Mayat empat pelajar ditemui
Oleh Petah Wazzan Iskandar
Wazzan@bharian.com.my
ANGGOTA penyelamat membawa mayat Brendon Yeoh yang ditemui jam 12 tengah hari, semalam. |
Mangsa lemas perahu karam terapung 1km dari lokasi kejadian
GEORGETOWN: Mayat empat pelajar lelaki Sekolah Menengah Chung Ling, di sini, yang lemas dalam kejadian perahu naga terbalik kelmarin, ditemui berhampiran satu sama lain di sekitar Perairan Tanjung Marina dan Pangkalan Jeti Feri Tun Raja Uda, di sini, selepas beberapa jam Operasi Mencari dan Menyelamat (SAR) dimulakan semula jam 7 pagi, semalam.
Mangsa pertama dikenali sebagai, Goh Yi Zhiang, 17, ditemui jam 8 pagi manakala empat jam kemudian mayat Brandon Yeoh, 17, ditemui.
Jam 4.15 petang pula, mayat ketiga, Cheah Zi Jun, 17, ditemui sebelum mayat terakhir, Yong Xiang, 16, ditemui.
Semua mangsa ditemui terapung di kawasan perairan berkenaan hampir satu kilometer dari tempat kejadian berikutan air laut mula pasang.
Penemuan mayat keempat-empat mangsa itu menyebabkan suasana tempat kejadian menjadi pilu apabila jeritan keluarga bersahutan menyambut ketibaan mereka. Ada juga yang pengsan kerana terlalu sedih hingga terpaksa dikejarkan ke hospital.
Susulan penemuan kesemua mayat itu, operasi SAR ditamatkan tepat jam 5 petang.
(Berita ini diambil dari Berita Harian Online, 19 Januari 2010)
No comments:
Post a Comment