Wednesday, January 20, 2010

CATATAN SEJARAH ALAM MELAYU






GERELA MELAYU

BUNUH H. GERNEY


BUKIT FRASER, dalam pergunungan Negeri Pahang sangat sesuai bagi individu yang bekerja menggunakan tenaga atau menggunakan otak untuk melancong dan berehat.

Kawasan yang terletak pada ketinggian 1,254 meter dari paras laut itu, berhampiran dengan sempadan Kuala Kubu, Hulu Selangor itu. Dibina atas 7 bukit itu, Selain dari seluruh kawasannya berada dalam rimba raya, cuacanya dingin segar – paras 21 – 23 degree celsius.

Dalam kawasan peranginan ini terdapat lata dan air terjun, denai riadah dalam rimba, tumbuh-tumbuhan yang boleh menjadi ubat dan 260 sepesi burung.

Sejarah Bukit Fraser tercatat kisah perjuangan orang Melayu menentang penjajah Inggeris semenjak tahun 1917 hingga di ambang kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957.

Pada tahun 1917, paderi Kristian dari Singapura, Bishop C.J.Ferguson telah menemui ‘Bukit Fraser’ pada hari-hari dia mencari rakannya, seorang pelombong bijih timah, Louis James Freser yang menurut laporan hilang dalam rimba itu.

Pihak Kerajaan Inggeris percaya pedagang Fraser telah dimakan oleh binatang buas atau dibunuh oleh kaum Orang Asli dan tubuhnya menjadi makanan mereka. Tetapi cerita yang boleh diyakini, dia telah dibunuh oleh pejuang-pejuang Melayu yang menentang Inggeris.

Pada 5 Oktober 1951, seorang tokoh penjajah Inggeris – Pesuruh Jaya Tinggi di Tanah Melayu, Sir Henry Gurney telah dibunuh seorang pejuang (gerela) kemerdekaan Tanah Melayu, Awang Ali, dari Rajemen ke - 10, di Pahang, di jalan raya Kuala Kubu –Bukit Fraser.

Tetapi kerana penjajah Inggeris tidak mahu dunia mengetahui orang Melayu menentang mereka, maka mereka mengumumkan, Henry Gurney dibunuh pengganas komunis di selekoh jalan raya Kuala Kubu – Bukit Fraser.

Para penulis, terutama penulis novel elok melancong di sana sambil mencari idea dan memerangkap ilham di sana.

No comments: