Thursday, June 11, 2009

MELAYU TIDAK BOLEH BERPECAH


PERPADUAN MELAYU


Dia (Allah) telah menurunkan keterangan – keterangan yang jelas kepada hamba - Nya (Muhammad s.a.w.) untuk mengeluarkan kalian dari kegelapan kepada cahaya yang terang dan sesungguhnya Allah itu Petunjuk dan Penyayang kepada kalian. - Al Hadid: 9.

Orang Melayu boleh menjadi bangsa yang kuat dan disegani oleh umat manusia di seluruh dunia, hanyalah jika ditangan mereka ada kuasa Melayu (Malay power). Kuasa Melayu tidak akan diperolehi sampai bila – bila, selagi orang Melayu tidak mengikut petunjuk Allah dalam Quran, iaitu tidak berpecah belah – bersatu padu di bawah kalimah Allah.

Ketuanan Melayu tidak penting, kerana ketunanan itu satu warisan dari bangsa Arab kuno sebelum Islam, iaitu 'Syed atau tuan' yang mengusai orang - orang miskin dari bangsa mereka sendiri. Pada zaman kesultanan Melayu Melaka sebelum 1511 dan zaman Sutan Abdullah di Perak sebelum 1874, telah wujud Ketuanan Melayu. Ketuanan Melayu itu telah memberi peluang kepada golongan Istana dan peodal (ketuanan) Melayu memperhambakan orang ramai Melayu yang miskin atsaun marhein

Orang Melayu boleh bersatu – padu, jika semua organisasi politik Melayu, UMNO (berpegang kepada kebangsaan Melayu) dan PAS (berpegang kepada Islam sebagai amalan dalam semua bidang kehidupan insan), ketepikan sentimen politik dan mengorbankan pegangan tidak mengikut Islam dan sama – sama berepegang kepada Islam sebagai dasar hukum dan amalan dalam kehidupan negara dan rakyat.

Maka, jika benar orang Melayu mahu bersatu - padu dan mendapat kembali kuasa Melayu (Malay power), maka UMNO dan PAS hendaklah membuangkan yang keruh dan ambil yang jernih; saling bekerjasama dalam semua bidang.

Saya yakin, jika orang Melayu tidak bersatu - padu, dalam tempoh 10 hingga 20 tahun sahaja lagi, bangsa Melayu akan hilang. Bukan hilang kerana ribut dan banjir seperti maksud Quran di atas ini, tetapi kerana corak politik yang berbeza dengan corak politik UMNO dan PAS, akan melanda dan akan menjadi besi waja kekuatan bangsa lain menguasai negara pusaka bangsa Melayu ini.

Bagaimana nasib UMNO dan PAS di pulau Singapura yang kuat pada masa belum kuasa bangsa lain yang membawa basi waja politik sosio - demokrsi ke pulau pusaka bangsa Melayu itu?

Najib Tun Razak, Muhyiddin Yassin, Haji Hadi Awang, Nik Aziz dan Anwar Ibrahim bertanggung jawab atas menyatu padukan orang Melayu. Mereka perlu kembali kepada firman Allah, ' berpegang teguh pada tali Allah (berpadu) dan jangan berpecah belah'

2 comments:

Anonymous said...

Orang2 Minang, Aceh, Rawa, Mendaling, Banjar, Bugis, Java, etc etc etc iaitu dari mula mereka di MELAYUkan iaitu di ISLAMkan [circa 1200] tidak pernah bersatu.

Orang2 Istana dan kuncu2 mereka hanya masuk Islam secara "NOMINAL" sahaja, sebab berkahwin dengan perempuan Islam sebagai contoh.

Manakala orang "Melayu" yang betul2 hayati Islam cuma sedikit dan kemudian hanya seglintir yang betul ikut ajaran Islam dan jadi Ulama atau berkumpulan secara "tariqat" [yang tidak sesat].

Begitu juga apabila orang "Melayu" sebelum Islam [circa < 1200], mereka hanya NOMINAL HINDU atau BUDDHA tetapi amat suka dengan PAGANISM, ANIMISM hingga ke hari ini.

Hingga ke zaman Abad 21, 21st Century] Melayu menganut Islam secara "nominal" sahaja.

Hanya segelintir yang betul anuti dan faham "worldview" Islam yang di ajar oleh Ulama2 dari Hamzah Fansuri, Daud, Samad, Raniri, Yusuf.

Ustadz2 seperti Nik Aziz, Hadi Awang, begitu juga Dr Harun Din dan lain TIDAK sampai tahap seperti Ulama dahulu. Jangan lasung sebut Ustadz2 UMNO lagi teruk !

Melayu mesti sedar hal ini.

Anonymous said...

Kawan,

Janganlah cakap ttg ketuanan Melayu.jika daya saing tiada lagi dikalangan melayu..tidak boleh bersaing di pasaran dunia. asyik-asyik minta kerajaan membantu...jadi masyarakat kebajikan...sila berdikarilah tuan-tuan & puan-puan