Sunday, January 17, 2010

KITA SESAMA KITA




KEBENDAAN DAN TAASUB RACUN PERPADUAN


Rakyat Malaysia yang berbilangan kaum ini, tidak akan dapat bersatu padu dengan sempurna, selagi kebendaan dan kekayaan menjadikan hati maing - masing haloba dan tidak seimbang taraf hidup atau habuan antara kaum dan masing - masing taasub dengan kebangsaan atau keturunan sendiri.
Tanggungan menyempurnakan perpaduan adalah mesti dipikukl bersama, iaitu kerajaan dan rakya, golongan yang kaya raya dengan golongan yang miskin. Kerajaan mengagihkan habuan untuk rakyat secara saksama dan mewujudkan kesiembangan dalam bidang prniagaan dan ekonomi, terutama mencegah dari sikap tamat dan membolot oleh sesuatu kaum.
Selagi orang Melayu melihat akan sikap orang - orang Cina dan India rakyat negara tamak dan membolot kekayaan dan orang Melayu masih ketinggalan di belakang, maka sampai bilapun perpaduan hakiki tidak akan tercapai.
Oleh kerana salah dan silap pada para pemimpin nasionalis kita yang lalu, maka mahu atau tidak mahu, kita hari ini mestilah membuang perasaan taasub kepada bangsa sendiri, iaitu Melayu dengan Melayu, Cina dengan Cina dan India dengan India dan mewujudkan perasaan baru, iaitu hanya satu bangsa Malaysia sahaja.
Ertinya, Melayu buang bangsanya. Cina buang bangsa Cinanya. Indian membuang bangsa Indianya. Mereka sama - sama menjadi satu bangsa Malaysia yang mendapat hak sama din bawah falafah 1 Malaysia.
! Malaysia tidak akan mencapai kejayaan yang sempurna an akan terjadi atas konsep Islam Hadhari; setelah Tun Abdullah Ahmad Badawi turun dari takhat kekuasannya, konsep itu telah hilang. Dato Seri Najib meninggalkan kedudukannya pula, maka gagasan 1 Malaysia akan turut berkubur.
Jalan untuk mengukuhkan perpaduan, sama ada antara parti - parti politik, mahupun rakyat dengan rakya, maka hendaklah negara ini mengambil langkah, iaitu mengambil Islam sebagai dasar negara.
Islam sahajalah yang akan dapat menjamin perpaduan rakyat kukuh dan negara terus setabil dan gagah. (mp)





No comments: