KUASA ALLAH
Dikalahkan kerajaan Rum.
Di negeri yang dekat (Syria dan Palestin), dan mereka setelah kalah akan menang lagi.
Dalam beberapa tahun (antara tiga dengan sembilan tahun). Keputusan itu kepunyaan Allah, pada masa yang lalu dan pada masa yang akan datang. Pada hari itu, orang – orang yang beriman (kepada Allah) menjadi gembira (Orang – orang Islam dapat mengalahkan laum Quris Makah dalam perang Badr).
Dengan pertolongan Allah; ditolong - Nya siapa yang dikehendaki -Nya, dia Dia Maha Kuasa dan Penyayang.
(itulah) janji Allah. Tidak pernah Allah menyalahi janji-Nya, tetapi kebanyakan manusia tidak mengetahui. - Ar Rum: 1 – 6.
HADIS
JAGA TUTUR KATA
Nabi Muhammad s.a.w. Telah bersabda: Tahan (jaga) lidah anda – yakni berhati – hati pada ketika berbicara, hendaklah rumah anda dapat merasakan luas kepada anda – maksudnya, lalukanlah sesuatu yang dapat menjadikan anda suka tetapi berada di rumah seperti melsakukan ketaatan (ibadat) kepada Allah dan lain – dan menangislah Insaf) atas kesalahan yang anda kerjakan.
- Perawi: Imam Tarmizi (Hadis ihsan).
PETUA
JADI SIAL
Jika pada ketika anda berjalan di mana – mana, tiba – tiba ada orang berdiri di hadapan anda meminta sedekah, sama ada pakaiannya compang camping dan tubuhnya daif atau berpakaian biasa dan kelihatan sihat, maka berilah kepadanya sekadar yang patut. Jang anda memarahinya atau tidak mahu memberi swedikit wang pun kepadanya. Perbuatan anda itu bukan menyiaklkan yanbg meminta, tetapi diri anda sendiri menjadi sial.
*** ***
TAHUKAH ANDA?
GANJA
Pada sekitar tahun 1930 – an dan 50-an kebanyakan mamak yang berniaga restoran memasukkan sedikit daun ganja dalam kari mereka. Tujuannya agar para pelanggan menjadi ketagih makan kari yang mereka jual.
ULAMA
Semenjak mula ditubuhkan hingga di ambang merdeka, dalam UMNO ada sebuah badan ulama, iaitu Jawatankuasa khas agama Islam – yang memberi nasihat hal ehwal agama Islam kepada para pemimpian dan ahli UMNO - , dan pengerusi awal awal jawatan kuasa itu, ialah Sheikh Abdullah Fahim dan yang kedua Haji Ahmad Fuad bin Hassan (kemudian, pada tahun 1951 menjadi Yang Dipertua PAS).
Kongres kali yang kedua ulama anjuran jawatankjuasa tersebut yang diadakan di Kota Tinggi, Johor, pada tahun 1951, dirasmikan oleh datuk kepada Dato' Najib Tun Razak, iaitu Dato' Haji Noah bin Omar, Yang Dipertua Jabatan Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Johor.
ROGOL
Dalam sejarah UMNO, seorang wakil rakyat – ahli Dewan Undangan Negeri Kedah telah dihadapkan ke mahkamah atas tuduhan merogol anak gadis dari Selama, Kedah. Dia dihukum penjara.
TIKUS
Pada tahun 1960- an telah berlaku beribu – ribu ekor tikus telah membinasakan pokoh – pokok padi baru mengelouarkan buah dalam berpuluh relong sawah dalam daerah Kerian, Perak. Setelah dilakukan kaji selidik oleh beberapa orang ulama, di dapati para petani pemilik sawah itu tidak pernah membayar zakat tanaman mereka.
No comments:
Post a Comment