Friday, June 12, 2009

NIK AZIZ MJURSAYIDUL 'AM PAS



Nik Aziz

'Mursyidul 'Am Pas, Datuk Niki Abdul Aziz Nik Mat, marah dan mempertikaikan pihak tertentu dalam Pas yang meminta pemimpin parti itu dan Pakatan Rakyat supaya berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan berhubungan dengan isu kerajaan perpqduan bagi mengelakkan berlakunya percanggahan pendapat.(Sinar Harian, 12 Jun 2009).
"Langkah itu tidaka perlu kerana percanggahan pendapat itu bukan datang dari Pas tetapi diwujudkan oleh orang - orang tertentu dalam Pas.
Arahan tutup tu (mulut) kerana apa? Soal dia? Perancangan pendapat itu bukan datang dari Pas (parti), tetapi datang dari orang tertentu dalam Pas. Dia sudah berasa bahaya, maka dia minta tutup mulut.
Dalam Islam tidak ada masalah tutup mulut. Dalam demokrasi tidak ada tutup mulut. Nabi Muhammad s.a.w. tidak pernah tutup mulut orang, Tidaki boleh kerana semua soalan ada jawapan.
Yang menimbulkan kecelaruan itu siapa dia orang Pas atau orang perpaduan? Orang yang menimbulkan kecelaruan itu sedar perkara itu bukan dari Pas sebaliknya daripada orang tertentu di dalam Pas yang menjadi boneka UMNO.
Saya hanjya pertahankan perjanjian lama Pas yang memberikan sokongan terhasp Pakatan Rakyat seperti keputusan muktamar di Ipoh (pada) tahun lalu.
Saya sokong Pakatan Rakyat. Kita masuk pilihan raya umum ke - 12 baru -baru ini ini pun atas dasar Pakatan Rakyat. Saya tidak boleh lari dari ikrar perjanjian keputusan itu.itu.
Perjanjian itu adalah keputusan muktamar PAS. Keputusannya ialah menyokong Pakatan Rakyat bukanh menokong untuk mewujudkan kerajaan perpaduan. Tidak ada. Hal Perpduan ini adalah boneka UMNO."


No comments: