Wednesday, June 3, 2009

QURAN


KEBENARAN DAN SABAR

Demi (perhatikan) masa.
Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian.
Selain dari mereka yang beriman (kepada Allah) dan mengerjakan amalan baik, dan mewasiatkan (memesan) satu sama lain dengan kebenaran, dan mewasiatkan satu sama lain agar sabar - berhati teguh. - Al 'Asr:1 - 3.


HADIS

MARUAH BANDAR

Nabi Muhammad s.w.a. telah bersabda: Kota Madinah ialah
kota hara m(suci), dari batas (bukit) sana dan hingga ke sana,
pepohon kayu tidak boleh ditebang dan tidak boleh melakukan
jahatan di dalamnya. Sesiapa melakukan kejahatan, dia
akan mendapat kutukan (dari Allah), luutukan
dari malaikan dan manusia seluruhnya.
- Perawi: Anas radiallahu an.


PETUA

BERSELISIHAN

Jika orang Islam dengan orang Islam berselisihan, di dalamnya ada ulama, maka menjadi kewajipan bagi ulama itu untuk menyeLesai dan mendamaikan mereka. Jika ulama itu tidak mengambil sebarang langkah, maka ulama itu termasuk dalam golongan orang - orang jahat dan tidak boleh dipercayai.



*** ***



TAHUKAH?


DATO' HARUN IDRIS

Kejatuhan Ketua Pemuda UMNO dan Menteri Besar Selangor, Dato Haji Harun Idris, dilakukan oleh golongan manusia yang tidak mahu Melayu bersatu, agama Islam berkembang dan silat gayung menjadi perangsang perjuangan orang Melayu.

PERANG UHUD

Perang Uhud - antara angkatan tentera pimpinan Nabi Muhammad s.a.w. dengan tentera Quris di Gunung Uhud yang menyebabkan Nabi cedera, 70 pahalawan Islam terkorban, termasuk Syidina Hamzah, di sebab sebilangan tentera tidak jujur, tidak tahan diri dan mengejar kebendaan.

PAS

Sheikh Abdullah Fahim adalah Pengerusi Jawatan Kuasa Khas Agama Islam dalam UMNO, pada 1946 - 1950. Beliau mengundurkan diri dari jawatankuasa tersebut, disebabkan beberapa orang dari ahli Jawatankuasa Agung parti tersebut sering minum arak.

SALAH CAKAP
Dalam majlis UMNO di Butterworth pada 1953, seorang tokoh wanita UMNO, Norma Kamaruddin yang tidak faham atau tidak dapat membezakan perkataan Melayu, pada ketika berucap, telah berkata: " Kita kaum ibu mesti mengadakan persetubuhan, supaya tidak mendapat kemaluan yang besar daripada kaum lelaki."
Sardon Haji Zubir dan Sayed Jaafar Albar serta para wartawan dalam majlis itu bertepuk tangan kerana Norma tersalah cakap.
Sepatutnya Norma berkata: " Kita kaum ibu mesti mengadakan pertubuhan, supaya tidak mendapat malu besar daripada kaum lelaki."


No comments: