Wednesday, June 10, 2009

HADI AWANG PRESIDEN PAS

Abdul Hadi bin Awang

Abdul Hadi Awan

"Kerajaan Perpaduan ini bukan PAS pandai buat - buat. Saya telah mencetuskan perkara ini kepada rakan Pakatan Rakyat - PR. Saya telah mencetuskan setelah kita tidak berjaya untuk membuat usul undi tidak percaya (terhadap kerajaan BN). Saya mengemukakan opsyen baru untuk membuat perubahan politik bukan sahaja demi Pakatan Rakyat tetapi seluruh rakyat termasuk Barisan Nasional.
Kita telah mengalami masalah demokrasi yang semakin hari semakin menguncup termasuk dalam UMNO yang dilanda politik wang. Oleh itu saya mencadangkan Kerajaan Perpaduan yang melibatkan semua parti politik, tiada parti pembangkang.
Ia bukan perkara baru dan pernah ditubuhkan di Britain, Afrika Selatan dan Indonesia.
Ini adalah cadangan saya.
Saya mengadakan perbincangan dengan pemimpin UMNO semasa pimpinan Tun Abdullah Badawi kerana saya melihat kepimpinan beliau yang terbuka sedikit, termasuk mengubah sistem kehakiman dan pencegahan rasuah. Tetapi malangnya, beliau baru saja masuk gear satu sudah diturunkan pangkat. Setakat hari ini tiada perbincangan (dengan kepimpinan baru), yang ada hari ini saya tidak faham lagi, baru 'start' enjin, kita tak tahu apa definisinya lagi. (
Sumber: Majalah i, bil.80, Jun 2009).




No comments: