Sunday, July 24, 2011

KISAH DARI NOVEL

KEKASIH

Pagi Jumaat. Tepat jam 7.00, Namlatun Sa’adiah telah tiba di apartment Mustafa. Sebaik-baik sahaja dia melangkah masuk ke dalam ruang tetamu, seperti kanak-kanak lapar susu yang memeluk ibunya, Namlatun Sa’adiah memeluk Mustafa. Air matanya melimpah ruah. Kedua-dua belah pipinya banjir. Kedua-dua belah pipi kekasihnya dicium.

“…abang, macam mana ni abang, emak nak jumpa abang?” Namlatun Sa’adiah baratnya kepada Mustafa.

“Tak apa, kita dengar apa emak Atun nak cakap,” jawab Mustafa sambil mengersat air mata kekasihnya.

“Kalau emak tak benarkan kita…, macam mana?”Tanya Namlatun Sa’adiah.

“…kita merayu kepada dia..., dia emak Atun...,”jawab Mustafa.

“Kalau emak tak benarkan juga?” Namlatun Sa’adiah bertanya lagi.

“Kita cari jalan, …kita berserah kepada Allah,”jawab Mustafa melembutkan hati kekasihnya.

“Eee, abang ni, mudahnyaaa...,”kata Namlatun Sa’adiah.

“Ialah, …Allah Maha Kuasa…, kalau ada jodoh kita, kita kahwin, …kalau tak ada…,”kata Mustafa.

Tangan kanan Namlatun Sa’adiah menutup mulut Mustafa. Mereka berpeluk lagi. Namlatun Sa’adiah menangis seperti isteri setia sedang menghadapi mayat suaminya. Mustafa menahan sebak dalam dadanya.

Allahu Akbar..., la haula wala quwwata illa billah...,”suara Mustafa dalam keluhan.

Pada ketika itu Namlatun Sa’adiah kehilangan arah. Perasaan menguasai fikirannya.Iblis-iblis betina mempengaruhinya. Pakaian yang membalut tubuhnya, baju, anak baju, kain batik dan seluar dalam ditanggalkan. Dibiarkan bersepah atas sofa itu.Tubuhnya terdedah dalam cahaya pagi dingin.

HARGA DIRI

Namlatun Sa’adiah merayu kepada Mustafa supaya melaksanakan hajatnya.Tubuhnya hendak diserahkan kepada lelaki itu. Biar punah mahkotanya. Biar hilang harga dirinya.Pada ketika itu dia memiliki fikiran yang amat singkat. Dia akan memaklumkan kepada ibunya setelah berlaku perbuatan keji itu. Ibunya yang telah mengetahui perbuatan mereka itu, tentulah dia akan membenarkan mereka berkahwin.

Melihat kelakuan kekasihnya seperti orang tidak siumanan itu, Mustafa memejamkan kedua-dua matanya sejenak. Perasaan takut. Malu.Tidak sofan menyedarkannya. Lasntas hatinya meminta pertolongan dari Allah agar menguatkan imannya.

“Abang, Atun serahkan diri Atun ni kepada abang...,”kata Namlatun Sa’adiah dan memeluk tubuh Mustafa.

Mustafa masih memejamakan kedua-dua matanya.

“Atun rla,abang..., cepat abang...,”kata Namlatun Sa’adiah sambil menarik tubuh Mustafa ke dalam bilik tidur.

Mustafa tidak dapat menolak tarikan kekasihnya.Namlatun Sa’adiah menarik dan memeluk tubuhnya. Mereka terbaring atas katil. Mustafa masih dalam pakaiannya. Namlatun Sa’adiah berkeadaan seekor ikan. Tiada seurat benang menutup tubuhnya.

API NERAKA

Pada detik-detik begitu, Mustafa berada dalam ujian yang amat sukar. Hanya Allah tempat dia memohon hidayat.Otaknya masih mengusai nafsunya. Dia seorang lelaki, bukan jantan. Nafsu sedang menguasai otak Namlatun Sa’adiah. Baik atau buruk tidak menjadi perhidungannya lagi. Dia seperti kebanyakan perempuan yang berfikir dengan lutut.

Mustafa berpaling ke kepala tidurnya. Punat lampu tidur dipetik. Lampu menyala. Tangan kanannya memegang erat pada mentol lampu itu. Panas. Panas. panas mentol lampu itu seperti membakar kulit dan danging tapak tangannya. Otaknya lantas teringatkan api neraka. Kepanasan api neraka entah berapa juta kali panas mentol itu.

“Aku, Allah, Iman, Amanah, Akhlak…,” suara halus mengasak fikiran Mustafa pada detik-detik begitu.

“Aku, Allah, Iman, Amanah, Akhlak.”

“Aku, Allah, Iman, Amanah, Akhlak.”

“Aku, Allah, Iman, Amanah, Akhlak.”

Mustafa memegang leher Namalatun Sa’adiah. Diangkatnya leher gadis itu ke atas. Namlatun Sa’adiah ikut bangun. Dia menyangkakan Mustafa akan menunaikan hajatnya.

“Atun, abang ni kasihkan Atun, jangan buat begini...,”kata Mustafa.

“...ngapa?”Namlatun Sa’adiah bertanya.

“Tak baik, berdosa...,Atun,”jawab Mustafa.

“Atun kasihkan abang, Sebab tu Atun sanggup…,relah, abang,”kata Namlatun Sa’adiah.

“Jangan..., Atun, ingatkan Allah, Atun, cinta kita suci..., Atun,”pujuk Mustafa.

PERASAAN KESAL

Mustafa menarik sehelai kain di penyidai kayu tepi katil. Tubuh kekasihnya ditutup dengan kain itu.

“Atun, abang minta tolong, Aton. ...sabar, Aton,”kata Mustafa.

Mustafa bangun dari sisi kekasihnya.Dengan perasaan kesal dan malu, dia turun dari katil itu. Sambil mengucap instighfar , dia menyelimutkan tubuh Namlatun Sa’adiah dengan gebar tebal. Namlatun Sa’adiah menangis dalam gebar. Sesal.Malu. Insaf sedang mendera hatinya.

Mustafa mengheret dua puntung kakinya keluar dari bilik itu. Namlatun Sa’adiah ditinggalkan dalam gebar. Di ruang dapur dia meneguk segelas air dingin. Dingin air itu telah dapat mententeramkan perasaannya.

Mustafa berjalan ke ruang tamu. Dia mengambil pakaian Namlatun Sa’adiah diambil yang besepah atas sofa dan atas permaidani. Pakaian itu dibawa masuk ke dalam bilik. Gebar tebal yang menutup tubuh Namalatun Sa’adiah dibuka.

“Atun, pakai baju ni...,”kata Mustafa.

Namlatun Sa’adiah mencapai pakaiannya dari Mustafa. Dengan dibantu oleh kekasihnya, dia memakai semula pakaiannya.

Mustafa mengangkat tubuh Namlatun Sa’adiah. Dipimpinnya keluar ke dewan tamu. Mereka duduk atas sofa. Namlatun Sa’adiah masih menangis.

“Atun, cinta kita suci, …abang cintakan Atun...,”pujuk Mustafa.

“Ngapa abang tak nak...?” Namlatun Sa’adiah bertanya kepada Mustafa.

“Kerana abang sayangkan Atun,’jawab Mustafa.

Namlatun Sa’adiah diam. Senyum.

“Atun minta maaf, abang,” Namlatun Sa’adiah berkata.

“Ia, baguslah, kita...,”kata Mustafa.

Tangisan Namlatun Sa’adiah mulai reda.

“...macam mana, abang..., emak Atun tetap tak benarkan kita ...?” Namlatun Sa’adia bertanya.

“Kita serahkan kepada Allah, sayang,”jawab Mustafa.

“...kalau emak tak benarkan kita kahwin..., susahlah kita,abang,”kata Namlatqun Sa’adiah sambil memeluk pinggang Mustafa.

“Kalau itui kehendak, emak, ...Atun kena ikut dia, taatkan dia..., buruk padahnya kalau emak sumpah...,”kata Mustafa.

“Jadi..., abang nak Atun hidup merana....,”suara Namlun Sa’adiah lembut dan duka.

(Disunmting dari manuskrip novel, Kelip – Kelip Di kota Londong, oleh: Mokhtar Petah).

No comments: