Sunday, June 7, 2009

DARI NOVEL


RUMPUN MAWAR


Namlatun Sa’adiah telah menuntut di London seperti sang puteri Maharaja. Dia tinggal dalam sebuah aparment miliknya dengan Mustafa. Aparment itu tidak jauh dari universiti tempat dia menuntut. Sekadar kira-kira dua belas minit waktu berjalan kaki. Wangnya banyak. Tetapi dia lebih suka hidup sederhana. Siang makan nasi campur di kedai orang Islam dan malam makan roti dengan sardin atau mentega kahwin dengan jem.

Saban saat Namlatun Sa’adiah memegang amanah kekasihnya; belajar bersungguh-sungguh. Kejayaan sebagai penuntut mesti dicapai. Bila telah pandai dan berjaya mesti menjadi manusia yang berakhlak mulia. Percayakan diri sendiri. Berperi kemanusiaan. Reda ada segala kehendak dan kuasa Tuhan.

Bila Atun dah tamat nanti, kita tinggal di London ni…, kita berniaga,”kata Mustafa kepada Namlatun Sa’adiah.

Tak nak tinggal di Malaysia?”Namlatun Sa’adiah bertanya.

Tak, bila Atun tamat, abang akan datang ke sini…, hijrah ke sini…, tiru macam Nabi Muhammad berhijrah…,”jawab Mustafa.

Nak jadi orang putih?” Tanya Namlatun Sa’diah.

Tak, …jadi orang Melayu, orang Islam…, akan ajar orang putih jadi manusia berperi kemanusiaan...., ubah perangi dia orang tu, jangan jadi penjajah, pembunuh manusia...,”jawab Mustafa.

Ia, sungguh abang nak buat begitu?” Tanya Namlatun Sa’adiah.

Ia..., orang Inggeris, Amerika, jajah negara orang, bunuh manusia, kaya atras mayat umat Islam...,”jawab Mustafa.

“…tu cita-cita yang baik,”kata Namlatun Sa’adiah.

Ia, saya nak towering Malays…, julang orang Melayu, orang Islam…, kita bukan terrorist…, bukan pengganas…,”sambut Mustafa.

Namlatun Sa’adiah mengangguk. Dia setuju dengan pendapat kekasihnya.

Pada satu petang, iaitu pada kali yang ke tiga Mustafa datang menemui Namlatun Sa’adiah di London, dia memberanikan dirinya bertanya kepada lelaki itu, “…kita dah lama bercinta, tapi ngapa sekali pun you tak pernah cium I?”.

Mustafa senyum. Ketawa. Wajah dan dua telaga mata Namlatun Sa’diah direnung. Ditenung.

“…sayang, oi, …adakah cium tu menjadi syarat kita bercinta?” Mustafa bertanya.

Namlatun Sa’adiah Tercengang. Diam. Sesungguhnya, dia tidak menyangka Mustafa akan bertanya begitu kepadanya.

Cinta kita di hati kita, hati suci, ikhlas…,tak dipengaruh syaitan...,”kata Mustafa.

Namlatun Sa’diah diam.

Mungkin Atun ingat saya kolot, tapi ini hakikat, bercium, berpeluk macam bermain api, kalau badan tak terbakar, tangan melepuh juga…,”kata Mustafa.

Namlatun Sa’adiah diam lagi.

Ngapa, Atun tak percaya kasih abang, kerana abang tak cium Atun…?”Mustafa bertanya.

Geleng-geleng.

Atun ingat cinta sejati seorang lelaki kepada seorang perempuan mesti bercium?” Mustafa bertanya sambil dua bola matanya dibenamkan ke dalam dua lubuk mata kekasihnya. .

Namlatun Sa’adiah geleng-geleng lagi.

“…jadi Atun nak abang cium Atun juga?”Tanya

Namlatun Sa’adiah mengangguk. Senyum. Dijelir lidah merahnya kepada Mustafa.

Baik…,”kata Mustafa.

“…bila abang cium Atun, sekurang-kurangnya Atun bersemangat belajar,”kata Atun.

:Ooo, begitu…,”sambut Mukstafa.

Mereka ketawa.

Namlatun Sa’adia mengambil kelip-kelip dari celepa perak dalam tas tangannya. Serangga itu diletakkan atas tapak tangan kanannya. Serangga ditunjukkan kepada kekasihnya.Kelip-kelip itu kering. Tidak ada lagi cahaya di buntutnya.

“…kalau abang tak cium Atun, Atun rasa cinta abang pada Atun macam kelip-kelip ni, tak ada cahaya, tak ada kunang-kunangnya,”kata Namlatun Sa’diah.

Atun, cinta abang kepada Atun, tak macam cahaya kelip-kelip, kalau kelip-kelip mati, cahaya pun tak ada, tapi, abang,…apa pun yang Atun lakukan kepada abang, bencikan abang, …Atun pilih orang lainke, ganti tempat abang, abang tetap cintakan Atun,”sambut Mustafa.

Sungguh abang?”Tanya Namlatun Sa’adiah.

Sungguh, Atun...,” jawab Mustafa.

Namlatun Sa’adiah memeluk tubuh Mustafa dan mencium kedua belah pipi kekasihnya itu.

“…ee, Atun dah dapat…,”kata Namlatun Sa’adiah. Manja.

Mustafa membalas ciuman Namlatun Sa’adian. Dicium kedua -dua belah pipi gadis itu. Didakap hidung kekasihnya yang mongel itu dengan hidungnya. Gadis itu lemas tercungap-cungap.

Lemas…,Atun,”kata Namlatun Sa’adiah.

“…tak apa, lemas di darat…,”sahut Mustafa.

Namlatun Sa’adiah berharap, kekasihnya akan melakukan begitu lagi kepadanya.

Pada petang itu mereka berjalan memipir atas lorong pejalan kaki dekat Sherlock Holmes Muzium. Mereka berhenti sejenak atas tembok batu dan memerhati ke sekitar kawasan yang indah di situ. Dari situ, mereka berjalan lagi memipir sikut jalan raya dalam udara dingin kota London. Bagaikan merpati dua sejoli, mereka berjalan masuk ke kawasan Regent's Park dan London Zoo. Namlatun Sa’adiah memeluk tubuh Mustafa dan mereka berjalan berpelukan dan masuk ke Rose Garden yang dingin, harum dan segar udaranya.

Dalam taman itu, mereka bagaikan kupu-kupu terbang di celah-celah dedaun segar, menyaksikan bunga-bunga mawar beraneka warna sedang berkembang. Pada waktu tiba di sebalik rumpun pokok-pokok bunga, dalam keharuman bunga-bunga mawar, Mustafa telah memegang tangan kanan Namlatun Sa’adiah. Tangan berkulit lembut bagaikan sutera itu diusap-usap dan dicium bagaikan si ibu mencium bayinya.Tubuh gadis itu dipeluk erat. Namlatun Sa’diah tenggelam dalam alam yang belum pernah dirasa sebelumnya. Dua belah pipi gebu gadis itu dicium oleh Mustafa dengan penuh perasaan cinta.

Thanks, …kiss me…,”suara Namlatun Sa’adiah tenggelam dalam halkumnya.

Mustafa senyum tanpa suara.

Kufu-kufu berterbangan di celah-celah bunga-bunga mawar sedang kembang. Tubuh Namalatun Sa’adiah masih dalam pelukan kekasihnya. Manja benar dia dalam pelukan lelaki kesayangannya itu.

Abang harap, lepas ni, Atun tak stress lagi…, dapat belajar dengan penuh semangat,”kata Mustafa.

“…ia, Atun harap begitu, terima kasih,”sahut Namlatun Sa’adiah. Manja.

Mustafa masih memeluk tubuh Namlatun Sa’adiah yang merengek-rengekkan sajak rekaannya:

Ciumanmu menemaniku ke syurga,

Pelukanmu memaknakanku dewasa,

Hangat tubuhmu menyuburkan diriku wanita,

Masih anak dara…!

Mustafa ketawa. Mereka ketawa. Bunyi tawa mereka menjengkau pendengaran beberapa orang pelancong tua di sebalik rumpun mawar di lorong sana.

(Tamat)

(Cabutan dari novel: Kelip – Kelip Di Kota London, oleh: Mokhtar Petah. Belum terbit)

)






No comments: