Sunday, July 31, 2011

KISAH DARI NOVEL

MELANGKAH BENDUL

Kata orang tua-tua Melayu, manusia laksana sepohon pokok yang berbuah.Anak-anaknya bagaikan buah-buah pohon itu. Buahnya jatuh ke merata -merata. Ada yang dihanyutkan arus sungai. Entah tersangkut di tebing atau di lembah mana. Digongong unggas – unggas entah jatuh ke bukit atau belukar mana. Biji-biji buah itu tumbuh dan menjadi pohon yang jauh dari pokok asalnya.
Bapaku pernah bercerita, moyang, datuk dan bapanya berasal dari Melayu Pattani. Merek mengikut sunah Nabi Muhammad. Seperti pelakon-pelakon dalam buku Kamasutra – Vatsyayana. Moyang dan daokku, masing-masing telah mencintai lebih dari seorang perempuan. Semua perempuan yang mereka cinta itu, akhirnya menjadi isteri mereka. Semua isteri mereka bermadu.
Moyangku telah meninggalkan ramai zuriat. Mereka tidak kenal antara satu dengan yang lain. Datukku dan beberapa orang kakak dan adiknya telah merayap atau melata ke tanah semenanjung. Zuriat-zuriatnya seperti anak-anak pohon yang bertabruan di muka bumi.
PERHIASAN HIDUP
Bapaku anak jantan. Waris salah seorang dari anak lelaki datokku. Mereka juga hidup berbekalkan cinta. Cinta menjadi perhiasan hidup mereka, seperti emas dan berlian yang menghiasai tubuh wanita.
Pada suatu hari ibuku menyuruh aku mencari bapaku. Katanya, ada orang datang membawa pesan,supaya dia pergi ke kampung Chegar Palas kerana naib kadi hendak membahagikan harta pusaka peninggalan bapa saudaranya. Kampung Chegar Palas terletak di pendalaman, kira-kira tiga puluh kilometer dari kampung kami.
“Orang tu minta ayahmu datang juga-juga,…aaa, ada tanah aruah tu nak diambil kerajaan, nak buat jalan,”kata ibuku.
“Insya Allah, Lamin cari akan ayah,”kataku.
“… ayahmu di mana, Lamin?”ibuku bertanya.
“Nun, jauh, dekat Sintok, emak,”jawabku.
“Sintok, bunyi macam cakap Siam je, ... di mana, Lamin?” Ibuku bertanya lagi.
“Kedah,emak, ... di Sintok ada universiti, emak,”jawabku.
“Jauhnya, ... dalam rimba agaknya,”sungut ibuku.
“Ia, emak, kata orang kita, tempat jin bertendang,”kataku.
“Ayahmu tu macam musafir kelana…” sungut ibuku lagi.
Bapaku Pendakwah sambilan. Dia telah merantau dari sebuah kampung ke sebuah kampung. Dari sebuah daerah ke sebuah daerah. Di kampung-kampung yang dikunjunginya, dia telah memberi ceramah agama – ilmu tauhid, fikah dan tasawuf -, dengan kebenaran kadi atau jawatan kuasa masjid dan surau.
GIGI RIMBA
Falsafah mengajar kita; orang lelaki, walau seuzur mana, atau tak upaya melangkah bendul, namun cinta dan keinginannya kepada manusia jenis Hawa tetap segar dalam dirinya. Ada iman. Ada Ihsan. Ada fikir mencari teman. Nafsu manusia perlu berteman. Di hujung perantauan bapaku, dia bagaikan tercampak di sebuah kampung terpencil di gigi rimba dekat perbatasan antara negeri Kedah dengan selatan Thailand.
‘…dengan sukacita ayahanda memaklumkan kepada anakda, dengan kehendak Tuhan, ayahanda telah bernikah dengan seorang janda di kampung tempat ayah menumpang.
Mak cik anakda ingin hendak bertemu dengan anakda. Ayah harap, kalau anakda berdua ada masa lapang datanglah. Ayahanda dan mak cik anakda menunggu dengan rasa tak sabar.
Wang yang anakda kirim pada tiap-tiap bulan kepada ayahanda telah selamat ayahanda terima. Ayahanda mengucapkan terima kasih.’
Aku telah menerima surat dari bapaku. Surat itu bertulisan jadi dengan tulisan besar. Dia terpaksa menulis begitu kerana matanya kabur. Rongga dadaku terasa sebak pada detik-detik aku membaca surat bapaku itu. Hatiku yang sedih segera berubah gembira kerana bapaku yang tua dan cacat itu masih ada orang yang menyayanginya.
Bapaku pernah berkata kepada anak saudaranya, Munir, “…orang jantan tua ni, macam batang kayu reput, hanyut dalam sungai,…nak buat apa, nak buat titi tak boleh, nak buat rakit,…nak buat apa pun tak boleh,…dah tu siapa yang nak....”
“Tapi kita kena ingat, muak, tuake,…kita kena jaga tiga perkara, pertama, bagi orang kasih, kedua, ada ilmu ajar kepada orang, ketiga, harta kekayaan tak boleh bawa ke akhirat,” bapaku menambah.
MEMBACA SALAWAT
Munir gembira bagaikan perempuan tua mendapat suami muda. Bapaku telah mengajarnya dua jenis amalan menggunakan ayat Quran. Ayat Quran, ‘Bismillahir Rahmanir Rahim. Innahu min Sulaiman wa innahu bismillahir Rahmanir Rahim’ . Ayat ini untuk orang sentiasa kasih,suka bercakap dan mahu mendengar percakapan yang mengamalkannya. Ayat Quran itu dibaca pada tiap-tiap pagi dan malam sebanyak tujuh kali diikuti dengan membaca selawat kepada Nabi Muhammad.
Aku percaya Munir telah mengamalkan ilmu itu. Dia mempunyai ramai kawan yang terdiri daripada orang-orang kenamaan. Dia juga memegang jawatan tinggi dalam sebuah universiti swasta.
Dengan pertolongan Allah, setelah mengamalkan ayat Quran yang diajar oleh bapaku, Munir telah memadukan isteri tuanya dengan dua orang perempuan. Yang seorang, pegawai tinggi kerajaan yang telah janda. Seorang lagi gadis remaja lepasan universiti.
“…tengah Milah tidur lena, saya baca tiga kali ayat Quran yang pak ngah beri tu, saya buat tiap-tiap malam Isnin, Khamis, Jumaat, saya hembus ayat Quran tu kepada Milah,…alhamdulillah, jadi,…saya kahwin dengan Ainun, Milah tak marah,”jelas Munir kepadaku.
“Ayat Quran tu,abang nak tau?” Munir baratnya kepadaku.
Aku mengangguk sambil senyum.
Munir membaca ayat itu, “ Ya ayyuhallazina amanu isbiru wa sobiru wa robithu wattagullaha la’allakum tuflihun.”
TUMBUH SUBUR
Aku faham akan maksud ayat Quran itu,’ ‘ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah, dan cukuplak kesabaran kalian, dan perteguhkanlah kekuatan kalian dan patuhlah kepada Allah supaya kalian beruntung.’
“Mujarab,abang,”kata Munir.Bangga.
Pada hujung minggu aku bersama isteriku telah menziarahi bapa dan ibu tiriku. Mereka gembira menerima kedatangan kami. Ibu tiriku telah melayan kami seperti melayan anaknya sendiri. Mesranya amat.
Mereka tinggal dalam sebuah rumah, dangau, terletak dalam kampung yang tumbuh subur pepohon durian,manggis,langsat,cempedak,rambutan dan bermacam-macam pokok lagi. Rumah itu ada satu ruang tanpa anjung. Di bahagian tengah bilik bapa dan ibu tiriku. Di hujung hala ke rimba ruang dapur. Aku mengagakkan dangau itu berukuran 12 X 25 kaki sahaja. Atapnya dari zink tua. Dinding dan lantainya papan-papah lama. Tangga hadapan berpahakan batang kayu bulat dari rimba dan anak-anaknya bebatang dahan kayu rimba jua.
WAKIL RAKYAT
Dari ruang tengah dangau itu dapat melihat sebatang sungai yang mengalir jernih airnya. Airnya turun dari bukit tinggi dan meluncur deras atas batu batan lalu terjun ke lubuk di bawahnya.
Bapaku dan ibu tiriku bersama para warga kampung itu terperosok di tepi rimba raya bergelar ‘mangsa’ janji wakil rakyat dan kerajaan. Kampung mereka tidak ada pembangunan. Negara maju,negeri maju, mereka bernasib seperti peribahasa orang Melayu, ‘sepuluh jong masuk anjing bercawat ekor jua’.
Pada malamnya,aku telah menyampai pesanan dari ibuku supaya bapahku pergi ke kampung Chegar. Dia senyum dan berkata, “…dah meninggal orang tua tu,…dia bapa saudara ayah.”
Aku merenung wajahnya yang tua.
“…tak apalah,…minggu satu lagi, ayah pergi…,banyak harta orang tua tu,”kata bapaku lagi.
“Eloklah ayah,”sahutku.
Bapaku menambah, “…ayah tak nak harta tu, lepas faraid,ayah beri pada anak-anak dia, Bedah,Ramlah.”
DIUJI TUHAN
Isteriku merenung wajah bapaku. Renungannya berpindah pula kepada wajah ibu tiriku. Mereka senyum. Hati mereka setuju dengan kehendak bapaku itu.
“Ayah nak buat apa harta tu, duit mu, adik mu kirim tiap-tiap bulan dah cukup,”kata bapaku.
Aku diam. Hatiku memuji bapaku. Dia seorang pengamal ilmu sufi. Tidak haloba akan harta dunia.
“Orang yang baik, beriman, selalu diuji Tuhan,”aku teringat akan kata-kata Allahyarham Haji Sulong, Pattani . Bapaku telah meniti jalan hidupnya yang lanjut. Di sepanjang perjalanannya, Tuhan melihatnya dan mengujinya. Di hadapan Tuhan, bapaku berdiri dengan patuh. Dia reda menerima segala dugaan dari Maha Pencipta itu.
Dalam keadaan di mamah derita itu, bapaku dilambung gelombang kehidupannya seperti pantun tua orang Melayu ini:
Cau Pandan anak bubunya,
Hendak menyerang ke Melaka,
Ada cincin berisi bunga,
Bunga berladung si air mata.
(Disaring dari novel, Kasih Ibuku, oleh: Mokhtar Petah)

MAKSUD AYAT QURAN




PUASA

Hai orang – orang – orang yang beriman, di wajibkan kepada kalian berpuasa (sepanjang bulan Ramadan), sebagaimana telah diwajibkan kepada orang – orang yang terdahulu dari kalian (sejak zaman para rasul Allah), agar kalian terpelihara – dari kejahatan -.
Iaitu beberapa hari yang telah ditentukan. Tetapi sesiapa di antara kalian yang sakit atau dalam perjalanan (jang jauh), puasalah bilangan hari yang tidak dipuasakan itu pada hari lain (kada). Dan untuk orang – orang yang sangat berat baginya mengerjakan puasa (wajib) itu, hendaklah membayar fidyah, member makanan kepda orang miskin dan siapa yang suka mengerjakan kebaikan atas kemahuan sendiri, demnikian itu amat bai baginya. Dan berpuasa itu lebih baik bagi kalian, jika kalian mengetahui. Pada bulan Ramadan itu, diturunkan Al Quran kepada Rasul Allah Muhammad s.a.w.) , pemimpin bagi umat manusia dan penjelas keterangan dari pimpinan kebenaran itu dan yang membedakan antara kebenaran dengan kesalahan... Al Baqarah: 183, 184, 185.

Saturday, July 30, 2011

SAJAK






RAMADAN TIBA LAGI

Ramadan,
Allah menghantarmu ke sini,
Kau bujang bukan duda,
Memeluk tubuh jahil ini,
Di celah ketiakmu ke sujud,
Kepada Allah Maha Kuasa.

Ramadan,
Di dadamu kukenang semua rakan,
Sultan Yusuf dan Sultan Idris,
Raja negeri ‘biji Timah’,
Ikrab mereka padaku,
Kudoakan mereka di syurgaMU.

Ramadan,
Tunku Abdul Rahman putra raja,
Abdul Razak anak Melayu di Kuala,
Kukenang sepanjang Ramadan,
Kalian rakan dan pemimpin bangsa,
Jasa kelian terpahat di langit zaman.

Ramadan,
Kuharapkan reda Allah,
Najib dan Hadi sedar beriman,
Cantumkan kembali padu bangsa,
Usah ‘gilakan’ kuasa,
Nanti kalian jadi ‘Pak Kaduk’ jua.

Ramadan,
Di ubunmu kudoa ke dada Maha Pencipta,
Padukan bangsaku seagama,
Islam agamaMu, Allah,
Jangan jadikan kami bangsa derhaka,
Elakkan kami dari neraka.

Larkin, Johor Bharu ...............Mokhtar Petah

WARTA




BERSARA

Sepenuh ruang hari semalam, para warga Bahagian Pendidikan Guru , Kementerisn Pelajaran Malaysia, Putrajaya, laksana terbenam bangunan baru dalam air mata mereka yang sedih kerana akan ditinggalkan oleh ketua mereka yang tamat perkhidmatan – bersara.
Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Dato’ (Dr) Asariah binti Mior Shaharuddin – berasal dari Padang Tenggala, Bota, Parit, Perak, telah diraikan oleh para warga Bahagian Pendidikan Guru, di pejabat mereka, Putrajaya, kelmarin.
Dato’ (Dr) Asariah baru sahaja ditinggalkan suami – meninggal dunia pada 9 Jun 20110 dan disemadikan di tanah perkuburan umat Islam, di Bukit Kiara, Kuala Lumpur.
Saya mengenali Dato’ (Dr ) Asaria sejak beberapa tahun lalu. Pada tahun 2010, saya bersama isteri saya, Sitti Haishah binti Abdul Rahman, telah nasi berlauk pauk termasuk rending pedas rebung buluh beting, di rumah peninggalan bapanya, Allahyarham Mior Sharuddin bin Mior Ahmad – Guru Besar - , Sekolah Kebangsaan Cikgu Mior Shaharuddin, Padang Tenggala, Bota, Parit, Perak.
Tumbuh halia dalam taman,
Halia bara ubat badan;
Sungguh mulia khidmat puan,
Dimulia insane sepanjang zaman.
- Mokhtar Petah

MAKSUD AYAT QURAN





MANUSIA DIUJI ALLAH

Sesungguhnya, Allah itu tetap mengintip.
Adapun manusia itu, apabila diuji oleh Tuhannya, dikurniakan kemuliaan dan kesenangan hidup, dia mengatakan: “Tuhan aku memuliakan aku”.
Tetapi, apabila Allah mengujinya, di batasi oleh Allah rezekinya, dia mengatakan: “Allah menginakan aku”.
Jangan berfikir begitu. Bahkan (sesungguhnya) kalian tiak memuliakan anak yatim piatu.
Dan satu sama lain tidak menganjurkan untuk memberi makanan kepada orang – orang miskin.
Dan kalian memakan harta pesaka dengan samangat loba – tamak.
- 14 - 19


Friday, July 29, 2011




MAZHAB WAHABI

Mazhab, adalah parti atau organisasi yang tercantum di dalamnya agama Islam dan politik yang berunsur Islam atau Islam bercampur dengan fahaman – fahaman lain, seperti komunisme, kapitalisme dan peodalisme.
Di Malaysia, kerana bijak penjajah Inggeris, telah memaksa Raja – Raja Melayu pada zaman metreka menakluk bumi ini, agar tidak menggunakan mazhab Ahlus sunnah secara penuh, tetapi menggunakan swebahagiannya sahaja, iaitu di namakah Mazhab Imam Shafiee – Asy Syafie.
Dengan tidak menggunakan mazhab Ahlu sunnah secara penuh, umat Islam yang dijajahnya menjadi lemah dan banyak sabar (macam sejenais takut dsan bukan sabar yang sebenar menurut lughah Arab dan Islam).
Maka, sekarang, mana – mana badan atau pihak berkuasa menuduh seseorang ulama dari Pelirs, sebagai pemegang dan pengamal Mazhab Wahabi, maka, mereka hendak merujuk kepada Perlembagaan Negeri Perlis. Hanya orang – orang jahil tentang Ahlus sunnah (bukan mazhab) dan perlembagaan Negeri Perlis menuduh ulama di sana bermazhab Wahabi.
UMAT ISLAM
Untuk membuka mata semua orang; ulama berkuasa dan tidak, eloklah mengikuti tulisan saya berikut ini:
Pada zaman Rasul Allah, Muhammad s.a.w. – sama ada belum hijrah mahupun sepanjang pemerintahan Junjungan di Madinah dan sekitarnya, tidak wujud mazhab. Perintah untuk mengikut mazhab tidak ada dalam Quran dan Hadis atau Sunnah.
Dalam agama Islam, tidak ada peraturan, sama ada dalam Quran mahukun dalam Hadis Rasul Allah, Muhammad s.a.w. mewajibkan umat Islam mengikut mana – mana mazhab.Dalam Quran Allah subhanahu wa Taala
Mazhab adalah pertubuhan atau organisasi yang telah diwujudkan semenjak pada zaman pemerintahan para sahabat Nabi Muhammad s.a.w. hinggalah kepada zaman sebelum Tanah Suci Makkatul mukarramah di takluk oleh kerajaan Ibnu Saud atau Saudi.
KHALIFAH ISLAM
Semua muzhab atau organisasi berdasarkan Islam ditubuhkan setelah berlaku beberapa perkara yang menjadikan umat Islam keliru, pertikaian dan perpecahan akibat fahaman atau pegangan terhadap keyakinan, iktikad, hukum dan termasuk siasah atau politik yang memihak kepada para khalifah Islam dan yang menentang khalifah.
Mazhab tumbuh dengan dua tujuan, iaitu:
1 – Dengan kehendak ketua pemerintah atau khalifah,
2 – Oleh para ulama yang sedar akan keadaan iktikad
disebabkan kekuasaan pihak yang memerintah.
Setelah pemerintah – pemerintahan Islam jatuh dan negara - negara Islam ditakluk oleh penjajah – penjajah kuffar, seperti Inggertis, Amerika Syarikat, Jerman, Rusia dan lain, maka, mazhab di kalangan umat Islam yang dijajah telah digunakan oleh penjajah untuk mengekang ketua raja umat Islam dan rakyat mereka.
Inggeris yang memerintah Tanah Melayu, telah membenarkan orang Melayu mengamalkan hukum – hukum Islam, seperti keluarga Islam, nikah dan cerai, faraid atau harta pusaka dan semua hukum mal atau sivil, tetapi tidak membenarkan mengamalkan hukum – hukum hudud atau hukum dalam bidang jenayah atau hudud.
Penjajah Inggeris telah menggunakan nasihat dan paksaan ke atas Raja – raja Melayu, iaitu tidak boleh mengamalkan sepenuhnya mazhab Ahlus sunnah wal Jamaah. Contohnya, tidak boleh mengamalkan kaedah tiga imam dalam mazhab tersebut, iaitu Imam Maliki, Imam Hanafi dan Imam Hambali. Hanya boleh mengamalkan kaedah Imam Shafie.
PENJAJAH INGGERIS
Penjajah Inggeris melalui penasihat agama islamnya, bahawa kaedah Imam Shafie sesuai diamalkan oleh orang Melayu, kerana kaedah imam tersebut, banyak sabar, tidak mementingkan jihad dan pendeknya bertlemah lembut dalam semua perkara, walaupun dipaksa, dipijak dan disiksa oleh orang lain atau oleh penjajah Inggeris sendiri.
Kerena negara Persekutuan Tanah Melayu, kemudian dinamakan Malaysia, menerima kemerdekan dengan banyak menggunakan perlembagaan dan undang – undang ciptaan penjajah Inggeris, maka, hingga pada masa ini negara Malaysia mengamalkan kaedah Imam Shafi.
Hanya sebuah negeri di Malaysia, iaitu Perlis, tidak mengamalkan mana – mana mazhab, sama ada mazhab Imam shafie, Mazhab Imam Maliki, mazhab Imam Hanafi, mazhab Imam Hambali dan mazhab – mazhab lain. Setelah mendapat nasihat dan fatwa dari salah seorang ulama di negeri Perlis, Sheikh Abdu Bakar Ashaari - Gerakan Islah Perlis - , maka, pada tahun 1974, negeri tersebut di bawah Menteri Besar, Sheikh Ahmad bin Mohd. Hashim, maka, Dewan Undangan Negeri (DUN) telah meluluskan Undang – Undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Perlis dan diperkenan oleh Raja negeri tersebut, menguatkuasakan menggunakan aliran atau kaedah Ahlus sunnah wal Jamaah, seperfti pada zaman Rasul Allah, Muhjammad s.a.w., iaitu berdasar atau mengikut Quran, Sunnah dan para sahabat Junjungan Muhammas s.a.w. sahaja.
JAWATANKUASA SYARIAH
Undang – Undang Pentadbiran Agama Islam Perlis, 1964, Bahagian 2, Ceraian 7 (4) adalah seperti berikut:
‘Tatkala Majlis mengeluarkan suatu fatwa dan Jawatankuasa Syariah memberi pendapat ... maka hendaklah badan itu mengiku al Quran dan Sunnah Rasul Allah (s.a.w.): Tetapi sekiranya pendapat atau alasan – alasan itu berlawanan dengan faedah umum, maka Majlis dan Jawatankuasa Syariah henbdaklah mempersembahkan fatwa dan pendapat itu kepada Raja pemerintah untuk mendapat keputusannya.’
Berhubungan dengan ketetapan Rasul Allah, Muhammad s.a.w., bahawa umat Islam mesti berpegang kepada kaedah (bukan mazhab) Ahlus sunnah wal Jamaah – Apa pengikut Sunnah Rasul allah dan (mengikut) para sahabat Junjungan, adalah seperti berikut:
Wallazi nafsi Muhammadin biyadiHi lataftariqu ummati ‘ala thalathin wa sab’in firqatan fa wahidatun fil jannati wa thittani wa sab’un fin nar, qil: Man hum ya Rasaulullah? Qala: Ahlus sunnah wal jamaah.
Demi Allah yang memegang jiwa saya Muhmmad di tanganNya, umatku akan berfirqah – berpecah – sebanyak tujuh puluh tiga firqah, yang satu masuk syurga dan yang lain masuk neraka.
Para sahabat bertanya: Siafa firqah (yang tidak masuk neraka) itu hai Rasul Allah?
Rasul menjawab: Ahlus sunnah wal jamaah.
– Perawi: At Tabrani.
1 – Ahlus sunnah wal Jamaah – Sunni
Mazhab ini diambil dari kaedah Ahlus sunnah wal jamaah pada zaman Rasul Allah, Muhammad sallallahu alaihi wa sallam yang berpedoman atau mengikuti Hadis berikut ini:
(Hadis)
Fainnahu ya’isyu minkum min ba’adi fa sayara itilafaan katghiran fa aalaikum bi sunnati wa sunnatil khulafaur rasyidina tamassakuu biha wa ‘udhdhuu ‘alaiha bin nawajiz.
Maka, bahawasanya siapa yang hidup (lama) di antara kalian niscaya akan melihat perselisihan (faham) yang banyak. Pada ketika itu pegang teguhlah Sunnah saya, dan sunnah para khalifah rasyidin yang diberi hidayat. Pegang teguhlkah dan gigitlah dengan geramham kalian.
- Perawi: Abu Daud
Pada abad 111 Hijrah Rasul Allah Muhammad s.a.w., mazhab yang berdasarkan hadis dan beberapa hadi lain telah ditubuhkan mazhab yang para ahlinya terdiri dari para ulama yang yang bepegang kepada sunah – sunah tersebut dan diketuai oleh Syeikh Abu Hassan Ali Asya’ari (260H – 324H) dan di namakan Mazhab Ahlus sunnah wal jama’ah.
Sheikh Abu Hassan Ali Asy Syaari menubuhkan mazhab Ahlus sunnah wal jamaah kerana menolak atau menentang beberapa mazhab yang memekaedah keimanan atau iktikad berlain dari kaedah Ahlus sunnah wal jamaah yang telah diungkapkan oleh Rasul Allah, Muhammad sallallahu alaihi wa sallam.
Pada masa dulu hingga kini, ada orang yang menamakan para ahli atau pengikut mazhab Ahlus sunnah wal jma’ah sebagai ‘ahli jemaah Asy Sya’ari dan ada yang menamakan Sunn, Sunny atau Sunniyun.
Ulama Usuluddin yang terkenl, Abu Mansor Al Muturidi Samarqand, pada tahun 333 H. 9 tahun terkemudian dari Imam Abu Hassan Ali Asya Syaari. Mazhab tersebut bersesuaian dengan pegangan atau kaedah Ahlus sunnah wal jama’ah empat imamumat Islam yang masyhur, iaitu:
Kemudian empat ulama besar menjadi pendukung Mazhab Ahlus sunnah wal jamaah, iaitu:
1 - Imam Abu Hanifah an Nu’man (Kufah, 80 –150
Hijrah). Mazhab kecil dari Ahlus sunnah wal jamaah,
iaitu: Mazhab Imam Hanafi.
2 - Imam Abu Abdillah Malik bin Anas (Madinah, 94 –
179 Hijrah). Mazhab kecil dari Ahlus sunnah wal
jamaah, iaitu: Mazhab kecil Imam Maliki.
3 - Imam Muhammad ibnu Idris asy Shafie (150 – 203
Hijrah). Mazhab kecil Imam Shafie.
4 - Imam Abdillah Ahmad bin Hambali (Baghdad, 164 –
241 Hijrah) Mazhab Kecil Imam Hambali).
Mazhab Ahlus sunnah wal jama’ah dan empat mazhab kecil bersamanya perpegang teguh pada rukum iman yang enam, iaitu:
a. Berimankan Allah Taala,
b. Beriman dengan para malaikat Allah,
c. Beriman dengan kitab – kita Allah,
d. Beriman dengan para Rasul Allah 25 orang,
e. Berimankan ada hari akhirat – syurga dan neraka,
f. Beriman kadha dan kadar.
Hadis Rasul Allah Muhammad s.a.w.
(Hadis)
An tu’minu billah wa malaikatih wakutubihi warusulihi wal yaumi akhiri wal qadri khairihi wasyar rihi.
Briman kepada Allah, para malikat, kitab – kitabNya, para rasulNya, hari akhirat dan qadar baik dan buruk.
-Perawi: Muslim

Wahabiyah
Pada zaman silam, kewujudan Mazhab dalam agama Islam telah dijadikan alat menegak dan mempertahankan kekuasaan seseorang yang memerintah atas umat Islam. Mazhab itu pula menjadi jambatan penjajah-penjajah untuk memperkotak katikkan umat Islam di negara mereka sendiri.
Contoh yang jelas, ialah mazhab Wahabi yang menghancurkan golongan Ahlus sunnnah wal jamaah Hijaz atau Arab Saudi telah menyebabkan kebanyakan umat Islam di Semenanjung Arab dan di negara-negara lain mengalami kelemahan dalam bidang kemasyarakatan, perekonomian, kepolitikan dan segala bidang kehidupan mereka.
Hasil penyelidikan ilmiah, bahawa mazhab Wahabi yang menjadi alat penjajah-penjajah – Biritish dan Amerika Syarikat -, telah menjadi pegangan umat Islam dalam hal ehwal agama Islam, tetapi pada umumnya kalangan ahli-ahli perniagaan dan golongan tertentu telah menggunakan mazhab tersebeut untuk kepentingan mereka.Akibatnya rakya jelata tinggal mudur dan terus mengamalkan sikap hidup di dunia hanya untuk beribadat dan untuk akhirat semata-mata.Atau dengan mazhab itu mereka memudahkan atau meringankan sebilangan besar dari hukum-hukum Allah.
Sesiapa jua yang pernah melawat ke semenanjung Arab dan negara-negara Arab akan bertemu dengan tiga jenis manusia,iaitu satu jenis berpakaian cantik mengikut tradisi orang-orang Arab dengan tradisi ‘Ahlul bait’ dan bau harum semerbak. Jenis yang kedua berpekaian selekeh mengikut tradisi Arab padang pasir atau golongan sufi dan bau mereka busuk atau hapak.Dan jenis yang ketiga mereka yang berpakaian ala orang-orang barat.Jenis yang pertama dan ketiga kebanyakannya bermazhab Wahabi.
GERAKAN INTELEKTUAL
Gerakan Wahabi ditubuhkan oleh Muhammad bin Abdul Wahab (1703 – 1792M).Gerakan ini pula mulanya merupakan gerakan intelek, kemudian setelah pertengahan abad ke -18, berubah menjadi gerakan intelektual dan politik.
Awalnya, dalam tahun 1740, Muhammad bin Abdul Wahab
mendapat suaka politik dari Muhammad bin Saud, ketua suku Anzah yang tidak sependapat dengan ketua suku Uyana yang tinggal di ad Dir’iyyah,mmyang jaraknya 6 jam perjalanan dari Uyaynah. Di ad Dir’iyyah,pemikiran
Wahabi mendapat sambutan dari penduduk tempatan dan sekelilingnya.
sekelilingnya.Amir Muhammad bin Saud mula mendekatinya.
Pada tahun 1745, British melalui talibarutnya, ‘Abd al Aziz bin Muhammad
bin Saud telah cuba untuk menentang Negara Islam dari dalam dengan menubuhkan kerajaan Saudi I (1745 -1818M).
KAWASAN KEKUASAAN
Pada tahun 1745, Amir Muhammad bin Saud mengumumkan bersetuju dan menerima pendapat dan pemikiran Muhammad bin ‘Abd al Wahab. Ibn Saud turut menunjukkan sokongan kepada beliau. Kumpulan Wahabi sejak ketika itu telah berubah dari gerakan intelektual kepada politik. Britishlah yang membekalkkan senjata dan wang kepada mereka. Kumpulan Wahabi mahu menakluki wilayah khalifah Islam dan memerintahnya berdasarkan kepada faham mazhab mereka, serta mernindas mazhab-mazhab lain secara paksa.
Tahun 1765, Muhammad bin Saud meninggal dunia. Beliau telah digantikan oleh anaknya, Abd al Aziz yang menjadi ketua suku Anzah. Anaknya mengikuti jejak langkah ayahnya dan memerintah kawasan di bawah kekuasaannya.Pada masa ini gerakan Wahabi terhenti.
Walau bagaimanapun, 41 tahun selepas lahirnya gerakan Wahabi, iaitu dari tahun 1747 hingga 1788, dan 31 tahun selepas ianya terhenti (dari tahun 1757 -1787) aktiviti gerakan itu tiba-tiba aktif semula. Gerakan ini menggunakan kaedah baru dalam menyebarkan mazhab ini dan ia turut disebar-luaskan dan mendapat publisiti di luar sempadan negeri hingga tersebar ke seluruh Negara Islam dan lain-lain kuasa untama dunia. Gerakan ini telah menimbulkan kebimbangan di kalangan negara-negara jiran dan seluruh Negara Islam.
Tahun 1788, Kuwait berjaya ditawan oleh gerakan Wahabi.Gerakan ini terus bergerak ke utara sehingga berjaya menawan Baghdad.Mereka mahu menawan Karbala dan makam al Husayni r.a.,memusnahkannya
dan mengharamkan ziarah ke makam tersebut. Perlu dicatat, sebelumnya pihak British telah cuba untuk menawan Kuwait dari Khalifah Uthmaniyah tetapi gagal. Ini kerana negara-negara lain seperti Jerman, Russia dan Prancis telah menentang British selain tekanan dari Negara Islam.
Tahun 1792, Muhammad bin ‘Abd al Wahab meninggal dunia dan anaknya telah menggantikannya seperti Saud menggantikan ayahnya, Abd al Aziz. Amir Saudi kemudiannya telah dilantik secara warisan dan menjadikan Wahabi sebagai alat untuk menentang Khalifah Uthmaniyyah dan mencetuskan peperangan mazhab di tengah umat Islam.
Tahun 1803, kota Makkah diserang dan dikuasai oleh kumpulan ini.
Tahun 1804, tepatnya pada musim bnunga, Madinah jatuh ke tangan mereka.Mereka telah memusnahkan kubah besar yang melindungi makam Rasulullah s.a.w. dan mengambil semua batu permata dan perhiasan berharga yang melekat di kubah tersebut.Selepas berjaya menakluki keseleuruhn Hijaz, mereka menuju kea rah Sham.
…satu kenyataan yang dikethui umum, ialah bahawa kempen Wahabi tercetus akibat hasutan pihak British memandangkan Saud adalah talibarut British. Mereka mengeksploitasi mazhab Wahabi, yang merupakan salah satu mazhab Islam yang diasaskan oleh seorang mujtahid dan mengheret kumpulan ini dalam kancah politik dengan tujuan untuk menentang Negara Islam dan memulakan pergeseran dengan mazhab-mazhab lain dengan tujuan untuk mencetuskan peperangan mazhab dengan Khlifah Uthmaniyyah.Pengikut mazhab ini tidak mengetahui hal demikian yang semuanya dalam pengetahuan Amir Saudi dan rakyat Saudi. Ini kerana hubungan yang wujud bukan pihak British dengan Muhammad bin Abd al Wahab, tetapi antara pihak British dan Abd al Aziz bin Muhammad bin Saud, kemudian dengan anaknya, Raja Saud.
(Dipetik dari manuskrip buku, Hakikah Ibadat Hamba kepada Allah, oleh: Mokhtar Petah)

MAKSUD AYAT QURAN




ALLAH KUTUK

(Allah mengutuk) maka celaka bagi orang – orang yang sembahyang,
yang lalai ( [ada ketika sembahyang ingatkan kekasih, wang, harta dan lain) dari sembahyangnya,
yang melakukan kebaikkan agar dilihat orang (tidak berdasarkan iman dan kerana Allah, tetapi untuk dilihat orang ramai, seperti disiarkan di kaca tv dan disebarkan melalui media lain),
dan enggan menunaikan zakat.
– Al Ma’un: 4 – 7.

Tuesday, July 26, 2011

RENUNAN (Ulangan)



KETUANAN MELAYU

Pada abad orang Melayu mencari erti ‘Ketuanan Melayu’, ‘kuasa Melayu’ dan ‘Melayu bangsa terjulang di langit zaman’ ini, maka negeri Melaka dan negeri Perak – Pasir Salak tidak lagi menjadi dataran tempat mengenang keunggulan kuasa Melayu, kerana dua negeri itu telah menjadi padang rumput tempat tumpah air mata orang Melayu, kerana bumi mereka dijajah oleh penjajah Belanda, Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun.
Negeri Melaka dan Perak – Pasir Salak hanya tempat mengenang betapa ‘tulang berserakan’, ‘darah membasahi bumi’ dan ‘air mata berladung, menitik lalu tumpah membasahi tanah subur’ kerana Raja dan Orang Besarnya. Darah, tulang dan air mata orang Melayu kerana menentang penjajah tetapi kecundang kerana bumi pusaka mereka terlepas ke tangan orang lain.
Jangan salahkan ibu mengandung,
Usah diungkit bapa pemirah,
Kerana Raja hilang punca,
‘Beraja di mana bersultan di hati’.
Apa diratap nasib diri,
Memang kita keturunan mulia,
Tapi dik penjajah berkuasa,
Di bumi sendiri menjadi hamba.
Apa ditampi nyiru di huma,
Padi telah menjadi lalang,
Kita berbudi orang merasa,
Kita kebulur orang kenyang,
Tanah sebidang milik orang,
Anak cucu jadi hamba orang.
Kini kita membina dalam minda kita; bahawa Kepala Batas adalah secebis dari bumi Melayu yang menjadi tempat mulanya orang Melayu mendapat ruang untuk membela diri mereka. Tempat menaikkan nama menjadi bangsa yang berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan semua bangsa di dunia ini.
MUALIM TERKENAL
Di bumi Kepala Batas inilah bermulanya ‘reformasi’ perjuangan orang Melayu setelah kejatuhan Malaka dan Pasir Salak serta beberapa negeri di Tanah Melayu ini. Reformasi berdasarkan ajaran agama Islam itu mula ditarbiahkan oleh seorang mualim terkenal, Sheikh Abdullah Fahim kepada para pelajarnya di institusi pondoknya yang kini terkenal dengan nama besar, Daeratul Maariful Wataniah.
Selain ajaran membebaskan diri dari penjajah Inggeris, di dedah dan disebarkan kepada pelajar-pelajarnya, Sheikh Abdullah Fahim telah mentarbiahkan mereka dengan daya fikir dan semangat untuk membebaskan diri dari belenggu penjajah kepada individu-individu dari masyarakat Kepala Batas yang mengaji kepadanya di masjid – masjid atau mendengar ucapannya di mana-mana.
Ajaran itu telah diamalkan oleh semua bekas pelajar yang kembali ke kampung halaman mereka di seluruh Tanah Melayu ini. Di antara mereka itu, ialah Ustaz Abu Bakar Al Baqir yang telah menubuhkan parti Islam pertama di Tanah Melayu, iaitu Hizbul Muslimin di Gunung Semanggol, Perak, pada bulan Mei 1945.
TOKOH ILMUAN
Elok dinyatakan di sini, iaitu sekitar tahun 1924 dan 1926, Sheikh Abdullah Fahim telah bersahabat rapat dengan dua orang tokoh ilmuwan dan pengarang Melayu, iaitu Sheikh Tahir Jalaluddin dan Syed Sheikh Al Hadi, penerbit dan pengarang majalah Al Imam di Pulau Piang.
Setelah negara kita mencapai kemerdekaan, Sheikh Abdullah Fahim memegang jawatan Mufti Kerajaan Pulau Pinang. Anaknya, Haji Ahmad Badawi naik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri, ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco) dan Pemangku Ketua Menteri Pulau Pinang.
Putera Sheikh Tahir Jalaluddin, bekas Naib Canselor Universiti Sains Malaysia, Tun Hamdan Sheikh Tahir telah diangkat ke takhta Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang. Kemudian dengan ketentuan Allah, cucu Sheikh Abdullah Fahim, Abdullah Haji Ahmad Badawi terjulang ke atas sebagai Perdana Menteri Malaysia.
BEKAS PELAJAR
Pada bulan Oktober 1945, bertempat di hotel FMS, Ipoh, beberapa orang bekas pelajar Sheikh Abdullah Fahim, bersama Ishak Haji Muhammad, Dr. Burhanuddin dan Mukhtaruddin Lasso (dari Indonesia) telah menubuhkan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) dan kemudian wujud Angkatan Pemuda Insaf (API) dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS).
Apabila Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau United Malays National Organisation (UMNO) ditubuhkan pada tahun 1946, sebilangan ulama telah menyertai UMNO, maka Sheikh Abdullah Fahim ikut menyertai parti politik orang Melayu itu. Allahyarham adalah ahli pertama parti politik tersebut di Pulau Pinang. Kemudian Allahyarham dipilih memegang tanggungjawab sebagai ‘Pengerusi Jawatankuasa Khas Agama Islam’ dalam UMNO. Jawatan kuas itu menjadi tenaga penasihat hal ehwal agama Islam kepada parti politik orang Melayu tersebut.
Menilai dari segi sejarah Alam Melayu, bahawa Hizbul Muslimin dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang telah ditubuhkan selepas Kesatuan Melayu Muda (KMM), pimpinan Ibrahim Yaacob, adalah menjadi politcal pilot kepada penubuhan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) atau United Malaysia Nasional Organisation (UMNO).
MENUNTUT KEMERDEKAAN
Dato’ Onn Jaafar dan beberapa orang berpendidikan Inggeris telah mendapat kesedaran betapa derianya orang Melayu di bawah kuasa penjajah Inggeris. Manakala sebilangan orang Melayu yang berpendidikan dari institusi pengajian tinggi di Barat, tidak yakin yang orang Melayu boleh merdeka. Ada di antara mereka telah merendah-rendahkan orang Melayu yang berjuang menuntut kemerdekaan Tanah Melayu.
Mereka telah mengeluarkan kata-kata kesat yang boleh melemahkan orang Melayu yang berjuang. Di antara kata-kata itu:
“Macam mana orang Melayu nak merdeka, nak buat jarum pun tak tahu.”
“Kalau merdeka pun, sudahnya mati kebulur.”
“Kalau tak ada orang putih, orang Melayu mati tak makan.”
“Kalau merdeka, orang putih dah tak ada, kita tak makan mentegalah, jawabnya.”
Pada masa itu, mereka yang insaf dan rasa menderita di bawah penjajah Inggeris dan berjuang menuntut kemerdekaan adalah terdiri dari para guru agama, pelajar sekolah agama (rakyat) dan pondok, guru Melayu, peniaga kecil, petani, nelayan, buruh, penarik beca dan lain.
PENARIK BECA
Apabila Dato’ Onn Jaafar menganjurkan kongres orang Melayu menentang gagasan Malayan Union oleh penjajah Inggeris, pada 1, 2, 3 dan 4 Mei 1946, maka sebilangan kecil sahaja dari mereka yang berpendidikan Barat yang menyertai kongres itu. Yang ramai adalah dari golongan guru agama hingga ke penarik beca seperti yang telah saya nyatakan di atas.
Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) telah menghantar paling ramai Wakil dan pemerhatinya ke perhimpunan menentang Malayan Union itu, iaitu 22 orang. Di antara mereka lepasan sekolah Melayu yang menyertai Perhimpunan Orang Melayu Menentang Malayan Union itu, ialah Abdul Ghafar Baba, kemudian menyertai UMNO dan sebelum meninggal dunia, memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia; Datuk Abdul Aziz Tapa (Melaka) kemudian menyertai UMNO dan dipilih memegang tugas sebagai ahli Dewan Undangan Negeri dan anggota Exco Kerajaan Negeri Melaka.
Antara para bekas pelajar sekolah agama rakyat, ialah Haji Hassan Yunus, bekas pelajar Maahad Ehyausy Syarif, Gunung Semanggol, Perak dan mufti Negeri Johor, Dato’ Haji Hassan Yunus (Setelah Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan, dia telah memegang jawatan Menteri Besar negeri itu. Dia adalah Menteri Besar pertama setelah merdeka.), Haji Ahmad Abdul Malik (Ahmad Maliki) dan Haji Ahmad Scor , Pajak Song.
AGAMA ISLAM
Semenjak tahun 1946 hingga pada tahun-tahun saya tinggal di Kepala Batas, saya mendapati orang Melayu yang berpelajaran – sama ada berpendidikan Inggeris, Melayu mahupun agama Islam telah sama-sama menyertai perjuangan menuntut kemerdekaan. Ada yang menyertai UMNO dan ada yang menyertai PAS. Tetapi mereka mempunyai matlamat yang sama, iaitu merdekakan Tanah Melayu, bangsa dan agama.
Seorang mualim dari Pulau Pinang, Ustaz Muhammad Ali Baladram, pada ketika berucap dalam satu majlis ihtifah (perayaan tahunan) Daeratul Maariful Wataniah telah mengeluarkan pendapat (mungkin fatwanya), bahawa setiap orang Islam mesti menyokong perjuangan menuntut kemerdekaan negaranya, kalau tidak mereka itu terhitung dari orang-orang yang berdosa.
Para petani sekitar Kepala Batas khasnya dan Seberang Perai amnya, apabila mereka bekerja dalam sawah atau waktu berehat, mereka telah menyanyikan lagu yang membakar semangat mereka. Di antara rangkap-rangkap nyanyi itu, ialah:
Kaum tani sudah berjaya,
Memoga hutan rimba dan paya,
Bersatu kita mara bersama,
Menuntut kemerdekaan negara.
Kaum tani sudah berjaya,
Berjuang membela bangsa,
Dalam lumpur kita bersuara,
Penjajah, penjajah, musuh kita.
Seorang gadis – guru sekolah Melayu, tinggal di Kepala Batas, dia kenal saya seorang penulis. Pada satu hari dia mengirim surat kepada saya melalui seorang kanak-anak lelaki. Dalam surat itu dia meminta saya menulis sebuah sajak yang menunjukkan dia seorang yang turut berjuang menuntut kemerdekaan.
AKHIR HAYAT
Saya masih ingat-ingat lupa akan sajak yang saya telah tulis itu. Lebih kurang begini:
Biarlah kutinggalkan semua,
Cinta dan kasih penuh rela,
Demi tanah air kita,
Aku terus berjuang membela nusa.
Tinggallah sayang,
Air mata dibuang jangan,
Tepuk dadamu, laksana perwira,
Ke mana kita,
Ke medan jaya, merdeka.
Sebenarnya saya tidak pernah kenal guru itu. Setelah sajak yang saya tulis itu diterimanya, saya telah menerima surat daripadanya yang menyatakan terima kasihnya. Dan dalam surat itu ditulisnya, ‘saya mengenangmu hingga ke akhir hayat saya.’
Dia tahu, kalau dia memperkenalkan dirinya kepada saya, di takdirkan pula kami bersahabat akrab; mungkin saya akan dikenakan tindakan ‘buang sekolah’ kerana sekolah tempat saya belajar itu ketat peraturannya.
Sesungguhnya, Kepala Batas ada dua, yang satu lagi di negeri Kedah. Tetapi Kepala Batas, Seberang Perai, telah menjadi bumi bertuah dan memiliki banyak kisah dan catatan sejarah orang Melayu berjuang untuk membebaskan tanah air mereka dari penjajah.
Sheikh Abdullah Fahim, Haji Ahmad Badawi, Haji Ahmad bin Abdul Malik (Ahmad Maliki), Hashim Awang, Haji Ahmad Scor, Cikgu Ahmad Awang, Haji Ahmad bin Mat Nor, Cikgu Azmir Haji Mohd. Nor dan ramai lagi adalah insan yang tidak boleh dilupakan perjuangan dan jasa mereka.
Selain dari Subky Abdul Rauf (kemudian Ahli Dewan Rakyat kawasan Balik Pulau, Pulau Pinang dan bergelar Datuk) yang paling rapat dengan keluarga Haji Ahmad Badawi, sayalah satu-satunya orang luar yang rapat dengan keluarga itu. Sekurang-kurangnya seminggu sekali saya dijemput oleh Haji Ahmad Badawi atau Sheikh Abdullah Fahim datang ke rumah mereka (kini rumah sejarah). Isteri Haji Ahmad Badawi, Allahyahamah Hajah Kailan binti Haji Hassan sering menasihati saya supaya belajar bersungguh-sungguh. Katanya “Kalau wang ringgit, harta benda boleh hilang, boleh lesap, tapi ilmu tak hilang, ke mana kita pergi ilmu ikut kita.” – mokhtar petah

MAKSUD AYAT QURAN




ORANG MENGECOH

Celaka (kutukan Allah) bagi orang – orang yang mengecoh / menipu,
Yang menyukat dari orang lain (untuk diri mereka), dipenuhkan (sukatan),
(Tetapi) apabila mereka menyukat untuk orang lain atau menimbang untuk orang lain (dari milik mereka), dikurangkan.
Al Mutaffifin: 1,2,3.

Sunday, July 24, 2011

KENANGAN





SASTERA DAN DURIAN


Sastera dan durian,
‘Yang hilang yang datang’,
Novel falsafah budaya bangsa,
Karya Mat Ha Ezad,
Toh Maharaja Indera,
Orang Besar Enam Belas,
tinggal di desa peninggalan ayah,
Malam memerah fikir,
(mungkin) Pada subuh cari durian.

Sastera dan durian,
Di laman rumah gedangnya,
Padang Rengas gedung sejarah,
Saya dan isteri,
Bersama para tetamu paria dan wanita,
Di jamu durian masak,
Bubur atau pengat durian berpulut,
Lazat dan sedap nikmat Allah.

Sastera dan durian,
Pengarang ini,
Nama daultanya;
Dato’ Haji Khairuddin Arshad,
Ketua I Lembaga Pembangun Sastera Perak,
LEPAS nama gemilangnya,
Beliau bekas pegawai tinggi,
Di bawah Kementerian Pendidikan,
Sementara meniti ke hujung usia,
Beliau berkhidmat untuk bangsa mulia.

Sastera dan durian,
Pada hari penubuhan LEPAS, 1951,
Antara para pelopornya,
Asri Muda, Zulkifli Muhammad,
Ahmad Judin, Omar Nurdin, Yahaya Arif,
Rahimah Rajis, Azmir dan Ahmad Arif.
Makan durian dari Padang Rengas,
Di kampung Talang,
Sejak pagi hingga hamipr senja pada Ahad (semalam) saya dan isteri menjadi tetamu Lembaga Pembangun Sastera Perak (LEPAS), yang mengadakan Majlis Sambutan Jubli Intan 60 tahun LEPAS dan 40 tahun GAPENA, di Kuala Kangsar.
Majlis tersebut dihiaskan dengan ceramah:LEPAS,perjuangannya hingga 1965, oleh: Saharodzi bin Ramli dan LEPAS Dalam Kegiatan Gapena, oleh: Yusuf Bakar.
Sasterawan, Prof. Madya Dr. Talib Samat dari Jabatan Bahasa dan Kesusasteraan Melayu,Universiti Perguruan Sultan Idris, Tanjong Malim, telah mengulas buku karya Pengerusi I LEPAS, Dato’ Haji Khairuddin bin Arshad – Mat Ha Ezad, YANG HILANGB YANG DATANG.
Saharodzi bin Ramli dalam ceramahnya telah menghuraikan sejarah LEPAS, iaitu sejak ditubuhkan pada tahun 1951 hingga pada tahun 1965.Belua berkata: “LEPAS menyingkap kembali corak perjuangan orang Melayu, pada masa itu, terbahagia dua kumpula, iaitu kumpulan kanan dan kiri.”
“Dalam perjumpaan (untuk memuolih aktifkan semula LEPAS) seramai 16 orang di Iskandar Polo Kelab, Kuala Kangsar, termasuklah Hassan Ali (Hasbima – pengarang novel ‘Musafir’), Mior Aris bin Mior Abu Bakar (sebeloum meninggal aholi Exco kerajaan Negeri Perak), Umar Nordin, Mokhtar Petah, Daud Yatimi (Kemudian penerbit buku di Ipoh), Haji Fathil bin Khalid (kemudian wartawan surat khabar Semenanjung), R ashid Ali, Mak Guru ( Cikgu Rahimah Rajis),” tambahnya.
Sebagai ahli peringkat kedua LEPAS, iaitu pada tahun 1960 – an, saya masih ingat, bahawa kata hikmat ‘ Bahasa Jiwa Bangsa’ adalah di bawah oleh lembaga tersebut ke Kongres Persuratan Melayu 1952.
Pada hari ini, dari jauh, saya mengucapkan terima kasih kepada Ketua I dan semua ahli Jawatankuasa LEPAS kerana mengundang saya ke majlis tersebut.
Sebagai merakamkan terima kasih dan kenangan, maka mendahului tuloisan ini adalah sebuah sajak ‘ Sastera dan Durian’. – Mokhtar Petah.

KISAH DARI NOVEL

KEKASIH

Pagi Jumaat. Tepat jam 7.00, Namlatun Sa’adiah telah tiba di apartment Mustafa. Sebaik-baik sahaja dia melangkah masuk ke dalam ruang tetamu, seperti kanak-kanak lapar susu yang memeluk ibunya, Namlatun Sa’adiah memeluk Mustafa. Air matanya melimpah ruah. Kedua-dua belah pipinya banjir. Kedua-dua belah pipi kekasihnya dicium.

“…abang, macam mana ni abang, emak nak jumpa abang?” Namlatun Sa’adiah baratnya kepada Mustafa.

“Tak apa, kita dengar apa emak Atun nak cakap,” jawab Mustafa sambil mengersat air mata kekasihnya.

“Kalau emak tak benarkan kita…, macam mana?”Tanya Namlatun Sa’adiah.

“…kita merayu kepada dia..., dia emak Atun...,”jawab Mustafa.

“Kalau emak tak benarkan juga?” Namlatun Sa’adiah bertanya lagi.

“Kita cari jalan, …kita berserah kepada Allah,”jawab Mustafa melembutkan hati kekasihnya.

“Eee, abang ni, mudahnyaaa...,”kata Namlatun Sa’adiah.

“Ialah, …Allah Maha Kuasa…, kalau ada jodoh kita, kita kahwin, …kalau tak ada…,”kata Mustafa.

Tangan kanan Namlatun Sa’adiah menutup mulut Mustafa. Mereka berpeluk lagi. Namlatun Sa’adiah menangis seperti isteri setia sedang menghadapi mayat suaminya. Mustafa menahan sebak dalam dadanya.

Allahu Akbar..., la haula wala quwwata illa billah...,”suara Mustafa dalam keluhan.

Pada ketika itu Namlatun Sa’adiah kehilangan arah. Perasaan menguasai fikirannya.Iblis-iblis betina mempengaruhinya. Pakaian yang membalut tubuhnya, baju, anak baju, kain batik dan seluar dalam ditanggalkan. Dibiarkan bersepah atas sofa itu.Tubuhnya terdedah dalam cahaya pagi dingin.

HARGA DIRI

Namlatun Sa’adiah merayu kepada Mustafa supaya melaksanakan hajatnya.Tubuhnya hendak diserahkan kepada lelaki itu. Biar punah mahkotanya. Biar hilang harga dirinya.Pada ketika itu dia memiliki fikiran yang amat singkat. Dia akan memaklumkan kepada ibunya setelah berlaku perbuatan keji itu. Ibunya yang telah mengetahui perbuatan mereka itu, tentulah dia akan membenarkan mereka berkahwin.

Melihat kelakuan kekasihnya seperti orang tidak siumanan itu, Mustafa memejamkan kedua-dua matanya sejenak. Perasaan takut. Malu.Tidak sofan menyedarkannya. Lasntas hatinya meminta pertolongan dari Allah agar menguatkan imannya.

“Abang, Atun serahkan diri Atun ni kepada abang...,”kata Namlatun Sa’adiah dan memeluk tubuh Mustafa.

Mustafa masih memejamakan kedua-dua matanya.

“Atun rla,abang..., cepat abang...,”kata Namlatun Sa’adiah sambil menarik tubuh Mustafa ke dalam bilik tidur.

Mustafa tidak dapat menolak tarikan kekasihnya.Namlatun Sa’adiah menarik dan memeluk tubuhnya. Mereka terbaring atas katil. Mustafa masih dalam pakaiannya. Namlatun Sa’adiah berkeadaan seekor ikan. Tiada seurat benang menutup tubuhnya.

API NERAKA

Pada detik-detik begitu, Mustafa berada dalam ujian yang amat sukar. Hanya Allah tempat dia memohon hidayat.Otaknya masih mengusai nafsunya. Dia seorang lelaki, bukan jantan. Nafsu sedang menguasai otak Namlatun Sa’adiah. Baik atau buruk tidak menjadi perhidungannya lagi. Dia seperti kebanyakan perempuan yang berfikir dengan lutut.

Mustafa berpaling ke kepala tidurnya. Punat lampu tidur dipetik. Lampu menyala. Tangan kanannya memegang erat pada mentol lampu itu. Panas. Panas. panas mentol lampu itu seperti membakar kulit dan danging tapak tangannya. Otaknya lantas teringatkan api neraka. Kepanasan api neraka entah berapa juta kali panas mentol itu.

“Aku, Allah, Iman, Amanah, Akhlak…,” suara halus mengasak fikiran Mustafa pada detik-detik begitu.

“Aku, Allah, Iman, Amanah, Akhlak.”

“Aku, Allah, Iman, Amanah, Akhlak.”

“Aku, Allah, Iman, Amanah, Akhlak.”

Mustafa memegang leher Namalatun Sa’adiah. Diangkatnya leher gadis itu ke atas. Namlatun Sa’adiah ikut bangun. Dia menyangkakan Mustafa akan menunaikan hajatnya.

“Atun, abang ni kasihkan Atun, jangan buat begini...,”kata Mustafa.

“...ngapa?”Namlatun Sa’adiah bertanya.

“Tak baik, berdosa...,Atun,”jawab Mustafa.

“Atun kasihkan abang, Sebab tu Atun sanggup…,relah, abang,”kata Namlatun Sa’adiah.

“Jangan..., Atun, ingatkan Allah, Atun, cinta kita suci..., Atun,”pujuk Mustafa.

PERASAAN KESAL

Mustafa menarik sehelai kain di penyidai kayu tepi katil. Tubuh kekasihnya ditutup dengan kain itu.

“Atun, abang minta tolong, Aton. ...sabar, Aton,”kata Mustafa.

Mustafa bangun dari sisi kekasihnya.Dengan perasaan kesal dan malu, dia turun dari katil itu. Sambil mengucap instighfar , dia menyelimutkan tubuh Namlatun Sa’adiah dengan gebar tebal. Namlatun Sa’adiah menangis dalam gebar. Sesal.Malu. Insaf sedang mendera hatinya.

Mustafa mengheret dua puntung kakinya keluar dari bilik itu. Namlatun Sa’adiah ditinggalkan dalam gebar. Di ruang dapur dia meneguk segelas air dingin. Dingin air itu telah dapat mententeramkan perasaannya.

Mustafa berjalan ke ruang tamu. Dia mengambil pakaian Namlatun Sa’adiah diambil yang besepah atas sofa dan atas permaidani. Pakaian itu dibawa masuk ke dalam bilik. Gebar tebal yang menutup tubuh Namalatun Sa’adiah dibuka.

“Atun, pakai baju ni...,”kata Mustafa.

Namlatun Sa’adiah mencapai pakaiannya dari Mustafa. Dengan dibantu oleh kekasihnya, dia memakai semula pakaiannya.

Mustafa mengangkat tubuh Namlatun Sa’adiah. Dipimpinnya keluar ke dewan tamu. Mereka duduk atas sofa. Namlatun Sa’adiah masih menangis.

“Atun, cinta kita suci, …abang cintakan Atun...,”pujuk Mustafa.

“Ngapa abang tak nak...?” Namlatun Sa’adiah bertanya kepada Mustafa.

“Kerana abang sayangkan Atun,’jawab Mustafa.

Namlatun Sa’adiah diam. Senyum.

“Atun minta maaf, abang,” Namlatun Sa’adiah berkata.

“Ia, baguslah, kita...,”kata Mustafa.

Tangisan Namlatun Sa’adiah mulai reda.

“...macam mana, abang..., emak Atun tetap tak benarkan kita ...?” Namlatun Sa’adia bertanya.

“Kita serahkan kepada Allah, sayang,”jawab Mustafa.

“...kalau emak tak benarkan kita kahwin..., susahlah kita,abang,”kata Namlatqun Sa’adiah sambil memeluk pinggang Mustafa.

“Kalau itui kehendak, emak, ...Atun kena ikut dia, taatkan dia..., buruk padahnya kalau emak sumpah...,”kata Mustafa.

“Jadi..., abang nak Atun hidup merana....,”suara Namlun Sa’adiah lembut dan duka.

(Disunmting dari manuskrip novel, Kelip – Kelip Di kota Londong, oleh: Mokhtar Petah).

MAKSUD AYAT QURAN




BERI KEMAAFAN

Perkataan yang baik dan pemberian maaf, lebih baik dari sedekah yang diiringi sesuatu yang menyakitkan (perasaan yang menerima). Allah Maka Kaya lagi Maha Penyantun.
– AlBaqarah: 263

Sunday, July 17, 2011

KISAH DARI NOVEL





KOYAK KAIN KAPAN

Telah empat tahun Tengku Intan mengembara dalam padang derita kerana cinta dan rindukan kekasihnya. Selama itu amanah cintanya kepada ‘Alimin tidak terpunggah. Janjinya dengan kekasihnya kukuh. Teguh. Laksamana gunung batu. Gunung Jerai. Banjaran Titiwangsa.
Tengku Intan memacak azamnya; selagi maut tidak mengheretnya ke alam akhirat, dia tetap menunggu ‘Alimin. Biar pun penantian itu menuntut hidupnya dalam rahang derita. Biar koyak kain kapan dan kopak papan lahadnya, namun cinta kepada kekasihnya tetap subur. Demikian harapan dan nekadnya. Begitu jua tiap kali doanya kepada Allah. Mudah-mudahan Yang Maha Perkasa itu menjadikan hatinya tabah. Kuat. Teguh. Tawakal.
“Eli,…Intan tetap tunggu,…cinta Intan pada Eli tak berubah, tak ada orang lain dalam hati Intan, tak ada,…hanya Eli, sayang,” suara Tengku Intan ada waktu mengenangkan kekasihnya.
Pada hari-hari tidak keuzuran, Tengku Intan sembahyang hajat pada tiap-tiap tengah malam. Doa dirafakkan kepada Allah pada semua sujudnya; semoga Maha Pencipta itu menemukan semula dirinya dengan kekasihnya. Doa begitu diulangkan lagi pada akhir sembahyang hajatnya. Nama ‘Alimin sentiasa di bibirnya bagaikan zikir sang sufi berzikir sembilan puluh sembilan nama kudus.
MENUTUP AURAT
Rakan Tengku Intan, Syahida telah pulang ke Selangor. Beberapa orang temannya lagi telah pulang ke kampung halaman masing-masing di Malaysia. Kadang-kadang terkenang juga Tengku Intan kepada tanah tempat lahirnya, Kuala Kangsar, bengkel labu tanah di kampung Sayung, sahabatnya Mimi, Mak Usu dan Pak Usu yang baik budi.
Tengku Intan telah tinggal di aparmentnya yang baru dibeli dalam kawasan yang berhampiran dengan Masjid Regent's. Tidak jauh dari London Zoo dan Rose Garden. Jika dia hendak menikmati makanan Melayu, gulai ikan, daging daging lembu, rendang daging kambing dan sambal belacan, dia boleh pergi ke sebuah restoran Melayu, bawah tanah di Edgware Road. Tidak jauh dari situ ada sebuah restoran sate milik orang Melayu.
Dua orang gadis Melayu tinggal bersama Tengku Intan di aparmentnya. Jamilah penuntut jurusan kejuruteraan Awam, dari Kuala Rumpin, Pahang dan Maznah penuntut jurusan ekonomi, dari Sanglang, Perlis. Mereka itu gadis-gadis Melayu yang kuat iman. Berakhlak mulia. Mereka berpakaian menutup aurat sebagai wanita Islam sejati.
Tengku Intan tidak mengenakan sebarang bayaran atas mereka. Mereka menjadi teman-teman ‘meredakan kesepian’. Baginya tinggal dengan rakan-rakan yang beriman dan berakhlak mulia terasa hidup seperti dikeliklingi oleh para malaikat.
MERINDUI KEKASIHNYA
Walaupun Tengku Intan mempunyai wang yang cukup. Pada tiap-tiap awal bulan dia menerima wang alauns dari syarikat peninggalan bapanya di Ipoh, tetapi kerana untuk membetahkan hatinya yang sentiasa merindui kekasihnya, dia bekerja sambilan di dua buah syarikat yang menerbitkan buku-buku ilmu pengetahuan Islam, di Kota London.
Masjid Regent's menjadi tempat Tengku Intan mendalami pengetahuan agama Islam. Bertemu dan berbincang dengan kawan-kawan dalam sebuah persatuan bernama Islamic Humanity Assoceation. Persatuan itu adalah sebuah organisasi kebajikan yang menjalankan kegiatan kemanusiaan sejagat, di sekitar kota London dan kota-kota lain di England.
Pada suatu petang, Tengku Intan sedang mencari buku-buku yang dihajatinya, dalam rak-rak, di sebuah gedung buku, di Oxford Street. Seorang pemuda Melayu berambut panjang mencecah batang tengkuk, senyum kepadanya. Mereka berkenalan di situ.
“Saya, Zulkifli,”pemuda itu perkenalkan dirinya.
“…saya Intan,”sambut Tengku Intan.
Hati Tengku Intan memuji pemuda itu. Dia seorang yang beriman dan berakhlak Islam. Pemuda jujur, kerana dia tidak berjabat tangannya.
“ …dah lama di sini,…dari mana?” Zulkifli bertanya.
“Lama, dah empat tahun, dari Kuala Kangsar,”jawab Tengku Intan..
“Encik?”Tengku Intan bertanya.
“…asal, Batu Kurau,…tinggal di Ipoh, …aaa, Kampung Kepayang.”jawab Zulkifli.
“Belajar di sini?”Tanya Tengku Intan lagi.
“…tak, saya datang jumpa isteri saya ,…dia study di London university,”jawab Zulkifli.
PUNTUNG KAKI
Pemuda itu merenung wajah Tengku Intan. Tunduk sejenak. Mengeluh. Menarik nafas panjang. Keadaannya sebagai orang sedang dimamah beban fikiran kusut..
“…maafkan saya, boleh saya nak bercakap panjang dengan Cek?” Zulkifli bertanya.
“…cakap apa?”Tanya Tengku Intan.
“Saya minta maaf, baru berjumpa…, saya nak minta nasihat…,”kata Zulkifli.
Tengku Intan senyum.
Zulkifli tunduk. Wajahnya muram.
“Tak apa,…saya bayar harga buku ni dulu,”kata Tengku Intan.
Zulkifli mengangguk. Dia mengheret dua puntung kakinya keluar dari gedung buku itu.
Dari kaki lima depan gedung buku itu, Tengku Intan dan Zulkifli berjalan beriringan menuju ke sebuah restoran makanan segera tidak jauh dari situ.
“…tadi lagi saya ikut Cik Intan,…dekat kedai minyak atar Arab seberang sana tu,”kata Zulkifli sebaik-baik sahaja masing-masing duduk atas kerusi menghadapi meja.
“Ia,…?”Tengku Intan bertanya.
Zulkifli mengangguk.
“…tak berani juga,…tapi saya macam pernah jumpa…, entah di mana.”
“..pernah tengok saya, di sini, atau di Kuala Kangsar?”
“…bukan di sini, …di Kuala Kangsar...”
Pada ketika jaringan minda Tengku Intan dihinggap oleh ingatan, pemuda itu pernah dilihat di bengkel labu tanah, di Kampung Sayung, tiba-tiba sepasang lubang telinganya diterpa oleh kata-kata Zulkifli.
“Kita minum dulu, saya ambil,…nak minum apa?” Tanya Zulkifli.
“…aaa, oren jus,” jawab Tengku Intan.
BIDANG PERNIAGAAN
Zulkiflki berjalan ke meja kaunter. Sebentar kemudian dia membawa dua gelas minuman atas talam yang ditatangnya.
“…nak makan ayam goreng, tak halal,”kata Zulkifli.
“Minum cukuplah,”sahut Tengku Intan.
Mereka meneguk minuman masing-masing.
Tengku Intan mendengar dengan penuh minat akan kisah yang diceritakan oleh Zulkifli kepadanya. Zulkifli seorang pemuda lepasan tingkatan lima sekolah menengah. Setelah gagal melanjutkan pelajaran ke mana-mana institusi pengajian tinggi, dia menceburkan dirinya dalam bidang perniagaan di Ipoh sebagai kontraktor kelas ‘F’. Membina bangunan, jalan, parit dan sebaginya.
Perniagaan dalam bidang kontraktor menjadikan dia lemas. Selain dari menghadapi persaingan yang hebat, perbuatan rasuah di kalangan kaki tangan kerajaan menjadi racun perosak perniagaan orang Melayu.
Perkataan-perkataan dalam kamus rasuah telah menjadi wirid tanpa pahala pada Zulkifli. Di antara perkataan-perkataan itu, duit kopi, tumbuk rusuk, sogok wang, cari makan, agong, politik wang, mas kahwin, bayar zakat dan kautim.
Mana-mana kontraktor Melayu yang tidak sanggup memberi rasuah kepada kaki tangan kerajaan, sering kekeringan. Gagal mendapat projek. Akhirnya terpaksa gulung tikar.
KRAF TANGAN
Rakan-rakan Zulkifli yang terpaksa melakukan kautim dengan beberapa orang kaki tangan kerajaan, terpaksa pula menipu kerajaan kerana tidak mahu rugi. Mengguna bahan murah. Bancuh simen campur banyak kapur. Kalau cerucup seratus batang, cukup dengan empat puluh batang.
Zulkifli terpaksa melangkah kaki dari bidang kontraktor. Bidang baru yang telah dipilih, ialah menjadi pengedar dan penjual hasil kraf tangan orang-orang kampung; barang-barang yang diperbuat dari kayu, seramik, labu tanah, kulit siput dan ubat-ubatan tradisional.
Tiga tahun kemudian Zulkifli bercinta dengan seorang gadis – guru sekolah menengah -, keturunan Mendahiling di Tanjung Malim. Percintaan yang penuh dengan madah janji sehidup semati, berenang dalam lautan api, serah badan dan serah nyawa, sumpah dan ikrar dan saban waktu berwirid cinta, akhirnya mereka diijab kabulkan dan menjadi sedpasang suami isteri yang mewah dan bahagia.
Zulkifli ketawa sendirian bila dia teringat akan kata-kata seorang guru agama, di Batu Kurau, Haji Mat Saman. Guru agama itu berkata:
“…orang bernikah ni ada tiga musim. Dari malam pertama hingga tiga bulan, namanya ‘syahrul ‘asal’ (bulan madu), ….dalam musim ni semuanya manis, semuanya wangi, hingga kentut dalam kelambu pun wangi.”
“Musim yang kedua dari bulan ke empat ke akhir bulan ke enam, namanya ‘syahru basal’ (bulan bawang), …dalam musim ni dah lain, tidur dekat hangat. Ketut dalam kelambu, busuk. …semua dah berubah...,”kata Haji Mat Saman lagi.
“Masuk bulan ke tujuh, setrusnya, namanya ‘shahrul kasal’ (bulan malas), …perut isteri dah memboyot, …malas bersolek, isteri duk nak jadi tuan, …suami berbenderakan kain batik, …atau suami macam itik serati, juling, duk jeling anak dara orang…,”tambah Haji Mat Saman.
Kira-kira setahun lalu Zulkifli telah datang menghantar istrinya melanjutkan pelajaran di universiti London. Isterinya menuntut di universiti tersebut dalam bidang pendidikan untuk mendapatkan ijazah Ph.D.- bergelar doktor falsafah..
CAKAP BESAR
Enam bulan kemudian, Zulkifli telah datang melawat isterinya. Sikap isterinya telah berubah. Layanannya tidak seperti dulu lagi. Lagaknya sebagai kebanyakan pegawai-pegawai tinggi kerajaan. Ego. Sombong. Bongkak. Macam kebanyakan mak Datin yang jahil agama Islam.
“…tiga bulan kemudian, saya datang jenguk dia lagi, tapi,”kata Zulkifli.
“Mengapa?”Tanya Tengku Intan.
“…isteri saya, Allahu Akbar,…bila saya bercakap dengan dia, dia balas dengan cakap kasar, macam layan tak layan cakap saya,”jelas Zulkifli.
“Macam tu sekali?”Tanya Tengku Intan.
“Dia kata, dia tak tau nak cakap dengan saya, …pelajaran saya rendah, tak macam dia, …beza pelajaran dia dengan pelajaran saya macam langit dengan bumi,”jelas Zulkifli lagi.
“…Allahu Akbar, isteri tak patut cakap begitu,” kata Tengku Intan.
“…apa nak dikatakan, …silap saya juga, …pilih baju tak ukur badan,”sahut Zulkifli.
“Ia,…eh, ngapa pula?”Tanya Tengku Intan.
Zulkifli geleng-geleng.
“…encik kahwin dengan diatu, …cinta sama cinta, ia?” Tanya Tengku Intan.
“Ia,…tapi cinta tak jamin apa-apa, kalau miskin, tak ada pelajaran, tak setaraf…,”jawab Zulkifli.
Tengku Intan diam. Dia tidak setuju dengan pendapat Zulkifli itu. Pada saat itu dia teringat akan kata-kata ‘Alimin, “...kaya atau miskin tak jadi garis sempadan cinta suami isteri..., yang penting ada timbang rasa, tolak ansur, tak ego.”
“…saya ingat, kami tak boleh hidup bersama lagi,…saya nak ceraikan dia...,” kata Zulkifli.
“Eh, takkan sampai macama tu...,”kata Tunku Intan.
“Apa boleh buat, isteri saya kata, saya tak setaraf dengan dia, saya tak ada pelajaran, dia..., dia suruh saya ceraikan dia...,”jawab Zulkifli.
“...kalau macam tu, terpulang kepada Encikle,…kalau isteri dah macam tu, dayuslah suami kalau tak buat sesuatu…,”jawab Tengku Intan.
“Saya pun fikir begitu,”kata Zulkifli.
“Kalau boleh sabar…,”sahut Tengku Intan.
“Saya sayangkan dia, tapi…,”sambut Zulkifli.
Tengku Intan merenung wajah Zulkifli. Tadi Zulkifli ada menyebut, dia jadi pengedar labu tanah. Seperti penyelidik hasil kraf tangan, Tengku Intan ingin mengetahui dari mana pemuda itu mendapatg labu tanah. Mungkin dari bengkel Alimin di Kampung Sayung.
“Esok saya nak balik,…saya nak lapaz cerai di Ipoh.”
Tengku Intan mengangguk. Hatinya menghitung; bertambah lagi jumlah janda di dunia ini.
“Encik, tadi encik kata Encik mengedar labu tanah,…di mana Encik dapat labu tu?Tanya Tengku Intan.
“Oo, di bengkel Encik ‘Alimin, ustaz ‘Alimin, di Kampung Sayung, di seberang pekan Kuala Kangsar, ...ngapa?”Tanya Zulkifli pula.
“Tak apa, saja tanya...,”jawab Tengku Intan. Tunduk sejenak.
“Cik duduk di Kampung sayungke?”Tanya Zulkifli.
“Tak,…di Bukit Chandan,” jawab Tengku Intan.
FALSAFAH HIDUP
Zulkifli menganggku. Dua biji matanya merenung wajah Tengku Intan. Senyum. Tiba-tiba wajahnya bertukar kepada teduh. Mendung. Sedih sedang mendera hatinya.
“Tapi ustaz ‘Alimin tu tak ada lagi, kata orang dia pergi belajar ke Iraq,…bengkel labu tanah tu dah tutup,”terang Zulkifli.
Tengku Intan diam. Dipaksa dirinya menyembunyikan perasaan sedihnya dari pemuda di hadapannya. Falsafahnya hidupnya; walau bagaimana derita mendera dirinya, biarlah dia sendiri yang menanggung. Tidak akan berkongsi deritanya dengan orang lain. Ibarat menangis tidak boleh mengajar orang lain menangis bersamanya.Tetapi, kalau ketawa, sesumbing mana manusia itu akan mengikutnya ketawa.
“…lepas dia pergi ke Iraq, Adik dia, Mimi, pak saudara dia buat meniaga di bengkel tu,…tapi…,”kata Zulkifli
“Apa, Encik?” Tanya Tengku Intan.
“…orang kampung, jiran dia beritahu saya, deme tu pergi buat umrah ke Mekah,…Allah lebih sayangkan deme tu...,”jawab Zulkifli.
“...mengapa, apa dah jadi?” Tengku Intan bertanya. Tak sabar.
“...tiga beranak tu dah meninggal di sana,…kerana kemalangan jalan raya...,” jelas Zulkifli.
“Inna lillahi wa inna ilaihi raj’un” suara Tengku Intan tersangkut pada halkumnya.
Tengku Intan menghirup minumannya. Rongga dadanya di kocah degup jantungnya sendiri. Terasa pada batang tengkuknya lembap oleh peluhnya yang keluar memicit. Perasaan sedih meratahnya. Seluruh tubuhnya menggigil.
Pada waktu berpisah dengan Zulkifli depan restoran itu, hati Tengku Intan seperti tercampak ke bengkel labu tanah milik ‘Alimin, di Kampung Sayung.
“Allah Maha Kaya,…Eli, di mana..., Pak Usu, Mak Usu, Mimi..., dah meninggal...” suara Tengku Intan tersangkut pada anak lidahnya.
Dalam bas yang meninggalkan Baker Road menuju ke Regent’s Street, Tengku Intan masih mengesat air matanya. Persaan sedih. Pilu. Sayu laksana puka jerut membungkus dirinya. Hatinya terkenangkan Mimi, Mak Usu dan Pak Usu yang telah banyak berbudi kepadanya.
“…Eli, Intan love you…,miss you…,”teryak hati Tengku Intan.
Bas berlari. Berhenti lagi. Berlari lagi meredah perut jalan raya yang dingin.Kota London menyaksikan air mata kasih gadis Melayu yang rindukan kekasihnya. Terkenangkan tigak orang warga kampung Sayung yang baik budi telah meninggal dunia, di Tanah Suci, Mekah.
(Disunting dari manuskrip novel, Cinta Dan Jihad, oleh: Mokhtar Petah)

MAKSUD AYAT QURAN





MANUSIA KAUM KANAN


Dia berkata: Aku telah memboroskan harta yang banyak.
Adakah dia mengira tiada seorang pun yang memerhatikannya?
Bukankan Kami –Allah- telah ciptakan untuknya dua mata?
Dan lidah dan sepasang bibir?
Dan Kami – Allah – tunjukkan kepadanya dua jalan raya.
Tetapi dia tidak berusaha –untuk – menempuh jalan mendaki.
Dan apakah yang menyebabkan anda mengerti, apa jalan mendaki itu?
(Ialah) Memerdekakan hamba sahaya.
Atau memberikan makanan pada hari kelaparan.
Kepada anak yatim piatu yang dekat.
Atau orang miskin yang berbaring - hidup tanpa rumah - di tanah.
Selain dari itu, dia termasuk orang – orang beriman dan berwasiat satu sama lain, supaya bersabar - berhati teguh dan berkasih sayang.
Itulah kaum kanan.
Dan orang – orang kafir itulah kaum kiri.
Mereka mendapat api yang terkurung (teretutup).
– Asy Syams: 6 - 20


Saturday, July 16, 2011

SAJAK

RAKYAT DAN PEMIMPIN

Rakyat dan pemimpin,
Ada beza fikir dan angan,
Ada cara kelainan,
Pergisiran meniti zaman,
Pertahan kemenangan
Tuntut keadilan.

Rakyat dan pemimpin,
Laksana aur dengan tebing,
Roboh satu dari dua,
Robohlah,
Hanyutlah entah ke mana,
Lenyaplah nama satu bangsa.

Rakyat dan pemimpin,
Manusia berkepala dan hati,
Ada beza ada cara,
Masing – masing menegak cara,
Keadilan dan saksama,
“Aku benar.”
Allah menyuluh dengan firman,
‘Mereka yang berjalan di bumi dengan sopan,
jika mereka yang bodoh berkata,
dari kebodohan sendiri,
(orang lain tidak mengerti)
di jawabnya: “Selamat.”

Jika pemimpin keras kepala,
Rakya dianggap bodoh gila,
Bercelaru mukadiman sastera,
Sasterawan berjanggu bengun berkata,
“Kami tidak mahu kuasa,
Bersih dan keadiklan Cuma.”

- Mokhtar Petah

MAKSUD AYAT QURAN





PEMIMPIN SOPAN

Hamba – hamba Allah yang Pemurah, ialah mereka yang berjalan di muka bumi dengan keadaan sopan santun, dan apabila orang – orang yang bodoh menghumbankan perktaan kepadanya, di jawabnya: Selamat.
– Furqan:63

Nota.

Maksud firman Allah di atas ini boleh – tidak salah – kita bandingkan dengan pemimpin dan rakyat. Orang – orang bodoh ialah rakyat jelata dan para pemimpin orang yang bersopan santun, iaitu cedik, bijaksana dan beradab.Para pemimpin yang bijaksana dan beradab tidak melakukan keburukan dan kezaliman terhadap orang bodoh – rakyat jelata – yang mengeluarkan perkataan buruk atau mengkritiknya, seperti yang dilakukan para demonstrasi sesebuah negara. Sebaliknya pemimpin itu mengucapkan ‘selamat’ – iaitu mendengar akan kata- kata rakyat jelata dan melaksanakan kehendak mereka mengikut akal dan budibicara pemimpin yang bijaksana. Nabi Muhammad s.a.w. telah di lakukan berbagai - bagai tindakan, tunjuk perasaan (tidak besar – besaran), cela dan kutuk oleh golongan – golongan Yahudi Madinah, tetapi Junjungan tidak menyerang dan sebagainya, sebaliknya Junjungan memanggil para wakil mereka untuk berunding dan mencapai kata sepakat yang menghasilkan perjanjian, iaitu ‘Piagam Madinan’. Piagam itu mengimpukan pakatan dan kerjamasa antara umat Islam dengan umat Yahudi Madinah dalam hal ehwal kemasyarakatan, kebajikan dan keselamatan kekeluargaan dan orang ramai – tidak termasuk politik dan pemerintahan - antara umat Islam dengan umat Yahudi dalam negeri / negara Islam, pimpinan Nabi Muhamad sallallahu alaihi wa sallam.Pada masa bangsa – bengsa di dunia akan menubuhkan Pertubuhan Bangsa Bersatu – PBB, pada tahun 1945, di antara contoh atau pengetahuan yang diambil ialah Piagam Madainah.

Friday, July 15, 2011

PENCEGAHAN RASUAH



BAHAGIAN 3
KETERANGAN (KESAKSIAN)


Anggapan mengenai rasuah dalam perkara-perkara tertentu
14. Apabila dalam mana-mana pembicaraan terhadap seseorang atas sesuatu kesalahan di bawah seksyen 3 atau 4 jika dibuktikan bahawa apa-apa suapan telah dibayar atau diberi kepada atau diterima oleh seseorang yang bekerja dalam mana¬mana badan awam, suapan itu adalah disifatkan sebagai telah dibayar atau diberi dan diterima oleh secara rasuah sebagai suatu dorongan atau hadiah seperti yang tersebut dahulunya, melainkan jika dibuktikan sebaliknya.
Pernyataan yang diberi kepada polis boleh diterima
15. (1) Dalam mana-mana pembicaraan atau siasatan oleh mahkamah mengenai sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau mengenai sesuatu kesalahan yang ditetapkan apa-apa pemyataan oleh seseorang yang dipertuduh, sarna ada pemyataan itu terjumlah kepada suatu pengakuan salah atau tidak atau secara lisan atau bertulis, yang dibuat pada bila-bila masa, sarna ada sebelum atau selepas orang itu dipertuduh dan sarna ada dalam masa polis menjalankan penyiasatan atau tidak, atau sarna ada atau tidak kesemuanya atau sebahagiannya sebagaijawapan kepada soalan-soalan, oleh orang itu kepada atau dalam pendengaran seseorang pegawai polis, sarna ada di terjemahkan kepadanya atau tidak oleh mana-mana pegawai polis yang lain atau oleh mana-mana orang lain yang berkenaan atau tidak dalam penangkapan itu, hendaklah diterima sebagai keterangan dalam pembicaraannya walaupun berlawanan dengan apa-apa yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis dan, jika orang itu menawarkan dirinya sebagai seorang saksi, apa-apa pemyataan yang tersebut boleh digunakan dalam pemeriksaan balas dan bagi maksud mencabar kebenarannya:
Dengan syarat bahawa pemyataan itu tidak boleh diterima sebagai keterangan atau digunakan seperti yang terse but di atas ¬–
(a) jika mahkamah berpendapat bahawa pernyataan itu telah dibuat oleh sebab sesuatu dorongan, ancaman atau janji berhubung dengan pertuduhan terhadap orang itu, yang datangnya daripada seseorang yang berkuasa dan yang cukup pada pendapat mahkamah, untuk memberi orang itu alasan-alasan yang pada pendapatnya munasabah bagi menyangkakan bahawa dengan membuat pernyataan itu ianya akan memperolehi apa-apa faedah atau mengelakkan apa-apa bahaya keduniaan berhubung dengan pembicaraan terhadapnya itu; atau
(b) mengenai sesuatu pernyataan yang dibuat oleh orang itu selepas ianya ditangkap, melainkan jika malikamah berpuas hati bahawa suatu amaran telah diberi" kepadanya dengan perkataan-perkataan yang berikut atau dengan perkat_an-perkataan yang bermaksud seurnparnanya: "Adalah menjadi kewajipan saya memberi amaran kepada kamu bahawa kamu tidak diwajibkan berkata apa-apa atau menjawab apa-apa soalan, tetapi apa-apa jua yang kamu katakan, sarna ada sebagai menjawab sesuatu soalan atau tidak, boleh diberi sebagai keterangan".
(2) Walau apa pun peruntukan yang berlawanan yang terkandung dalam mana-mana undang-undang bertulis, seseorang yang dituduh atas sesuatu kesalahan yang disebutkan dalam seksyen kecil (1) tidaklah terikat supaya menjawab apa-apa soalan berhubung dengan kesalahan itu selepas diberikan mana-mana amaran seperti yang tersebut di atas itu kepadanya.
Keterangan mengenai adat tidak boleh diterima
16. Dalam mana-mana pembicaraan sivil atau jenayah di bawah Akta ini maka keterangan tidaklah boleh diterima untuk menunjukkan bahawa sesuatu suapan seperti yang disebutkan dalam Akta ini adalah ada kebiasaan dalam mana-mana profesion, perdagangan, pertukangan atau pekerjaan.
Keterangan mengenai sumber-sumber wang atau harta
17. (1) Dalam mana-mana pembicaraan atau siasatan oleh mahkamah mengenai sesuatu kesalahan di bawah Akta ini at au mengenai sesuatu kesalahan yang ditetapkan nyataan (perkara) bahawa seseorang dituduh ada memiliki, yang mengenainya ia tidak dapat memberi penjelasan yang memuaskan, sumber-sumber wang atau harta yang tidak seimbang dengan sumber-sumber wangnya yang diketahui, atau bahawa pada masa kesalahan yang diperkatakan itu, ia telah menerima sesuatu pertambahan pada sumber-sumber wang atau hartanya, yang mengenainya ia tidak dapat memberi penjelasan yang memuaskan, boleh diterima dan boleh dipertimbangkan oleh mahkamah sebagai keterangan menyokong bagi keterangan mana-mana saksi dalam pembicaraan atau siasatan itu bahawa orang dituduh itu telah menerima atau mendapat atau bersetuju menerima atau telah cuba mendapat apa-apa suapan dan sebagai menunjukkan bahawa suapan itu telah diterima atau didapati atau dipersetujui untuk diterima atau dieuba untuk mendapat seeara rasuah sebagai suatu dorongan atau hadiah.
(2) Seseorang dituduh hendaklah, bagi maksud seksyen keeil (1), disifatkan sebagai memiliki sumber-sumber atau harta atau telah mendapat sesuatu pendapatan daripadanya jika sumber-sumber atau harta itu adalah dipegang atau pertambahan itu didapati oleh mana-mana orang yang, memandang kepada perhubungannya dengan orang yang dituduh itu atau kepada apa-apa hal keadaan lain, ada sebab bagi mempereayai ada memegang sumbet;-sumber atau harta itu atau telah mendapat pertambahan sebagai amanah untuk atau bagi pihak, atau sebagai suatu pemberian daripada, orang yang dituduh itu.
Keterangan rakan sejenayah
18. Walau apa pun hukum undang-undang atau undang-undang bertulis yang berlawanan, seseorang saksi dalam mana-mana pembicaraan atau siasatan seperti yang disebut dalam seksyen 17, tidak boleh dianggap sebagai tidak boleh dipereayai kebenarannya semata-mata oleh sebab sesuatu suapan dibayar atau diserah olehnya atau bagi pihaknya kepada seseorang ejen atau anggota badan awam.
Pemeriksaan pesalah-pesalah
19. (1) Apabila dua orang atau lebih dipertuduh atas sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau sesuatu kesalahan yang ditetapkan, mahkamah boleh menghendaki seorang atau lebih daripada mereka supaya memberi keterangan sebagai seorang saksi atau saksi-saksi untuk pihak pendakwa.
(2) Mana-mana orang yang tersebut dalam seksyen keeil (1) yang enggan _engangkat sumpah atau menjawab apa-apa soalan yang sah hendaklah diambil tindakan terhadapnya dengan eara yang sarna seperti saksi-saksi yang enggan sedemikian boleh diambil tindakan undang-undang terhadapnya oleh Mahkamah Majistret atau Mahkamah Sesyen, mana yang berkenaan. .
(3) Tiap-tiap orang yang dikehendaki memberi keterangan di bawah seksyen kecil (1), yang pada pendapat mahkamah memberi penzahiran yang benar dan penuh mengenai semua perkara yang mengenainya ia diperiksa dengan sah, adalah berhak menerima suatu perakuan perlindungan dari Majistret atau Presiden itu, mana yang berkenaan, menyatakan bahawa ia telah memberi suatu penzahiran yang sebenar mengenai semua perkara yang mengenainya ia telah diperiksa, dan perakuan itu hendaklah menjadi suatu penghalang terhadap segala tindakan undang-undang terhadapnya mengenai semua perkara yang tersebut itu.
Perlindungan bagi pemberi maklumat
20. (1) Keeuali sebagaimana yang diperuntukkan kemudian daripada ini, sesuatu pengaduan mengenai sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau sesuatu kesalahan yang ditetapkan, tidak boleh diterima sebagai keterangan dalam mana-mana jua pembicaraan sivil atau jenayah, dan tiada seorang saksi pun boleh diwajib atau dibenarkan menzahirkan nama atau alamat seseorang pemberi maklumat, atau menyatakan apa-apa perkara yang mungkin menyebabkan ia diketahui.

(2) Jika sesuatu buku, suratan atau kertas yang dikemukakan sebagai keterangan atau yang boleh dikenakan pemeriksaan dalam apa-apa jua pembicaraan sivil atau jenayah ada mengandungi sesuatu catatan dalam mana seseorang pemberi maklumat disebabkan namanya atau diperihalkan atau yang mungkin menyebabkan ianya diketahui maka, mahkamah di mana pembicaraan itu diadakan hendaklah mengarahkan supaya catatan-catatan itu cftsembunyikan dari pandangan atau dihapuskan setakat mana yang perlu untuk memperlindungi pemberi maklumat itu daripada diketahui, tetapi tidak lebih daripada..itu.
(3) Jika dalam mana-mana pembicaraan berhubung dengan sesuatu kesalahan di bawah Akta ini atau sesuatu kesalahan yang ditetapkan mahkamah berpendapat, selepas dari siasatan penuh berkenaan dengan kes itu, bahawa pemberi maklumat itu telah bersengaja membuat dalam pengaduannya suatu pernyataan matan yang ia ketahui atau percaya sebagai palsu atau yang ia tidak percaya sebagai benar, atau berpendapat bahawa keadilan tidak dapat dilaksanakan sepenuhnya di antara pihak¬ pihak dalam pembicaraan itu tanpa mengetahui pemberi maklumat itu, mahkamah boleh menghendaki supaya pengaduan yang asal, jika bertulis, dikemukakan, dan membenarkan siasatan dan boleh menghendaki penzahiran yang penuh mengenai pemberi maklumat itu.
(Disunting dari manuskrip buku, Pencegahan Rasuah, oleh: Mokhtar Petah)

RENUNGAN JUMAAT



MAZHAB:

Pada zaman Rasul Allah, Muhammad s.a.w. – sama ada belum hijrah mahupun sepanjang pemerintahan Junjungan di Madinah dan sekitarnya, tidak wujud mazhab. Perintah ungtuk mengikut mazhab tidak ada dalam Quran dan Hadis atau Sunnah.

Dalam agama Islam, tidak ada peraturan, sama ada dalam Quran mahukun dalam Hadis Rasul Allah, Muhammad s.a.w. mewajibkan umat Isalam mengikut mana – mana mazhab.Dalam Quran Allah subhanahu wa Taala

Mazhab adalah pertubuhan atau organisasi yang telah diwujudkan semenjak pada zaman pemerintahan para sahabat Nabi Muhammad s.a.w. hinggalah kepada zaman sebelum Tanah Suci Makkatul mukarramah di takluk oleh kerajaan Ibnu Saud atau Saudi.

Semua muzhab atau organisasi berdasarkan Islam ditubuhkan setelah berlaku beberapa perkara yang menjadikan umat Islam keliru, pertikaian dan perpecahan akibat fahaman atau pegangan terhadap keyakinan, iktikad, hukum dan termasuk siasah atau politik yang memihak kepada para khalifah Islam dan yang menentang khalifah.

Mazhab tumbuh dengan dua tujuan, iaitu:

1 – Dengan kehendak ketua pemerintah atau khalifah,

2 – Oleh para ulama yang sedar akan keadaan iktikad

disebabkan kekuasaan pihak yang memerintah.

Setelah pemerintah – pemerintahan Islam jatuh dan negara - negara Islam ditakluk oleh penjajah – penjajah kuffar, seperti Inggertis, Amerika Syarikat, Jerman, Rusia dan lain, maka, mazhab di kalangan umat Islam yang dijajah telah digunakan oleh penjajah untuk mengekang ketua raja umat Islam dan rakyat mereka.

Inggeris yang memerintah Tanah Melayu, telah membenarkan orang Melayu mengamalkan hukum – hukum Islam, seperti keluarga Islam, nikah dan cerai, faraid atau harta pusaka dan semua hukum mal atau sivil, tetapi tidak membenarkan mengamalkan hukum – hukum hudud atau hukum dalam bidang jenayah atau hudud.

Penjajah Inggeris telah menggunakan nasihat dan paksaan ke atas Raja – raja Melayu, iaitu tidak boleh mengamalkan sepenuhnya mazhab Ahlus sunnah wal Jamaah. Contohnya, tidak boleh mengamalkan kaedah tiga imam dalam mazhab tersebut, iaitu Imam Maliki, Imam Hanafi dan Imam Hambali. Hanya boleh mengamalkan kaedah Imam Shafie.

Penjajah Inggeris melalui penasihat agama islamnya, bahawa kaedah Imam Shafie sesuai diamalkan oleh orang Melayu, kerana kaedah imam tersebut, banyak sabar, tidak mementingkan jihad dan pendeknya bertlemah lembut dalam semua perkara, walaupun dipaksa, dipijak dan disiksa oleh orang lain atau oleh penjajah Inggeris sendiri.

Kerena negara Persekutuan Tanah Melayu, kemudian dinamakan Malaysia, menerima kemerdekan dengan banyak menggunakan perlembagaan dan undang – undang ciptaan penjajah Inggeris, maka, hingga pada masa ini negara Malaysia mengamalkan kaedah Imam Shafi.

Hanya sebuah negeri di Malaysia, iaitu Perlis, tidak mengamalkan mana – mana mazhab, sama ada mazhab Imam shafie, Mazhab Imam Maliki, mazhab Imam Hanafi, mazhab Imam Hambali dan mazhab – mazhab lain. Setelah mendapat nasihat dan fatwa dari salah seorang ulama di negeri Perlis, Sheikh Abdu Bakar Ashaari - Gerakan Islah Perlis - , maka, pada tahun 1974, negeri tersebut di bawah Menteri Besar, Sheikh Ahmad bin Mohd. Hashim, maka, Dewan Undangan Negeri (DUN) telah meluluskan Undang – Undang Pentadbiran Agama Islam Negeri Perlis dan diperkenan oleh Raja negeri tersebut, menguatkuasakan menggunakan aliran atau kaedah Ahlus sunnah wal Jamaah, seperfti pada zaman Rasul Allah, Muhjammad s.a.w., iaitu berdasar atau mengikut Quran, Sunnah dan para sahabat Junjungan Muhammas s.a.w. sahaja.

Undang – Undang Pentadbiran Agama Islam Perlis, 1964, Bahagian 2, Ceraian 7 (4) adalah seperti berikut:

‘Tatkala Majlis mengeluarkan suatu fatwa dan Jawatankuasa Syariah memberi pendapat ... maka hendaklah badan itu mengiku al Quran dan Sunnah Rasul Allah (s.a.w.): Tetapi sekiranya pendapat atau alasan – alasan itu berlawanan dengan faedah umum, maka Majlis dan Jawatankuasa Syariah henbdaklah mempersembahkan fatwa dan pendapat itu kepada Raja pemerintah untuk mendapat keputusannya.’[1]

Berhubungan dengan ketetapan Rasul Allah, Muhammad s.a.w., bahawa umat Islam mesti berpegang kepada kaedah (bukan mazhab) Ahlus sunnah wal Jamaah – Apa pengikut Sunnah Rasul allah dan (mengikut) para sahabat Junjungan, adalah seperti berikut:

(Hadis)

Wallazi nafsi Muhammadin biyadiHi lataftariqu ummati ‘ala thalathin wa sab’in firqatan fa wahidatun fil jannati wa thittani wa sab’un fin nar, qil: Man hum ya Rasaulullah? Qala: Ahlus sunnah wal jamaah.

Demi Allah yang memegang jiwa saya Muhmmad di tanganNya, umatku akan berfirqah – berpecah – sebanyak tujuh puluh tiga firqah, yang satu masuk syurga dan yang lain masuk neraka.

Para sahabat bertanya: Siafa firqah (yang tidak masuk neraka) itu hai Rasul Allah?

Rasul menjawab: Ahlus sunnah wal jamaah.

– Perawi: At Tabrani.

Ahlus sunnah wal jamaah telah wujud pada zaman Rasul Allah Muhammad s.a.w. lagi, iaitu, bukan sebuah mazhab. Tetapi pada abad ke 3 Hijrah, wujud mazhab Ahlus sunnah wal jamaah yang dipelopori oleh ulama besar, Syeikh Abu Hassan ‘Ali Asy Syaari (lahir di Basarah, pada tahun 260 H dan meningga pada tahun 324H).

1 – Ahlus sunnah wal Jamaah – Sunni

Mazhab ini diambil dari kaedah Ahlus sunnah wal jamaah pada zaman Rasul Allah, Muhammad sallallahu alaihi wa sallam yang berpedoman atau mengikuti Hadis berikut ini:

(Hadis)

Fainnahu ya’isyu minkum min ba’adi fa sayara itilafaan katghiran fa aalaikum bi sunnati wa sunnatil khulafaur rasyidina tamassakuu biha wa ‘udhdhuu ‘alaiha bin nawajiz.

Maka, bahawasanya siapa yang hidup (lama) di antara kalian niscaya akan melihat perselisihan (faham) yang banyak. Pada ketika itu pegang teguhlah Sunnah saya, dan sunnah para khalifah rasyidin yang diberi hidayat. Pegang teguhlkah dan gigitlah dengan geramham kalian.

- Perawi: Abu Daud

Pada abad 111 Hijrah Rasul Allah Muhammad s.a.w., mazhab yang berdasarkan hadis dan beberapa hadi lain telah ditubuhkan mazhab yang para ahlinya terdiri dari para ulama yang yang bepegang kepada sunah – sunah tersebut dan diketuai oleh Syeikh Abu Hassan Ali Asya’ari (260H – 324H) dan di namakan Mazhab Ahlus sunnah wal jama’ah.

Sheikh Abu Hassan Ali Asy Syaari menubuhkan mazhab Ahlus sunnah wal jamaah kerana menolak atau menentang beberapa mazhab yang memekaedah keimanan atau iktikad berlain dari kaedah Ahlus sunnah wal jamaah yang telah diungkapkan oleh Rasul Allah, Muhammad sallallahu alaihi wa sallam.

Pada masa dulu hingga kini, ada orang yang menamakan para ahli atau pengikut mazhab Ahlus sunnah wal jma’ah sebagai ‘ahli jemaah Asy Sya’ari dan ada yang menamakan Sunn, Sunny atau Sunniyun.

Ulama Usuluddin yang terkenl, Abu Mansor Al Muturidi Samarqand, pada tahun 333 H. 9 tahun terkemudian dari Imam Abu Hassan Ali Asya Syaari. Mazhab tersebut bersesuaian dengan pegangan atau kaedah Ahlus sunnah wal jama’ah empat imamumat Islam yang masyhur, iaitu:

Kemudian empat ulama besar menjadi pendukung Mazhab Ahlus sunnah wal jamaah, iaitu:

1 - Imam Abu Hanifah an Nu’man (Kufah, 80 –150

Hijrah). Mazhab kecil dari Ahlus sunnah wal jamaah,

iaitu: Mazhab Imam Hanafi.

2 - Imam Abu Abdillah Malik bin Anas (Madinah, 94 –

179 Hijrah). Mazhab kecil dari Ahlus sunnah wal

jamaah, iaitu: Mazhab kecil Imam Maliki.

3 - Imam Muhammad ibnu Idris asy Shafie (150 – 203

Hijrah). Mazhab kecil Imam Shafie.

4 - Imam Abdillah Ahmad bin Hambali (Baghdad, 164 –

241 Hijrah) Mazhab Kecil Imam Hambali).

Mazhab Ahlus sunnah wal jama’ah dan empat mazhab kecil bersamanya perpegang teguh pada rukum iman yang enam, iaitu:

a. Berimankan Allah Taala,

b. Beriman dengan para malaikat Allah,

c. Beriman dengan kitab – kita Allah,

d. Beriman dengan para Rasul Allah 25 orang,

e. Berimankan ada hari akhirat – syurga dan neraka,

f. Beriman kadha dan kadar.

Hadis Rasul Allah Muhammad s.a.w.

(Hadis)

An tu’minu billah wa malaikatih wakutubihi warusulihi wal yaumi akhiri wal qadri khairihi wasyar rihi.

Briman kepada Allah, para malikat, kitab – kitabNya, para rasulNya, hari akhirat dan qadar baik dan buruk.

-Perawi: Muslim

2 - Bahaiyah

Sebuah mazhab atau organisasi yang diwujudkan dengan tujuan untuk menyatukan agama Islam dengan agama Yahudi dan Kristian. Tujuan utama , ialah untuk melamahkan Islam dan mengembang dan menguatkan agama Yahudi dan agama Kristian di seluruh dunia.

Fahaman Bahaiyah berkembangan di kalangan kaum bermazhab Syi’ah Imamiyah di Farsi (sekarang Iran), pada kira – kira tahun 18.00 Masihi. Mazhab ini dipimpin oleh seorang ulama bermazhab Syi’ah, Mirza ‘Ali Muhammad (meninggalk dunia 1953 Masihi). Pada masa hayatnya dan memimpin mazhab ini, dia telah mengakui dirinya seorang yang bertaraf Ahlul bab , ertinya, pintu atau orang intelektual atau cendekiawan. Sesunguhnya, kalangan kaum bermazhab Syi’ah mengakui ‘pintu’ yang menghubungan mereka dengan para iman yang telah ghaib dan akan menjelma pada akhir zaman.

Mirza ‘Ali Muhammad mengakui dan mengumumkan kepada kaum bermazhah Syi’ah pada zamannya, bahawa dia, adalah pintu bagi menghubungan umat manusia bermazhab Syi’ah atau umat Islam dengan imam yang ghaib yang ditunggu kedatangannya pada akhir zaman. Para iman itu, ialah para khalifah atau ketua pemerintah pada zaman Nabi Musa alaihis salam, Nabi Isa alahis salam, Rasul Allah,Muhammad sallallahu alaihi wa sallam dan Imam Mahadi.

Mirza ‘Ali Muhammad yang amat kuat berpegang Syyidian Ali, adalah orang yang sebenar mengganti Rasul Allah, Muhammad s.a.w. setelah wafat sebagai pemimpin pengganti dan bukan sahabat utama, Syyidina Abu Bakar As Siddiq, berpegang kepada Hasid Rsul Allah, Muhammad s.a.w., iaitu:

(hadis)

Ana madinatul ilmi wa ‘Aliyun babuha.

Sayalah kota ilmu dan ‘Ali pintunya

Para pendukung mazhab ini berpendirian, bahawa agama Yahudi, Kristian dan agama Islam adalah agama Allah, maka, pagtutlah ketiga – tiga agama tersebut di satukan menjadi agama antarabangsa.

Pendapat atau fatwa Mirza ‘Ali Muhammad tentang oenyatuan tiga agama, Yahdi , Kristian dan Islam, telah mengelirukan umagt Islam di Farsi pada zaman itu. Dia telah ditangkap dan dihukum bunuh oleh kerajaan Farsi pada tahun 1853 Masihi.

Mazhab Bahiyah berlawanan dengan Mazhab Ahlus sunnah wal jamaah. Para ulama mazhab tersebut menganggap para pendukungh dan pengikut Mazhab Bahaiyah telah terkeluar dari agama Islam.

Mazhab Bahaiyah ini masih wujud di negara – negara di Eropa, India dan lain. Banyak buku pengetahuan mazhab tersebut diterbitkan dalam bahasa Inggeris di England, Amerika dan negara – negara lain.

3 - Jabariyah

Mazhab Jabariyah telah diwujudkan oleh seorang alim bernama Jahan bin Safwan pada abad II Hijrah hingga ke pertengahan abad III Hijrah. Imam mazhab ini, Jahan bin Safwan, ialah murid ulama Ja’ad bin Dirham, iaitu yang berpegang kepada fahaman, bahawa Quran ialah makhluk dan Allah tidak mempunyai sifat seperti iman kaum yang mengikut mazhab Ahlus sunnah wal jamaah.

Ulama ini telah dihukum bunuh oleh penguasa, iaitu khalifah pada tahun 124 Hijrah, kerana fatwa – fatwanya yang berlawanan dengan Islam.

Mazhab Jabariyah berpegang kepada kuasa allah semata, iaitu, semua manusia adalah ‘majbur’, iaitu ‘terpaksa’ – dipaksa oleh Qudrat Allah.Masnusia tidak mempunyai daya dan ikhtiar, semua perbuatan manusia adalah dengan kuasa atau kudrat Allah. Manusia disifatkan sebagai bulu ayam yang terbang di udara yang dibawa angin atau seperti puntung kayu hanyu di tengah laut, dibawa air.

Para pengikut mazhab ini berpegang kepada keyakinan, iaitu manusia yang melakaukan kejahatan tidak berdosa, kerana pada hakikatnya yang mereka lakukan itu bukan kuasa mereka, tetapi kuasa Allah.

Mereka berpendapat dan percaya, bahawa semua kajahatan yang dilakukan oleh umat manusia adalah oleh Allah. Maka, apa jua kejahatan yang mereka lakukan tidak berdosa, kerana Allah yang melakukanya.

Mazhab Jabariyah berpegang teguh kepada ‘wahdatul wujud’ – yang ada, hanya satu, iaitu Dia – Allah.

Kepercayaan Mazhab Jabariyah berlawanan dengan pegangan Mazhab Ahlus sunnah wal jamaah, iaitu, semua kejadian dan perbuatan itu kerana Allah, tetapi Allah menjadikan manusia berikhtiar. Manusia menjalankan ikhtiara dan berusaha.

Firman Allah:

(Quran)

Baginya (manusia) apa yang diusahakan (upah atau pahala) dan atanya (manusi) apa yang diusahakannya (hukuman atau dosa).

– al Baqarah:286

Mazhab ini ada 1 aliran sahaja.

4 - Khawarij 20 aliran

Mazhab Khawarij, iaitu kaum yang keluar, mula wujud setelah berlaku peperangan Siffin, iaitu peperangan antara pasukan Khalifah Syyidina Ali karamatullah dengna pasukan Mu’awiyah, di suatu tempat bernama Siffin, iaitu di Iraq, pada tahun 37 Hijrah.

Peperangan tersebut dipandang besar oleh umat Islam. Kira – kira 25,000 orang askar pihak Syyidina Ali Karamatullah telah terkorban dan lebih kurang 45,000 orang askar pihak Mu’awiyah telah terkorban. Pepererangan tersebut dianggap satu bala yang besar bagi umat Islam dalam abad – abad yang awal.

Dalam peperangan itu, pihak Mu’awiyah hampir kalah. Mu’awiyah ada muslihat politiknya. Dia mengarahkan beberapa orang tenteranya mengikat beberapa mushaf – Quran – ada hujung beberapa batang tombak dan mereka menyeru agar berhenti berperang dan meminta berdamai atau bertahkim.

Pada peringkat awal Syyina Ali tidak mahu menerima permintaan pihak Mua’wiyah itu, kerana dia telah menyangka, bahawa Mu’awiyah ada muslihat dalam peperangan. Oleh kerana ada beberapa orang di pihak Syyidina Ali meminta dia menerima permintaan Mu’awiyah itu, maka, dia tgurut kemahuan mereka.

Walaupun demikian, sebahagian lagi pengikiut Syyidina Ali tidak setuju menerima permintaan Mu’awiyah cara tahkim itu itu. Mereka menganggap orang yang meminta perdamaian pada waktu peperangan, adalah orang yang tidak yakin akan kebenarannya. Mereka mahu mengikut hukum Allah, iaitu siapa yang melawan khalifah yang sah (Syyidina Ali) mesti dilawan hingga ketitisan darah yang akhir.

Memanglah, Mu’awiyah menentang Syyidina Ali, kerana dia mahukan jawatan khalifah Islam yang dipegang oleh Syyidina Ali itu.

Setelah mengadakan perdamaian atau majlis tahkim, Mu’awiya telah melakukan kecurangan kepada Syidina Ali. Mua’wiyah berjaya memegang jawatan Khalifah. Ertinya, Syyidina Ali kalah oleh tipu muslihat Mu’awiyah.

Kira – kira 12,000 orang askar sebelah Syyidina Allah tidak setuju dengan perdamaian tersebut dan mereka telah meninggalkan Syyidina Alia serta bencikan sikap khalifah tersebut. Metrreka berangka ke kawasan yang bernama Harura’. Menjauhkan diri dari Syyidina Ali, iaitu keluar dari Khalifah baru, Mu’awiyah dan bekas khalifah, Syyidina Ali.

Golongan Khawarij yang telah berjuang atas nama sabilullah danmenegak kebenaran itu, setelah Syyidina Ali mengalami kekalahan di bawa tiupu daya Mu’awiyah, maka, mereka mengambil langkah untuk menentang Syyidina Ali bin Abi Talim, khalifah Mu’awiyah dan Umru ibni ‘Ash.

Pemberontakan golongan Khawarit telah berlaku. Syyinina Ali dibunuh oleh Abdul Rahman bin Muljan, tetapi khalifah Mu’awiyah dan Umruibni ‘Asha tidak dapat dibunuh.

Setelah berlaku kejadian yang memecah belahkan umat Islam itu, maka golongan Khawarij telah menanakan golongan mereka itu sebagai ‘al qaumusy syurah’ - kaum syurah - , iaitu kaum yang berjuang an mengorbanakan diri atas jalan Allah dan kepentingan Allah serta mencari keredaan Allah.

Mereka berpegang kepada firman Allah:

(Quran)

Dan di antara umat manusia ada yang mengorbankan dirinya disebabkan mencari keredaan Allah.

– Al Baqarah: 207

* Mazhab ini ada 20 aliran



[1] Abdul Rahman Haji Abdullah, Gerakan Islah di Perlis Sejarah Dan Pemikiran, 1989, Kuala Lumpur, Penerbitan Pena Sdn.Bhd.

(Disunting dari manuskrip buku, Ilmu Tasawwuf, Ibadat Hamba Kepada Allah, oleh: Mokhtar Petah)