Sunday, August 2, 2009

CERITA DARI NOVEL


INTEKETUAL ISLAM


Paduka Yang Mulia,

Undang-undang ciptaan Allah s.a.w. tidak dilaksanakan

dan terabai. Hukum-hukum-Nya dibiarkan dan tidak

dilaksanakan.Dan semuanya itu berlaku dalam sebuah

Negara yang undang-undang dasarnya, disebut, ‘Agama

negara ialah agama Islam’.

Kedai-kedai arak, rumah-rumah maksiat, pusat-pusat

perjudian dan pemandangan yang tidak baik setiap

ketika dikecapi oleh bangsa ini di setiap sudut dan

terlalu banyak pertaruhan dan perjudian yang

membuang waktu dan harta mereka dan

ianya diterajui oleh penguasa.

Masyarakat jadi terumbang ambing sehingga para pekerja

di kota-kota besar dilanda kerosakan moral.

Pembesar-pembesar Negara ini telah memberi contoh yang

tidak baik kepada rakyat, sama ada dalam perangai individu

ataupun dalam kedudukan jawatan mereka, hal ini menjadi

sasaran kritikan rakyat dan akibatnya makin menurunlah

kepercayaan mereka kepada pemerintah.

Para pelancong asing bergambar dengan pakaian mini dan

perhiasan yang tidak sesuai dengan kesopanan dalam Islam

dan ajaran yang diwajibkan oleh Allah bagi kaum

wanita. Menutup aurat dengan sempurna dan tidak

menjadi

tumpuan pandangn mata.

Gambar wanita(separuh bogel) terpampang dalam akhbar-

akhbar besar dan kecil sehingga menjadi halua yang mesti

diletakkan untuk tatapan pembaca-pembaca dan mengundang

nafsu jahat.

Remaja-remaja lelaki perempuan bergaul dengan bebas

dalam pesta-pesta dan majlis yang rasmi dan juga tidak rasmi

seperti kekeluargaan, gelas-gelas arak dan malam dihabiskan

dengan kegiatan yang sia-sia,…mabuk sahaja,

Paduka Yang Mulia,

Ini semua dan beberapa hal yang lain telah menghilngkan

keyakinan diri bangsa kita, serta memalingkan mereka dari

keindahan teladan yang baik, mengabaikan ketaatan dan

takwa kepada Allah, membuat jahat dan menghabiskan

harta, menumpulkan fikiran dan merosakkan kesihatan.

Rumah tangga porak peranda, menyulitkan kepentingan

masyarakat, disertakan pula berita, rencana dan gambar dalam

akhbar yang menjijikkan. Oleh yang demikian mestilah segera

menangani bagi membebaskan masyarakat dari

kehancuran, keburukan, kegilaan itu.

Untuk tujuan itu, berilah perintah yang tegas dan keluarkanlah

keputusan kerajaan agar Masir yang Muslim ini tidak dilanda

keburukan kecuali yang baik sesuai dengan ajaran agama

Islam.

Alimin sedang tekun membuat kerja kuliahnya, dalam biliknya, pada satu malam. Dia sedang meneliti memorandum pemimpin Parti Islam – Ikhwanul Muslimin-, Mesir, Hassan Al Bana kepada Raja Masir, Al Malik Faroq pada 8 Muharam 1858 Hijrah, dalam buku ‘Limaza Ightayalil Imam Asy Syahid Hassan Al Bana’ oleh

Abdul Muta’al Al Jabari. Pada saat-saat begitu, sedih bagaikan pengopak dan mengoyak hatiknya yang seketul dalam dadanya. Sedih kerana berjauhan dari kekasihnya. Dalam keadaan meronta payah melawan kesedihannya, dibaca AL Fatihah untuk ulama, politikus dan pengarang Islam yang mati syahid itu.

Hassan Al Bana telah mati ditembak oleh musuh politiknya, pada waktu Allahyarham hendak menaiki teksi, dekat pejabat rakannya, di Qahirah, Mesir, pada malam 12 Februari 1949.

Alimin sedang melakukan penyelidikan ilmiyah. Dia dikehendaki oleh pensyarahnya untuk melakukan penyelidikan terhadap pergerakan umat Ialam di Masir melalui parti politik Islam, Ikhwanul Muslimin dan susur galur perjuangan salah seorang pelopor yang telah menubuhkan parti Islam itu, Asy Syahid Hassan Al Bana.

MENUNTUT KEMERDEKAAN

Perjuangan Hassan Al Bana telah menjadi contoh dan ikutan bagi pemuda-pemuda Islam di Tanah Melayu yang berjuang menuntut kemerdekaan, sekitar tahun 1945 – 1948. Parti politik pertama di Semenanjung Tanah Melayu, Hizbul Muslimin yang telah ditubuhkan oleh Allahyarham ustaz Abu Bakar Al Baqir dan para patriotik Islam, di Gunung Semanggul,Perak, pada tahun 1945 banyak mencontohi perjuangan parti Hizbul Muslimin.

Pada ketika itu,’Alimin teringat akan kata-kata ustaz Adham, di kampungnya, bahawa penjajah Inggeris terlalu takut kepada parti politik Islam sehingga mereka terpaksa memujuk orang-orang Melayu menubuhkan parti politik nasionalis.

Kakak angkat ‘Alimin, Syamila, banyak membantunya melakukan kerja-kerja kuliahnya, seperti penyelidikan dan berhubung dengan pejuang Islam di Iraq. Syamila mahu adik angkatnya menjadi seorang intelektual Islam yang tahan lasak dalam perjuangan mempertahankan agama Islam dan umatnya.

Walau pun kita orang Islam, orang beriman kepada Allah, tetapi kita belum tahu adakah Allah menerima kita masuk syurga-Nya selagi kita tidak berjihad pada jalan-Nya, kerana-Nya dan kerana agama Islam,Syamila berkata kepada ‘Alimin.

Ramai orang bercakap penuh perasaan tentang Allah, bercakap dengan semangat membara tentang agama Islam dan umat Islam, tetapi terlalu sedikit yang sanggup mati demi perjuangan pada jalan Allah dan agama Islam,” Shamila menambah.

ADIK ANGKAT

Shamila pernah berkata kepada ‘Alimin pada satu malam, bahawa dia hidup dan meneruskan hidupnya dengan berfalsafahkan ‘satu’; Allah satu, kitab suci satu, dirinya satu, bapanya satu, ibunya satu dan adik angkatnya satu.

Kekasih Syamila dimamah peluru tentera Yahudi. Kematian pemuda itu menjadi tembok sempadan baginya mencintai lelaki lain.Tidak wujud perasaan cintanya kepada mana-mana lelaki. Nalurinya tertutup rapat dari diresapi rasa cinta yang menempah kehendak kelamin atau jantina.

Masa berjalan mengikut hukum Allah. Tidak pernah berhenti. Masa ibarat pedang memotong atau mencantas siapa sahaja yang leka. ’Alimin seorang pemuda yang tidak pernah leka. Dia adalah seorang mahasiswa yang berjaya menggunakan masa. Tiga tahun telah berlalu dan masuk tahun yang keempat dia di Baghdad, universitinya telah menganugerahkan kepadanya, segulung ijazah B.A kelas pertama dalam bidang syari'ah Islam dan sosiolgi Islam. Bidang tersebut merangkumi sejarah dan sains politik Islam. Sesuai dengan bakat dan minat yang ada pada dirinya, Alimin telah mengambil kesempatan mempelajari ilmu kewartawanan, penulisan dan komunikasi di universiti tersebut.

BUMI IRAQ

Dengan pertolongan Syamila, ‘Alimin bekerja sebagai penolong editor dalam sebuah syarikat yang menerbitkan majalah-majalah berbahasa Arab di Bagdad. Di antaranya majalah mingguan at Tahrir , majalah setengah bulan, al Jihad dan majalah bulanan, al Istqlal.

Semenjak Presiden Saddam Hussein bertindak terhadap Kuwait pada 17 Julai 1990, kerana negara di bawah telunjuk kapitalis Amerika dan British itu dikatakan telah menyedut secara haram minyak dari bumi Iraq, maka musuh-musuh Saddam Hussein dengan kerjasama orang-orang Iraq yang munafik, telah melakukan kegiatan subversif terhadap pemerintah dan rakyat negara tersebut.

Pada tiap-tiap hari keluar masuk ke Iraq ajen-ajen perisik Amerika Syarikat dan British. Berjuta-juta dolar telah dibelanjakan untuk agen-agen mereka. Usaha menjatuhkan Saddam Hussein dijalankan secara berdiplomasi dan teratur. Arab Saudi, Qatar, Kuwait dan negra-negara Arab lain menjadi ‘warong tea tarik’ bagi para balaci Amerika dan British.

POLITIK KEBENDAAN

Alimin telah mengkaji suasana politik di Iraq. Saddam Hussein dan para penyokongnya bemazhab Sunni atau Ahlu Sunnah wa Jama’ah . Kebanyakan orang-orang politik tidak berminat menggunakan Quran dan Sunnah sebagai dasar perlembagaan negara. Mereka menganut fahaman kebangsaan dan kebendaan.

Pada waktu dalam masjid, mereka menghadap Tuhan berikrar dengan Maha Kuasa itu serta memegang Quran. Wirid atau zikir nama-nama Maha Suci. Selawat kepada Nabi Muhammad s.a.w. sampai berbuih mulut. Tetapi di luar masjid, mereka mengamalkan kapitalisme, sosialisme atau komunisme. Mereka menjadi umat hipokrit berwirid dan berwirid zikir politik kebendaan macam Abdullah Ibnu Ubai pada zaman Nabi Muhammad s.a.w., di Madinah.

Manakala rakyat golongan Syi’ah pula, mereka seperti lalat; dalam kesusahan puji-puja Tuhan. Bila berselimutkan kemewahan, sanjung Amerika dan Inggeris. Sebilangan kecil sahaja dari mereka yang berhajat dan berjihad menegakkan negara Islam.

RUKUN HIDUP

Alimin mendapati kebanyakan orang-orang Iraq yang menentang perlembagaan Islam atau negara Islam kerana takut kehilangan lima rukun hidup mereka; rasuah, arak, zina, zalim, kaut kemewahan atas penderitaan rakyat.

Saddam Hussein digemari oleh sebilangan besar rakyatnya. Dia mnencintai bumi Iraq dan mempraktikkan keadilan sosial kepada rakyat yang tidak menentangnya. Sesiapa yang menentang dasar pemerintahannya; kadang kala dia menggunakan kuasa diktatornya. Gila kuasa atau menjadi ahli politik yang gila-gila.

Pada pandangan ‘Alimin, Arab Saudi tidak boleh diakui sebuah Negara Islam. Negara dan rajanya mempergunakan Islam bagi kepentingan keluarga di raja. Keluarga diraja yang memegang kekuasaan kerajaan menjadi boneka Amerika Syarikat, Inggeris dan negara-negara Kristian dan kapitalis.

MENDEDAHKAN KECURANGAN

Alimin menatap kulit sebuah buku, ‘The Thieve Of Riyadh’ yang diedit oleh Haroon M. Jadhakhan dan diterbikan oleh, Muslim Cronicle, London, pada tahun 1990. Buku yang mengandungi artikel-artikel yang ditulis oleh penulis-penulis Arab yang tinggal di luar Arab Saudi itu, mendedahkan kecurangan, corrupted, kemaksiatan dan perjudian yang diamalkan oleh Raja Arab Saudi dan kaum kerabat di Amerika, England, Francis dan negara-negara lain.

Pada muka surat 33- 38 memaparkan peranan CIA di negara-negara Arab termasuk Iran.’Alimin menemui sebuah karton raja Arab Saudi dan dekat pipinya ada tulisan tebal, ‘His London house which costs S50 m makes Buckingham Palace look like a bunglow’.

Pada halaman 50 tertera sebuah gambar penari perempuan, Pamela Bordes yang memakai pakaian wanita Arab. Dia duduk dan mendedahkan sebatang kakinya hingga ke paha. Pada malam itu juga sebuah salinan visanya untuk melawat Riyadh.

BERLUMURAN DARAH

'Alimin ketawa sendirian. Dia menatap halaman 82 buku itu, terpampang sebuah karton Raja Muda Arab Saudi sedang memegang sebilah pedang berdarah.Tangan kirinya berlumuran darah. Dia sedang berdiri dalam kolam renang dan di sekelilingnya tujuh biji kepala manusia yang telah tercerai dari tubuh masing-masing. Pada bahagian atas kepalanya tertulis, ‘Prince knife got more blood on his hand than dracula’.

Di mana-mana ada manusia tidak jujur,”sungut ‘Alimin.

Kalau umat Islam tidak bangun dengan iman, akhlak dan berani mati kerana Allah, sampai bila pun mereka hidup di bawah pengaruh orang-orang Yahudi, Kristian dan golongan yang menjadi musuh Allah,”sungut ‘Alimin lagi.

Alimin dan Syamila telah menyertai sebuah pergerakan pemuda pemudi Islam Iraq .Pergerakan itu berperanan membela umat Islam di Iraq dan negara-negara lain yang dijajah dan ditindas oleh kuasa-kuasa penjajah dan penguasa-penguasa yang zalim.

SENYMAN IKHLAS

Pergerakan Islam itu dinamakan ‘Mafi’. Orang Itali menyebut ‘Mafia’. Ahli-ahlinya terdiri dari belia-belia Islam yang berani mati kerana Allah, kerana mempertahankan agama Islam dan penganut-penganutnya. Mereka tidak mengenali antara satu dengan lain. Pergerakan tersebut mempunyai cawangan-cawangan di negara-negara umat Islam dan bandar-bandar besar di seluruh dunia. Di antaranya, London, New York, Paris dan Tronto.

Pada ketika ‘Alimin sedang membaca sebuah buku dalam biliknya,tiba-tiba daun pintu bilik itu diketuk orang dari luar. Sebaik- baik sahaja daun pintu itu dikuakkan, berdiri di hadapannya, ibu angkatnya – ibu Syamila -, Zaharah. Wajah berbunga senyuman ikhlas.

Mak cik,”sapa ‘Alimin.

“…saya nak bercakap dengan kamu, anakku,”kata Zaharah.

Ia, masuklah’” kata Alimin dan mengundurkan dirinya.

Terima kasih,”kata Zaharah.

Mereka duduk atas kerusi dalam bilik itu. Pintu bilik itu dibiarkan terbuka,kerana sebentar lagi suami perempuan itu, Mustafa Ramadhan akan tiba.

Apa, mak cik?” ‘Alimin bertanya.

Begini,…mak cik minta tolong kepada ‘Alimin…,”kata Zaharah

Alimin diam dan merenung wajah perempuan itu.

“…macam ni, mak cik dan pak cik nak minta tolong anakku nasihatkan Syamila,”kata Zaharah.

Nasiha?”Tanya ‘Alimin.

Ia,…nasihat,” jawab Zaharah.

Di pintu bilik berdiri Mustafa Ramadhan. Wajahnya terhias senyum merkah. Sambil mengucap salam dia melangkah masuk lalu duduk atas kerusi di hadapan ‘Alimin.

“…kami tidak ada anak,…Syamila itulah satu-satunya anak kami,”kata Zaharah.

Ia,sungguh kata mak cik kamu itu,”sambut Mustafa Ramadhan.

“…kami dah tua,…kami rasa tak sempurna hidup kami selagi kami tidak dapat menimang cucu kami,”Kata Zaharah.

Ia, anakku,”kata Mustafa Ramadhan.

Kami minta ‘Alimin nasihatkan Syamila, nasihatkan supaya dia kahwin,”kata Zaharah.

Alimin tunduk. Berat hatinya untuk menasihti Syamila. Gadis itu bukan kepalang orang. Tetapi kerana ibu dan bapa angkatnya, dia akan mencuba juga sekadar termampu baginya.

Insya Allah, saya akan cuba, mak cik, pak cik,” ‘Alimin berkata.

Alhamdulillah, terima kasih, anakku,”suara suami isteri itu menjadi satu.

Alimin merenung wajah ibu dan bapa angkatnya. Wajah dua orang tua itu ceria. Mereka menggantungkan harapan kepada ‘Alimin.

Dua orang tua itu mengajak ‘Alimin minum gahwa di ruang tamu rumah mereka. Pada waktu mereka berjalan masuk ke bahagian ibu rumah itu, Syamila melangkah masuk dan memberi salam kepada mereka.

(Dipindahkan dari manuskrip novel Cinta Dan Jihad, oleh: Mokhtar Petah.

No comments: