Wednesday, January 20, 2010

MENENANG MASA SILAM


Mokhtar Peta

Pada masa aku berada pada usia pemuda - 25 tahun -, aku berhasrat bernikah dengan seorang gadis berpelajaran dan solehah. Mendapat anak tidak kurang dari lima orang. Di antara mereka ada perempuan.

Aku telah berkahwin dengan gadis bekerja guru sekolah Melayu, Jawariah atau Che Su binti Haji Dahari (bekas guru besar sekolah Melayu). Aku bersyukur kepada Allah, selama berkongsi hidup dengannya, kami dikurniakan Allah lima orang cahaya mata:

1 - Khairul Anuar,

2 - Ani Rafida (Perempuan dan meninggal dunia pada usia bayi),

3 - Nasfauziah binti Abdullah (anak angkat)

3 - Noor Iskandar,

4 - Saiful Alimin,

5 - Akhdiat Miharja.

Mereka membesar dalam asukan kami yang mengembara dalam kehidupan sebagai manusia biasa. Mereka diajar memakan makanan yang biasa dimakan oleh orang - orang Melayu kampung; pucuk paku, bunga gantan, keladi, ubi, pisang, ulam petai dan sebagainya.

Kami mahu mereka menjadi orang Melayu Islam. Mereka kudidik dengan ltujuh asas:

a.Kernal diri dan yakin diri sendiri,

b. Iman dan taqwa kepada Allah,

b. Taat kepada ibu bapa selagi tidak berlawanan dengan agama Islam,

c. Berbaik dengan semua manusia dan tidak buruk hati terhadap mereka,

d. Berani kerana benar,

e. Sanggup mati kerana Allah dan Islam,

f. Kukuh pegang amanah,

g. Bersyukur kepada Allah, pada waktu senangan dan waktu susah.



Bersama anak - anak:
Noor Iskandar, Saiful Alimin
dan Akhdiat Miharja,
pada ketika barunp kembali
dari Tanah Harab, Hijaz.

Aku hanya merancang, tetapi takdir Allah mengatasi rancanganku. Aku jatuh cinta dan dia cintakan aku. Kami kahwih. Isteriku, Sitti Haishah binti Abdul Rahman. Bapanya bekasa anggota tentera Malaysia dan ibunya, jururawat.

Atas permintaan isteri pertamaku, maka kami berpisah. Dalam kasihku tidak kurang kepadanya, aku terpaksa melepaskan dia. Aku tidak menyalahkan dia dan hatiku ikhlas terhadapnya.
Dengan isteri kedua, aku dikurniakan Allah tiga orang anak:
1 - Petah Wazzan Iskandar (kini wartawan),
2 - Petah Sharir Aidid(jurutera),
3 -Petah Ibnu Khaldoon (jurutera).

Mereka telah lahir ke dunia dalam masyarakat bandar.Mereka tidak brapa gemar memakan makanan orang kampung. Makanan yang paling mereka gemar, ialah makanan segera.Dalam jiwa mereka ada revolusi jiwa dan fikiran.



Bersama anak - anak:
Petah Wazzan Iskandar,
Petah Sharir Aidid
dan Petah Ibnu Khaldoon,
pada hari melawat Nami, Kedah
dan Butterworth.

Aku sering menasihati anak - anakku; timbalah ilmu pengetahuan selagi berupaya. Cari dantuntutlah pengalaman walaupun hingga ke kaki langit. Jika takdir terkandas, jangan marahkan diri sendiri dan jangan marahkan Allah, sebaliknya, yakinlah; kekandasan itu bukan kegagalkan, tetapi sebuah universiti yang memberi pengetahuan tentang diri manusia yang beriman dan ber sikap dan konsep kemanusiaan sejagat.
Jika berjaya dan makmur, jangan lupakan daratan hiup. Besyukur kepada Allah. Di antara cabang kesyukuran, ialah mensedakah atau menderma kepada jalan Allah dan kebajikan. membantu manusia susah, anak - anak yatim dan lain.
Empat orang dari anak - anakku mempunyai bakat menulis dan mengarang seperti aku. Mereka: Noor Iskandar, Saiful Alimin (politikus) dan Petah Wazzan Iskandar.
Aku juga memberi pendapat yang tidak salah disegi Islam kepada mereka; ika ada upaya, cukup kemampuan dan boleh adil, jangan takutkan isteri untuk berpoligami.
Aku amat bersyukur kepada Allah, aku ramai cucu.Ada di antara mereka lepasa universiti, kolej dan masih dalam sekolah menengah dan sekolah rendah.(mp)

No comments: