Wednesday, June 3, 2009

NIK AZIZ MURSYIDUL 'AM PAS



Nik Aziz

"Pihak pemerintah mempunyai tanggungjawab untuk menjaga kepentingan awam dalam perkara asasi, ia mesti dilindungi dengan undang - undang. Sebarang usaha menjadikan perkara asasi untuk dimonopoli oleh orang perseorangan atau golongan tertentu, atas nama penswastaan dan sebagainya mestilah dihalang, kerana ia bercanggah dengan kepentingan orang ramai.
Dalam zaman moden, perkara yang disebut keperluan asas itu bukan sekadar empat perkara (Air, garam, api dan padang ragut untuk haiwan ternakan) itu saja, msih banyak lagi perkara yang menjadi keperlkuan bersama. Antaranya, ialah jalan raya, jambatan dan elektrik. Penswastaan terhadap perkara keperluan asas, bererti membenarkan golongan tertentu mengekspoloitasikannya, bagi mencapai keuntungan bagi pihak golongan tertentu. Asas penswastaan ialah keuntungan, bukannya kepentingan orang ramai.
Hanya pemerintah yang lemah yang sanggup menyerahkan perkara - perkara asasi itu kepada golongan tertentu. Lebih buruk lagi jika orang - orang yang berkuasa mempunyai kepentingan ke atas projek penswastaan.
Sesungguhnya penswastaan terhadap perkara asasi merupakan pengkhianatan terhadap agama dan kepentingan bersama."

No comments: