Thursday, January 21, 2010

BUKU MEMOIR

BEKAS MENTERI BESAR PERAK TULIS BUKU MEMOIR







Ramli Ngah Talib (berbaju jingga) dengan Mokhtar Petah

Bekas Menteri Besar Perak dan Speaker Dewan Rakayat, Tan Sri Ramli Ngah Talib telah menulis sebuah buku memoir - kisah diri dan perjuangannya, demikian beliau memberutahu saya.
Buku tersebut mengandungi kisah hidup beliau - putera Pasir Salak -, bumi dan sungai medan perjuangan orang Melayu menentang penjajah Inggeris.
J.W.W. Birch telah dibunuh oleh seorang patriotik Melayu. Tetapi kerana khuatir isteri dan anak - anaknya, dibunuh Inggeris, maka, disitiharkan oleh pihak penentang Inggeris, bahawa yangmembunuh Birch itu, seorang Asli bernama Putum.
Ramli Ngah Talib, seorang peguam, diperkenan dan dilantik oleh Sultan Perak, Al marhum Sultan Idris shah. Beliau orang perrtama merobah kebiasaan Negeri Perak bermenteri - besarkan individu - individu tidak berpelajaran tinggi.





No comments: