaz Adham serta berpuluh orang lagi pejuang kemerdekaan Tanah Melayu, telah di tahan dalam khemah Tahanan Tanjung Beruas,Melaka. .

Orang Sayung, Kota Lama Kanan, Matang Kulim, Kepala Bendang, Kuala Sayung, Sayung Lembah, Bendang kering, Menora, Ramai Tujuh sampai ke Senggang, Manong, Ulu Piol, pendeknya seluruh daerah Kuala Kangsar ni berjuang menuntut kemerdekaan,” terang ustaz Adam.

Alim mengangguk.

Pada masa tu kami berjuang menuntut kemerdekaan,…sebuah negara Melayu, negara Islam, negara berdaulat, perlembagaan berdasarkan Al Quran dan As Sunnah, bukan negara ciptaan Bitis, Yahudi…,” ujar Ustaz Adham.

Ia, ustaz,” sahut ‘Alimin.

Kami ada asas perjuangan, jihad,…tak ada erti kemerdekaan, kalau tak wujud negara Islam,” ujar ustaz Adham lagi.

Benar, ustaz,” ‘Alimin mengaku.

Tak ada erti apa-apa negara Islam, kalau tak pakai perlembagaan berdasarkan al Quran dan as Sunnah,” Ustaz Adham bercakap penuh imosi.

Ia, ustaz,”sahut ‘Alimin.

Ayah meka berjuang sama kami, …dia dalam Hizbul Muslimin,” Ustaz Adham bercerita.

Alimin merenung wajah patriotik Melayu itu. Dia mencari-cari fakta cerita pada wajah guru agama di hadapannya.

Orang putih tau orang Melayu kuat kerana agama Islam,” kata ustaz Adham.

Ia, ustaz,”sahut ‘Alimin.

“…di mana-mana orang Islam kuat, kalau tak kuat senjata, kuat iman,…kuat perpaduan, persaudaraan Islam,”kata Ustaz Adham.

Ia, Ustaz,” ‘Alimin mengaku.

Orang putih guna orang kita untuk hancurkan perjuangan orang Melayu,” kata Ustaz Adham.

Siap ustaz?” ‘Alimin baratnya.

Ustaz Adham senyum.

Maaf, saya tak payah cakap, dia tu pernah jadi Menteri Dalam Negeri dalam zaman penjajah,…tahun 1948 sampai 1951,”jawab Ustaz Adham.

Alimin senyum. Dia telah dapat menangkap maksud guru Agama itu. Gambar orang itu indah dalam buku - buku sejarah negara ini. Orang berjasa kepada bangsa Melayu dan tanah air.

Macam beliung,”kata Ustaz Adham.

“…ngapa, ustaz?” ‘Alimin bertanya.

Kalau nak tebang pokok besar, orang guna beliung, hulunya kayu, pedadanya kayu berikat rotan, mata beliung di hujung pedada saja besi tajam,”jelas Ustaz Adham.

Alimin merenung wajah Ustaz Adham. Senyuman mereka menjadi satu.

“…baru boleh tebang pokok besar tu,”kata Ustaz Adham.

Ia, sungguh, ustaz,”sahut ‘Alimin.

Orang putih tak dapat hancurkan perjuangan orang Melayu, demo tu guna orang kita untuk hancurkan orang Melayu,”jelas Ustaz Adham lagi.

Alimin mengangguk.

Macam orang Yahudi, Peranchis, Amerika guna orang-orang Arab untuk hancurkan bangsa Arab,” kata ‘Alimin.

Betul,”sahut Ustaz Adham.

Di Masir Yahudi guna orang-orang kenamaan Arab untuk hancurkan umat Arab,”kata ‘Alimin.

Macam di Semenanjung Arab, penjajah gunakan orang-orang mazhab Wahabi hancurkan orang Arab Mekah, Madinah, sampai ke Yaman, Qatar dan Iraq,”jelas Ustaz Adham.

Ia, ustaz,” ‘Alimin mengaku.

“…dalam sejarah kita tercatat hal orang Melayu khianat perjuangan orang Melayu tu, tapi belum dibukukan orang,…sayangnya buku sejarah bangsa kita berpandukan pandangan orang Inggeris, banyak dipesongkan dari fakta sebenar…,”Ustaz Adham berkata sambil merenung wajah bekas muridnya.

Ia, ustaz, …insya Allah, ada orang yang akan menulisnya tu, ustaz,”kata ‘Alimin.

Saya harap begitulah, insya Allah,”sahut ustaz Adham.

La ni ramai benar orang Melayu yang terpengaruh,terikut-ikut,…entahkan terpaksa ikut telunjuk Yahudi,”kata ‘Alimin.

Ialah, mana taknya, pengaruh Yahudi macam akar-akar dalam bumi,…semua kelab ternama di negara kita ni, di bawah Yahudi, ramai orang-orang kenamaan Islam guna kelab-kelab tu,”sambut ustaz Adham.

Ia, ustaz,” ’Alimin mengaku.

MENGALIHKAN TOPIK PERCAKAPAN

Ustaz Adham telah datang menemui ‘Alimin dengan menggonggong sebuah hajat orang lain. Berat rasanya hendak menyampaikan maksud orang itu kepada ‘Alimin. Tetapi kerana harapan dan amanah orang, dia memaksakan dirinya berterus terang dengan bekas muridnya itu.

Air dalam labu tanah boleh jadi ubat, penawar racun, santau, insya Allah,” Ustaz Adham mengalihkan topik percakapan mereka.

Ia, ustaz, saya pun dah belajar hal tu,”sahut ‘Alimin.

Ia?”Tanya ustaz Adham.

Ia, Ustaz, tapi kena baca ayat-ayat Quran,”jawab ’Alimi.

Ha,… tu, tentulah, Allah Maha Kuasa,”kata ustaz Adham.

Air labu tanah, boleh jadi penawar sakit barah usus, barah hati, barah payu dara,”jelas ‘Alimin.

Ustaz Adham senyum dan mengangguk-angguk. Sambil bangun, dia mengajak ‘Alimin keluar dari bengkel itu. Hajatnya, agar percakapannya dengan ‘Alimin nanti tidak didengar orang lain, lebih-lebih lagi adik saudara ‘Alimin, Mimi. Mereka keluar dari bengkel itu dan pergi ke rumah ‘Alimin.

Saya ni ada hajat,”kata ustaz Adham.

Hajat,…apa hajat tu, ustaz?” Tanya ‘Alimin.

Ustaz Adham senyum. Wajah ‘Alimin ditatap dengan firasat.

Begini, ayah cu kamu tu minta saya sampaikan…,” Ustaz Adham berkata.

Apa, ustaz?” ‘Alimin bertanya.

Dia, Emak Usu kamu berhajat nak jodohkan anaknya, Mimi tu dengan kamu,” Jawab Ustaz Adham.

Alimin tercengang. Bagaikan orang kena pukau.

Macam mana?” Ustaz Adham bertanya.

Alimin tunduk.

Ustaz Adham merenung wajah ‘Alimin. Dia menunggu jawapan.

Beginilah, ustaz, …saya tak sanggup,” Jawab ‘Alimin.

“…ngapa?” Ustaz Adham bertanya.

Walau pun Mimi tu adik saudara saya, tapi saya anggap dia tu macam adik kandung saya sendiri, ustaz,”jawab ‘Alimin.

Ustaz Adham diam.

Kalau dah macam tu, nak kata apa lagi,”kata Ustaz Adham.

Alimin merenung wajah ustaz Adham. Wajah gurunya wajah orang yang menghafal wahyu Tuhan. Pada wajahnya tercatat banyak kisah jihad - perjuangan suci orang Melayu.

“…saya tak lama di sini, saya nak melanjutkan pelajaran saya di universiti luar negeri, ustaz,”jelas ‘Alimin.

Di mana tu, universiti Al Azhar, Mersik?”Tanya Ustaz Adham.

Insya Allah, kalau tak Jordan, Iraq, ustaz,” jawab ‘Alimin.

Al hamdulillah,”Ustaz Adham mengucap syukur.

Dah tu macam mana bengkel labu tanah tu?” Tanya ustaz Adham.

“…saya akan serahkan kepada Mimi, dia dah pandai berniaga,”jawab ‘Alimin.

Baguslah tu,”sambut Ustaz Adham.

Tak apalah, ustaz, hal tu…saya akan bincangkan dengan Mimi, Pak Usu, Mak Usu,…deme tu dah ganti emak, ayah saya,”kata ‘Alimin.

Kalau macam tu baguslah,”sambut Ustaz Adham.

*** ***

Mimi meramas-ramas tanah liat basah dalam bengkel. Tanah liat itu berair,lembik, meleleh dan menyelemuhi jari jemari dan dan sepasang tangannya. Macam orang uli tepung. Bagaikan meramas isi durian tempoyak.Mimi terperosok dalam rahang resah. Gelisah. Cemburu.

GADIS BERLESUNG PIPIT

Semenjak kedatangan tiga orang gadis ke kampungnya pada hari Ahad lalu, telah tumbuh perasaan cemburu dalam hati Mimi terhadap mereka. Mana tau salah seorang dari mereka berjaya menawan hati abang saudaranya. Mana tau abang saudaranya jatuh hati kepada salah seorang dari mereka itu. Mana tau ketiga - tiga gadis itu jatuh cinta kepada ‘Alimin.

Mimi amat cemburu kepada Tengku Intan. Gadis berlesung pipit pada dua belah pipinya. Dua ulas bibirnya bak ulas limau. Dua buah telaga matanya jernih, indah.

“…nak buat macam mana kalau abang sukakan dia,”bisik Mimi.

Wajah Mimi muram. Dikebamkan bibir bawahnya.

Aaaa, ni tak syok, ni…,” dia bersungut.

Mimi hairan. Abang saudaranya, ‘Alimin bagaikan sami Budha bila berhadapan dengannya. Macam tidak ada perasaan lelakinya pada diri. Macam pondan. Macam Darai .Macam bapuk bila berhadapan dengannya. Percakapannya lurus. Cahaya dua matanya bagaikan cahaya dua mata bapa atau abang kandungnya. Tidak ada perasaan nafsu jentina terhadap dirinya.

Aku tak cantikke, tak seksike?” Mimi bertanya pada dirinya sendiri depan cermin besar.

PIPI PAUH DILAYANG

Dia menggoyang-goyangkan tubuhnya. Mana-mana yang penuh isi dan muntuk jadi bergoyang-goyang bagaikan agar-agar dalam piring.

Aku cantik,apa?...pipi pauh dilayang, hidung mancung bak seludang, dagu lebah bergayut, mata bintang kejura,” Mimi merengek-rengekkan kata-kata dalam cerita purba Melayu.

Orang cantik tak berpengetahuan, macam buih hanyut di muara.”

orang cantik tak beradab macam buih kencing lembu atas padang.”

orang perempuan cantik ada pengetahuan, ada adab, budi bahasa

macam bunga harum, macam bintang di langit, macam bidadari

syhurga.”

Entah dari mana datang bisikan begitu. Bisikan pengetahuan itu menyumbat lubang telinga Mimi.

Dari hadapan cermin besar itu, Mimi mengheret dua puntung kakinya keluar dari biliknya. Senyumannya berkulum.

Pada tengah hari Sabtu, ‘Alimin berdiri dekat Mimi dalam bilik pejabatnya. Direnung wajah Mimi dengan renungan biasa. Senyuman biasa. Mimi merenung wajah abang saudaranya. Kata-kata dari pemuda itu ditunggu-tunggunya.

Mimi,”

Ia, bang, ada apa, bang?”

Petang ni Mimi tak ke mana kan?”

Tak, ngapa, bang?”

Abang nak ajak Mimi pergi ke Kuala Kangsar.”

Buat apa bang?”

Abang belanja Mimi, kita makan sate.”

Nak, abang, boleh bang.”

Beritahu emak.”

Ia,bang.”

O.K., lepas sembahyang Asar, kita pergi.”

Baik,bang.”

SEPASANG BAJU KURUNG

Setelah ‘Alimin pulang ke rumahnya, Mimi dilambung rasa gembira. Itulah kali pertama abang saudaranya mengajak dia ke Kuala Kangsar. Julung kali Alimin akan belanja dia makan sate.

Pada petang itu ‘Alimin bersama Mimi dalam van tua mengembara ke bandar Kuala Kangsar. Mereka melalui jalan raya Kota Lama Kanan dan keluar ke Jabatan Iskandar, di Enggor. Dari sana mereka melalui Padang Ampang, Kota Lama Kiri dan masuk ke bandar diraja Kuala Kangsar.

Mereka singgah di sebuah pasar raya. Mereka mengembara dalam perut pasar raya itu. ‘Alimin telah membelikan Mimi sepasang baju kurung, beberapa pasang -pakaian lain dan sepasang kasut kulit warna hitam. Beberapa jenis makanan kering dan basah dibelikan untuk Pak Usu dan emak susunya.

MEMBENAMKAN SECOCOK SATE

Dari pasar raya itu mereka masuk ke jalan Kangsar hingga ke bulatan persimpangan ke Manong. Dari sana mereka berpatah balik ke hadapan pejabat pos dan jam besar. Van membelok ke kanan dan menuju ke tepi sungai Perak. Di sana ada pasar rakyat. Labu tanah, parang, golok, parang,cangkul dan aneka hasil pertukangan tangan orang Melayu dijual dalam warung-warung di situ. Beberapa buah warung pula menjual beraneka jenis makanan.

Kita makan sate,”kata ‘Alimin.

Baik, bang,”sahut Mimi.

Mereka masuk ke sebuah warung menjual sate.

Mimi boleh makan lima puluh cocok sate?” Tanya ‘Alimin.

Haaa, lima puluh,…lima cocok pun tak lalu,”jawab Mimi.

Kalau macam tu, Mimi ni bukan harimau Jawale,” gurau ‘Alimin.

Mereka ketawa.

Abang harimau apa?” Gurau Mimi pula.

Harimau Sayung,”sahut ‘Alimin.

Mereka ketawa lagi.

Tak pernah makan orang pun,”kata Mimi.

Kalau makan orang, dah lama orang-orang kampung Sayung tu habis,…Mimi pun sekali,”sahut ‘Alimin.

Eee, abang ni, ta k baik tau, Mimi pun abang nak makan,”kata Mimi. Manja.

Dah tu, harimau, tak kira siapa,…ngap,”sambut ‘Alimin.

Mimi ketawa. Tawa mereka sama.

Mimi menghulurkan hujung sate ke mulutnya. Dikunyah daging sate itu perlahan-lahan.‘Alimin membenamkan secocok sate dalam kuah. Dibiarkan sate itu terbenam di situ.

Mi, boleh abang nak cakap sikit?” ‘Alimin bersuara sambil merenung wajah Mimi.

Apa, bang, cakaplah,”jawab Mimi.

Alimin senyum. Dia masih merenung wajah Mimi. Gadis itu gelisah jadinya. Degup jantungnya bagaikan menendang-nendang dinding dadanya sendiri.

Tak ada apalah, sekadar nak tanya,” kata ‘Alimin lalu mengambil sate dalam kuah dan menyuap ke mulutnya.

MENGAKU KESILAPANNYA

Sebaik-baik daging dalam mulutnya ditelan. Dia meletakkan cocok sate yang berbaki daging itu dalam piring kuah.

Abang tengok dalam tiga empat hari ni Mimi macam sedih aje, ngapa?” “Alimin bertanya.

Ha,…tak, bang, tak sedih,”jawab Mimi. Gugup.

Iake?” Tanya ‘Alimin.

Ia, bang,”jawab Mimi.

“…tapi, abang tengok banyak kerja Mimi tak siap,…kira-kira kewangan bulan ni yang Mi buat tu tak kena nampaknya,”kata ‘Alimin.

Iake, bang, Mi minta maaf, abang,”kata Mimi.

Tak apa,”kata ‘Alimin.

Mimi tunduk. Dia mengaku kesilapannya.Kalau boleh pada detik-detik begitu dia akan menjerit. Dia akan jeritkan kata-kata, “…runsing-runsing,…aku cemburuuuuu.”

Begini Mimi, abang nak Mimi kerja bersungguh-sungguh, buat macam kerja Mimi sendiri, hak Mimi sendiri, perusahaan dan perniagaan Mimi sendiri,”kata ‘Alimin.

Baik, abang,”sahut Mimi.

Abang ni, tak lama lagi di sini,”kata ‘Alimin.

Abang nak ke mana pulaaa?” Tanya Mimi.

Abang nak belajar nak melanjutkan pelajaran abang di universiti,” Jawab ‘Alimin.

Di mana,abang?” Mimi bertanya.

Hati Mimi dikopak sedih.

“…kalau tak di Jordan, di Iraq,” Jawab ‘Alimin.

Bila, abang?” Mimi bertanya.

Mimi menahan air matanya yang akan melimpah dari dua telaga matanya.

Mungkin sebulan bulan lagi, abang tunggu jawapan…,”Jawab ‘Alimin.

Alimin merenung wajah adik saudaranya. Air jernih menggenangi dua telaga mata Mimi lalu melimpah dan mengalir atas dua belah pipinya.

Tak usah ngangis, tak elok nangis,…makan sate tu,”kata ‘Alimin.

Alimin senyum.

Uuu…, abang ni,”rungut Mimi.

Abang yang nak pergi, Mimi pula yang nangis,” ‘Alimin bergurau.

Tule abang,…abang tak tau hati Mimi,”suara Mimi manja.

Mimi nak makan apa lagi,…mee, rojak, nasi,” ‘Alimin bertanya.

MENGHADAPI DUNIA LUAS

Mimi geleng-geleng. Disedutnya air laici yang berbaki dalam gelas dengan setro (straw). Air matanya luruh atas lengannya.

“…kalau air mata bercampur dengan air laici, boleh jadi penawar tau,”usik ‘Alimin.

“…Mimi tak sakitle, abang,”kata Mimi manja.

Alimin ketawa. Dia telah dapat memahami perasaan adik saudaranya.

Setelah selesai makan, mereka keluar degan membawa sebungkus sate dan dua bungkus mee goreng untuk Mak Usu dan Pak Usu.

Azan Maghrib berkumandang seluruh kampung Sayung. ‘Alimin dan Mimi tiba di halaman rumahnya. Pada waktu turun dari van, Mimi terasai diri sedang menghadapi dunia luas ini dengan optimis. Tetapi dia masih meraba mencari jawapan. Adakah abang saudaranya mencintai dirinya?

Abang datang ke rumah,”jamput Mimi.

Lepas sembahyang, abang datang.” sahut Alimin.

Ialah,”sahut “Alimin.

Mak Usu dan Pak Usu berdiri di jendela merenung ke arah mereka.

(Dipetik dari maanuskrip novel, Cinta Dan Jihad, oleh: Mokhtar Petah)

No comments: